As-Salam.
Apabila anda tukar alamat atau url blog anda, mana-mana widget yang bukan daripada blogspot atau yang disediakan oleh blogger.com, anda mestilah muatnaik, ubah, atau ganti semula dengan kod baru.

Ini adalah kerana ada di antara kod-kod widget yang dimasukkan sebelum ini melibatkan anda memasukkan url blog, jadi apabila bertukar, anda semestinya perlu menggantikannya dengan yang baru.

Walaupun ada sesetengah widget ini boleh melakukannya secara automatik, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, anda periksa dan lakukan satu persatu.

Selalunya HH buat ialah, apabila tukar alamat url blog, HH akan buka satu persatu widget yang dimasukkan dan copy paste kod yang ada ke dalam notepad. Jadi, apabila HH tukar url blog mahupun layout blog, HH akan tengok balik kod tadi dan tukar mana yang perlu ditukar terutama url blog.

Apa berlaku apabila anda tukar alamat url blog anda:

  • Follower akan reset jadi kosong balik, kerana orang yang klik jadi followers adalah berdasarkan alamat url blog. Update: Pihak Blogger dah buat pembaharuan, tukar url takkan beri kesan pada pengikut, ia tetap sama.
  • Counter pageviews juga akan reset kepada kosong.
  • Feed anda akan hilang kecuali anda gunakan feedburner di mana anda boleh pindah feed anda ke alamat url baru.
  • Kemungkinan ada widget yang tidak berfungsi dengan baik.
  • Sesetengah enjin carian akan labelkan blog anda sebagai blog spam kerana kandungan isi yang sama tetapi alamat url berlainan.
  • Enjin carian jadi keliru, maka blog anda dengan alamat url baru mungkin bermasalah untuk menjana trafik menerusi enjin carian.

Ini adalah beberapa perkara yang berlaku apabila sesuatu blog yang dah lama, dah ada banyak entri secara tiba-tiba bertukar alamat url atau link.



6 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul tu,banyak masalah yg bakal berlaku...tpi dorg ne suka hati je nak tukar.hehehe.... :)

    klu tukar ke domain sendiri,so far xde masalah sgt,sbb dri url lama da redirect ke url berdomain sendiri.

    ReplyDelete
  2. awal2 dulu mmg penah bcadang nk tukar address blog, tp disebabkn perkara mcm ni la saya tak tukar. biarkn jer, yg pntg content blog mesti ok n address blog tu boleh diakses by readers yg dtg nk baca blog..

    ReplyDelete
  3. betul tuh HH ..SP pun dulu ada jugak buat macam tuh ! tapi mengenangkan peristiwa tu, lawak jugak ..haha ..sebab, SP rasa SP tak fikir panjang waktu tu ...so Far, alhamdulillah :D

    ReplyDelete
  4. Kalau cmni, pikir 2, 3 kali la kalau nk tukar alamat blog..

    ReplyDelete
  5. Ni tukar url kan? Kalau setakat tukar nama blog dalam setting blogspot tu takde apa kesan kot noh?

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement