Giveaway Best Malaysian Food

26 April 2012

Panduan Menulis Blog | Elakkan Saiz Terlalu Besar Blog Anda

As-Salam.
Ramai yang mungkin tak menyedari bahawa saiz sesebuah blog akan mempengaruhi secara tidak langsung kedatangan trafik ke blog. Saiz blog yang terlalu besar akan menyebabkan blog akan muncul agak lambat dan lembab - bergantung kepada kelajuan capaian internet dan juga jumlah memori peranti. Bila lambat, sangat mudah pengunjung untuk klik pangkah.

Antara penyebab saiz blog itu menjadi besar ialah kehadiran gambar-gambar yang bersaiz besar dan di dalam format yang tidak sesuai. Format gambar seperti *.gif, *.tif atau *.png yang besar akan menyebabkan pertambahan saiz blog yang tidak perlu. 

Satu lagi ialah kerana penulisan format blog itu sendiri yang banyak menulis kod berleret seperti javascript. Kod-kod yang terlalu panjang akan menyebabkan sistem gelintaran memori atau capaian pelayar internet ambil masa untuk menterjemahkan satu persatu baris kod yang ada dalam html blog anda.

Dan antara cara untuk meringankan blog adalah dengan membuat pautan luar, terutama untuk javascript. Kita sering nampak kod berikut: 

<script type="text/javascript" src="http://yourjavascript.com/06221611241/codejquery-1.2.6.min.js"></script>
Itu menunjukkan bahawa blog anda sedang mencapai script ini dari luar, dan menjadikan saiz template blog anda kecil kerana tiada penulisan kod html bagi kod itu.

Seandainya anda menggunakan banyak javascript dalam template blog (menerusi penulisan html) maka eloklah kod-kod tersebut diletakkan dalam satu fail dan dimuat-naik di mana-mana laman web yang menyediakan khidmat hosting script seperti di atas.

Tetapi terdapat masalah juga dengan cara ini, di mana sedikit sebanyak akan mengganggu proses memuatkan blog anda walaupun saiz blog anda kecil, iaitu kebolehan untuk mencapai script tersebut di hosting; yang sering digunakan untuk widget-widget di blog.

Pilihan adalah pada anda. Uji kemampuan loading blog anda, dan cuba aplikasikan perubahan di atas.


 

25 April 2012

Wordless Wednesday #WW | ATV Bukit Merah


Lokasi: Bukit Merah, Laketown Resort, Perak

Teknik Fonetik | 5 Perkara Jangan Apabila Ajar Anak Kecil Membaca



As-Salam.
Tentu seronok melihat anak-anak kecil seawal usia 4-5 tahun dah boleh membaca, atau melihat gelagat mereka sedang membaca. HH sendiri seada boleh mahu melihat anak-anak boleh membaca dengan baik. 

Tetapi, tidak boleh sangat memaksa mereka untuk mengenal huruf dan membaca di usia yang terlalu awal, kerana daya otak mereka belum cukup kuat nak menerima segala input, apatah lagi bila melibatkan huruf yang berbentuk-bentuk gitu.

Sepanjang pengetahuan HH, antara teknik yang terbaik diperkenalkan untuk membolehkan anak-anak dapat membaca dengan cepat adalah teknik fonetik. Kalau anda, sebagai ibu bapa pergi ke kedai buku, pasti akan jumpa buku2 yang perkenalkan teknik ini.

Malah, di sesetengah tadika, taman asuhan kanak-kanak atau tabika, akan ada buku begini dan banyak yang menerapkan teknik fonetik dalam memperkenalkan anak-anak kepada huruf dan bunyi.

Jika anda mahu mengajar anak-anak menggunakan teknik ini, ada beberapa perkara jangan yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.

5 Perkara Jangan Apabila Mengajar Anak Membaca Kaedah Fonetik
  1. JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca. Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.
  2. JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.
  3. JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.
  4. JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
  5. JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.

Dan apabila mengajar, banyakkan bersabar, sebab ia bukan mudah, tetapi andai berjaya, ia memang satu usaha yang sangat-sangat berbaloi.

Sumber: ReadNetwork

Wordless Wednesday #WW | Wajah Kecil di Balik Langsir





Penyu Agar | Spesies Penyu Terancam di Pulau Pinang


As-Salam.
Penyu Agar, penyu dari spesies yang terancam. Di Pulau Pinang, ada pusat konservasi dan penetasan telur penyu jenis ini, di Pantai Kerachut.

HH dan keluarga biasa tengok penyu ini di Akuarium Pusat Penyelidikan Ikan Kebangsaan (FRI) di Batu Maung. HH pernah bercerita mengenai tempat ini, dan pernah memuatkan beberapa gambar di akuarium tersebut di blog HasrulPhoto.


Penyu Agar juga dikenali sebagai "penyu hijau" mengikut warna lemak dalam badannya yang berwarna hijau. Warna penyu ini adalah coklat buah zaitun atau coklat tua atau kehitaman. Penyu ini boleh membesar sehingga lebih 1 meter dengan berat badannya di antara 135 – 270 kg. Makanan utamanya adalah rumpai laut dan rumpair. 

Andai anda nak melihat kelibat penyu ini di Pulau Pinang, bolehlah pergi ke Pantai Kerachut di musim bertelurnya iaitu antara April – September. Penyu Agar menghasilkan 100 – 140 biji setiap kali bertelur. Telurnya adalah berwarna putih dan berkulit lembik dengan ukuran garispusat lebihkurang 5.0 sm.


Selain Pulau Pinang, penyu ini boleh didapati di perairan di Negeri Terengganu, Pahang, Perak, Kedah, Sabah dan Sarawak. 

Nak baca catatan blogger lain mengenai FRI dan Penyu Agar?

Nak baca catatan blogger lain mengenai Pantai Kerachut?

Wanita Mithali Adalah Wanita Bersifat Lebah | Familia


As-Salam.
Sebut je kumbang, ramai akan kaitkan dengan lelaki, dan pasangannya adalah bunga yang dikaitkan dengan wanita. HH lak, nak kaitkan wanita dengan lebah. Ingin menjadi wanita terbaik, wanita solehah, wanita mithali, maka tirulah sifat sang lebah.

Lebah, sarangnya berbentuk bersegi, makanannya adalah debunga atau serbuk sari bunga. Dan dari situ, sang lebah menghasilkan madu. Madu ini pula beri manfaat pada semua. Boleh sembuhkan sakit, dan antara penawar yang sering disebut dalam Al Quran dan Hadith.

Lebah kuat bekerja, dan ia setia pada ketua. Jika ketua diserang, mereka akan menyerang. Mereka tak gentar melawan musuh yang lebih besar, mereka utuh dan kukuh menjaga madu mereka. 


Lebah sepakat, mereka bina sarang bersama. Mereka cekal kerana boleh terbang jauh mencari debunga sebagai makanan, yang secara tak lansung menyemarakkan hidupan dengan benih-benih bunga yang bertebaran.

Hebatkan lebah ini? Dan jika anda seorang wanita, cubalah menjadi sang lebah.


HH mengaitkannya kerana wanita solehah taat pada suami, wanita mithali sentiasa berusaha keras untuk keluarganya, wanita hebat kerana memberi manfaat seperti lebah memberikan madu yang dapat menjadi penawar kepada pelbagai penyakit. 

Wanita solehah ibarat lebah, walaupun kecil tetapi ada sengat untuk menjaga keperibadiannya.


Tebus Petrol Shell Bernilai RM30 Dengan Bonuslink

As-Salam.
Tadi HH pergi mengisi minyak di stesen Shell, dan kemudian buat penebusan hadiah sebuah bekas pensil Alvin and The Chipsmunk - sebab ada peraduan best, dapat tahu daripada juruwang yang cantik yang petrol Shell bernilai RM30 boleh ditebus menggunakan mata ganjaran Bonuslink..... wahhh sungguh menarik.

Jadi, kepada rakan-rakan yang ada mata ganjaran banyak tu, bolehlah pergi menebus minyak petrol untuk kenderaan dengan hanya 3000 mata = RM30 minyak petrol.

Jangan lambat sebab tawaran ini terhad sehingga hujung bulan Mei 2012 sahaja!

Tebus 3000 Mata Bonuslink = RM30 Petrol


Suami Romantis, Dapat Pahala | Familia


As-Salam.
Suami perlu dan jangan takut-takut untuk bersikap romantis dengan isteri. Caranya? Hmm ... sama seperti anda ketika bercinta dulu, bagaimana anda sering bersama dan mahu bersama dengan pasangan cinta anda? Maka begitulah halnya dengan isteri anda sekarang ni.

Menurut riwayat, Rasulullah SAW sering mengucup isteri baginda dengan penuh rasa kasih sayang. Rasulullah SAW pernah mencium isterinya sebelum pergi menunaikan solat di masjid.

Aisyah RA berkata yang bermaksud: "Rasulullah pernah mencium salah seorang isteri baginda, lalu berangkat menunaikan solat tanpa memperbaharui wuduk" - Hadis riwayat Abu Daud.

Haaa, sunnah Nabi tu, dapat pahala jika diamalkan prinsip romantis kepada isteri. Jika semasa bercinta boleh jadi Don Juan (yang romantis), mengapa tidak sekarang? Dah lesu ke?

Baginda Nabi Muhammad s.a.w juga sering memanggil isterinya dengan panggilan yang indah dan disukai oleh isterinya. Baginda memanggil Aisyah RA dengan gelaran Humaira' yang bermaksud putih kemerah-merahan, bertujuan memuji kecantikannya. Rasulullah SAW juga memanggil Aisyah dengan nama yang digemarinya iaitu Aisyah.

Lantas, ciumlah isterimu wahai para suami! Lafazkanlah kata-kata cinta. Panggillah isteri anda dengan panggilan disukainya. Berkongsilah makanan dan minuman anda. Kerana apa yang anda buat ini, akan mendapat barakah dan pahala. InsyaAllah.



24 April 2012

Pelajar Perempuan Dicekup Bogel Dengan Nelayan | Kamar Syariah

As-Salam.
Walaupun diberikan didikan agama semasa di sekolah, namun gejala tidak bermoral seperti khalwat dan bersekedudukan masih lagi berlaku di kalangan remaja Islam. Ia sesuatu yang agak memalukan, apatah lagi di awal usia yang masih lagi belajar. 

Sayang sekali, ramai yang telah hanyut dek kerana nafsu yang tidak dikekang. 

- hasrulhassan


Pelajar Perempuan Dicekup Bogel Dengan Nelayan | Kamar Syariah

KUALA DUNGUN – Perbuatan tidak bermoral seorang pelajar perempuan sebuah institut kemahiran tempatan yang memadu asmara bersama teman lelaki di hotel murah, menerima padah apabila dia didenda RM2,800, atau dua bulan penjara kerana berkhalwat.

Pelajar berkenaan, Nurul Akmal Aishah, 19, dari Besut Terengganu menghadapi pendakwaan mengikut Seksyen 29 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Terengganu 2001.

Dia dicekup sepasukan pegawai penguat kuasa syariah, bersama teman lelakinya, di sebuah bilik di rumah tumpangan, dekat sini, kira-kira jam 1.30 pagi, 10 Februari lalu.

Ketika serbuan dilakukan, Nurul Akmal ditemui dalam keadaan terbaring tanpa pakaian dalam selimut.

Lelaki terbabit, dikenali sebagai Mohd Firdaud Wadu, 30, pula, hanya memakai jeans tanpa baju ketika membuka pintu bilik.

Soal siasat mendapati mereka tiada hubungan muhrim.

Pasangan terbabit juga mengaku telah melakukan persetubuhan sebelum itu.

Turut dirampas, pakaian dalam milik Nurul sebagai bahan kes.

Kedua-duanya yang mengaku bersalah selepas fakta kes dibacakan di hadapan Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah kemudiannya menjelaskan denda masing-masing untuk mengelakkan dipenjara. - Sinar Harian, 22 April 2012

Feng Shui | Resam Kepercayaan Budaya Cina | Resam Budaya

As-Salam.
Feng Shui, ia bukanlah satu agama, tetapi ia berkait tentang kepercayaan mengenai pengaruh alam ke atas kehidupan seseorang manusia.

Dalam bahasa cina, Feng maksudnya angin dan Shui maksudnya air. Oleh itu, Feng Shui maksudnya mengkaji, memahami dan menghayati kaitan angin serta air dalam kehidupan. Dalam erti kata lain, maksud feng shui adalah mengkaji kehidupan persekitaran (luaran dan dalaman) berkait rapat dengan manusia pada satu-satu masa. Terutama daripada segi kesihatan, watak, kekayaan, peluang dan hubungan.

HH sendiri pernah belajar dan mengkaji mengenai Feng Shui ini, tetapi tidaklah secara mendalam, setakat tahu serba sedikit, sekadar untuk ilmu pengetahuan. Malah, pernah juga mempraktikkan pemahaman Feng Shui ini dalam kehidupan, dan dalam beberapa perkara, ia ada salingkait dengan kepercayaan masyarakat Melayu.
 
Dalam ilmu Feng Shui, ada dua faktor perlu diberi perhatian iaitu masa dan tempat. Tradisinya, feng shui dibahagikan kepada Yang feng shui dan Ying feng shui. Yang feng shui selalu dirujuk kepada entiti kediaman dan perniagaan. Manakala Ying feng shui pula selalu dikaitkan dengan kedudukan pekarangan kubur.

Mereka yang percaya akan Feng Shui melihat alam sekitar dan sekeliling dengan cara yang berbeza, dan mereka percaya 1/3 daripada kehidupan dipengaruhi oleh Feng Shui ini.

Acapkali orang cina yang ingin membeli rumah akan ambil kisah mengenai pengaruh Feng Shui ini. Kedudukan rumah dalam prinsip Ying dan Yang, boleh kategorikan persekitaran luaran kepada dua prinsip ini iaitu: Ying - Rumah (memberi kesan kepada individu); dan Yang - Perjalanan (memberi kesan kepada kesihatan atau peluang)

Di samping itu, Feng Shui boleh mengambil kira bentuk lima unsur iaitu logam, kebakaran, kayu, air dan tanah. Daripada itu, boleh memahami lagi kesan kepada sekeliling individu. Contohnya kesan pada mental yang digalakkan seperti agresif dan sangat menghormati; tidak digalakkan pula seperti hujah, konflik, menderhaka; dan neutral - undang-undang dan kesibukan.

Hari ini, pengaruh dan pemahaman mengenai Feng Shui ini telah meluas ke banyak negara termasuklah Eropah, di mana ia digunakan bagi mereka-bentuk sesuatu bangunan atau tempat.

 

6 Minggu, 6 Bulan dan 6 Tahun Hidup Berpasangan (Episod 1) | Familia

As-Salam.
Kehidupan kita berubah, samada berganjak dari kehidupan yang kurang baik, kepada kehidupan yang lebih baik. Ada juga di antaranya, hidup daripada kehidupan serba bagus, kepada kehidupan yang mula berasa kesempita, tak berapa baik seperti sebelumnya.

Setiap kehidupan ada pasang dan surutnya, bak kata orang yang hidupnya lebih lama dari kita semua, 'hidup ini seperti roda'. Ya, hidup ibarat roda, kejap di atas, kejap di bawah, kejap kang duk tengah-tengah.

Mari singkap kehidupan pasangan 6 minggu, 6 bulan, dan 6 tahun.... 



6 Minggu, 6 Bulan dan 6 Tahun Hidup Berpasangan | Familia

Sebelum Tido
6 minggu: Selamat tido Sayaaang, mimpi indah-2 ya, mmmuach. 
6 bulan: Tolong matikan lampu tu, silau aah.
6 tahun: Sana sikit lah Tido kalau tak mengepit tak bole ker???! 

Pakai Toilet
6 minggu: Tak apa, U masuk ler dulu, I tak kisaaahhhh 
6 bulan: Masih lama lagi ke nih?
6 tahun: Brug! brug! brug! (suara pintu digegar), kalau nak bertapa pilah gunung ledang sana!!! 

Balas SMS
6 minggu: Iye Sayang, jap lagi I sampai rumah. Sayang, I belikan murtabak favourite U ye Sayang.. 
6 bulan: Trafik jam aah 
6 tahun: K.. 

Dating process
6 minggu: I love U, I love U, I love U. 
6 bulan: Of course I love U. 
6 tahun: Iyalah!! kalau I tak cintakan U, buat apa I nikah dengan U???

Pulang Kerja
6 minggu: Sayaaang, I dah balik nih 
6 bulan : Im BACK!! 
6 tahun: Masak apa hari ini?? 

Hadiah (ulang tahun)
6 minggu: Sayang, I harap U suka cincin yang I beli untuk U ni 
6 bulan: I beli lukisan, nampak sesuai dengan suasana ruang tengah 
6 tahun: Nih duit, U beli sendirilah apa yg U nak.. 


Lelaki Dari Dhaka | Cerpen Kehidupan

As-Salam.
Kita berhak membuat keputusan kita sendiri, itu melambangkan kita punyai pendirian. Namun, pendirian itu mesti ada asas dan akarnya, biar berpandu dan punyai sebab yang munasabah. Hidup ini mesti ada asal dan tujuan, kalau asal kita nampak dan tujuan kita jelas, insyaAllah, apa yang akan dilalui dalam hidup akan lebih mudah dan selamat.

Pilihan memang di tangan kita, apatah lagi berkata soal jodoh, kita berhak memilih yang terbaik untuk diri kita, namun, buat mereka yang baru jejakkan kaki dalam satu perhubungan, awaslah dengan keputusan yang dibuat, jangan sampai tersalah pilih, kerna kelak yang akan siksa sengsara adalah diri sendiri.



Cerpen Kehidupan | Lelaki Dari Dhaka

Keputusan Tok Ngah dan ayah memang memeranjatkan. Membuatkan Liza tidak diam duduk. 

Tapi Liza punya pilihan sendiri. Malam yang telah dimamah usia semakin memuncak. Hitamnya pekat membaluti siang hari. 

Angin yang berpuput halus menulusuri melalui jerjak tingkap. Menyapa rambut Liza yang ikal mayang.

Dalam kamar yang bercat putih Liza berbaring lunjur di atas katil bujang. Sambil tangan kanan menghempap di dahi memi­kirkan masalah hidup yang tidak berke­sudahan. Risau dengan keputusan yang bakal diambil sama ada memberi kebaikan atau menghancurkan masa hadapannya. Mahu tidak mahu satu langkah yang bijak perlu diambil. Lampu kalimantang meman­car terang ke dinding bercat putih. Memantul seluruh kamar tidur. Kipas berbunga tiga masih mampu bergayut di siling. Menge­luarkan kepulan-kepulan angin. 

Suara dari telefon petang tadi masih terngiang-ngiang mencuit gegendang telinga Liza. Arahannya mudah “Liza kau perlu balik ke kampung esok.” Arahan yang tanpa meninggalkan kelu untuk meneka apa yang tersirat dari suara itu. Belum sempat Liza bertindak balas suara itu lenyap. 

Dua lelaki yang hadir serentak dalam hidupnya membuatkan Liza resah. Seorang adalah pilihannya dan seorang lagi adalah pilihan keluarga. Dalam situasi ini yang manakah harus diutamakan? Azlan bukannya menjadi pilihan Liza. Pilihannya Abdul Rahman. Rahman bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang di Nilai. 

Runsing yang datang menjegah dini malam mem­buatkan Liza memberatkan masalah itu di ruang mindanya. Liza menarik selimut hingga separuh dada. Dingin malam membelai tulang belulangnya. Memberkas tubuh hingga kesejukan. Pun begitu masih belum dapat membekukan masalah yang dihadapinya. 

Siapa yang harus dipilih? Seorang yang hanya tahu merempit dan seorang lagi dari Dhaka. Keputusan itu perlu ditindak segera. Liza yang tinggal di bandar besar Kuala Lumpur perlu pulang membawa bungkusan jawapan yang menggembirakan kedua belah pihak. Jam randik dikunci tepat jam 6 pagi. Menyambung kembali angan-angan kerisauan yang menuju ke kemuncak. Mata hitam masih tegar untuk dilelapkan. Memi­kirkan setibanya hari esok. Pulang ke kampung. Hati muda berolak kencang. Di ruang mindanya terfikirkan apa perkara yang hendak disampaikan hingga perlukan dia pulang ke kampung. Perkataan ‘perlu’ itu sememangnya harapan yang tinggi meng­gunung yang perlu ditunaikan. 

Usai solat Subuh Liza berangkat ke kampung. Membawa diri yang tidak dapat tidur semalaman. Liza pergi ke stesen kereta api. Perjalanan ke kampung yang memakan masa hampir separuh hari amat memenatkan. Berbekalkan tenaga yang masih berbaki Liza mengusung beg bajunya hingga ke halaman rumah. 

Ayah, Tok Ngah dan emak rancak berborak di ruang tamu. Kehadirannya seperti tidak diendahkan. Di atas meja kopi terdapat empat cawan berisi air teh. Padahal hanya mereka bertiga sahaja yang berada di situ. ‘Mungkin yang satu lagi untuk aku kot.’ Kata hatinya.

“Assalamualaikum.” 
“Waalaikummussalam. Ha Liza… balik pun kamu.” Emak menyapa perlahan. 
“Eh, dah semakin cantik anak kamu Lah.” Tok Ngah cuba berjenaka.
“Kenapa ni? Macam berbincang sesuatu je?” Liza mencelah dari belakang. “Liza macam mana dengan keputusan kamu?” Emak sedikit memberi ruang kepada Liza untuk membuat pilihannya sendiri. Ayah diam-diam ubi. 

Dengan wajah yang bengis sudah pasti dengan pendirian­nya itu. Untuk menjodohkan dengan anak Tok Ngah, Azlan. Emak ragu-ragu dengan bakal menantunya si Azlan. Sikap yang tak ubah seperti hidup segan mati tak mahu. Liza mendiamkan diri.

“Dah buat keputusan?” 
“Keputusan apa?” 
“Kamu jangan buat tak tahu pulak. Cepat bagi jawapan Azlan atau Abdul Rahman?” Ayah seperti singa lapar. Hanya tunggu masa hendak menerkam mangsa. Tok Ngah hanya memerhati. 

“Sa...saya pilih Rah...man, Rahman....”
“Bertuah punya budak. Madu yang aku bagi racun yang kau balas. Aku tak kira apa pilihan kau. Kami dah berbincang kau kena kahwin dengan Azlan juga.”
“Ayah…tolonglah itu pilihan Liza.” “Liza…” Emak tak berani berkata lebih daripada itu. “Azlan tu jahat budaknya. Lainlah Rahman. Dah bekerjaya.” Liza dalam sedu sedan berkata.
“Manusia mana yang tak pernah buat salah. Berilah peluang untuk dia perbaiki diri. Bawalah dia ke pangkal jalan.” 

Sepulangnya dari kampung Liza terus ke tempat kerja. Teka-teki bakal suaminya belum terjawab. Ingin juga untuk mendapat­kan pandangan dari rakan sekerja mahupun rakan karib. 

Ana dan Milah sentiasa bersedia untuk mendengar rintih resah rakan-rakannya. Kalau ikutkan mereka bukannya berke­lulusan kaunseling tapi punyai idea yang bernas. Keadaan Liza seperti tidak terurus membawa masalah dari kampung ke tempat kerja.

“Eh, ada apa mak kau suruh balik kampung?” 
“Ayah aku tu sibuk sangat nak jodohkan aku dengan Azlan tu. Tak mahu aku. Dahlah kaki merempit. Tak bekerja pulak tu. Nanti dah kahwin nak bagi makan apa? Pasir.” 
“Habis tu macam mana dengan keputu­san kau Liza? Siapa kau pilih? Milah dengan mukanya yang serius membelah tekanan yang tertanggung Liza. Ana hanya menyimpul senyuman. 
“Aku tak tahulah siapa yang harus aku pilih.” Liza mengangkat mukanya. Liza mengambil keputusan untuk meninggalkan kampung. Liza terpaksa memberitahu ayah dia tidak akan memilih Azlan. 

Petang yang ceria menjelma tiba. Stesen kereta api Kuala Lumpur memang ramai orang. Berpusu-pusu orang menunggu dan tertunggu. Liza seperti menanti seseorang yang akan tiba menjemput. Kereta api yang meluncur laju membelah gerombolan angin sesat di perjalanan tiba tepat pada waktu yang tertetap. Liza melangkah keluar dari gerabak. Liza menoleh ke kiri dan ke kanan. Bahunya membawa beban yang berat. Di tangan kanan menggenggam erat beg baju. 

Lama masa menunggu tertunggak Liza mengambil keputusan untuk berangkat. Sesudah orang yang dinantikan tidak muncul Liza mendapatkan teksi yang berbaris panjang di hadapan stesen kereta api. Terpaksa bekejar ke Sentul, mencari Rahman yang berjanji untuk menjemputnya. 

Sebuah rumah yang agak terpencil dari bandar hanya sunyi yang bertandang. Tiada riak bayang manusia yang berselindung di rumah usang itu. Liza berdengus kasar. Bebola matanya berlari-lari ke sekeliling rumah mencari manusia untuk bertanya. Bebola matanya terhenti pada sekeping kertas putih terlekat pada muka pintu yang tertutup erat.

-Liza saya terpaksa kembali ke Dhaka.- Abdul Rahman 

Keluhan berat menjuih keluar. Liuk badannya lemah gemalai. Menyentap hatinya. Daya yang tertinggal masih tidak cukup memikul badan lalu rebah di muka pintu. Terkulai dengan hati yang hancur. Liza seperti longlai dengan apa yang terjadi. Dari kelopak matanya bergenang air mata meleleh turun, membasahi pipinya. Lelaki yang diharap untuk menjadi suaminya itu telah mendustai kepercayaan yang diberi­kan. Telah bersusah payah dia berkorban duit dan segala-galanya untuk lelaki itu tapi dia seperti dibodohkan. Lelaki itu juga menye­babkan hubungan dengan ayahnya renggang. Lelaki itu juga telah memporak perandakan hatinya. Lelaki apakah itu? 

Dari liuk badan yang tak terdaya Liza meringankan kelopak matanya setelah mendengar derapan kaki mendekatinya. Seorang lelaki yang bersongkok dan berbaju Melayu. Lagak gayanya persis seperti Azlan. 

Sumber asal: Warta Perdana

23 April 2012

Sokongan Anda Untuk Undi Foto

As-Salam.
Mohon kepada tuan, puan, cik, abang, kakak dan sedara-sedara semua dapatlah kiranya memberikan sokongan kepada penyertaan HH dalam Digi WWWow Awards. Tekan LIKE je ....

Andai sudi, boleh rujuk kat sidebar blog ini, ada banner Digi WWWow Awards tu .... ada 2 set foto yang HH hantar untuk anugerah ini.

Terima kasih didahulukan, jasa anda akan dikenang ..... dan anak HH tentu suka kalau foto dia berjaya menang.

Blog Berwajah Kuning Bukan Sebab BERSIH 3.0

As-Salam.
Bertukar wajah, bersalin kulit, dengan tema baru, dengan warna baru, dengan pengisian baru (mungkin). Tetapi, konsep blog ini akan terus sama, sebagai blog perkongsian informasi dunia maya, terutama yang boleh memberikan manfaat bersama, dengan sedikit sentuhan peribadi ..... hehehehe....

Erkk jangan tanya apa maksud kata-kata di atas, sebab HH masih tulis ikut sedap jari jemari ni menulis. Suka atau tidak akan penampilan ini, anda yang tentukan. Jika suka, tekan LIKE ... hehehehe...


Dari semasa ke semasa, akan ada beberapa gangguan pada paparan blog ini, jadi jangan fikir blog kena hacked lak ehh ... :)


22 April 2012

Gambar | 10 Ruang Kerja Idaman Blogger Kental

As-Salam.
Ada duit, semua boleh jadi. Dan mungkin buat mereka yang serius berblog, tentu reka bentuk dan peralatan pejabat sebegini menjadi satu impian .... errr tak? HH ya .... syok oo kalau dapat kemudahan sebegini .... 

Hmm mana pilihan anda? HH pilih foto nombor 2 .... hehehehe ... ada sapa2 nak sponsor tak?

10 Ruang Kerja Idaman Para Blogger


Sumber: I Can Be Creative



Gambar | Adastra | Kapal Layar Mewah Kawalan iPad

As-Salam.
Kapal layar ini bukan sebarang kapal layar. Bentuknya sahaja sudah boleh memukau mata, belum lihat kecanggihan yang ada pada Adastra, kapal layar yang bernilai USD$15 juta.


Kapal layar Adastra ini merupakan rekaan John Shuttleworth, seorang pereka bentuk kapal layar terkemuka. Kapal layar ini yang dibina di China, merupakan milik kepada jutawan perkapalan Anto Marden. 

Menurut satu laporan akhbar Daily Mail, kapal layar ini boleh dikawal secara jauh menggunakan Apple iPad, dengan jarak maksimum 50 meter. Satu kelebihan dan kecanggihan menarik yang ada pada Adastra.

Kapal layar ini sepanjang 42.5 meter, boleh memuatkan sehingga 15 orang di dalamnya termasuklah anak kapal. Mempunyai kelajuan maksimum 22.5 knots.

Foto Superyatch Adastra



Sumber: John Shuttleworth Yacht Design


21 April 2012

Video | Nadia Zainal, Pelakon, Dramatis dan Aktivis Teater Luah Cinta di Youtube

As-Salam.
Alahai... sweetnya si Nadia Zainal ni, atau lebih dikenali sebagai Nad Zainal. Namanya mula makin dikenali kini .... tapi bukan sebab kontroversi; sebaliknya ialah wajahnya sering dah keluar di media, terutama dalam promo terbaru sebuah kisah bersiri Memberku Hawa disamping Faezah Elai yang muncul bertudung.

Nama sebenar gadis berusia 22 tahun ini adalah Farah Nadia Zainal Abidin, merupakan lulusan Aswara dan telah lima tahun bergelar anak seni, namun dia mula serius berlakon pada tahun 2011. Nad, sebelum ini pernah muncul dalam drama rantaian Buaian Kasih yang ditayangkan di TV1, Elly dan Epit di Astro, drama berbahasa Inggeris, Incredible Tales serta filem Jidin Sengal.


Video Nad Zainal Kirim Mesej Cinta di Youtube


video

Banyaknya Jenis dan Bentuk Seluar Dalam Wanita

As-Salam. Wanita ni peliklah. HH bukan apa, sampai ke seluar dalam pun ada banyak bentuk dan fesyen. Memang kata orang, wanita ni mudah bebenor jadi mangsa fesyen. 

Wanita mudah digoda dengan perkara-perkara yang ada kaitan dengan cantik. Kalau beg tu murah tapi tak cantik, wanita tak beli. Kalau baju tu ada potongan 90 peratus tetapi andai tidak cantik mereka tidak akan beli. Begitu juga dengan seluar dalam .... ada wanita pilih seluar dalam yang cantik je untuk dipakai, dari segi keselesaan .... errkkk maaf HH tak tahu, sebab tak biasa lagi pakai seluar dalam wanita .... hahahaha.... 

Jenis-Jenis Seluar Dalam Wanita


Kalau pergi pusat beli belah, leh la tengok jenis dan fesyen seluar dalam wanita ni, kalau lelaki nak tengok .... boleh errrr tapi kena cukup umur dan ditemani oleh muhrim la .. lau tak nanti nampak cam pelik lak. 

Memang ada macam-macam jenis, fesyen dan corak .... HH tertanya gak ... seluar dalam wanita yang memang kena pakai kat dalam pun kena cantik ehhh ... hmmm .... kenapa yer?

3 Beradik Terkenal di Youtube, Video Ditonton 60 Juta Kali

As-Salam.
Kalau ada bakat, letak la mana-mana pasti akan menyerlah dan akan ada yang suka. Mungkin inilah yang berlaku pada 3 beradik ini, sebab bakat mereka, mereka jadi terkenal di Youtube ... 

Lebih 60 juta kali ditonton tu .... 


3 Beradik Terkenal di Youtube

Sebuah kumpulan pop yang dianggotai oleh tiga beradik di Mexico melonjak popular selepas klip video muzik mereka disiarkan di laman perkongsian video YouTube. Berasal dari bandar Mexicali, utara Mexico, Sounds Vazquez yang dianggotai oleh Abelardo, Gustavo and Angela "Angie" Vazquez yang masing-masing berusia 16, 13 dan 10 tahun mengecapi populariti pada November 2011. 

Ketika itu, satu klip video di YouTube menunjukkan Abelardo menyanyikan lagu Adele, Rolling In The Deep. Ia ditonton sebanyak 60 juta kali. 

Ekoran kejayaan klip video berkenaan bersama empat klip video lain, Sounds Vasquez telah 'dilamar' oleh Sony untuk bernaung di bawah syarikat rakaman berkenaan sekali gus memberi peluang kepada mereka untuk menerbitkan album. "Kami juga mencipta lagu kami sendiri," kata Abelardo. 

Album sulung mereka, Sounds Vazquez, yang memuatkan lagu berbahasa Inggeris, mula dijual pada Selasa lalu dalam bentuk cakera padat dan cakera video digital. Sounds Vazquez bergiat aktif dalam bidang muzik atas dorongan bapa mereka, Abelardo Vazquez yang merupakan seorang penerbit muzik. Vazquez pernah menerbitkan lagu untuk beberapa penyanyi popular seperti Reik dan Nikki Clan. - Agensi 


Dunia Blogger Malaysia | Kalau Nak Jadi Blogger Serius ...

As-Salam.
Ada kawan HH berkata, setakat buat blog guna hosting percuma ..... itu bukan blogger, itu cuma penulis diari biasa .... macam tulis status kat FB atau MySpace je ...cuma tulisan dan luahan boleh berjela-jela...itu je.

Kata merekalah. Iyelah, siapa tak tahu akan kehebatan blog yang guna platform wordpress, memang terkenal dengan penangan SEO (Search Engine Optimization), sekali posting akan dapat ratusan trafik jika kena gaya.

Dan wordpress nampak lebih kemas dan profesional.

Yang guna blogspot ni, setakat seronok-seronok dan suka-suka, bukan kategori blogger yang serius dengan dunia blog - yang mampu memperoleh penajaan ribuan ringgit, yang dapat menjana pendapatan yang lumayan sehingga ramai pak menteri pun nak buat blog.

Tapi, andai nak jadi blogger serius dan hebat, kenalah bermula dengan sesuatu yang mudah, macam blogspot ini. Walaupun ia percuma, ramai yang suka guna kerana ia mudah nak dikendalikan. 

Bila dah cekap dan mahir dengan blogspot, dah ada pengetahuan, dah ada ramai follower dan pembaca setia, bolehlah upgrade sedikit, dapatkan domain sendiri.... dan kemudian hosting sendiri dengan penggunaan platform wordpress yang sangat disukai enjin carian.


20 April 2012

Harga Barang Tak Naik Tetapi Nilai Matawang Yang Susut

As-Salam.
Acapkali diucapkan oleh kita bahawa barang-barang dapur sekarang dah mahal, tak macam dahulu. Sering juga kita merungut bila selalunya dengan duit RM50 kita boleh beli penuh satu trolley, tetapi kini hanya dapat suku trolley, apabila kita beli belah di pasaraya yang 'jimat' atau 'harga terendah'.

Kita akan kata ... harga barang dah naik ..... tetapi sebenarnya apa yang berlaku ialah nilai matawang kita yang semakin hari semakin susut. Susut kerana ia diperdagangkan atas angin oleh ekonomi dunia yang banyaknya kapitalisma.

Sayang sekali, tak ramai sedar. Apa yang mereka rungutkan ialah harga barang naik, tetapi tidak melihat bahawa duit kertas dan syilling yang sedang dipegang dan ditabungkan sudah semakin hari semakin tidak bernilai.

Jadi, apa jalan penyelesaiannya? Kita semua perlu beralih kepada satu bentuk perdagangan dan jual beli yang berlandaskan sesuatu yang nyata, dan bukannya dengan nota; "Wang Kertas ini Sah Dinilaikan dengan sekian ...sekian"..... 

Kita patut beralih kepada zaman di mana perdagangan benar-benar berlaku, dan perniagaan serta urusan jual beli adalah telus dan nampak. Istilah 10 tahil emas, 5 keping gangsa, mahupun 10 uncang perak perlu diperkenalkan semula agar nilai itu nampak dan perbandingan nilai itu boleh dipersoalkan secara nyata dan sah.


19 April 2012

Panduan Menulis Blog | Blog Perlu Ada Sitemap

As-Salam.
Sitemap, antara salah satu entiti penting dalam laman web serta blog. Sitemap merupakan antara rujukan penting bagi robot-robot enjin carian menggelintar isi kandungan blog anda berdasarkan kata kunci tertentu.

Blog ini punyai sitemap tersendiri, anda boleh rujuk di menu bar atas sekali bertulis Sitemap, dan lihat, anda tentu dapat idea tentang apa yang HH cuba sampaikan.

Sitemap boleh diletakkan di dalam blog mengikut kesesuaian anda, dan untuk platform blogspot, anda boleh cuba menyediakan sitemap anda sendiri dengan meletakkannya dalam pages, dan meletakkan sitemap sebagai salah satu menu blog anda.

Sitemap akan membantu enjin carian menemui blog anda berdasarkan kata kunci tertentu, apatah lagi blogspot sekarang dah ada search description yang memberikan lebih impak dari segi trafik ke blog anda.

Secara umumnya sitemap sesuatu blog didapati seperti berikut: 

http://blog_anda/atom.xml?redirect=false

contohnya:


Untuk memanfaatkan sitemap blog anda bagi enjin carian, anda boleh rujuk tutorial ringkas di blog ini:

Simple Blog Tips: How to Add Sitemap to Google


Cubalah, HH dah terima manfaatnya, kini anda pula .....

Promosi Blog Bakal Bermula

As-Salam.
InsyaAllah, blog-blog yang telah ambil bahagian dalam segmen ini akan diberikan promo istimewa - satu hari satu blog di laman utama (tidak pada ruang entri). HH akan pilih secara rawak daripada senarai di bawah.

Terima kasih semua.

Kepada rakan blogger, bolehlah berkenalan dengan blogger ini dan usyar blog mereka. Moga ukhwah makin bertambah sesama kita. Pemilik blog .... HH akan singgah nanti, dan tanpa segan silu follow andai ada butang follow lah ..hehehe... 


  1. http://azrieyx.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  2. http://misszberceloteh.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  3. http://makwepakwekintan.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  4. http://kelimenari.blogspot.com/2012/04/segmen-xii-hasrulhassancom-promosikan.html
  5. http://anakadamsedangbercerita.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  6. http://bambeemocha.blogspot.com/2012/04/segmen-hasrulhassancom-promosikan-blog.html
  7. http://kekasihsaga.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  8. http://cikharty88.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  9. http://akmaluv90.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  10. http://diaryyeyla.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  11. http://eiqavandetta.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  12. http://srikandi-permatahati.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  13. http://eidashimoda.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  14. http://faradillahiqmar.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  15. http://yayahnasake.blogspot.com/2012/04/segmen-hasrulhassancom-promosikan-blog.html
  16. http://arisyalee.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  17. http://suggiesatsetia.blogspot.com/2012/04/segmen-hasrulhassancom-promosikan-blog.html
  18. http://sayurlemak.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  19. http://juliajamaludin.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html
  20. http://nunaohnuna.blogspot.com/2012/04/hasrulhassancom-promosikan-blog-aku.html

*p.s: Sedang siapkan banner setiap blog untuk tujuaan promosi percuma .... 

18 April 2012

Panduan Menulis Blog | Elak Guna Huruf Besar Dalam Menulis Entri

MasSaari.com
As-Salam.
Apabila anda menulis entri di dalam blog, pastikan atau kalau boleh elakkan dari menggunakan huruf besar. Huruf besar ini sebenarnya punyai maksud sendiri dalam bidang penulisan.

Cuba bayangkan anda menerima SMS yang ditulis dalam tulisan huruf besar. Apa yang anda rasakan? Tulisan dengan huruf besar dalam penulisan bermaksud anda sedang menegaskan, menjerit atau tengking, ia seolah seandainya diucapkan, anda perlu ucapkan dengan nada tegas, bersuara lantang dan kuat.

Dengan penggunaan huruf besar dalam blog, ia seolah macam kita sedang menulis dalam keadaan marah .... hmmm ... sebelum ni HH pernah tampilkan ... andai nak tulis entri yang best, tulis dalam keadaan tenang dan wangi ... :)

Tulisan yang relaks dengan penggunaan huruf besar kecil yang betul pasti akan menyenangkan orang untuk membacanya.


Segmen | HASRULHASSAN.COM Promosikan Blog Aku

As-Salam.
HH nak buat satu segmen buat blog-blog baru. Tujuannya ialah untuk memberikan pendedahan kepada pengunjung blog HH mengenai blog-blog baru atau blog-blog yang cuba mendapatkan trafik serta pengunjung baru.

Untuk sertai segmen HH ini, perlu memenuhi salah satu syarat-syarat berikut:

  1. blog wujud pada tahun 2011 atau 2012.
  2. jumlah followers blog kurang daripada 500.
  3. jumlah pageviews atau  hits kurang daripada 10 ribu.
  4. bukan blog niaga atau blogshop.

Jika penuhi salah satu syarat di atas, maka bolehlah join segmen ini.

Nak join atau sertai segmen ini, sebagai tanda sokongan dan tanda penghargaan, mohon buat satu entri berikut:



  1. Tajuk entri: HASRULHASSAN.COM Promosikan Blog Aku
  2. Letak badge yang disediakan dalam entri tersebut dan link ke entri ini.
  3. Nyatakan tajuk blog anda, nama blogger anda, bila anda mula berblog, dan kenapa anda berblog.
  4. Dan jika sudi, letakkan blog ini dalam bloglist dan LIKE page HASRULHASSAN.COM
  5. Tinggalkan entri blog anda tu di ruangan komen ye.

Itu sahaja.

HH akan buat penyenaraian dan lakukan promosi satu blog satu hari di halaman utama. Tarikh tutup untuk sertai segmen ini ialah 19 April 2012 jam 12 tengahari. 


TAMAT - DITUTUP

 Terima Kasih.


Wordless Wednesday | Bersamamu TV3 Hanya Lakonan?


Sumber dan Foto: Katak Comel

Wordless Wednesday #WW | Berkat Jimat Cermat



|Pakar SEO Blogspot|

Copyright @ 2014 HASRULHASSAN™. Originally by Templateism | for Terkini MH370 | Read Disclaimer

Ping your blog, website, or RSS feed for Free