As-Salam.
Ada yang macam nak berhenti berblogging. Sebabnya, blog tak ramai pembaca - bukan tak ada, cuma tak ramai je. Hmm ..awal2 tu memang gitu, saya pun dulu berblog, hanya kurang 10 orang je baca blog saya dalam sebulan ... sekarang alhamdulillah, leh dapat 10-20 orang baca Bangku Kosong dalam masa sejam.

Jadi apa petua saya menjadikan yang 10 sebulan jadi 10 sejam? Tak ada petua khusus tetapi apa yang boleh saya beritahu ialah .. kita mesti rasa seronok berada di blog sendiri, atau dengan kata lain ... syok sendiri. Aha ... mungkin ada yang kata .. uhh apa pekdah nak syok sendiri kat blog sendiri. Entri syok sendiri? Itu kata orang ... mungkin mereka betul.

Kenapa kena rasa seronok? Kalau kita sendiri tak rasa seronok baca dan berada di blog sendiri, bagaimana kita nak expect orang lain suka? Macam kita buat bajulah .. kalau kita tak rasa baju tu cantik, bagaimana nak agak orang lain pun rasa cantik sama? Namun, petua ini kadangkala tak leh pakai juga, seperti saya kata tentang baju tadi, baju tu mungkin cantik buat kita tetapi tidak pada orang lain, bergantung pula dengan si pemakai. Kalau kita buat baju kurung perempuan dengan rona bunga besar, agak2 yang gadis2 suka tak? Mungkin yang suka makcik2 je .... jadi kena buat blog kita pelbagai warna, pelbagai entri... ini yang saya buat untuk Bangku Kosong.

Ada blogger yang hebat, dia boleh pikat macam2 .... mungkin boleh diibaratkan dengan seorang pereka cipta pakaian yang hebat, di mana dia boleh buat satu pakaian itu semua orang suka ..... macam baju kebaya .. tak kira apa corak, tak kira jenis kain, kalau betul potongannya, sumer pasti suka .. bukan takat si pemakai,malah orang yang tengok si pemakai pun akan suka. Dapat macam ini ... leh kira seperti satu bonuslah.

Jadi, untuk permulaan, buat diri kita suka dan syok sendiri dengan blog kita. Nanti lama-lama ia pasti akan menarik minat orang lain. Tak caya? Leh tanya Redmummy ... yang dulunya berblogging syok sendiri .. dok citer pasal anak-anak dalam blog, tapi lihat sekarang ni .. kedudukan RM dalam dunia blog .. :)

13 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. Wow..entri ni sedikit sebanyak memberi semangat kepada aku. Masa nak buat entri pun sebenarnya kita perlu happy...Tak boleh moody, memang tak jadi entri tu..kan? haha

    ReplyDelete
  2. hehe yeah2.. setuju. :))

    tp, sket je yg bca blog sy :'(

    ReplyDelete
  3. buat macam biasa,lama-lama ok la...

    ReplyDelete
  4. mmg kita perlu rs syok sendiri kt blog kita. biar senyum srg2 tgk blog kita pn xpe. bukannya ada org nmpk. hehe

    ReplyDelete
  5. blog sy pun x da org bc tp sy x kisah....yg penting sy seronok menulis apa yg saya rs .....

    ReplyDelete
  6. betul tu wehhh
    yang penting kita happy dgn apa yg kita buat

    ReplyDelete
  7. Kena ada rasa syok sendiri...
    Bila ada rasa syok kita akan buat sehabis daya...
    Kalau tuan blog pon x suka blog sendiri...
    Saya percaya orang lain lagi 100 kali x suka...

    ReplyDelete
  8. thanks for info...nk syok sndiri gakla..

    ReplyDelete
  9. blog sy cntik. blog sy menarik. blog sy best. blog sy rmai yg suke.. hahaaaa (dh syok sndiri dh ni..)

    ReplyDelete
  10. saya tertarik dan mcm ada satu aura untuk saya memberi komen agar empunya blog perasan kewujudan saya.. hehe.. menarik dan best blog encik.. huhu..
    saya baru je buat blog neh sebulan seminggu baru.. dan saya rasa sungguh sonok bila ada orang follow dan komen kita.. singgah singgah la blog saya.. :)

    *jarang tinggalkan komen..

    ReplyDelete
  11. agak terkejut dan terharu encik singgah ke blog saya.. hoho.. blog saya berkisah tentang perasaan.. agak jiwang skit.. kadang risau nanti org panggel mat jiwang laks.. kononnya nak rasia identiti la tak letak gambar.. hoho..
    thanks sudi dtg..

    *pengsan.. terkejut otai lalu tinggal jejak.. hehe

    ReplyDelete
  12. huhuhu... sudah baca... hik hik so tak salah la ekk syok sendiri... hahaha... mula2 nih mmg lorr... apa2 yg iejam tau jer iejam post... huhu tp xpela... yg penting kita suka blog kita sendiri... huhu~~~

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.


Previous Post Next Post

Advertisement

Advertisement




CAPAI IMPIAN ANDA JADI KAYA BERJAYA!!

Impian Nak Jadi Founder Produk Jenama Sendiri? Nak Tahu Senarai Kilang yang Sediakan Produk OEM? Nak Belajar Tips Pasarkan Produk Sendiri? Segalanya Tersedia untuk Anda!! - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement


Rahsia Bisnes Tudung