As-Salam.
Biasa dengar tak dengan kata-kata ini?

"Aku nak buat bloglah, leh buat duit tau dari blog ... senang je leh dapat, tak yah susah-susah"
"Perghh....mamat tu blogger la ..... mesti masyukkkk"
"Pssss..tu blogger terkenal tu ... blog dia ramai orang baca tau ..."
"Eeeee... cunlah blogger tu ..... ramai oo pengikut blog dia ...."
"Wow ...blog budak tu masuk majalah la ... hebatlah dia ..."

Erkk tak biasa ke? Hehehe... itu hanyalah ayat2 tiruan yang baru kejap tadi HH fikirkan, tapi tak mustahil ia pernah dituturkan oleh mereka yang menyedari kehadiran blog di alam maya. Lalu, dengan sedarnya mereka, mereka bercerita di dunia realiti. 

Jika dulu, orang tak ambil pusing sangat pun pasal blog ni. Tapi apabila semakin hari, semakin lama ... banyak blog yang berjaya menarik ribuan pembaca malah jutaan, sehingga ia menjana pendapatan hebat, ramai yang mula nak beliak mata, dan ramai yang mengejar cita-cita dan impian sama ... sama seperti kata-kata atau dialog di atas.

Tak mudah. Blog yang dah ada nama. Blog yang dah ada ribuan pengikut. Blog yang boleh jana pendapatan sampai ribuan ringgit sebulan .... bukanlah blog segera yang dibuat semata-mata kerana mengejar perkara-perkara yang disebut-sebut selalu oleh kebanyakkan blogger, dan orang ramai.

Semuanya kerana minat dan hobi yang mendalam. Dan dari situ, bermulalah satu perjalanan yang baru di mana mereka itu perlu berusaha untuk menjadi lebih maju.

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. saya datang melawat blog ni buat pertama kali ;)
    sila beri tunjuk ajar

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement