Redmummy, Blogger 'Jutawan' Menasihati Blogger Baru

Redmummy, Blogger 'Jutawan' Menasihati Blogger Baru


As-Salam.
Sebelum ini ada vlog yang telah merakamkan satu temuramah dengan blogger terkenal - redmummy. Mungkin ada yang dah tengok video tu, dan mungkin ramai terutama blogger baru yang belum tengok. HH tak pasti samada video tu ada lagi ke tak kat 1Tube.my. Apapun, HH dah tengok video tu dan sempat buat beberapa nota ....

Jadi, HH kongsikan apa yang telah HH perolehi daripada vlog tersebut.

Nasihat Redmummy Buat Blogger Baru
  • Fikir-fikir nak ada blog? Pastikan nama blog tak susah nak sebut. Cari yang simple yang menggambarkan identiti korang. Nama blog yang mudah, beri kelebihan untuk orang ingat dan jaja nama blog anda dari mulut ke mulut. Kalau dah susah .. camner? nak kena tulis atas kertas la pulak kan.
  • Kalau buat entri, buat dengan gaya bahasa sendiri. Jangan copycat sebabnya nanti bila ada orang yang tersedar bahawa entri anda cuma copycat, maka mereka tidak akan lagi suka membaca entri anda. Buat entri mengenai diri anda lebih baik dari buat entri hasil penulisan orang lain. Tambahan lagi, dengan copycat, ia tidak akan membantu anda untuk menjadi seorang blogger yang baik.
  • Lakukan blog hopping atau sekarang ni ... blog walking. Kita ingin blog kita dikenali, maka kenali dulu blogger lain, caranya mudah. Blog hopping dan komen pada entri2 yang blogger lain buat, agar kita saling mengenali. Buat sampai ...bila nama kita terpacul je di ruangan komen blog orang lain .. ohh dah kenal. Bukan setakat tuan punya blog je kenal, malah blogger lain yang datang singgah juga akan kenal. Simple. Lama-kelamaan ... akan ada rasa ingin tahu siapakah anda yang kerap kasik komen ni. Dan blog anda bakal menjadi rujukan.
  • Kalau buat entri, pastikan bukan entri yang mengadu-domba. Entri yang bersifat batu api yang suka melaga-lagakan antara sesama bloggers adalah entri yang harus dijauhkan. Tak perlu hentam blogger lain atas apa jua sebab sekalipun - cara pakaian, cara berblog, cara bervlog dan seumpamanya. Ia akan jejaskan kredibiliti diri sendiri dan menampakkan ketidakmatangan kita sebagai seorang blogger (walhal baru nak belajar!).
  • Bila dah mula ada blog, bersedia untuk dikecam, bersedia menerima kritikan. Komen-komen tentu ada yang tak kena dengan selera anda, maka harus tebal hati menerima seadanya. Jika tak kuat, maka semangat akan luntur dan keasyikan berblog juga akan hilang.
  • Jangan buat entri time anda sedang marah, kerana entri dengan rasa marah akan menjadikan entri anda berbau hasutan, entri anda jadi tunggang langgang dan ia pasti akan mengundang perkara tidak elok. Simpan perasaan marah anda atau setidaknya kawal dengan sebaiknya bila berblog.
  • Awas. Bila berblog bukan semua perkara kita boleh share kepada pembaca. Hadkan entri anda atau buatkan satu batasan tertentu agar tidak semua maklumat didedahkan kepada pembaca2 blog anda. Kena bersikap waspada takut kemudian hari akan ada yang salah gunakan maklumat yang anda berikan dalam entri di blog anda.

Tajuk HH tulis jutawan blogger, tetapai dalam vlog tersebut sempat juga RM memberikan  ingatan .... kata Redmummy; "Mak bukan jutawan blogger yer .. jangan salah anggap pulak!" dan satu lagi yang perlu anda terapkan dalam diri semasa berblog - "Jangan kejar wang ringgit semasa berblog!"

Semoga kita semua akan dapat manfaat dari apa yang dah diberikan ini.

**p.s: Terima kasih kepada Redmummy kerana berkongsi ilmu dan pendapat.
Bisnes Shopee

Post a Comment

28 Comments

  1. baguslah tips-tips tu, memang terbaiklah!!!

    ReplyDelete
  2. thanks for the tips..=)

    ReplyDelete
  3. saya paling sker tips mengadu domba tu. sbb ramai je blogger sker na nak 'komen' blogger lain.Sker org tu la kan nak tulis cemana. Macam salah org napak, salah sendiri tidak dipeduli. Uhuks.

    ReplyDelete
  4. kalau nk duit semata2,kena pergi kerja der...heheee

    ReplyDelete
  5. Jangan copycat - gedebikk!! terkena sekali kat saya!! tp itu untuk info saya..xperkan HH??

    Kalau buat entri, pastikan bukan entri yang mengadu-domba. - Yang ni saya pernah terkena...tp xperrrr..belajar drpd senior2 yg dah lama berblogging..nak kata apa2pun xkisah...huhuhu..tp menyakitkan ati jer...so baik buat donno..ai lagi bagusskan!!

    ReplyDelete
  6. salam semua. maaf mak Lady singgah jap kat sini. Hari ni mak Lady blog walking then terjumpa blog ni. anyway nk say THANK U sbb share benda2 berguna utk blogger yg baru mcm Mak Lady... ;)

    nnti jejalan ke blog mak Lady yer ;)
    http://blogdearlady.blogspot.com/

    sudi2 la follow i..hehe boleh kan? ;)
    takecare. lov ~MyLady~

    ReplyDelete
  7. nice entri.. mantap.. thanks bro hasrul hassan for sharing this info.. thanks also to redmummy for that vlog..

    ReplyDelete
  8. Terima kasih kongsi info. Memang kena ikhlas tapi biasalah... sambil menyelam minum air ;) tak kisah lah air tu banyak mana ;)

    ReplyDelete
  9. thanks... x temgok lg vid tu

    ReplyDelete
  10. info yg bagus,,nice sharing,,tq

    ReplyDelete
  11. jarang tgk video2 nihh..
    thanks 4 dis nice entry HH

    ReplyDelete
  12. As salam HH,

    Tq for sharing.. Blog HH pun byk sy dpt manfaat.. Thank you again :))

    ReplyDelete
  13. Nice tip..Need more improvement in my blogging..Need more help..Thanx HH sebab selalu bagi tip yang sangat bermanfaat..

    ReplyDelete
  14. dah tgk lama vlog ni..tp ni refresh blk..tq

    ReplyDelete
  15. bagus lah...maklumat ini sangat berguna untuk menaikan blog aku

    ReplyDelete
  16. suka dengan penulisan RM sempoi dan senang untuk dibaca..no wonder mempunyai viewers yagn ramai. saya pun hari-hari mesti singgah baca entri beliau. She deserve it!!

    ReplyDelete
  17. assalamualaikum HH....tip yang menarik dari blogger RM moga semua blogger dapat mencontohi blogger RM ni...:)

    ReplyDelete
  18. tips yang amat berguna untuk saya yang baru berjinak-jinak dalam blog ni..

    ReplyDelete
  19. terima kasih bro atas panduan yang diberi ini

    ReplyDelete
  20. pinkbubblegum princess7 March 2013 at 20:23

    thank u for sharing,, red mummy is such inspiring! :) http://pinkbubblegumprincess.blogspot.com/

    ReplyDelete
  21. terima atas nasihat yang diberikan...^_^

    ReplyDelete
  22. "Jangan kejar duit semasa berblog"

    Nasihat ni paling mahal dan paling susah nak ikut

    ReplyDelete
  23. Wawa pernah tgk vlog ni.. Vlog lama kan.. Redmommy ni memang sinonim dengan color merah.. Ble sebut merah, ingat redmommy.. Punyai identiti tersendiri..

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com