Wednesday, 30 May 2012

Panduan Menulis Blog | 6 Petua Trafik Blog Buat Blogger Kurang Masa

8 reaksi dan komen
As-Salam.
Hmm .. ada yang tanya, kalau blogger yang bukan sepenuh masa macam mana pula? Ok, ada beberapa cara yang mudah dan senang. 

Buat blogger baru atau blog baru yang kurang masa, atau tidak dapat update entri dengan kerap, anda disarankan untuk lakukan perkara berikut:

  1. Join segmen yang dianjurkan oleh blogger-blogger lain. Dengan cara ini, anda boleh buat entri pantas dan simple, tanpa perlu fikir banyak. So, dah dapat entri anda sendiri untuk blog.
  2. Join segmen yang promosi blog anda. Ini membolehkan tanpa update, atau jarang update, ada blogger lain yang akan promo blog anda di saat anda tidak berada di hadapan komputer anda.
  3. Join contest atau giveaway yang disediakan oleh blog-blog lain. Penyenaraian peserta akan membuatkan blog anda dilawati berulang kali samada mereka yang join contest atau giveaway yang serupa atau mereka yang mencari peluang sama macam anda.
  4. Tukar link dengan blogger lain menerusi bloglist. Ramai blogger ada buat tawaran ini, bergantung dengan syarat yang diberikan oleh blogger itu.
  5. Jadi penulis blog sambilan di blog popular, antaranya Redmummy.com; anda menulis untuk dia sekali dan berikan link ke blog anda. InsyaAllah ada hasil yang baik. Ada banyak lagi blogger yang tawarkan peluang menjadi penulis blog sambilan atau blogger jemputan.
  6. Tak update entri cuma update tarikh dan masa posting. Anda hanya tukarkan masa posting buat entri2 di blog anda, ini akan menampakkan ia baru, dan pastikan anda ping blog anda ke enjin carian; anda boleh cuba AUTOPING (seperti yang blog ini lakukan)

Ok. Semoga memberi manfaat terbaik buat anda yang mencari konklusi.
Selanjutnya...

Bukan Semua Benda Blogger Tahu

9 reaksi dan komen
As-Salam.
Blogger, kata orang mereka ni banyak ilmu, banyak pengetahuan, sebabnya sering melayari internet, sering mencari sumber. Tapi itu kata orang .... kata HH ya; bukan semua benda blogger tahu. Berblog hanyalah satu hobi untuk meluahkan rasa, berkongsi apa yang tahu (bukan semua), berkongsi cerita, dan menzahirkan minat.

Ramai blogger menjadikan blog untuk ketengahkan bakat mereka, lihat sahaja AnwarHadi .... yang memang top blogger nombor satu di Malaysia, dapat banyak anugerah, hanya kerana minatnya dalam video dan blog. Blognya penuh dengan video darinya yang dimuat-naik menerusi YouTube.

Lihat pula Cik Epal, yang banyak menulis tentang kegilaan makan - dalam entri2 khas menambah lemak .... dan ramai orang suka baca entri2 tersebut. Cik Epal, dah boleh dikatakan macam blogger retis dah.

Belum lagi tengok si Ujang yang memang glamour di kalangan blogger2 yang sering tampak dan berdamping dengan selebriti ...

Hanis Zalikha, dalam ramai-ramai blogger .... dia dah capai satu pencapaian hebat, menjadi blogger terkenal bukan setakat dalam Malaysia ... tetapi serantau. Walaupun ketika itu masih lagi dok bersekolah menengah lagi ..hebat bukan?

Nama-nama di atas adalah blogger yang bercerita mengenai dunia yang mereka tahu, mereka bukan tahu semuanya .... mereka ada kebolehan dan minat yang mereka kongsikan menerusi blog. Turun naik blog mereka pun disebabkan apa yang diceritakan dalam blog, yang mereka tulis kerana kesukaan mereka.

Dan lihat Realiti Konspirasi ini .... blog tak la selalu update, tetapi hari2 orang singgah, hari2 orang baca, dan peminatnya ..... puluhan ribu ... ini bukan blogger sebarangan, ini blogger yang menulis dari hati, menulis kerana ada rasa yang perlu diluahkan.

 


Selanjutnya...

Tuesday, 29 May 2012

Jampi Untuk Tingkatkan Trafik dan Lariskan Blog

9 reaksi dan komen
As-Salam.
Jampi untuk meningkatkan trafik blog? Uhh wujud ke? Hahahaa... setahu HH belum lagi ada, tapi kemungkinan akan ada .... itupun jika ada ilmu mengenainya dipelajari dan diilhamkan. 

Guna jampi untuk melariskan blog? Memang agak kelakar, tetapi ia tidak mustahil. Dunia hiburan pun ada jampi-jampinya. Mungkin nanti, akan ada jampi pelaris blog, atau jampi naikkan ranking blog yang dibuat oleh mereka yang memang gila nak naik cara begitu.

Ini sekadar pandangan, dan mungkin sekadar untuk renungan, bahawa manusia dalam apa jua situasi, dalam apa jua bidang, dalam apa sahaja yang mereka buat, seandainya mereka memilih jalan mudah, mereka sanggup lakukan apa sahaja. Dan perkara itu mungkin juga dilarang dalam agama dan budaya.

Setakat ini, HH belum ketemui jalan lebih baik untuk melariskan blog, menaikkan rankin blog selain daripada berusaha keras mempromosinya. Promosi bukan sekadar di kalangan bloggers, tetapi juga di kalangan orang yang tiada blog. Ramai yang suka mencari informasi, maka berikan mereka informasi dan promosikan blog anda.




Selanjutnya...

Bertanggungjawablah Dengan Blog Anda

11 reaksi dan komen
As-Salam,
HH berblog sejak 2008, itu dah lebih daripada 2 tahun. Blog HH datang dan pergi. Pernah kecewa kerana blog. Pernah terkilan kerana blog. Pernah itu dan ini kerana blog. Samada blog yang HH buat mahupun blog yang orang lain buat.

Blog menjadi medium yang terlalu bebas meluahkan apa sahaja tanpa ada tapisan. Bila ada fungsi menapis .. tak mahu pula pakai. Dan bila dah kata jangan, benda tu jugak yang nak nak sangat dibuat. Tertanya HH, kenapa nak dibuat blog? Apa tujuan nak ada blog nih?

Setiap orang yang buat blog ada tujuan sendiri. Ada tujuan murni .. ada tujuan jahat, dan banyak bertujuan nakal. Apa yang dicari? Kepuasan? Income? Populariti? Kepada bloggers, tepuk dada tanyalah hati ... dan lebih baik tanyalah akal.

Ada yang 'berjuang' menerusi blog. Ada yang 'menipu' menerusi blog. Ada yang melepaskan 'nafsu' juga dari blog. Ada yang sekadar ingin berkongsi ilmu di dada, ada pula yang suka bercerita kisah diri kepada dunia. Walau apapun tujuan berblog, mesti bersebab dan bukan saja suka-suka nak habiskan masa dan bil elektrik hanya untuk ujudkan satu blog dan 'menghidupkannya'.

Kadangkala blog tu blog 'busuk' .... isinya tak boleh nak dilihat dengan iman yang tipis, sebab iman setebal kulit nangka pun.... .. terkakis juga sedikit. Ada blog isinya mengundang kemarahan segelintir, ada pula yang dicemburui.

Yang hairannya kepada HH, walaupun isinya busuk ... dok promote juga, dok suruh orang lain terjah juga ... sedangkan awalnya kata blog ini untuk sapa-sapa yang suka, so bila dah untuk orang-orang yang suka aja ..... buat apa dibuat promosi? Biarlah mereka yang mencari ... jangan diseret orang yang awalnya tiada rasa tetiba meluap menjadi gian yang ntah apa2.

Jadi kepada bloggers, bertanggungjawab dengan apa yang anda tulis. Jangan berak merata di laman jiran..... tak ada air nak dibasuh, dicalit kat tuala jiran sebelah pula. Bila jiran sebelah sana bertanya .... dan tuduh pula jiran sebelah sini; dah timbul salah faham. Silap2 berkapak dan berparang. Benda bukan asal dibuat, masakan tahu apa nak dijawab oleh si jiran yang memang tak tahu menahu ni?
Selanjutnya...

Friday, 25 May 2012

Panduan Menulis Blog | Twitter, Platform Untuk Promo Blog

13 reaksi dan komen
As-Salam.
Anda ada twiiter? HH ada .. ecewahh .. siut je kan .. hahaha... actually HH bukanlah pengguna tegar twitter ni, HH tak reti sebenarnya ...  tapi cuba juga gunakan platform yang ada untuk berkongsi info dan maklumat. 

Walaupun twitter tak ramai followers, tapi sejak akhir2 ini, banyak tweets direTweet oleh orang lain ... dan menariknya kebanyakkan yang retweet ialah entri2 dalam blog ini. Itu satu fakta, dan satu lagi fakta yang HH ingin kongsikan kepada anda semua, ialah tentang rasa terharunya HH apabila ia diretweet oleh mereka yang boleh dianggap popular dan hebat dalam berblogging ini.

Antara blogger yang HH maksudkan ialah Kujie yang terkenal dengan blog underground .. hehehe..  dan juga AriffShah .. kenal? Hmm .... tu antara nama besar dalam dunia blogging. Tak terkecuali Redmummy dan juga DenaiHati... ehh ada? HH rasa bangga - tak mahu pendam2 ... memang ada rasa bangga sebab blog dikunjungi nama-nama besar ini selain Ben Ashaari, Fatin Liyana, Rina Salleh dan beberapa lagi yang tak disebut. 

Apapun, seronok bila blog ini dapat memberikan sesuatu yang bermakna kepada orang lain, dan orang lain telah kongsikan pula kepada orang lain (err berapa banyak perkataan orang ahh ni?). Mungkin ini antara tanda hasrat dalam berblog telah tercapai sedikit demi sedikit.

Anda ada twitter? Jom follow mollow ..nak? taknak tak apa .. hehehe ... twitter HH: http://twitter.com/hasrulhassan

Twitter - satu platform perkongsian informasi yang meluas. Rugi jika tak ambil kesempatan ini.
Selanjutnya...
 

Get this Jquery Popup widget