As-Salam.
Jika anda baru menapak dan cuba mencari sumber inspirasi untuk terus berblog, anda buatlah kaedah ini yang sering dibuat oleh kebanyakan blog yang sudahpun mencapai kejayaan tersendiri di dunia blogger Malaysia - bercerita dan paparkan kisah kejayaan blog. Panduan Menulis Blog kali ini paparkan mengenai kisah kejayaan untuk motivasi blog.

Bukan mahu dabik dada, tunjuk gah atau nak tunjuk hebat, apatah lagi meriakkan diri. Tetapi, ia merupakan satu bentuk motivasi yang dicatatkan untuk anda dan juga pengunjung yang lain bahawa sesuatu usaha itu boleh berjaya jika dilakukan dengan betul. Ia akan menjadi penggerak bukan untuk diri anda memajukan blog anda tetapi juga buat orang lain yang mempunyai blog.

Buktikan bahawa blog yang picisan, yang bermula dari kosong boleh mempunyai ramai pengikut, boleh ada pageviews yang tinggi, boleh berada di laman utama enjin carian, menjadi antara blog di tempat teratas dalam ranking Alexa dan pelbagai lagi kejayaan blog yang boleh anda kongsikan.

HH tahu, ramai bloggers yang telah berjaya dalam dan dengan cara tersendiri menerusi blog mereka. Ada yang dipaparkan dalam sisipan akhbar, dalam majalah, dalam TV ..... malah diketengahkan dalam sesuatu forum mahupun acara tertentu. Ini semua bukti kejayaan yang boleh membakar semangat untuk terus menulis blog.

Asalkan ... jangan berlebihan sudah ler ... sebab bukan semua orang suka .... nanti ada yang persoalkan dan panas hati .... :P

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement