As-Salam.
Bila berblogwalking ... pastu anda akan terjumpa dengan blog2 yang berat. Berat di sini dimaksudkan bukan kadar loading yang sangat perlahan, tetapi mengenai isi entri dalam blog berkenaan. Saya sering sahaja terjumpa sebab kaedah saya berblogwalking atau bloghopping ni pelbagai. Bukan setakat blog2 yang ada dalam bloglist Bangku Kosong, bukan hanya blog2 followers Bangku Kosong, lebih ... lebih dari itu. Tak terikat dengan GengBlogger semata ataupun Sahabat Blogger....saya merayau merata.

Selalunya kalau kita berada dalam blog yang mengandungi pembacaan berat, seperti soal agama, soal akidah, isu politik, isu semasa dan lain-lain, menjadi silent reader adalah yang terbaek. Ia boleh mengelakkan kita dari terjebak dalam isu yang dibincangkan. Baca boleh ... nak komen .. hmm baik fikir masak2.

Kalau kita tak punyai cukup info dan maklumat, kurang pula pengalaman dan juga ilmu .... bak kata orang tua2 .. lautan dalam jangan diduga ... jadi, saya sarankan elak dari berikan komen. Kecualilah .. aha .. ada kecualinya, jika anda tahu dan jika ada bukti, dan anda yakin dengan info dan maklumat yang anda ada .. bolehlah anda berikan komen dan pendapat.

Dalam ruangan komen .... tiada yang jadi hakim. Berdebat la panjang mana pun, keputusannya tak diketahui ... akhirnya kesamaran juga yang menjelma...lagi banyak tanda tanya adalah. Lain kalau kita berdebat secara terbuka, macam zaman sekolah2 dulu, ada debat .. ada perbahasan. Ingat pertandingan debat? Hmmm diberi satu tajuk, buat reasearch secukupnya, dah ada bukti, dah ada fakta baru leh lawan .. baru leh komen....baru leh berbahas. Isu besar, isu sensitif .. mesti nak kena ada bakup yang mantap, bukan takat baca dari internet, bukan takat baca di ruangan forum .. ia perlu lebih dari itu.

Jadi, sekadar memberikan ingatan buat saya dan juga anda ...bila anda melangkah masuk ke blog2 yang punyai entri berat, pengisian yang memerlukan banyak pemahaman, jangan memberikan komen yang tidak ilmiah ... atau semborono .... sebab ia pasti akan menjerat diri sendiri. Saya syorkan lebih baik anda jadi silent reader. Itu lebih baik.

Pendapat anda berlainan dengan saya? Sila nyatakan.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. salam bro..

    sayer silent reader tp terkomen pulak.haha just nak cakap setuju dengan awak becoz suka ayat tu "jadi silent reader. Itu lebih baik."

    BalasPadam
  2. siap tulis sila nyatakan. macam jawab kertas periksa pulak rasanya.

    terpanggil nak komen entri tak berat ni... sekadar berkongsi pendapat yang mungkin bernas.

    1) memang benar jadi silent reader lebih baik, namun kalau mempunyai ilmu yang lebih luas dan berfikir secara lateral bukan parallel perlu kongsikan pendapat mereka sendiri baru dikategorikan sebagai ideologi.
    2) sampai bila kita (maaf bangsa melayu) asyik sembang kedai kopi tanpa hala dan fakta (betul kata penulis)
    3) secara general (bukan semua) ramai mampu jadi ahli politik, cakap sampai bergegar kedai kopi namun isi tiada. (ni sama je dengan pengomen/pengomel?) secara tidak bijak.
    4) namun, kalau bab agama dan pegangan hidup, silalah kembali ke Al-Quran dan Sunnah, supaya apa yang anda komen tidak bertentangan dengan syarak, takut2 ada yang mengikut dan berpanjangan pula dosa.

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement