Klik Sini Untuk Tempahan
As-Salam.
Dalam dunia blog, HH dapati seperti ada 2 kategori besar blogger, iaitu satu blogger serius dan satu lagi blogger santai.

Kenapa saya memandaikan diri buat 2 kategori blogger ni? Hmm sebab itu yang HH nampak dan baca, geledah memalam, blog hopping dan blog walking .. HH nampak benda ni. Jadi saya buat satu kesimpulan secara logik, dan bukan kesimpulan ilmiah. Logik ni ikut pemerhatian kasar, tak ada statistik. Kalau ilmiah ni, diberikan bukti dan fakta jelas ... ada stats sendiri. :) Jadi, anda boleh katakan ia adalah kesimpulan peribadi saya dan bukan erti ia benar.

2 Kategori Blogger Dari Perspektif Logik

Blogger Serius
Bercerita sesuatu yang serius, selalunya melibatkan isu-isu semasa termasuklah isu politik dan isu kemasyarakatan. Cara penulisannya lebih jitu, suka berikan fakta untuk sokong entri yang dibuat. Mereka ingin suara mereka ini didengari. Entri yang dibuat bukan entri biasa, ia entri yang meyakinkan dan penuh mesej yang ingin disampaikan.

Selalunya, blogger serius suka memaparkan entri yang ada kaitan dengan kerja mereka. Contohnya, blogger itu seorang wartawan hiburan, maka entrinya mengenai dunia hiburan, selok belok tepi tengah atas bawah sumer dia tahu dan dia perjelaskan. Lagi satu contoh, jika blogger itu seorang ahli politik, so dia akan ketengahkan isu-isu berkaitan politik sebagai memberikan pandangan, idea dan nasihat.

Kebanyakkan mereka menulis yang ada kaitan dengan kerja mereka. Dari situ mereka dapat kumpulkan fakta, dapat kumpulkan maklumat terkini. Cara mereka menulis kadang-kala agak keras dan agak tajam.

Mereka ingin entri mereka diberi perhatian yang sangat serius, malah sesetengahnya quote seseorang atau organisasi tertentu supaya membaca hasil penulisannya, dia mahu ada yang bertindak balas dengan entri yang dikeluarkan.

Blogger Santai
Tak memilih topik tertentu. Mereka tak kesah samada blog mereka itu diambil serius atau tidak. Mereka inginkan pembaca namun mereka tak berharap entri mereka itu dijadikan bahan untuk sesuatu tindakan. Mereka boleh buat entri menegur tetapi sekadar berlegaran di kalangan pembaca-pembaca biasa, bukan untuk sesuatu diambil menjadikan ia satu tindakan yang lebih serius.

Kebanyakan isi entri berkatan keluarga, berkaitan kehidupan hari-hari, pasal dunia blog, pasal nak cari duit dan sebagainya. Entri mereka tidak menjurus tentang sesuatu, gaya penulisan juga agak tenang.

Entri pun banyak dari sumber2 luaran, dan banyak yang berdasarkan perkongsian ilmu.

Ini cuma pandangan saya ... mungkin ada yang tak berapa tepat, sebab dunia blog boleh tampil dalam keadaan yang mengelirukan. Kejap blog ni macam A .. esok lusa jadi cam B ... 10 tahun akan datang lak .. udah jadi magazine blog ... hmm macam2 ....

12 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya dlam kategori kedua laa kan??hehehe ^_^

    ReplyDelete
  2. blog aku mungkin yang santai plus merapu...hahaha

    ReplyDelete
  3. sy dalam kategori kedua kot^^

    ReplyDelete
  4. kita santai jerr..blog sebagai satu pelarian dari realiti hidup yang serba komplikated

    ReplyDelete
  5. Mood menulis blog ini sentiasa berubah hari demi hari...
    Suatu ketika saya pernah bercadang untuk memilih satu konsep sahaja utk blog saya...
    Akibatnya blog saya senyap tanpa entri selama setahun...

    ReplyDelete
  6. ooo...gitu eks~ saya ni kategori kedua kot..hehehehe...

    ReplyDelete
  7. Mas suka blog santai!
    blog Mas pun camtu kot..

    ReplyDelete
  8. saya mugkin kategori dua tu:) tak de fokus mane2..santai je..heee

    ReplyDelete
  9. betul tu saudaram selalunya yang banyak adalah blog yang santai, apa saja yang dibuat diluahkan bagai diary harian. ANak kucing demam pun boleh jadi entry blog.

    Jenis yang kedua adalah jenis bertema samada sesuatu isu, travelog, food blog dan ada pengkhususanm yang ini kira menjurus topiknya tetapi selalunya sarat dengan info.

    Macam saya juga menguruskan dua blogm satu bertemakan pelancongan terengganu iaitu http://terengganumyheritage.blogspot.com yang memaparkan apa saja yang menarik dari Terengganu samada makananm tempat menarik, peristiwa dan sebagainya.

    manakala blog kedua iaitu http://budakkg-setiu.blogspot.com lebih cenderung untuk berkongsi infomasi, minat, atau idea yang boleg dikongsi, dan mungkin sesetengah isu itu agak berat sikit dan juga info santai.

    Apa yang yang penting dengan berblogging kita boleh berkongsi pandangan, dan kalau kita bijak gerakan berblogging boleh mengubah arus masa depan negara kerana dunia sekarang kini dihujung jari.

    Teruskan berkongsi info, idea dan maklumat yang menarik dengan follower dan readers...

    ReplyDelete
  10. tapi SP rasa, SP kedua-duanya ..hahahaha

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Klik Sini
Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Mudah Kerja Dengan 176 Template COPYWRITING - The Story Selling! Ayat Padu Hanya Isi Tempat Kosong Sahaja!! KLIK SINI untuk DOWNLOAD

Tawaran Sertai Kelas Online SHOPEE. Free Ebook Diberikan.KLIK SINI. Guna Telegram.

Advertisement