As-Salam. Perkembangan teknologi memang mengagumkan. Ianya berlaku sangat pantas ... terlalu pantas sehingga kadangkala kita sering tercicir. Anda tahu tak ... teknologi kita yang kita kecapi sekarang adalah teknologi kelas kedua iaitu teknologi yang telah pun digunakan oleh pihak atau negara yang lebih maju. 

Pada akhir tahun 90 an, perkembangan ini amat dirasai ... semua produk teknologi begitu cepat berevolusi ... saya adalah antara mangsa yang merasai penangan peralihan teknologi yang tersangat cepat ini.

Ketika itu, saya baru sahaja menerima pinjaman untuk pengajian saya. Agak melucukan juga, walaupun saya belajar dalam bidang sains komputer, saya cuma memperoleh komputer pertama saya di tahun akhir pengajian saya di IPT. Orang lain ... bila dapat tawaran ambik course ni ... tup2 dah ada komputer .... saya? Adehhh ....  

Dan pada masa saya nak beli tu .. teknologi komputer yang kira paling canggih adalah pentium 3. Memang gah .... saya antara yang pertama guna komputer pentium 3 pada masa tu ... semua orang datang ke bilik saya .. nak merasa betapa lajunya komputer saya .... tapi .... ianya tak kekal lama .... 4 bulan lepas saya beli tu ... keluar pula pentium 4 .... aduhhh .... harga lak sama dengan harga saya beli PC pentium 3 tu ..... rugi? Uhh mestilah rasa rugi .... ada tekno yang lebih maju dari apa yang saya guna dengan harga yang sama!

TV dulu kena petik2... pulas2 nak cari cenel.
TV skrang canggih .. leper dah ... nak cari cenel guna remote je.
Saya berpendapat ... teknologi yang ada sekrang ni dah menjadikan manusia semakin malas ... serius .... semua benda yang selama ini kita perlu bersusah ...dah jadi teramat senang...sampaikan nak buka lampu tak perlu lagi nak petik suis .. hanya tepuk tangan atau sebut ... "Light". Canggih ... ya ... tapi pada masa yang sama .. kita membina generasi yang semakin lesu dan malas.

Apa pendapat anda?

Sumber foto: Intra Day Fun

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betol..
    saye sokong..
    hanya duduk aje dh leh dapat sume bnde..
    x de nak gerak2..
    mmg malas abes la..

    BalasPadam
  2. i do agree..sekarang semua main segera-segera..dah malas..dulu nak buat karipap kena uli tepung dari awal, tapi sekarang senang beli frozen je, pastu goreng je...

    BalasPadam
  3. saya masih bangun dan memetik suiz lampu serta kipas. masih juga lock pintu guna kunci biasa bukan guna remote control.

    harap dengan masa yang dijimatkan itu, digunakan kearah lebih berfaedah

    BalasPadam
  4. macam sekarang. sebab dok depan komputer, makan pun kat office. malas nak keluar. jadi gemokss

    BalasPadam
  5. salam...

    ada btul jugak..smuanya kalo blh tu, nak dimudahkan dgn menggunakan teknologi...

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement