Apa itu bloglist? Ada sesetengah blog tak diletakkan bloglist ... itu pilihan mereka. Ada sebab mereka berbuat demikian. Namun, bagi saya ... bloglist penting untuk diambil perhatian. Sesapa saja yang ada buka bloglist, jika ada kesempatan, saya akan cuba menyemakkan diri untuk memasukkan blog ini dalam blog mereka.

Kelebihan Disenaraikan Dalam Bloglist
Apa kelebihan yang dapat dari bloglist?- Memberikan trafik mudah. Bila blogger lain pergi ke satu-satu blog, tetiba nampak satu tajuk entri yang perghh macam nak tahu je .. so dia pun klik la ....dah dapat trafik dari bloglist blog lain.. ... mudah kan?
- Memberikan kelebihan dari segi ranking Alexa. Saya tak berapa pasti, tetapi ada blogger yang pernah berikan tips bagaimana nak tingkatkan ranking dalam Alexa. Ranking penting untuk blog kita digelintar oleh enjin carian. Lagi satu sumber trafik mudah.
- Membina network sesama blogger. Kita akan dan bakal saling mengenali lebih lagi menerusi blog. Kita mudah berkongsi informasi, pandangan dari pelbagai sudut sebab bila kita buka bloglist, kita beri peluang kepada semua genre atau niche blog.
- Difahamkan ia juga memberikan kelebihan dari segi enjin carian, sebab ada maklumat saling terkait dalam sesuatu entri.
- Memahami apa yang orang lain dan pembaca inginkan menerusi bloglist ... kita boleh tahu tajuk mana yang berikan impak dan entri yang macam mana orang akan baca.
Ini adalah sebahagian sebab yang boleh saya fikirkan. Namun, tatacara letak bloglist, penampilan bloglist juga mempengaruhi keberkesanan ini.
Semoga bermanfaat.
wahhhh mcm ne cara nye nk masuk bloglist bangku kosong ?,. cer citer cer citer
BalasPadamSalam .. lihat dan baca entri sebelum2 ni. Saya dah beritahu .. dan dah panjangkan jangkamasa untuk sertai bloglist saya.
BalasPadamboleh masuk lagi tak?? hehehe
BalasPadam@mas saari Boleh selagi entri segmen tu masih ada.
BalasPadamkak zu pun letak bloglist senang nak tengok dia org update nanti...ada lagi dlm senarai nak dimasukkan nih...tak menyempat ajeeee
BalasPadamowh mekasih!! :D baru tau ni....
BalasPadambaru berjinak join bloglist sebab baca entri kat sini.. tapi boleh nampak berbezaan UV.. Memang bagus join Bloglist nie. TQ bangku kosong..
BalasPadamsalam. mohon pautkan blog saya di sini. blog tuan dalam senarai blog top 100.
BalasPadamterima kasih dari blogger OKU penglihatan.
http://cikgu-azhar.blogspot.com
p/s: mohon tinggalkan pesanan pada ruangan shout jika sudah dipautkan agar mudah direkodkan.
http://qasehmansya.blogspot.com/2011/04/bestnyer-dapat-masuk-bloglist-bangku.html
BalasPadambest dapat masuk bloglist kat sini
@rasasayang79 Saya sangat terharu tuan. InsyaAllah, moga sedikit yang diberi akan berkat.
BalasPadambolehkah blog yang membuat bloglist mendapat trafik dari blog yang dibloglist?
BalasPadamTak. Cuma dari segi SEO, ia akan dapat 'markah' tertentu
BalasPadamCatat Ulasan
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.