As-Salam.
Apa yang anda inginkan? Adakah anda ingin menjadi seorang blogger popular? Atau anda memilih untuk menjadikan blog anda popular? Ada beza ke? Hmm mestilah ada .... dari segi tatabahasa pun, ia dah lain ... walaupun dua-dua merupakan kata nama, namun pengertiannya berbeza. Blog adalah satu medium di laman maya untuk meluahkan pendapat dan menyampaikan maklumat secara perspektif peribadi, dan blogger pula adalah orang yang menulis blog.

Apa bezanya menjadi blogger popular dan menjadikan blog popular?

Seorang blogger popular secara umumnya dikenali disebabkan oleh blognya yang popular. Blog itu yang yang menjadikan dia seorang penulis blog yang popular. Bila sebut nama blogger ini, langsung akan terus ingatan kita kepada blognya.

Selalunya blogger popular akan selalu mendapat undangan untuk menjadi penulis undangan di blog2 lain, mengikut kepakarannya dalam penulisan blog. Selalunya blogger popular lebih terjurus pada satu2 niche dalam dunia blogging ni. Katakan A ... popular menerusi blog hiburan AD, jadi kredibiliti dan popularitinya adalah disebabkan blogger ini bijak dan pandai menyampaikan berita dan isu mengenai dunia hiburan. Kerana dia dikenali kerana blog hiburan, dia akan diundang menjadi penulis blog lain yang juga berpaksikan hiburan.

Blog popular pula ... tidak semestinya bloggernya turut popular. Ada blog yang tidak diketahui akan penulis sebenarnya. Pada firasat dan pandangan saya, blogger ini mungkin hanya mahukan blognya sahaja dikenali, tetapi bagi dirinya sendiri lebih suka low-profile, tidak mahu dikenali. Walaupun begitu, identiti mayanya tetap ujud cuma yang tidak kelihatan ialah personaliti sebenar, wajah sebenar, samda lelaki ataupun perempuan - hanya blogger itu sahaja yang tahu. Selalunya blogger sebegini lebih lantang suaranya, berbicara isu-isu yang panas dan sensitif.

Jadi, apa pilihan yang anda pilih bila melibatkan diri dalam dunia blog? Adakah anda ingin menjadi blogger popular? Atau anda hanya mahukan blog anda popular?

15 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya lebih suka blog saya yang popular. walaupun saya suka tempak wajah besar gedabak kat dalam blog tu. hehehehehe.. ^_______^

    ReplyDelete
  2. suka blog yang popular tapi low profile. kadang2 blog yang popular sebab blogger yang popular ni, takkan lama. populariti blogger akan menurun la.., people easy go and easy come. tapi kalau blog yang popular sbb penulisan dia bernas, org akan ingat sampai bila bila blog dia.

    mcm siti.

    dia dah tak popular sekarang ni rasanya. tapi disebabkan bakat dia, org ingat sampai bila2..

    ReplyDelete
  3. blog popular r....kalau nak jadi blogger popular,x de makna...mana ade Anugerah Blogger Popular.

    ReplyDelete
  4. @Eyrique Ettiqaz. ANugerah Blogger Popular sedang diusahakan .. hehehe... dah baca entri saya pasal ANugerah Blogger Popular?

    ReplyDelete
  5. mesti la blog yang popular klu blogger wak pe?
    klau bloggerkan..artis gerenti popular le

    ReplyDelete
  6. btl 2...biar blog yang popular bkn jd blogger popular...

    ReplyDelete
  7. As salam... rasa nya,biar glog yang popular..
    kenapa??????
    Blogger akan di ingt.. tapi,selalu nya blog tuh lebih akan di ingat..
    sebab nya,bila sesuatu blog tuh popular,maka akan ramai yang dok share entry2 yang d buat.. tanpa orang akan amik tahu tuan punya blog..
    Tapi,x dinafikan jugak.. bloger popular... akan bawak kepada blog yang popular..
    itu pendapat say abudak baru..
    hehehe.. kalau salah,maaf ek.. ^_^

    ReplyDelete
  8. x pe..x kisah ler..popular ke x...janji..janji..janji....aarrgghhh....:)

    ReplyDelete
  9. owh..se lagi..nak ucap berbanyak2 timakacih kat sdra...header sy dah menjadi...tu pun setelah puas sy cuba2...berkat dr pembacaan dr blog sdra...terimakasih..
    Er..sowi..lari topik sket..:)

    ReplyDelete
  10. kalau dapat dua2 pun bagus juga

    ReplyDelete
  11. Abg HH..Azri ada buat satu artikel khas untuk ABG HH kritik dan komen..

    http://informations-the.blogspot.com/2012/05/edisi-khas-blogger-artikel-khas-yang.html

    ReplyDelete
  12. lebih prefer blog yg popular... identiti aku tu saja buh, sebagai etika berblog. tak de la "baling batu sembunyi tangan".. hehehe

    ReplyDelete
  13. Kalau community blog, saya rasa biarlah blog yang popular. Populariti share sama2. Eheh. Kalau blog peribadi..erm...mestilah..mestilah saya yang nak popular. Hihihi *sorok muka*

    ReplyDelete
  14. blog popular lagi ok kot :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Panduan Bisnes di Shopee

Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung

CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement



Panduan Ternak Kambing