As-Salam.
Perlukah seorang blogger ketahui mengenai SEO? Apa itu SEO? Secara mudahnya ia merupakan akronim untuk Search Engine Optimatization. Ini maknanya, blog kita dibentuk, diolah, direka dan diisi kandungkan dengan perkara-perkara yang mesra SEO ini.

Perlukah Blog Anda Mesra SEO?

HH dulu pun bukan reti sangat akan SEO ini, tetapi selepas buat blog dan gagal mendapat kunjungan dan pembaca, HH buat semula blog, tetapi kali ini berdasarkan sedikit ilmu blog dan juga teknik yang diajar oleh blogger-blogger antarabangsa.

HH pernah bercerita tentang keadaan semasa HH di awal mula berblog: Mula Berblog dan Kesilapan Berblog.

Dengan sedikit olahan pada blog untuk menjadi mesra SEO, barulah nampak sedikit demi sedikit kemajuan. Tetapi, bukan semua blog adalah sesuai menggunakan SEO ini. Terpulang pada diri masing-masing untuk menjurus apa yang diinginkan dengan berblog.

SEO Untuk Blog Kongsi Info Manfaat

Jika anda merupakan seorang blogger yang suka berkongsi tips, idea, fakta menarik, cerita sensasi, mungkin SEO ini perlu diterapkan dalam blog, kerana anda sedang bersaing dengan banyak lagi sumber info yang menceritakan perkara yang sama.

Namun, pendapat HH, andai anda hanya buat blog sebagai satu pengisian peribadi, SEO ini tidak perlu ditekankan sangat. Memadai hanya dengan mencari kenalan blog yang sama pengisian dengan anda, iaitu blog personal ... dan menjalinkan persahabatan dengan mereka.

SEO ini penting untuk blog atau laman web yang ingin menjana pendapatan menerusi blog, mendapat ranking terbaik, untuk menarik pengiklan, bagi menjadi popular sebagai seorang blogger. Selain daripada itu ...... anda tulis dan anda kongsi ..itu sahaja.

Blog peribadi HH - thehasrulhassan.blogspot.com secara amnya tidak menekankan soal SEO jika dibandingkan dengan blog ini, kerana apa? Kerana pengisian blog ini adalah untuk semua mendapat manfaat.

*kalau nak baca celoteh tak ketahuan HH dalam kehidupan seharian, bolehlah baca thehasrulhassan tu ehh... :)

9 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Pening lah nak ikuti kehendak "uncle G"

    BalasPadam
  2. assalamualaikum HH...menarik entry ni boleh buat panduan sesama blogger...:)

    BalasPadam
  3. @Eera Shera Andai suka, klik la LIKE biar sama-sama dapat manfaat sebarkan kebaikan ilmu.

    BalasPadam
  4. Semua blogger baru biasanya belum ada matlamat yang jelas, setelah beberapa lama mereka mula melangkah dengan segala keperluan yang ada untuk cuba berada dalam kelas yang tersendiri, apabila mereka mula memahami keadaan sebenar sebagai seorang blogger.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement