Panduan Temuduga Kerja Kerajaan
As-Salam.
'Dead Link' atau capaian yang mati adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku di dalam sebuah blog. Jika ada capaian yang sudah tiada lagi .... maka cepat-cepat anda aturkan agar blog anda di'ping' semula .... gunakan segala macam kaedah ping menyeluruh yang disediakan di dalam dunia maya ini.

Bagi HH, andai ada entri lama yang perlu dibuang, bagi mengelakkan ia menimbulkan masalah dead link yang dimaksudkan, HH akan gunakan khidmat feedburner untuk menyusun semula entri-entri menerusi khidmat ping yang disediakan.

Kenapa dead link ini bahaya? Kerana ia akan menjejaskan peluang blog anda untuk disenaraikan sebagai sebuah sumber info dan maklumat di dalam enjin carian. Jika robot carian menjumpai dead link dan merekodkan dalam pengkalan data carian ... ia sedikit sebanyak 'menjatuhkan' kebolehcapaian dan kebolehpercayaan akan maklumat di dalam blog.

Bila ini terjejas, peluang untuk blog anda disenaraikan di tempat pertama, laman pertama enjin carian akan gagal, lalu menjejaskan peluang untuk menerima trafik, lalu langsung ... apa jua sumber manfaat yang ada cuba kongsikan tidak dapat dikongsikan dan dimanfaatkan oleh ramai.

Maka, pastikan kurang atau tiada terus dead link ini di dalam blog anda.

*p.s: HH hadapi masalah dengan dead link sebab sukar sebenarnya nak jejak ..huhuuhuhu...

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. saya jg tak berapa faham ya.Maknanya blog yang di link tapi tak aktif kah? itukah maksud "dead link. Betul jg buat apa simpan lama ya jika tak aktif bertahun2..tq info ni ya

    ReplyDelete
  2. dead link...bnyk dead link dlm google search...bila tekan, rupanya tiada info yang dicari..sesuatu yang baru utk sy pelajari...

    ReplyDelete
  3. Kalau update sesuatu post pun, sepatutnya kena ping semua, supaya google boleh crawl entry tersebut mencari data baru .. ^__^

    p/s: Tips yg bagus ..

    www.anastasyea.com

    ReplyDelete
  4. tak faham.... kena jelaskan lagi tu huhu

    ReplyDelete
  5. baru tahu pasal nih..nak kena alert nih. thanks HH..

    ReplyDelete
  6. nak kena cari cara nak buang registry tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Bisnes Tudung Online
Sebelumnya Seterusnya

Dropship USD