Saya fikir, entri ini pasti akan menampilkan ramai pembaca perempuan .. sebab perempuan je yang suka tengok handbag ni .. lelaki? Ada yang suka tak? Hmm tapi mungkin nak tahu taste pompuan camner .. leh la jenguk juga entri ni. Mana tahu dari komen2 yang anda tu leh ada hint2 skit apa yang pompuan nak ... ala ..handbag .. bukan suh beli kereta porsche ke .. beli umah ke ... handbag je .. hehehehe (sambil tutup2 mulut dan misai .. :P).

5 Designer Handbag Paling Mahal

Handbag dedulu lebih berkonsep praktikal tetapi sejak akhir kurun ke 19, ia telah menjadi satu fesyen. Semuanya dek kerana wanita yang begitu obses dengan fesyen, nak bergaya sama kaler dengan bajulah .. nak kasik sepadan dengan kasutlah ... nak bertema itulah inilah .... kerana itulah, dunia fesyen tidak lagi mengenai baju dan seluar, tidak lagi tentang kain dan fabrik tetapi dah menjadi macam satu pakej .. baik dari style rambut, sampailah ke ujung kuku ... nak kaler warna apa ..uhhh ....

Bila evolusi fesyen ini berlaku, yang jadi mangsa adalah wanita .. lelaki tidak. Namun, dalam keadaan2 tertentu, lelaki juga akan terkena tempiasnya, apatah lagi oleh suami... :D.

Difahamkan sekitar tahun 1920, barulah handbag menjadi satu keperluan penting bagi si perempuan untuk bergaya. Perempuan yang mengenakan busana cantik tak boleh tak ada handbag ... kalau tak ada .. dah jadi cam tak lengkap la pulak.

Jenama terkemuka Louis Vuitton dikatakan yang pertama memulakan evolusi handbag karya signature, atau lebih mudah dikenali sebagai handbag yang ada ketrampilan atau brand - Designer's Handbag. Bila handbag dah lekat dengan brand dan jenama ... so faham2lah bila berkata tentang harganya. 

Ok, saya seterusnya nak senaraikan 5 beg tangan antara termahal di dunia - dan semuanya merupakan Designer's Handbag yang memang eksklusif la ... so jangan risau para suami sekalian .... susah nak dapat dan sukar pun nak dicari ..tak terjual secara terbuka. Tapi kalau bini nakkan jugakk .. nasib korangggg la .. heehehehe..uhh larikkkkkkkkk.............
The Hirmis Birkin - Bernilai USD$1.9 Juta
The Chanel “Diamond Forever” Classic Handbag - Bernilai USD$ 261,000
Lana Marks Cleopatra Bag - Bernilai USD$ 250,000

Urban Satchel Louie Vuitton Bag - Bernilai USD$ 150,000
Hermes Matte Crocodile Birkin Bag - USD$ 120,000

Hmm ... buat perempuan.. dah cuci mata? Nak lagi? Leh KLIK SINI. Kebanyakkan jenama terkenal dengan harga yang mak aihhh gila kau ni ... adalah bag2 yang ada cirian yang tak terdapat di handbag biasa. Ada yang disalut batu permata, ada lak dibuat dari platinum, dan ada yang memang unik sebab dibuat dari barang terpakai - erkk pun harga gila mahal!.

Ok.. nak tahu lebih lengkap cirian beg2 ini ... anda boleh klik ke laman web ini: Incredible Diary

15 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. hah??????????? fensan seratus menet

    BalasPadam
  2. ush yg second last tu buat dri brg terpakai ke gmbr je

    BalasPadam
  3. pergh..kawin dgn ank datok pon blum tntu dpt ni...=)

    BalasPadam
  4. erkkkk...knp mhl sgt ni...nsib not my taste..taste kt brng2 mhl..mau kopak duit ni...

    BalasPadam
  5. mak aiii..mahal gilo..gua gasak dengan karung beras je..huhu

    BalasPadam
  6. hehe skrang tengah ngumpul reusable beg...setiap hari sabtu ialah hari tanpa plastik.huhu

    tapi..
    tapi...
    tapi....
    tapi.....

    all pic tu buat akak meleleh air mata hukhuk...

    BalasPadam
  7. gile ah..semalam beli beg rega seratus pun dan rasa mahal..inikan pula beratus dolar...pengsan!!

    salam singgah dari CUJEN THE LEJEN

    BESTEVER GIVEAWAY

    PERKARA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG MAYBANK

    BalasPadam
  8. i luv handbag.. :) tp klu kata nk pakai yg harga beribu2 tu idok la. klu dpt hadiaah br pakai heehhehe

    BalasPadam
  9. birkin? chanel! uii...mahal bebenor...idok lew kite mampu...hee

    BalasPadam
  10. I loove birkin but I dont like LV's Urban Satchel. It looks gross.

    BalasPadam
  11. klakar la tgk Urban Satchel Louie Vuitton Bag tu...
    design cam ala2 sampah pon mahal... =)

    BalasPadam
  12. beli guna duit kwsplah....haha...

    BalasPadam

Catat Komen

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Terbaru Lebih lama