As-Salam.
Kalau HH sebut The Scarflets ... mungkin ada yang nganga ... tapi kalau HH sebut sorang-sorang nama-nama yang ada dalam The Scarflets ni, tentu ramai yang kenal .. almaklumlah .. mereka ni blogger berstatus anak dara-anak dara yang cantik dan bijak berfesyen muslimah.

Dan kalau diikutkan, HH percaya ramai yang tahu kot, sebab media pun dah promot kumpulan ni, malah sering dijemput untuk sessi photoshoot. 

HH selayaknya bagi mereka dah leh pangkat pakcik dah ... jika HH kahwin umur 18 tahunlah .. hehehe.. dah boleh ada anak dara umur sebaya mereka (hmm ye ke?).

Buat pengetahuan, The Scarflets merupakan komuniti hijabista yang merujuk kepada mereka yang mempamerkan fesyen berhijab secara lebih stylo dan bergaya. Dan memang menjadi agenda dalam komuniti ini untuk tampil sebagai contoh bahawa muslimah boleh bergaya tanpa perlu membuka aurat atau memakai pakaian menjolok mata.

Kebanyakkan ahli dalam hijabista merupakan blogger yang pada masa sama ada blogshop sendiri yang menampilkan fesyen hijabista.

Shea, Rina Salleh, Lyna, Yanny, Fira, Sue Anna, Jezmine, Cik Epal, Riqa, Maria, Yana

Okeh. Antara nama-nama yang mungkin anda kenal dalam komuniti Hijabista ini ialah ....
Cik Epal, Shea Rasol, Maria Elena, Adriani, Ami Schaheera, Rina Salleh, Lyna Kamal, Jezmine, Yana dannnn ramai lagi ...  semuanya blogger yang boleh HH katakan mempunyai ramai pengikut ....

Nak tahu dan nak jenguk blog mereka .. taip je nama-nama tadi kat Google .. hehehe... okeh.

Kredit Foto: Sue Anna Joe

1 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement