Langkau ke kandungan utama
Tunjukkan catatan dari April, 2011

Jangan Bercinta Jika Tidak Yakin ....

Salam. Ada orang start bercinta muda lagi .... sekolah menengah dah start "I LOVE U" .....malah ada yang sebelum peringkat menengah dah ucap .... "Ali Sayang Siti". Fuh .... kecik-kecik dah pandai ucap kata cinta, kata sayang ... hebat betul.
Saya start bercinta hmmm zaman akhir2 kat IPT. Biasalah .... tak ensem .... mana laku. Buat la kuak lentang ke, terjun tiruk ke ...tak ada sapa pun pandang. Yang pandang hanyalah saya ..... pandang dengan sayu gitu. Hehehe... itu cerita lama.
Suka nak kata kat sesiapa yang dok membaca ni, JANGAN bercinta jika anda tidak yakin bahawa cinta itu akan membawa ke gerbang perkahwinan. So, bukan cinta nak main-main atau kata orang omputih .. flirting. Dunia ni makin cepat masa berjalan. Jadi, tak perlu tangguh lama2 ... dok bercinta karat sampai bertahun-tahun tapi kesudahan tak pasti .. nak buat apa .... mesti ada kisah akhirnya dalam sebuah cinta. Dan semua orang yang dok bercinta mahukan satu noktah yang membahagiakan.

Akuarium Terkecil di Dunia

Salam. Inilah akuarium terkecil di dunia! Ia merupakan hasil kreativiti seorang berbangsa Siberia bernama Anatoly Konenko. Ia merupakan satu kiub gelas bersaiz 30 x 24 x 14 mm. Akuarium ini dipenuhi batu kerikil kercil berwarna-warni serta pasir halus, ia boleh memuatkan 10 ml air untuk si ikan kecil. Akuarium ini juga dilengkap sistem penapisan kecil untuk memastikan kualiti air sentiasa terjaga. Akuarium terkecil di dunia ini hanya layak didiami oleh anak-anak ikan yang kiyut sahaja. Mungkin ikan Guppy boleh muat dalam ni.


Ilusi Titik Tengah

Salam. Petang-petang macam ni, apa kata kita main-main dengan sedikit illusi. Ya, ilusi sering berlaku tanpa kita sedar, malah dalam pertimbangan seharian kita juga dalam membuat satu-satu keputusan, kita tanpa sedar terpedaya dengan illusi.
Kita begitu mudah mempercayai. Kita suka serkap jarang, akibatnya kita membuat satu kesimpulan yang salah.
Ok, jom tengok illusi ini.
Anda diminta tengok titik tengah di kedua-dua gambar ini. Efeknya sama .. anda akan merasai imej atau corak di sekeliling titik itu pudar dan makin lama hilang begitu sahaja. Mengagumkan bukan?

Dah cuba yang atas tu .. cuba yang ini pula:



Sumber: MO Illusions

Pujian, Duit, Harta, Pangkat Dan Keluarga - Semuanya Tidak Kekal!

As-Salam. Apa yang memotivasikan kita sepanjang kehidupan yang sementara ini? Anda dah kenal pasti? Dan cuba lihat balik .... adakah motivasi dalam hidup anda itu sesuatu yang berbaloi? Sejauh mana kuatnya punca motivasi itu untuk memberikan kita segala kekuatan untuk harung hidup yang penuh pancaroba ini.
Saya suka berkongsi satu quote yang diilhamkan oleh seorang sahabat kepada saya; JANGAN jadikan PUJIAN sabagai motivasi kerana ia akan mencelamu kemudian hari.JANGAN DUIT dan HARTA sebagai motivasi kerana ia akan hilang dan habis.JANGAN PANGKAT sebagai motivasi, kerana ia akan jemu, tamat dan dihasad-dengki.JANGAN KELUARGA sebagai motivasi, kerana mereka akan mati.
Jadi apakah punca motivasi mutlak seandainya perkara-perkara di atas tidak kekal dan boleh (pada suatu hari) 'membunuh' kita kelak?

Lalu kata terakhir ini diberikan:

5 Cara Menyerlahkan Blog Dalam Bloglist Orang Lain

As-Salam. Dah tempah blog masuk ke dalam bloglist blog lain? Bagus ... ia merupakan satu langkah untuk blog anda mula melebarkan sayap .... ada sayap ehh? Bila kita berjaya menempatkan blog kita ke dalam bloglist orang lain, perkara utama yang perlu anda tahu ialah memastikan blog anda sentiasa menyerlah. 
Bagaimana nak serlahkan blog dalam bloglist orang lain?
Sentiasa update blog dan entri anda. Buat sela masa tertentu, seperti sejam, dua jam, ataupun buat 2-3 entri sehari. Lihat sahaja yang dilakukan Ben Ashaari. Ramai yang meletakkan blog Ben Ashaari dalam bloglist mereka ... dan tengok berapa ramai yang secara serentak online di blognya setiap kali dia buat satu-satu entri. Entrinya dibuat dalam sela masa paling cepat, sejam satu entri .... itu sebab blog dia sentiasa duduk atas dalam bloglist orang lain.Buat tajuk yang boleh buat orang klik ke entri anda. Bila tajuk anda kababommm dan mengiurkan... orang akan pasti klik. Dah buat tajuk yang sentiasa orang cari ... maka senang2 j…

5 Kelebihan Disenaraikan Dalam Bloglist

Kelebihan blog disenaraikan dalam bloglist. Apakah kelebihan blog anda jika disenaraikan di dalam bloglist blogger lain? Hmm tak tahu ehh? Ok saya nak cerita dalam blogpost ini. Tetapi sebelum itu ...

Apa itu bloglist? Ada sesetengah blog tak diletakkan bloglist ... itu pilihan mereka. Ada sebab mereka berbuat demikian. Namun, bagi saya ... bloglist penting untuk diambil perhatian. Sesapa saja yang ada buka bloglist, jika ada kesempatan, saya akan cuba menyemakkan diri untuk memasukkan blog ini dalam blog mereka.
Kelebihan Disenaraikan Dalam Bloglist Apa kelebihan yang dapat dari bloglist?
Memberikan trafik mudah. Bila blogger lain pergi ke satu-satu blog, tetiba nampak satu tajuk entri yang perghh macam nak tahu je .. so dia pun klik la ....dah dapat trafik dari bloglist blog lain.. ... mudah kan? Memberikan kelebihan dari segi ranking Alexa. Saya tak berapa pasti, tetapi ada blogger yang pernah berikan tips bagaimana nak tingkatkan ranking dalam Alexa. Ranking penting untuk blog kit…

Nak Masuk Bloglist Pun Nak Kena Wat Segmen?

As-Salam. Kenapa yer? Hmm senang dan simple jawapan saya - kesungguhan. Jika anda bersungguh-sungguh untuk promot blog anda, bersungguh untuk membina network di kalangan bloggers dan untuk memberikan kelebihan trafik mudah, inilah jawapannya. Join segmen, mana2 segmen pun ... gitulah segmen bloglist yang saya buat.
Saya pun kena usaha untuk membolehkan blog saya disenaraikan di blog-blog orang lain. Ini adalah salah satu caranya .... mereka masukkan saya dalam bloglist dan saya masukkan mereka dalam bloglist saya - so win-win situation, dua2 dapat pendedahan.
Mengapa tak masukkan je terus .. nampak suka pastu masukkan ... hmm .... bukan saya tak leh buat begitu, boleh je. Yelah, buat segmen la pulak kan .. yang dah lama masukkan blog saya dalam bloglist derang ..macam tak adil plak sebab ada blog lain yang tak pernah pun singgah leh tetiba masuk dalam bloglist kerana dia join segmen ... 
Kenapa ehh? Ada blogger yang suka mencantikkan blog, dan ada blogger yang suka tambah blogroll/bl…

Tension Tul Pagi Nih

As-Salam. Aduhhh tension tul la. Saya dah agak benda cam ni pasti berlaku ... dah .. hari berlaku dah. Puas betul dok carik .. tak tahu sapa punya angkara .. dah tanya dah pada yang boleh bercakap ... semua kata tak tahu .. so skang ni saspek utama adalah Maira ... mesti dia letak mana-mana ni ....
So seharian tak buka blog, tengok ramai dah join bloglist saya .. alhamdullillah ... saya masih lagi tak sempat nak usyar lagi .. yang sempat tu saya dah hebahkan menerusi entri, dan saya dah masukkan ke dalam bloglist saya tu ... haaa bahagian tepi ... sebelum ni bloglist saya letak kat bawah .... :)
Ok ... nak sambung cari apa yang nak dicari tu ... sebuah REMOTE ..... adehhhh mana la remote TV ni ... nak nukor cenel susah bebenor ... si Zikri dok cakap nak tgk tomen (ultraman) .... cam mana nak tengok? remote nak tuko jadi AV pun tak leh .. adehhh gitu canggih TV nih sampai saya pun tak tahu cara manual .. boleh gitu?
OHh di mana kauuu remote ... mak saya pun dah lenguh dah ... ishhh mana la…

Redmummy dan Beautiful Nara Bakal Muncul di World Bloggers & Social Media Summit!

As-Salam. Wahh hebat mereka berdua ni ....dah jadi international dah ni ...hebat kan? Saya pasti ramai yang mengiyakan akan kehebatan dua nama ini - Redmummy dan Beautiful Nara dalam dunia blog tanahair. Buat mereka yang belum kenal ..... dua nama ni adalah antara nama-nama besar dalam dunia blog. Banyak tips dan panduan saya dah belajar dari mereka. 
Antara entri mengenai Redmummy: Redmummy Temuramah Siti Nurhaliza7 Panduan Jana Pendapatan Dari BlogRedmummy Tinggalkan Komen - Saya Minta MaafNasihat Redmummy Untuk Blogger BaruBukti Pendapatan Nuffnang
Antara entri berkaitan BeautifulNara: Intipati Vlog Ben Ashaari Bersama Beautiful NaraBagaimana Dapatkan Trafik Dari Beautiful NaraSiapa Kenal Gadis Ini? Tunangan Seorang Blogger Terkenal!
Jadi, jika ada yang tanya, layak ke mereka bercakap di sana - World Bloggers & Social Media Summit ? Saya akan cakap .. mestilah .. mereka dah buktikan sendiri - blog mereka berada dalam kelas yang tersendiri.
Mereka juga akan berada dalam siaran di…

Earn Respect ... Not 'Buy' It!

As-Salam. Bagaimana nak dapatkan respect atau penghormatan jika kita sendiri tak terlebih dahulu beri respect pada orang lain? Orang suka kalau dihormati ... mana-mana tempat pun, mana2 negara .... mana2 bangsa ... semua suka dihormati.
Saya teringat kata-kata kawan saya, dia seorang kontraktor berjaya .... menjadi kebanggaan orang kampung, apatah lagi keluarganya. Saya sendiri memang tabik la pada dia. Dulu .... semasa di sekolah, dia pernah kena kutuk kaw-kaw punya disebabkan satu insiden yang memalukan. Saya pun tak sanggup nak ceritakan kat sini ... kerana ia agak mengaibkan. Tapi ... itu dulu ... Tuhan Maha Adil.
Kerana peristiwa itu, dia jadi bahan ejekan ... siyes hampir setiap hari. Nasib baik la jiwa dia kental ... walaupun kena bantai masa last week kami di sekolah (SRP) .... dia tak patah hati. Buktinya .. resultnya baik dan dia menerima tawaran untuk kembali ke sekolah yang sama - di mana ramai rakan-rakan yang kutuk dia dan jadi bahan ejekan.
SPM keluar ... dia dapat result b…

Panduan Menulis Blog | Petua Mendapatkan Trafik - Cara SEO dan Komen

As-Salam. Ada yang tanya saya lagi, sebelum ni pernah dah sebut dalam blog, tapi tak apalah ... saya boleh buat entri dalam blog, tak rugi apa-apa pun. 
Saya dapat trafik dari mana? Hmm minggu ni saya dapat trafik berganda-ganda, saya dah skrin captured untuk anda semua punca trafik saya untuk hari ini (sehingga jam 2 petang). Apa yang anda nampak?

Ok, di tempat teratas sekali tu, saya peroleh trafik dari enjin carian .. Google Malaysia. Bagaimana saya dapat trafik dari sana (trafik organik)? Ini pure trafik ... maknanya orang letak keyword tertentu, pastu blog saya antara yang terpapar di halaman pertama enjin carian tersebut, lalu mereka pun klik. Teknik ini lebih kepada SEO atau Search Engine Optimisation, nak baca entri mengenai petua SEO yang saya gunakan? Anda boleh baca di sini: 8 Cara SEO Mudah Dalam Bangku Kosong atau boleh baca entri ini: Teknik SEO Mudah
Kemudian, Facebook, hmm banyak group yang anda sertai .. tak semestinya group blogger je, anda boleh publish kat ruang lain …

Nyanyuk Dah

As-Salam. Saya bukannya boleh ingat semua benda, siyes. Walaupun orang dok cakap berkali-kali, saya dok sering lupa. Wife saya kata "Abang ni .. lain kali dengarlah orang cakap, cer dengar betul-betul!". So, bila wife saya dok pesan something untuk saya lakukan, saya lebih suka catatkan pada kertas nota. Tapi tu la .. dok catat punya catat panjang-panjang, last2 lupa bawak nota tu. Adehhh .... 
Bila lepak-lepak ngan wife, kami suka la dok citer zaman kecik2 kami, zaman sekolah (walhal satu sekolah), zaman bujang-bujang dulu ... banyak citer dok mekar dalam ingatan. Leh ingat lak tu .... teringat nota-nota kuliah yang pernah saya buat ... time dulu, masa exam tak nak lak kuar dari ingatan. Time ni la .. setelah berpuluh tahun, baru nak muncul. Heran tak?
Satu hari, saya ada tengok satu citer ni ... dalam Desperate Housewife - favourite saya dan wife, suka tengok sebab boleh belajar banyak benda dalam perhubungan suami-isteri, jiran-jiran dan tentang penjagaan anak. Dalam episod …

Sukarnya Nak Promote Blog Sendiri

Sukarnya nak promote blog sendiri. Siyes .. saya tak retilah nak pomote blog. Tu sebab blog saya terkedek-kedek je dari segi pageviews, dari segi followers. Tu belum tengok contest-contest yang perlukan sokongan orang dan pembaca. Letak la iklan apa bagai, letak la apa pun gambo ... tak menjadik punya. Segmen saya buat pun kurang sambutan. Ini bukti-bukti nyata saya tak pandai promote blog.

Cuma apa yang saya dapat selama ini, semuanya adalah disebabkan pembaca setia blog ini. Mereka yang masukkan blog saya dalam bloglist derang. Kalau tak ada blog saya dalam bloglist derang ni, tak ada ke mana ahh blog ni.
Sukarnya Nak Promote Blog Sendiri
Saya kagum gak dengan mereka yang hebat wat promo blog, sampaikan ada yang dapat adiah tu .. uhh hebat. Saya try gak belajar skit2, nampaknya tak menjadi jugak. Mungkin lom cukup aura untuk menarik perhatian orang lain.

Pelan-pelan kayuh. Mungkin 10 tahun akan datang, aura tu ada kot. Sekarang ni ... apa la yang ada kat Bangku Kosong ni .... blum …

Fakta Menarik | Siput Paling Berbisa di Dunia

As-Salam. Saya pernah ceritakan mengenai labah-labah yang paling berbisa di dunia, di mana bisa dari labah-labah ini dipercayai dapat menjadi pengganti viagra. Kali ini saya nak kongsikan mengenai siput yang paling berbisa di dunia!
Jangan anda fikir siput yang kecil molek berlendir tu tak bahaya pada manusia. Ia memang menggelikan bagi sesetengah orang melihat ataupun memegang jenis siput tertentu. Terdapat juga siput yang boleh dimakan dan menjadi antara hidangan terenak. Namun, jarang kita mengetahui mengenai siput yang boleh membawa kecelakaan kepada manusia.
Siput yang saya maksudkan ialah Siput Marbled Cone. Nama saintifik untuk siput bercengkerang cantik ini ialah Conus Marmoreus. Ia boleh mencapai panjang sehingga 6 inci dan berat sekitar 7-8 gram. Habitat bagi siput ini ialah di kawasan laut tropika dan beriklim sederhana panas. Ia hidup di kedalaman sehingga 90 meter. Penemuan siput ini pernah dilaporkan di Australia, Laut Caribbean, Pasifik, Laut Merah, dan terbaru si sepanjan…

Kisah Larut Malam: Stalking My Followers (P2)

Salam. Meneruskan pengembaraan lewat malam, kali ini saya senyap-senyap masuk dalam satu blog ni. Mula-mula eja atau taip alamat blog ni, nampak pelik je .. sebabnya ... ada sinonim bunyik dengan kain kapan ... ishh serammm .. dah la tadi dok bukak jumpa gambo antu pocong dalam blog ni .. ishhh ... lagi la buat saya sejuk2 kaki. Empunya blog ni, memang diakui selalu masuk blog Bangku Kosong. Ntah apa dibuatnya hari2 masuk blog saya ni pun saya tak tahu ... tu kena tanya dia. Dan blog ni telah banyak bantu Bangku Kosong dikenali dan menjadi pilihan dalam Blogger of The Year Award yang dianjurkan oleh Digi (walaupun di tempat yang sayup2 je).
Pernah beberapa kali buat kejutan pada blog Bangku Kosong dengan mengipas2 di blog2 popular... TANPA saya sedar sama sekali (ecewah ...). Terima kasih saya ucapkan kepada blog ini: KLIK SINI.
Dari apa yang saya difahamkan, blog ini dikalerkan merah sebab empunya blog memang sukakan merah. Jadi tatkala saya buat blog saya kaler merah ... cepat2 dia teka…

Kembar Blog Bangku Kosong?

Salam. Ini dulu pernah cakap kat saya .. nak niru gaya saya, saya ok je .. nak copy paste pun tak apa ... saya tak marah punya. Pastu dia cakap dia nak ikut cara saya buat header ... saya pun kata ok gak .... saya tak ada halangan ..... asalkan dia seronok berblogging, saya tak kisah ...
Hmm ... korang nak tahu siapa yang saya maksudkan ni? Untuk kenal dengan blogger ni, korang kena tengok dulu blognya .. nih saya captured ... ada persamaan tak dengan blog saya? Hehehehe....

Saya ok je, kalau ada blogger yang tak suka karyanya dicopy paste, bagi diri saya pulak, hmmm buatlah apa yang korang nak buat, asalkan jangan buat busuk nama blog Bangku Kosong udah ler. Mana yang baik, saya pernah saya kongsikan pada korang, korang boleh tanpa perlu rasa bersalah ambil dan jadikan entri. Bagi saya, memberi lebih baik dari menerima, :) kecil tapak tangan ... seluruh blog Bangku Kosong saya serahkan.
Terima kasih buat blog AnakAbah yang selama ini selalu jenguk sini. Suka ati saya benda yang baik diko…

Panduan Menulis Blog | Mengapa Perlu Syok Sendiri Dengan Blog Sendiri?

As-Salam. Ada yang macam nak berhenti berblogging. Sebabnya, blog tak ramai pembaca - bukan tak ada, cuma tak ramai je. Hmm ..awal2 tu memang gitu, saya pun dulu berblog, hanya kurang 10 orang je baca blog saya dalam sebulan ... sekarang alhamdulillah, leh dapat 10-20 orang baca Bangku Kosong dalam masa sejam.
Jadi apa petua saya menjadikan yang 10 sebulan jadi 10 sejam? Tak ada petua khusus tetapi apa yang boleh saya beritahu ialah .. kita mesti rasa seronok berada di blog sendiri, atau dengan kata lain ... syok sendiri. Aha ... mungkin ada yang kata .. uhh apa pekdah nak syok sendiri kat blog sendiri. Entri syok sendiri? Itu kata orang ... mungkin mereka betul.
Kenapa kena rasa seronok? Kalau kita sendiri tak rasa seronok baca dan berada di blog sendiri, bagaimana kita nak expect orang lain suka? Macam kita buat bajulah .. kalau kita tak rasa baju tu cantik, bagaimana nak agak orang lain pun rasa cantik sama? Namun, petua ini kadangkala tak leh pakai juga, seperti saya kata tentang…

Petua Memilih Fesyen Kardigan (Cardigan)

As-Salam. HH tengok sekarang ni dah makin popular fesyen Cardigan (Kardigan) ni. Antara yang suka pakai ialah gadis-gadis Melayu yang bertudung, ia dah jadi satu trend baru. Dan baru-baru ini, saya ada menonton Safiyya di TV9, dan nampaknya, pengacara Rina Salleh (Bekas Juara Gadis Melayu) juga mengenakan fesyen Cardigan ini.

HH bukanlah seorang yang terang mata mengenai fesyen, namun secara subjektif saya nampak fesyen ini amat sesuai untuk gadis-gadis Muslim. Masakan tidak, ia tidak ketat, tidak menampakkan liuk tubuh. Ia sesuai kerana ia pakaian longgar dan santai.
Dan semua tahu bahawa wanita merupakan target fesyen, jadi perlulah wanita menyesuaikan pakaian dan fesyen ikut kehendak yang sesuai, dan paling penting ia tidak melanggar adat dan hukum. Dan dengan sedikit ubahsuai, aksesori tertentu, fesyen Cardigan ini boleh dipakai samada untuk bersantai, bersama keluarga, bershopping mahupun ke pejabat. Di sini saya berikan sedikit tips untuk berpakaian Cardigan.

4 Petua Memilih Fes…

Awas External Hard Drive Palsu!

Salam. Ada pelbagai cara jika manusia ini nak menipu. Sangat kreatif .. tapi malang ...kelebihan yang ada digunakan untuk tujuan yang tidak baik. Mungkin jalan paling mudah untuk cepat dapat untung. Apapun, benda yang tak baik nih bukan lama mana leh bertahannya pun, lambat laun akan diketahui juga. Jika tidak hari ini, esok .. lusa .. dan tatkala itu dah terlambat nyer dah ...
Jadi cukup2lah menipu para pengguna, para pembeli. Mentang2 hot stuff dan memang ramai yang carik ... ishhh ambik kesempatan gini sungguh tak bertanggungjawab! So, buat rakan-rakan, para pembaca blog ini .... awas dengan penipuan sebegini.
Ada forumer di Ehoza menghantar 3 keping gambar external hard disk tipu. Dari luar, ada sambungan USB - kira nampak macam USB External Hard Disk, dan ampehnya menggunakan nama syarikt popular untuk menipu.
Beginilah rupa external HDD tu .. tampak ok je ... rega mungkin dalam 3 ratus lebih.

Namun, pemilik ini mendakwa ianya rosak, lalu dihantar untuk dibaiki sebab masih ada warran…

Amalan Sedekah, Derma Sering Jadi Perkara Terakhir Kita Buat

Kenapa nak berkira sangat dalam soal nak sedekah, nak berikan bantuan? Ada orang beranggapan, bila kita ada lebih, barulah kita leh sedekah kat orang. Hmm ..nampaknya konsep salah ni, actually paling terbaik kita memberikan sesuatu bantuan seperti menderma dan sebagainya adalah tatkala kita sendiri menghargainya sangat2.

Mengapa kita nak tunggu bila kita ada lebih? Mengapa nak tunggu di saat-saat akhir? Selalunya inilah yang sering kita lakukan. Kita lakukan kebaikan seperti menderma ini lepas ada orang yang mintak, lepas kita dah penuhi kehendak kita. Jarang sekali ia menjadi perkara pertama dalam kehidupan kita seharian.
Amalan Sedekah, Derma Sering Jadi Perkara Terakhir Kita Buat "Bang, kenapa tak sedekahkan sikit hasil tuaian kita ni?" kata si isteri.

"Tunggulah ... last2 lepas kita kira semua nanti, barulah kita sedekah kat orang" kata si suami.

Gitulah antara contoh bila disoalkan mengenai keperluan untuk bersedekah, dan derma. Ia jadi perkara terakhir yang …

Yayasan Proton Tawar 3 Kategori Biasiswa

Salam. Ada yang masih mencari biasiswa dan bantuan kewangan untuk melanjutkan pengajian selepas SPM? Apa kata cuba mohon dari Yayasan Proton. Dapatkan juga bantuan kewangan untuk sambung belajar dari instutusi lain: KLIK SINI. Maxis juga menyediakan program biasiswa - KLIK SINI.
Yayasan Proton menyediakan 3 kategori pemilihan untuk penerimaan biasiswa 2011/2012 ini. Jadi, ambil peluang dan kesempatan ini. Tarikh tutup 30 April. Sila klik keterangan dibawah untuk download borang permohonan.


Bila Blog Saya Jadi Bahan Bukti - Masuk Meeting Projek Mega Nasional

Salam. Tersenyum saya bila dapat tahu blog saya ini dijadikan bahan rujukan atau bahan bukti dalam satu mesyuarat penting. Ini semua gara-gara pendedahan eksklusif beberapa keping gambar yang memaparkan satu projek mega kerajaan. Kalau anda dah lama mengikuti blog Bangku Kosong tentu leh teka tentang projek apa.
Saya telah dihubungi oleh 'informer' saya bahawa blog saya telah dipaparkan dan ditayangkan kepada semua yang ada dalam meeting tersebut. Difahamkan,bahawa mereka telah google mengenai projek mega ini dalam internet, dan telah terjumpa beberapa keping gambar yang sepatutnya diklasifikasikan sebagai sulit. Dari gambar tersebut, ia telah membawa ke blog ini.
Disebabkan ia tidak sepatutnya dipaparkan dan didedahkan oleh mana2 pihak, pihak syarikat tersebut telah menghubungi saya dan meminta untuk mengeluarkan entri tersebut dari blog ini. Dan saya telahpun berbuat demikian.
Ini menunjukkan bahawa kaedah tagging dan penamaan gambar yang sesuai dan betul dapat memberikan impak …

Antara Saya Dan Ben Ashaari - Jauh Panggang Dari Api

Salam. Terharu, nak cakap apa lagi, begitulah perasaan sebenar saya bila ada blogger yang mendakwa saya seorang blogger hebat. Hebatkah? Tak sehebat mana pun ... ramai yang lebih hebat di dalam dunia blog, saya ibarat kuman di tengah lautan je. Namun, saya ingin ucap terima kasih buat blogger ini menerusi tulisannya: Dia Blogger Hebat! Saya Kagum Dengan Blogger Ini!
Apa yang saya buat dalam blog Bangku Kosong adalah antara apa yang saya ingin kongsikan kepada semua. Ada yang suka dan ada yang  tak suka. Bila tak suka .. tentulah diam ....nanti dicop haters pulak. Bagi saya, dalam menulis entri, ada perkara yang baik dan ada perkara yang tidak baik, mana yang baik, jadilah panduan, mana yang tak baik tu .. anggaplah sebagai satu pengajaran.
Saya cuma kongsikan apa yang saya tahu, dari pembacaan saya, dari dok jalan-jalan dalam dunia blogger, dari pengalaman hidup saya, dan dari apa yang orang lain beritahu pada saya. Ada entri saya tu bukannya best sangat pun, banyak cedok sana, cedok si…

Sentiasa Bersedia Untuk Menerima Teguran

As-Salam. Hidup tak selalunya indah. Ada pasang surutnya. Jadi sentiasa bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan yang ada. Kalau kita terlupa atau lalai, kelak yang merana adalah diri kita sendiri. Awas dengan perkara-perkara yang tak dijangka.
Kadangkala kita terlalu yakin akan diri sendiri sampai kita abaikan benda2 kecil yang sebenarnya antara faktor penyebab sesuatu peristiwa dan keadaan. Contohnya, tak pam angin tayar, boleh sebabkan kita kekurangan nilai dalam wang kita tatkala mengisi minyak, kerana apa ...kalau angin tak ada pada tayar atau tak cukup, kita bawak kereta akan guna banyak minyak, sebab tak efisien. So, jangan bebel2 sendrian bila isi RM30 kejap je abis dalam masa seminggu!
Jadi, bagaimana diri nak jadi sentiasa alert? Hmm ... ada pasangan? ada anak? Ajar mereka untuk sentiasa menegur anda, memberikan nasihat, mengingatkan anda. Kalau asyik fikirkan diri je yang leh nasihatkan orang lain .. hmmm anda salah. Orang lain pun ada hak untuk menegur anda, sebab and…

Nak Menipu Pun, Agak-agakla Bai ...

As-Salam. Adehh ... hmm nih kes nak memikat la kot, atau mungkin nak dapatkan ramai awek add dalam Facebook. Kalau teknologi dan kepakaran disalahguna, ginilah ... adehhhh .... tapi sepandai-pandai pun, bukannya bijak sangat pun. Saya fikir mungkin dah terlebih excited, tak perasan ada benda fail yang nampak kat situ ..
Erkk ... ada sesapa tak yang wat gini dalam profile photo kat Facebook? Tak pun dalam profile blog ke .. huhuhuhu ... cer tengok balik .. mana tau orang leh detect anda menipu ke .. hehehe... 

So, tak perlulah nak nipu2 sangat, dah bijak guna kemahiran tertentu, baik guna untuk kebaikan ... bukan jadikan alat untuk menipu orang lain ... agak2 nak kental otot .. sasa badan .. belajar kat mamat nama Ben Ashaari ... siapa dia? Hmm try la google .. hehehe.. pasti jumpa punya!

Sumber Foto: DamnLOL 


Kami Dulu Obses Dengan Segala Macam Peraduan

Salam. Saya nak kepoh  .. boleh tak? Dulu, masa awal2 kawin, saya dan wife memang giler peraduan, apa2 peraduan yang ada semua kami masuk ... paling tak hingat adalah peraduan duit raya dari choclairs .. gila weihh .. bila choclaire bertong2 tu ... beli murah kat kedai yang jual borong benda2 ni ... kumpul pembalut. Obses gila .... nak menang punya pasal, sampai buka pembalut tu .. coklat simpan dalam bekas lain ... nak wat camner ... nakkan pembalut sebagai syarat .... so pulun la wat gitu.
Kumpul punya kumpul ...memang banyak la. Kami hantar berpucuk2 surat dengan isi sampul coklat choclair ... menang? Hmm tak ... dan coklat tu ... sampai dekat setahun dalam balang ... tak makan pun .. ish ish ish .. membazir sungguh la. Dan selepas itu, bila ada iklan pasal coklat ni ... pasti saya dengan wife senyum teringat kisah nih. Ia juga jadi pengajaran .... jangan obses sampai buat pembaziran yang tak perlu. Mana taknya ... last sekali coklat tu buang je .. .membazir je kan? Dapat la simpan b…

'Tua dan Karat' Pun Boleh Tampil Bergaya dan Hebat Apa ....

Salam. Baru lepas basuh keter, wax sekali ... kereta lama, kenalah kasik wax ...manusia pun pergi spa, pergi rawatan muka .. kereta pun kena jaga juga, baik penampilan luaran mahupun dalaman. Saya pakai kereta Audi je ... erkkk Proton Wira je ..  tak abis bayar lagi..... kalau korang selalu klik2 saya nyer iklan tu .. leh la dapat singgit dua kasik mekap lain .. hehehehe ... dan kalau lagi banyak .. leh la tukar apa yang patut. 
Lepas dah kasik kilat2, lepas dah hilang kerut dan garis2 kasar pada kereta ... saya lepak jap. Tengah dok bersantai tu, dengar .... "old news paper .. old news paper .. besi buruk ..besi buruk ..." uhh apa lagi ... saya tahan ler, jiran saya pun turut sama. Kami keluar semua benda yang boleh dijual. Surat khabar saya dan kerusi buruk saya jual .. dapat la dua ringgit seposen .. hehehe.. jiran saya jual majalah dengan tin aluminium ... dapat dalam singgit lebih.
Saya tanya tokey tu ... berapa sekilo besi? Dia cakap 50 sen ... uhh mahal tu .... tapi saya…

6 Petua Jimat Elektrik Yang Tak Patut Amal

Salam. Jangan ikut petua yang diberikan ini ehh ... ini cuma ingatan dan sekadar berkongsi pengalaman lampau. Tapi kalau ada yang buat lagi, cepat2 jangan buat ... ishh ngundang bahaya je ni.
Meletakkan segelas air kosong di atas meter letrik - pernah dengar atau lihat petua ni tak? Ishh ni kalau tumpah air dalam gelas tu, tak ke leh terbakor satu umah .. ishh ... sapa la punya petua ni.Menggunakan soket yang banyak palam - ada yang kata, leh jimat letrik sebab letrik tu akan 'terbahagi' secara sama rata, so nanti bil pun kuranglah. Nih mitos semata-mata. Ini bukan caranya, kalau silap letak boleh terbakar dan merosakkan peralatan elektrik. Kadar beban sesuatu soket itu perlu anda tahu supaya selaras dengan jenis2 peralatan elektrik yang dicucuk sekali.Buat penyambungan sendiri - ada yang suka 'tarik' punca elektrik dari satu soket atau plak kemudian buat plak lain. Ini bukan petua yang bagus, sebolehnya dielakkan. Semakin panjang anda gunakan sambungan, semakin tinggi a…

Adakah Ini Blog Heliza Helmi?

As-Salam. Jalan-jalan sambil lompat dari satu blog ke blog, tup tap terjumpa blog ni ... erkkk blog heliza helmi? Uhh ye ke nih? Heliza pun berblog ke? Hmm yang saya tahu dia ada website untuk bisnes dia tapi skrang ni dah tak leh nak akses dah, tak tahu pasal apa .. tu kena tanya pengurusan Heliza Helmi nyer syarikat la yer. Saya bukan PA atau bukan juga orang kuat Heliza Helmi.
Lagi satu, saya tak berapa kenal Heliza, sebabnya saya bukan peminat siaran Astro, saya tiada Astro di rumah. Pelik tak? Hmm memang saya dah cukup puas hati dengan siaran percuma yang ada ni. Yang ada ini pun dah banyak hiburan. So, stick je dengan enam siaran yang ada ni ... :) semuanya dah ada ...

Ok .. berbalik pada tajuk entri .... agak2 benar ke blog ini kepunyaan Heliza? Saya fikir bukan ... tapi tak salah nak jenguk, macam2 perkara dan video ada yang sangkut paut dengan Heliza ada dalam blog ni. Meh singgah dan tengok sendiri yer .. Klik: Heliza Helmi.

Tips Letak Iklan Dalam Blog

Tips Letak Iklan Dalam Blog - Tadi berblogwalking, saya nampak banyak blog yang dah ada iklan dalam layout mereka. Baguslah ...mana tahu cukup bulan leh dapat pendapatan sikit dari blog... dapat juga belanja adik, abang, kakak, mak dan ayah pergi makan sate ... sepuloh cucuk pun jadik ler .. janji merasa hasil kekreatifan berblog.

Tapi, satu je saya mushkil ni .. hmm agak2 ada ke pendapatan tu .. leh beli tak sepuloh cucok sate tu? Kalau sate rega seposen ... tak apa .. kalau sate kajang? 60 sen secucok .. uhh .. hmmm ...jadi kena tahu serba sedikit pasal nak letak iklan ni. Bukan main letak je .... sebabnya .. kalau salah letak, nanti blog pun nampak semak, macam blog ini .. hehehee
Tips Letak Iklan Dalam Blog Pertama sekali, bila nak letak iklan, pastikan hanya satu iklan branding sahaja, contohnya, kalau guna innity, gunalah innity saja, jangan tamak ... kalau guna Nuffnang, maka letak platform Nuffnang sahajalah. Bukan apa, setiap platform pengiklanan ini ada terms dan conditions…

Ayat Al-Quran Hindari dan Ubati Santau Serta Ilmu Hitam

Ayat Al-Quran untuk hindari dan ubati santau serta ilmu hitam. Awas dengan sihir, bukan benda main-main. Ia sesuatu yang benar berlaku. Pernah dengar pasal santau? Santau ada banyak jenis, ada santau angin, ada santau air dan bermacam lagi. Saya bukanlah seseorang yang ahli mengenai ilmu yang syirik ini. Namun, sedikit sebanyak ingin juga saya berkongsi apa yang saya tahu.

Amalan ini amalan lama. Amalan yang telah wujud sebelum datangnya Islam lagi. Santau adalah ilmu hitam, dan ilmu hitam itu adalah sihir. Sihir adalah perbuatan yang dikeji dalam agama Islam, kerana ia menyekutukan Allah S.W.T. Malah, amalan ini merupakan satu dosa besar yang sepatutnya semua umat Islam letak jauh-jauh.

Tidak datang satu masalah itu tanpa penyelesaiannya. Sesungguhnya Allah S.W.T itu Maha Adil. Ada penyakit, adalah ubatnya. Dan salah satu ubat untuk masalah santau dan ilmu hitam ialah amalan membaca ayat Al Quran. Al-Quran adalah ilmu hebat dan mukjizat yang Allah S.W.T turunkan buat umat Nabi Muham…

Coca Cola - Minuman Bergas Penyembuh Segala Penyakit?

Salam. Tahukah anda bahawa Coke merupakan tanda niaga buat Coca-Cola? Ia telah dipopularkan oleh Asa Griggs Candler, seorang usahawan yang menerajui syarikat tersebut, ia dipatenkan pada akhir kurun ke-19. Namun, sejarah penemuan Coca-cola ini sebenarnya bermula pada 1884, dan rasa unik ini telah dicipta oleh seorang ahli farmasi bernama John Stith Pemberton. Pada awalnya rasa Coke ini dinamakan Wain Koka Perancis Pemberton ("Pemberton's French Wine Coca"), yang diilhamkan dari kejayaan hebat Vin Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh Angelo Mariani yang terkenal pada ketika itu.
Kenapa ia kemudian dinamakan Coca-cola? Ia kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa dengan penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina.
Coca-cola mula dijual secara komersil pada 8 Mei 1886, dan ianya telah dilakukan di salah sebuah farmasi iaitu "Farmasi Jacob" yang terletak di Atlanta, Georgia. Mengapa dijual di farmasi? Pada…

Jangan Anaktiri Mereka Yang Disusukan

Salam. Saya terpanggil untuk menyatakan pendapat saya mengenai tindakan kerajaan menangani masalah kekurangan tenaga kerja mahir di negara kita. Langkah kerajaan dengan memberikan inisiatif istimewa kepada rakyat Malaysia yang bekerja di luar negara untuk kembali ke negara ini, saya fikir patut dibincangkan balik.
Setakat ini, tiada statistik jelas mengenai jumlah tenaga kerja mahir Malaysia yang pulang menerusi skim yang telah diberikan oleh kerajaan. Adakah ia memberikan kebaikan? Adakah ia berjaya? 
Ada yang merungut dalam hal ini, masakan tidak, jika mereka yang bekerja di luar bagai ditatang minyak yang penuh ... pulang dan diberi pelbagai insentif. Secara positifnya saya melihat benda ini mungkin boleh menarik tenaga mahir ini kembali ke negara tercinta mereka ini, tetapi pada satu pandangan lain pula ... mengapa tidak diikat hati mereka yang dah ada dalam negara ini?
Kerajaan harus fikir sebab musabab mengapa tenaga mahir ini ke luar negara pada asalnya .... hmm kalau mereka tak be…

Siapakah Peminat dan Pembaca Nombor Satu Blog Anda?

As-Salam.
Siapa peminat nombor satu blog anda? Siapa pembaca nombor satu blog anda? Kalau tak leh nak jawab .. hmm baik korang berenti berblog sekarang juga! Ini soalan paling mudah. Jika soalan ini pun dah rasa sukar ..... bagaimana nak bertahan dalam dunia blog.
Ada yang berkata nak berblog sampai ke akhirnya. Hmm semangat tu memang hebat. Ada yang nak jadi seorang blogger yang hebat satu masa kelak. Ada tu pulak nak jadikan blog dia antara paling femes dalam dunia blogging Malaysia. Memang visi misi ada... tapi sekali lagi saya tanya ... siapa pembaca nombor satu blog anda? Jika anda tak yakin siapa .. tak kenal siapa ... bagaimana nak berblog lebih jauh? Bagaimana cita2 dan visi serta misi hebat anda? Hmm .. cer fikir sekali lagi.
Platform blog diwujudkan untuk menyatakan pendapat dan luahan peribadi. Masing-masing ada pendapat yang berbeza, tak sama ... walaupun kulit sama kaler, rambut hitam lurus .. tapi bila meluahkan sesuatu perkara dan isu .. tak sama, jadi platform blog me…

Borang Cukai LHDN - Tinggal 10 Hari Sahaja Lagi!

Salam. Aha .. ehemm .. sapa yang tokey-tokey kedai, sapa ada bisnes perniagaan online, jangan lupa yer .. masukkan pendapatan tu dalam pengiraan untuk cukai..hehehe.. uhh ada yang jeling2 tu kat saya. Bukan apa, ini undang-undang, kalau kita tak patuh undang2, bagaimana kita nak minta orang lain patuhi undang2 juga.
Ada yang kata pada saya, uhh dari bayar ke LHDN baik la bayar zakat, lagi berkat. Hmm ... terserah, apakata buat dua2 ... kan kan .. boleh? Ada sedikit, beri sedikit, ada banyak berilah banyak. Rezeki ini bukan hak mutlak kita .. ada bahagian orang lain tu ... :)
Alhamdullilah, saya baru je selesai bayar tunggakan 2009, time tu saya ada pendapatan tetap, saya dah buat bayaran, saya buat secara ansuran .. aha .. tak tahu? Hmm kalau kita rasa tak mampu nak bayar sekaligus, boleh bayar cukai yang dikenakan tu secara ansuran. Dan buat pengetahuan, cukai LHDN ni ...kalau tak bayar, nanti akan ada interest .. mula2 interest dia sikit .. pastu banyakkkkkk dan berulang2 dari bulan k…

Bila Streamyx Ada Masalah

Salam. Hmm dekat lebih sehari jugak saya tak buat posting. Apa nak buat, saya bukan pakai laptop ... belum lagi sampai ke tahap itu. Bila pakai desktop ni, tentulah ada kekangan nak berblogging. So, kena hadapi je la. Dalam masa yang sama, saya lak sakit leher ... so macam menghilangkan mood lak. 
Hari ini ...petang ni ..elok jam 430 petang, dalam sibuk2 nak install game Warcraft 3 dalam PC, saya tengok modem/line streamyx saya dah ok balik. Terus online .. hahaha... tak tunggu lama.  Mula sekali buka email ... nampak banyak bebenor komen entri yang masuk ... terima kasih ehh sebab sudi meninggalkan komen dalam entri blog ini.
Actually, semalam ingat nak buat report, tapi bila ingat semalam Perak cuti ... so saya biarkan dulu .. mana tahu kot2 tetiba ok balik line streamyx saya ni. Dan pagi ni .... saya ambik keputusan untuk call TM, jenuh gak cari nombor telefon. Kena guna handphone saya untuk cari no kat yellow pages. :) Hmmm nak kena ingat .. dan dah simpan pun dalam hp, mana tau esok…

Dapatkan Pemeriksaan Gigi Percuma !!

Salam. Dah lama saya tak buat entri mengenai kempen bermanfaat. So kali ini saya sukacita nak war-warkan mengenai Kempen Kesihatan Mulut 2011 dan bulan April 2011 telah dijadikan Bulan Kesihatan Mulut. Dalam bulan kesihatan mulut ini anda berpeluang mendapatkan rawatan pemeriksaan gigi secara PERCUMA di klinik-klinik terpilih seluruh Malaysia.

Ianya merupakan sebuah kempen anjuran Colgate bersama Persatuan Doktor-doktor Gigi Malaysia. Jadi, jika ada kesempatan, sila dapatkan pemeriksaan percuma yang diberikan. Ia bukan sahaja terbuka buat kanak-kanak tetapi juga orang dewasa.
Klik Sini untuk mengetahui klinik-klinik pergigian di tempat anda yang mengambil bahagian.

Meh Join Cik Zai Penang Giveaway

Salam. Ini ada contest erkk giveaway dari seorang blogger, sesapa nak join, leh join tanpa paksaan. ANtara syarat ialah Copy & paste banner di bawah dalam entry & sidebar blog anda dan linkkan sekali ke sini: Cik Zai Penang Giveaway

Senang? Mudah? Hmm ok yer .. selamat mencuba.
*p.s: Saya tak masuk sebab sidebar dah sarat ... :)

Fakta Menarik | 5 Kejadian Gempa | Tsunami Terburuk Dalam Sejarah

As-Salam. Gempa bumi dan tsunami adalah antara bencana alam yang paling banyak mengorbankan jiwa. Ia merupakan satu bencana berganda kerana melibatkan dua kejadian yang berlaku hampir serentak, iaitu gempa dan seterusnya tsunami.
Tsunami berlaku apabila gempa itu berlaku di perut laut. Gempa itu akan menyebabkan cetusan dan ledakan serta menghasilkan ombak mega yang boleh mencapai ketinggian lebih dari 50 kaki. Tsunami ini sangat dasyat sehingga boleh melenyapkan sebuah bandar pesisir pantai.
Di dalam sejarah terdapat banyak kejadian gempa yang telah berlaku yang kemudiannya menghasilkan tsunami. Kebanyakkan yang mengalami kemusnahan teruk adalah negara-negara pesisir pantai dan juga kepulauan. Banyak nyawa telah terkorban akibat tsunami yang melanda.
Negara kita juga pernah mengalami kejadian tsunami. Walaupun kejadian gempa itu berlaku beribu kilometer jauhnya, namun ia tetap membawa bahana kemusnahan kepada pesisir pantai kita. Ada yang terkorban dan ramai yang telah kemusnahan harta b…

Cendawan Busut Sukar Ditemui

As-Salam. Lama tak makan Cendawan Busut ni. Lagipun ia merupakan cendawan yang susah ditemui, sebab ia bermusim dan ia tumbuh pun di tempat2 tertentu. Lagi satu, ia belum dapat lagi ditanam, yang ada dikomersilkan dari sumber liar.
Masa zaman kecik-kecik dulu, memang senang la nak dapat. Sebabnya kawasan rumah mak ngah saya dikeliling pokok getah, di mana ada pokok getah yang tumbang dan dekat dengan busut ... leh la jumpa ia tumbuh selepas hujan di malam harinya. Tapi sekarang tidak lagi sebab busut dah tak ada. Kawasan rumah saya (kampung) pun pernah ditumbuhi cendawan busut ni ...
Tumbuhnya cendawan ini dikaitkan dengan kemunculan kelkatu, kalau ada kelkatu pada malam tatkala hujan tu ... pasti esok akan ada cendawan jenis ini yang tumbuh. Kalau rajin boleh la cari.



Tancho, Poken dan Brylcream - Pilihan Terbaik Zaman Remaja 80an

Salam. Teringat zaman muda-muda .... teringat zaman remaja ... teringat zaman sekolah menengah .... 3 jenama di atas merupakan jenama yang sangat glamour, malah terkait dengan keunggulan fesyen semasa ketika itu. Zaman saya maksudkan ini ialah sekitar tahun 80an. Jenama ini memang jenama terkenal .... jenama yang meramoskan rambut2 ketika itu, yang membuatkan rambut keras kejung, yang membuatkan rambut nampak hitam berkilat.
Brylcream memang sampai sekarang antara jenama kukuh dalam penggayaan rambut, sampai sekarang ia tetap menjadi antara pilihan utama, berbeza dengan 2 jenama yang lain, tancho dan poken. Tancho masih lagi dapat diperolehi di kedai-kedai runcit biasa, namun poken ... agak sukar ... ntah ada ntah tidak lagi.
Poken dan Tancho merupakan produk berasaskan minyak sayuran, bau dia juga bagi sesetengah orang agak tidak menyenangkan ... bau ala2 rumput gitu. Tapi kalau pakai ... memang rambut nampak berkilat ler .... 
Kenapa jenama ini agak femes dulu .... terutama poken dan ta…

Jangan Komen Entri Berat Jika Anda Tiada Fakta dan Bukti

As-Salam. Bila berblogwalking ... pastu anda akan terjumpa dengan blog2 yang berat. Berat di sini dimaksudkan bukan kadar loading yang sangat perlahan, tetapi mengenai isi entri dalam blog berkenaan. Saya sering sahaja terjumpa sebab kaedah saya berblogwalking atau bloghopping ni pelbagai. Bukan setakat blog2 yang ada dalam bloglist Bangku Kosong, bukan hanya blog2 followers Bangku Kosong, lebih ... lebih dari itu. Tak terikat dengan GengBlogger semata ataupun Sahabat Blogger....saya merayau merata.
Selalunya kalau kita berada dalam blog yang mengandungi pembacaan berat, seperti soal agama, soal akidah, isu politik, isu semasa dan lain-lain, menjadi silent reader adalah yang terbaek. Ia boleh mengelakkan kita dari terjebak dalam isu yang dibincangkan. Baca boleh ... nak komen .. hmm baik fikir masak2.
Kalau kita tak punyai cukup info dan maklumat, kurang pula pengalaman dan juga ilmu .... bak kata orang tua2 .. lautan dalam jangan diduga ... jadi, saya sarankan elak dari berikan kome…

Jualan Gudang - Berbelanja Cara Jimat

Salam. Petang tadi saya dan famili pergi jualan gudang. Best. Jualan gudang kasut Pallas ... sempat gak la beli beberapa kasut ... dan banyaknya adalah kasut sekolah Amri. Kami dapat 3 kasut sekolah Amri, 1 kasut raya Amri, 1 kasut Maira dan 1 kasut untuk mak saya .... semuanya RM37. Sernok ... leh dapat banyak kasut bawah RM50!
Kalau beli kat kedai ni ... mau capai RM100 ni, kami tengok tag harga lama ... ada yang sampai RM30 sepasang .... tapi ini .. leh dapat sampai 3 pasang kasut .... jimat gitu.
Kami memang suka pergi jualan gudang. Time sebelum saya dan isteri masih belum lagi hilang merah inai di jari, memang kami layan jualan gudang sampai ke KL, dan memang tak mengecewakan. Kalau korang ada kesempatan dapat tahu akan jualan gudang, jangan lepaskan peluang untuk pergi. 
Jualan gudang memang berbaloi-baloi tetapi kena ambik masa sikit untuk tengok barang yang dijual sebab selalunya barang yang dijual ini kadangkala ada default dia ... mungkin corak dia senget ke .. kotor skit ke ..…