As-Salam.
Blog dah ada, tapi agak segan-segan nak menulis. Dalam hal menyuarakan pendapat, adakala blogger perlu bersuara lantang, kerana blog kini bukan lagi satu medium picisan, tetapi salah satu sumber maklumat dan informasi.

Ia bukan sahaja diakses oleh para blogger, tetapi pelbagai orang yang suka mencari informasi menerusi internet. Malah, pencari informasi ini bukan setakat dari kalangan kita, yang marhein ini, ia juga turut melibatkan mereka yang berjawatan tinggi dan punyai implikasi dalam pentadbiran.

Kalau dulu, blogger dipandang sepi akan suaranya menerusi blog, tetapi sekarang suara-suara blogger didengari dan dibaca oleh ramai orang. 

Mungkin tidak sependapat, tetapi masyarakat perlu dididik untuk menerima pandangan orang lain, dan seterusnya membuka minda terhadap banyak perkara dan isu. Walaupun, ada masanya isu itu kecil; contohnya isu tin kemek di pasaraya, isu parking tak betul dan macam-macam lagi.

Perkara-perkara ini, sebenarnya satu bentuk luahan yang ikhlas dan jujur yang perlu didengar oleh ramai, dan ia merupakan catatan realiti apa yang berlaku sekarang. Blog sebenarnya satu medium menzahirkan apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat kita - samada ianya kisah sedih, gembira, suka, duka, ceria, nestapa, jijik, cela dan sebagainya.

Walaupun begitu, blogger tertakluk untuk tidak menyemarakkan kebencian dan perkara yang tidak baik, dan justeru itu, seorang blogger kenalah bijak dalam menyampaikan sesuatu perkara atau pendapat. Jangan terlalu ikut perasaan .... dan faham akan batas agama serta budaya.

Jangan jadi macam HH, pandai2 buat entri, last-last kena warning .... hahahaha... adeh.


10 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. perlu menyampaikan sesuatu dgn cara yg berhikmah kan..

    BalasPadam
  2. Dah trkena warning ka HH?
    xKan lah kot.. Jgn trlalu sensitif dlm hidup.

    BalasPadam
  3. @Raimi Syazwan ♌¹³ Ada, pernah kena call dari satu syarikat ni, minta buang entri ... hehehehe.... tapi lama dah .... dulu ...:) skang ni dah tahu apa yg boleh dan tak boleh

    BalasPadam
  4. Tu la...kadang-kadang takut juga nak menyuarakan pendapat dan pandangan...Sekarang ni musim saman menyama.......

    Anda sokong Malaysia jom terjah :
    http://dihujungpen.blogspot.com/2012/05/malaysia-menang-ke-atas-pakistan.html

    BalasPadam
  5. kadang2 bukan tak berani
    malas menguasai jiwa dan raga hehe

    BalasPadam
  6. mengulas sesuatu dlm blog perlu kewarasan dan kebijaksanaan dan bukan emosi...itulah yg terbaik...

    BalasPadam
  7. Memang kena berani tapi kena pada tempat gak huhuhhu...

    Jom joint contest blog Mah@mahu hadiah wang tunai..

    BalasPadam
  8. sabar sahaja lah HH kalau kena warning ..tapi lama dah kan ..bukan satu isu untuk dibangkitkan ..jadi, selami hati blogger muda dan blogger senior sekarang, ada ciri-ciri nak jadi blogger berjaya tapi tak tau arah perjalanan lagi ..macam apa yang saya jumpa sorang blogger ni..

    BalasPadam
  9. salam bro

    Hebat bro HH, besa tu bro, SUNNAH BERJUANG.. :)

    teruskan.. :), kalau ada oghang dengki apa2 sahaja.abaikan sebab depa jeles lettew

    BalasPadam
  10. oh..meluahkan dengan cara yg betul la maksudnya....

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement