Jualan Gudang - Berbelanja Cara Jimat

Bisnes di Shopee
Salam.
Petang tadi saya dan famili pergi jualan gudang. Best. Jualan gudang kasut Pallas ... sempat gak la beli beberapa kasut ... dan banyaknya adalah kasut sekolah Amri. Kami dapat 3 kasut sekolah Amri, 1 kasut raya Amri, 1 kasut Maira dan 1 kasut untuk mak saya .... semuanya RM37. Sernok ... leh dapat banyak kasut bawah RM50!

Kalau beli kat kedai ni ... mau capai RM100 ni, kami tengok tag harga lama ... ada yang sampai RM30 sepasang .... tapi ini .. leh dapat sampai 3 pasang kasut .... jimat gitu.

Kami memang suka pergi jualan gudang. Time sebelum saya dan isteri masih belum lagi hilang merah inai di jari, memang kami layan jualan gudang sampai ke KL, dan memang tak mengecewakan. Kalau korang ada kesempatan dapat tahu akan jualan gudang, jangan lepaskan peluang untuk pergi. 

Jualan gudang memang berbaloi-baloi tetapi kena ambik masa sikit untuk tengok barang yang dijual sebab selalunya barang yang dijual ini kadangkala ada default dia ... mungkin corak dia senget ke .. kotor skit ke ... jahitan tak kemas ke .. namun bagi pakaian, it's still wearable. 

Kalau produk2 yang berkaitan benda makan, kena tengok tarikh luput. Selalunya bila dekat dengan tarikh luput, produk2 berkenaan akan murah - errr belum pernah lagi pergi jualan gudang makanan - ehh ada ke?

Kalau produk2 perabut, macam saya pernah ceritakan dulu, selalunya ia akan berkaitan pembuatannya, mungkin terdapat garisan gores2 ke ... cat  tak betul ke atau kaki bangku tu tak sama saiz. Ada juga perabut kami yang kami beli dari jualan gudang, setakat ini kami puas hati dan masih lagi tak tukar2. Bayangkan .. meja makan kami beli RM399 untuk 6 orang .. murah tak?

Berbelanja cara jimat boleh saja, cuma kena rajin. Dengan sedikit usaha, anda akan dapat benda atau barang jauh lebih murah dari biasa.
Ujian Psikometrik

Post a Comment

7 Comments

  1. kalau perabot ni biasanya akan ada default kat kaki meja atau kerusi. selalunya xlevel. ada senget sbelah. huhu

    ReplyDelete
  2. ya Allag sy pun giler jualan gudang..xpcially jualan gudang for baby huhu..sawan skejap ;)

    abg HH..segmen kamu dh abis yer..ke daku yg lmbat nih ;(

    ReplyDelete
  3. anda di tag

    http://nazariahmohdmurad.blogspot.com/2011/04/first-giveaway-at-my-life-on-pixel.html

    ReplyDelete
  4. Wah best gila.. Dekat mne jualan gudang ni???

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.