As-Salam.
Dalam dunia blog, HH dapati seperti ada 2 kategori besar blogger, iaitu satu blogger serius dan satu lagi blogger santai.
Kenapa saya memandaikan diri buat 2 kategori blogger ni? Hmm sebab itu yang HH nampak dan baca, geledah memalam, blog hopping dan blog walking .. HH nampak benda ni. Jadi saya buat satu kesimpulan secara logik, dan bukan kesimpulan ilmiah. Logik ni ikut pemerhatian kasar, tak ada statistik. Kalau ilmiah ni, diberikan bukti dan fakta jelas ... ada stats sendiri. :) Jadi, anda boleh katakan ia adalah kesimpulan peribadi saya dan bukan erti ia benar.
2 Kategori Blogger Dari Perspektif Logik
Blogger Serius
Bercerita sesuatu yang serius, selalunya melibatkan isu-isu semasa termasuklah isu politik dan isu kemasyarakatan. Cara penulisannya lebih jitu, suka berikan fakta untuk sokong entri yang dibuat. Mereka ingin suara mereka ini didengari. Entri yang dibuat bukan entri biasa, ia entri yang meyakinkan dan penuh mesej yang ingin disampaikan.
Selalunya, blogger serius suka memaparkan entri yang ada kaitan dengan kerja mereka. Contohnya, blogger itu seorang wartawan hiburan, maka entrinya mengenai dunia hiburan, selok belok tepi tengah atas bawah sumer dia tahu dan dia perjelaskan. Lagi satu contoh, jika blogger itu seorang ahli politik, so dia akan ketengahkan isu-isu berkaitan politik sebagai memberikan pandangan, idea dan nasihat.
Kebanyakkan mereka menulis yang ada kaitan dengan kerja mereka. Dari situ mereka dapat kumpulkan fakta, dapat kumpulkan maklumat terkini. Cara mereka menulis kadang-kala agak keras dan agak tajam.
Mereka ingin entri mereka diberi perhatian yang sangat serius, malah sesetengahnya quote seseorang atau organisasi tertentu supaya membaca hasil penulisannya, dia mahu ada yang bertindak balas dengan entri yang dikeluarkan.
Blogger Santai
Tak memilih topik tertentu. Mereka tak kesah samada blog mereka itu diambil serius atau tidak. Mereka inginkan pembaca namun mereka tak berharap entri mereka itu dijadikan bahan untuk sesuatu tindakan. Mereka boleh buat entri menegur tetapi sekadar berlegaran di kalangan pembaca-pembaca biasa, bukan untuk sesuatu diambil menjadikan ia satu tindakan yang lebih serius.
Kebanyakan isi entri berkatan keluarga, berkaitan kehidupan hari-hari, pasal dunia blog, pasal nak cari duit dan sebagainya. Entri mereka tidak menjurus tentang sesuatu, gaya penulisan juga agak tenang.
Entri pun banyak dari sumber2 luaran, dan banyak yang berdasarkan perkongsian ilmu.
Ini cuma pandangan saya ... mungkin ada yang tak berapa tepat, sebab dunia blog boleh tampil dalam keadaan yang mengelirukan. Kejap blog ni macam A .. esok lusa jadi cam B ... 10 tahun akan datang lak .. udah jadi magazine blog ... hmm macam2 ....