As-Salam. Ada rakan blogger bertanya-tanya, agaknya bagaimanalah rupa bentuk sebuah entri yang mengoptimumkan ciri-ciri SEO atau Search Engine Optimization ini? Garu kepala juga ... yelah, dah diterangkan dalam banyak entri Tips SEO, namun masih ramai blogger terutama blogger baru yang blur-blur lagi mengenai teknik ini. Walaupun, HH dah tegaskan belajar teknik ini bukan sehari dua ... makan bulan dan tahun juga.

Panduan Blogger - Entri Optimum Teknik SEO

Teknik ini penting kerana melaluinya, blog anda boleh menerima trafik tanpa had melalui beberapa entri sahaja! Jika lebih banyak entri yang mesra SEO, maka makin makin makin makin banyaklah trafik masuk ke blog, dan ini sangat bagus untuk blog anda ... lebih-lebih lagi tatkala anda mempunyai iklan yang menawarkan bonus tertentu kerana trafik tinggi ini. Contohnya, iklan berbentuk CPUV (BE) dari Nuffnang, dan HH dah dedahkan rahsia dan teknik untuk masyuk menerusinya di sini (klik)

Kerana mahu bantu ramai blogger fahami lebih baik, maka HH telah berusaha untuk mencari sumber bagi menerangkan dan bagi faham apa itu entri blog yang bersifat mesra Search Engine Optimization, dan ini merujuk kepada teknik On Page SEO.

Dan akhirnya .....

Contoh Entri Optimum Teknik SEO


Contoh Entri Optimum Teknik On Page SEO

Penerangan Ringkas Contoh Entri Optimum Teknik SEO

Menerusi contoh di atas, penggunaan kata kunci adalah chocolate donuts. Jadi, perkara pertama ialah memastikan alamat url entri tersebut punyai kata kunci yang dimaksudkan. Pastikan anda telah masukkan meta tag untuk entri ini yang mengandungi perkataan kata kunci tadi. Macam mana nak masukkan? HH pernah tampilkan di sini (klik).

Dalam entri tersebut, mesti ada kata kunci tadi di awal perenggan (50 perkataan pertama), di pertengahan dan di akhir. Entri perlu mencapai standard 300 patah perkataan bagi membolehkan ia dikategorikan sebagai entri yang punyai kualiti tertentu atau cukup untuk digelintar oleh robot carian bagi diindeks.

Penggunaan Gambar Berkaitan

Gunakan sekurang-kurangnya satu gambar untuk membolehkan entri tersebut menerima trafik menerusi gambar yang digunakan selain menguatkan entri tersebut.

Buat Backlinks

Jangan lupa untuk berikan backlinks kepada sumber jika ada, untuk menunjukkan entri anda terkait satu sama lain dengan satu kata kunci. Ini adalah kerana enjin carian menerusi algorithma tertentu akan indeks berdasarkan pautan ini dan menempatkan dalam satu pengkalan data.

Buat juga backlink dalaman ke entri-entri sebelum yang ada kaitan dengan tajuk entri, contoh mungkin - 5 Quick Tips on How To Make Chocolate Donuts.

Ok. Harapnya anda faham menerusi contoh diberikan serta penyampaian untuk terangkan mengenai entri optimum teknik SEO ini.

Selamat mencuba dan menghasilkan entri yang dapat memberikan trafik ratus ratus setiap hari setiap minggu, in Sha Allah.

33 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Penerangan sebegini lbh mudah.. thanks admin!

    ReplyDelete
  2. ooo bru faham cikit.. thnks abg hasrul

    ReplyDelete
  3. terbaik lah tuan atas perkongsian ni, hehe lisa dah ada mencuba beberapa kaedah yang tuan kongsikan, best gila kot trafik yang masuk, muehehe

    ReplyDelete
  4. Thanks for the tips HH....saya masih berusaha untuk buat entri melebih 300 patah kata..hehehe

    ReplyDelete
  5. sayalah tu blogger baru. hehe... panduan berguna. sy letak dlm sidebar saya blog tutorial ya tqvm sifu ^_^

    ReplyDelete
  6. main keyword density memang best. teknik on-page seo kan ni? biasa saya buat 3-4 entri dengan range keyword serupa..

    ReplyDelete
  7. ohh baru tahu kena lebih 300 patah perkataan rupanye.. kena mula praktikan ni.. hehe terima kasih info yg bermanfaat buat semua

    ReplyDelete
  8. Hmm saya ada buat entri mengenainya dalam Tips SEO Blogspot. Carilah di sana banyak lagi tips yang dikongsi.

    ReplyDelete
  9. Hmm ye teknik SEO on page. Memang digalakkan buat entri seperti itu, dinamakan entri berkait menerusi satu tag atau kategori atau kata kunci yang satu.

    ReplyDelete
  10. Terima kasih atas penghargaan itu.

    ReplyDelete
  11. Cuba, sesekali merepek pun tak mengapa .. hehehehe

    ReplyDelete
  12. Terima kasih .. in Sya Allah boleh dapat trafik walaupun usia entri itu dah jangkau bertahunan.

    ReplyDelete
  13. sama-sama... pemahaman anda satu kejayaan terbaik buat blog ini.

    ReplyDelete
  14. Sama-sama @AyueJeanRejaluddin:disqus

    ReplyDelete
  15. Terima kaish @facebook-538537437:disqus ...

    ReplyDelete
  16. bagus teknik ni bro , boleh dipraktikkan

    http://www.araublogger.com/2013/03/tips-seo-cara-buat-tajuk-entri-mesra.html

    ReplyDelete
  17. Yang 300 patah tu baru aku tahu heh, biasa main buat jer

    ReplyDelete
  18. Tips berguna ni..bagus untuk blogger yang suka main seo..saya kadang2 ada ikut cara ni..berkesan.

    ReplyDelete
  19. assalamualaikum hh...teknik SEO yg menarik utk semua...:)

    ReplyDelete
  20. nice sharing bro..
    bleh jadikn pnduan lepas ni..

    ReplyDelete
  21. Banyak boleh belajar SEO di sini.. Info yang sangaf berguna untuk blogger baru mcm kami... :-) p

    ReplyDelete
  22. Nurul Aini ZakariaMarch 7, 2013 at 12:03 AM

    Saya juga masih baru. Banyak yang boleh saya belajar tentang SEO di blog HH. InsyaAllah, bolehlah di pratikkan di blog. Terima kasih.

    ReplyDelete
  23. Wah... menarik untuk dicuba..
    Terima kasih kerana berkongsi...


    AkmaOmar

    ReplyDelete
  24. sy try x update sehari...syukur masih ramai jenguk blog melalui google...

    ReplyDelete
  25. Terima kasih HH buat entri sebegini, begitu lengkap sekali. lihat gambar rajah pun semua org boleh faham.

    ReplyDelete
  26. Tapi satu je yg tertanya-tanya pada diri ini, pelawat datang tak konsisten? Kalau entri biasa amat sedikit komennya, tapi bila masuk contest besar ramailah yg sudi mengunjungi entri kita, mungkin juga mereka juga mahukan kita like, klik atau total komen di entri mereka, atau mungkin entri yg kita buat tiada kualiti.?

    ReplyDelete
  27. dah jumpa tips SEO.


    kena paham dulu, baru pikir cemana nk wat.

    ReplyDelete
  28. percaya pada kemantapan entry SEO....walau tak update atau kurang BW,masi mantain seperti biasa.

    ReplyDelete
  29. owh, patutlah sy suka buat backlink... sy dh terbaca entri yg ni dulu... haiya... lupa je la sy ni. Terima kasih sifu sll2 ingatkan semula bab2 macamni :)

    ReplyDelete
  30. ah tukar, tak letak kat sidebar. sy letak panduan ni di tab page sy pula. Menjimatkan ruang yang ado... :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement