hasrulhassan.com
Cabaran Duit Raya 2014

13 July 2011

Tolong ALEXA Review Blog Bangku Kosong

Salam.
Baru lepas makan mee segera 3 minit siap. Letak telur 2 bijik ... cili api, potong bawang skit dengan halia..... licinnnn .... heh...nasi ada tapi segan la pulak tengok nasi tu...hehehe....

Digi WWWow Awards dah pun tamat, pastu tadi saya ada posting ranking Alexa top blog bagi blog Melayu ... yang nyatanya tak ada pun blog ni dalam top 40 tu ... masih baru dalam persaingan ..hehehe... mana nak nampak, lagipun saya suka nak wat ambush ... nyorok2 dulu sebelum muncul .. eceh ...

Hmm, okeh ... sapa yang sudi nak review blog Bangku Kosong? Tulis le apa-apa pun .... kutuk ke puji ke .. ALEXA ni mana reti nak tolak2 review dari pembaca ....kalau pandai, silap2 nanti ALEXA suruh anda jadi tukang review untuk blog-blog atau website yang lain ... aha ...manalah tahu kan .. rezeki.

Tapi  itulah, saya suka nak minta jasa baik sesiapa sahaja yang sudi untuk tulis 10-20 patah perkataan untuk review blog ini. Jika sudi ..klik banner yang disediakan di bawah ye.



Review www.hasrulhassan.com on alexa.com


Dan pastikan anda berikan detail diri anda nanti bila diminta. :)

Terima kasih ye.

Sekolah Malaysia Buat Sex Video?

Salam.
Jika anda menggunakan fungsi Tynt dalam blog anda, anda boleh menggunakan analisis yang disediakan oleh Tynt untuk mengenai inbound keyword yang memberikan trafik kepada blog anda, yang selalunya digunakan dalam enjin carian.

Dan baru kejap tadi, saya dapat email laporan dari Tynt Insight ini, dan ini yang saya dapat:


Keyword sekali imbas semuanya nampak ok je, apatah lagi bila mana keyword kalendar hijrah 2011 antara yang memberikan impak trafik kedua terbaik buat blog ini menurut Tynt Insight.

Tetapi ... erkk no 13 tu - Sekolah Malaysia Buat Sex Video ... erkk agaknya blog ni tempat nak dapatkan sex video yang dibuat pelajar sekolah kot ... ishh kedu jap, tengah fikir-fikir balik entri yang manakah yang menyebabkan saya dapat trafik dari keyword tersebut.

Oh ya, buat pengetahuan, saya ada buat satu entri mengenai Tynt Insight ini ... iaitu bagaimana penggunaannya dalam blog membolehkan entri di blog anda di copypaste kan secara berhemah dan betul. :) Nanti google la ehh .. tu ada kotak carian kat atas tu.

Wordless Wednesday #WW #2


Tulisan Cerminkan Peribadi Kita

Salam.
Ini bukan saya saja-saja nak memandai-mandai tetapi merupakan hasil kajian dari seorang pakar yang memang tak asing lagi di Malaysia ni. Sebelum ini pun saya ada juga buat beberapa entri perkongsian ilmu yang dicambahkan olehnya.

Mari sama-sama kita tengok apa pentingnya tulisan dan bagaimana cara menulis itu mencerminkan identiti kita.

Tekanan Ketika Menulis
  • Tekanan yang kuat
    • Seseorang yang menulis dengan kuat tekanannya sehingga berbekas di bahagian belakang kertas - Sihat, cergas, pantas dan sedikit agresif
  • Tekanan yang ringan
    • Seseorang yang menulis dengan lembut dan ringan dan tidak berbekas - Kurang bertenaga, kurang sihat dan mudah sakit

Bentuk Tulisan
  • Tulisan yang bulat-bulat
    • Semua huruf ditulis dengan bulat - Emosional, prihatin, pengasih penyayang, kepekaan tinggi dan banyak memakai otak di sebelah kanan (otak kreatif)
  • Tulisan yang tajam-tajam atau leper-leper. 
    • Tulisan yang angular dan sharp - Rasional, berkerja dgn sistematik, pandai mengurus dan banyakmemakai otak di sebelah kiri (otak logical)


    [Gambar] Replika Bahtera Nabi Nuh Di Belanda


    Salam.
    Memang banyak misteri, kesimpulan dan pelbagai lagi teori yang mengatakan mengenai bahtera Nabi Nuh a.s. Ia menjadi satu epik apabila menjadi bahan pencarian yang sering cuba dirungkaikan oleh mereka yang memang gemar menggeledah peristiwa bah besar yang pernah berlaku satu waktu dahulu.

    Peristiwa ini bukan sahaja diceritakan dalam Al-Quran tetapi juga dalam Kitab Injil bagi penganut Kristian. Ramai yang cuba membuat teori tentang bagaimanakah rupanya bahtera Nabi Nuh a.s yang sebenarnya, yang dapat mengumpulkan semua haiwan dalam berpasangan untuk diselamatkan dalam banjir besar tersebut.

    Al-Quran menceritakan kisah Nabi Nuh dalam 43 ayat dari 28 surah di antaranya surah Nuh dari ayat 1 sehinga 28, juga dalam surah "Hud" ayat 27 sehingga 48 yang mengisahkan dialog Nabi Nuh dengan kaumnya dan perintah pembuatan kapal serta keadaan banjir yang menimpa di atas mereka.

    Replika Bahtera Nabi Nuh a.s di Belanda

    Di Belanda, satu replika bahtera tersebut telah dibuat oleh Johan Huibers. Dia merupakan seorang kontraktor berusia 50 tahun dan memang selalu dok buat kapal. Kapal atau bahtera yang dibuat olehnya diperbuat dari kayu jenis cedar dan pine.




    Dia dengan dibantu oleh anaknya, Roy telah melakukan kerja-kerja pembinaan ini berdasarkan rujukan yang dilakukannya dari beberapa kitab Kristian. Saiz sebenar bahtera adalah lima kali lebih besar dari yang sebenar.

    Tips Nuffnang Dari Blog Page Rank 4

    As-Salam.
    Inilah yang dikatakan nikmat kesungguhan dari pembelajaran. Blogger ni dah lama berblog, sejak dari 2009 lagi, dan kini blognya dah dapat Page Rank (PR4) .... hebat tu. Dan banyak penulisan dalam blognya telah mendapat perhatian ramai, dan trafik pun tinggi.

    Terbaru, blogger ini dalam blognya mendedahkan bagaimana dia boleh dapat sekaligus 4 cara penjanaan pendapatan dari Nuffnang, yang ni memang cantekla kalau anda baca. Dan sebenarnya, petua dan tips ini pernah saya nyatakan sebelum ini dalam posting-posting lepas.

    Kenapa pentingnya kita sebagai blogger yang letak iklan Nuffnang untuk selalu update biodata kita, survey yang ada dalam Nuffnang tu untuk kebaikan kita. Ini bukti kesungguhan.... dan kerana kesungguhan, baru blog kita akan nampak dan timbul di mata pengiklan di Nuffnang.

    Ini skrinshot saya ambik dari blog berkenaan:


    Nak tahu lebih lagi.... anda boleh je baca di blognya: Blogger PR4 Bongkar Tips Earning Nuffnang

    Wordless Wednesday #WW #1

    12 July 2011

    Siapa Cipta Petrol Berplumbum Dan CFC?

    Salam.
    Petrol berplumbun dan CFC (Cloroflorocarbon) merupakan dua bahan yang diakui berbahaya kepada alam sekitar. Kerana dua bahan ini, ozon yang melapisi dan melindungi bumi semakin nipis dekad demi dekad.

    Tahukah anda, bahawa kedua-dua bahan ini dicipta oleh saintis yang sama? Ya .... aha ... nampak muka baik je ..tapi ciptaan dialah yang kini sedang mengancam dunia yang kita dok diami. Mungkin pada waktu itu, ia bukanlah satu perkara besar mengotori alam kerana masih banyak hutan hijau yang mampu menampung kesan rumah hijau.

    Thomas Midgley, seorang ahli kimia Amerika adalah saitis yang bertanggungjawab menghasilkan dua bahan yang dimaksudkan tadi. Dia telah dianggap pembunuh nombor satu kerana kedua-dua ciptaannya itu telah membunuh lebih banyak manusia; walaupun selepas dia mati.


    Dia mati akibat kesilapan dia sendiri kerana tercekik pada palang di katilnya. Dan boleh dikatakan dia mati kerana ciptaannya sendiri sebab palang itu dicipta sendiri untuk memudahkannya dia bangun dari katil. Dia dalam jangkahayat separuh hidupnya terpaksa berada di atas katil kerana keracunan plumbum yang menyebabkan dia lumpuh dan mengidap polio. Dia mati pada umur 51 tahun.

    Sumber: Enlist Mania

    'Black Tuesday'

    Salam.
    Buat penganalisa ekonomi, tentu familiar dengan Black Tuesday. Ia juga dikenali sebagai The Great Crash. Ia merupakan kejatuhan pasaran saham di Wall Street pada tahun 1929. Akibat kejatuhan nilai pasaran saham itu, telah berlaku kemelesetan ekonomi yang dasyat di negara-negara barat yang sedang mengalami revolusi perusahaan. Ianya telah berlaku selama 12 tahun.


    Para pengkaji ekonomi berpendapat kejatuhan saham dan kemelesetan ekonomi di negara barat adalah disebabkan pada tahun 1913, satu akta iaitu Akta Rizab Persekutuan telah digubal.

    Pada awalnya, akta ini memberikan satu kelebihan buat pelabur kerana boleh membuat pinjaman daripada bank dengan kadar faedah yang rendah. Akibatnya, banyak pelabur kecil-kecilan telah membuat pinjaman untuk melabur tanpa memikirkan persekitaran pelaburan pada masa itu.

    Apa yang berlaku ialah, pada tahun 1929, pihak Rizab Persekutuan Amerika telah meningkatkan kadar faedah pinjaman kerana kekurangan aliran masuk tunai. Ini telah menyebabkan pasaran saham kurang aktif, ekonomi jadi lembab dan para pelabur tadi telah menjual saham mereka pada kadar minima, yang akhirnya mengakibatkan kejatuhan ekonomi paling drastik dalam sejarah Amerika. Ianya berlaku pada 29 Oktober 1929 dan telah dikenali sebagai Black Tuesday.

    Sumber: TopYaps

    Budu Oh Budu

    Salam.
    Biasa makan budu tak? Uhh saya .. pernah dan boleh dikatakan saya memang suka, tetapi tidaklah terlalu suka sampai leh makan dengan nasi macam tu je. :)

    Budu ni sebenarnya adalah sos bilis yang berasal dari negeri Cik Siti Wan Kembang. Ia memang terkenal di sana. Dan kalau ditanya mana-mana mereka yang pernah study kat sana, sure pernah makan budu, samada secara sengaja atau tidak disengajakan.

    Oleh kerana makanan ini sangat popular, maka ia telah menarik perhatian ahli pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika, Australia, New Zealand dan Jerman. Penemuan baru-baru ini membuktikan kandungan budu memiliki Gluthaione sebagai bahan antioksidan, mengeluarkan sisa toxic dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya dan menghalang kanser. 

    Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makan "kuno".

    Budu berpotensi untuk melawan radikal bebas sehingga dapat menghalang proses penuaan dan mencegah terjadinya penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, diabetes,kanser dan selainnya pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab diare,penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

    Budu memiliki zat gizi yang lebih mudah dicerna,diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diare kronis akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diare kronis ini serta menyembuhkannya dalam waktu singkat.Ia juga dapat mempertingkatkan IQ kepada sesiapa yang memakannya. So, no wonderlah andai ramai bijakpandai dari negeri sana ... hehehe....

    [Gambar] Ekranoplanes - Kapal Terbang Yang Tak Boleh Terbang

    Salam.
    Kalau baca tajuk entri, mesti kedengaran pelik. Apa hal, kapal terbang tak leh terbang ... kalau tak leh terbang .. nama kapal la kan? Hehehe... adeh .... ishh cepat bebenor buat konklusi .. meh tengok gambar-gambar yang saya kongsikan bersama ini.



    Inilah kapal terbang yang tak boleh terbang milik bekas negara Kesatuan Russia. Nama kapal terbang ini ialah Ekranoplanes. Ia sebuah kenderaan amphibia kerana ia berupaya terapung untuk bergerak di atas air. Bentuknya seperti sebuah kapal terbang tetapi ia tidak pernah boleh terbang lebih dari 10 meter.

    Kenderaan ini selalu digunakan di Laut Kaspian semasa perang dingin antara Amerika dan juga Russia. Dicipta sedemikian rupa agar hanya terbang sangat rendah bagi mengelak dikesan radar, selain sebagai kenderaan mobiliti yang cepat dan pantas. KM, salah sebuah Ekroplanes direkodkan mempunyai kelajuan sehingga 400km/h betul2 di atas permukaan air.

    Kenderaan ini sebelumnya pernah terdiri daripada 100 lebih buah, telahpun kini tinggal beberapa sahaja kerana setelah tamatnya perang dingin, kerajaan Persekutuan Russia tidak lagi mahu mengeluarkan kenderaan ini.

    Perpustakaan Terkecil Di Dunia


    Salam.
    Pada mereka yang selalu singgah dan menjadi pembaca setia blog Bangku Kosong, pasti selalu tengok entri saya tentang benda2 yang besau2 je ... :) aha, kali ini saya nak kongsikan dengan anda satu perkara yang unik .. iaitu Perpustakaan Terkecil Di Dunia!

    UHh... saya ingatkan orang yang jadi pembaca dan pengguna World Smallest Library ni adalah orang kenit-kenit je .. tapi erkk meleset. Ia memang sesuatu yang unik sekali. Dan saya fikir pemiliknya tentu dah berbelanja besar sebab buku-buku ini adalah buku-buku yang sangat susah nak dijumpai ....bukan ada jual kat pasar karat bai .. hehehe....


    Jozsef Tari pemilik dan pengumpul buku-buku bersaiz mini sejak tahun 1969, telah pun berjaya mengumpul sehingga 4500 buku dari pelbagai topik serta genre. Termasuk dalam koleksi Jozsef Tari ialah sebuah buku yang direkodkan sebagai buku terkecil di dunia ...yang hanya bersaiz 0.11 x 0.12 inci.

    Oleh kerana koleksi yang banyak, lalu diwujudkan sebuah mini perpustakaan di rumahnya.


    Dulu Saya Seorang Sahabat Kepada Bangla

    Salam.
    Apabila tengok seorang warga Bangladesh, anda pasti tengok dengan pandangan slack kan? Saya pun tak terkecuali macam anda juga. Tapi mereka ini sebenarnya orang yang patut kita contohi. Hmm ... kita tengok cara mereka mencari rezeki halal .... memang kerja keras walaupun mereka tahu, gajinya hanya layak untuk makan tengahari berlauk ikan kering.

    Saya ada beberapa orang kawan warganegara Bangladesh. Ya, saya ada ... dan saya kenali keluarganya. Dulu dia belajar kat tempat saya dulunya bekerja, tetapi kini dia dah balik ke negara asalnya.

    Saya teringat satu kesah darinya, dek kerana nak buat tugasan untuk ijazahnya, dia terpaksa terjun dari sebuah jejantas untuk berada di atas sebuah lori! Perghh memang kerja gila, tetapi gitulah ketekunan yang dia cuba paparkan kepada saya.

    Banyak yang saya tahu mengenai negara Bangladesh dan rakyat 'sebenar' dari kawan saya ini. Dia kata jurang kemiskinan di negaranya memang jauh, semuanya disebabkan oleh korupsi yang berlaku dalam kerajaan. Katanya, semakin anda ada kuasa dan kekayaan di negara tu, semakin anda akan jadi semakin berkuasa dan semakin kaya.

    Dan buat pertama kali dalam hidup saya, saya ajak dia tinggal di Malaysia ... oh what ... ajak seorang lagi Bangladeshi hidup di negara ini ... sedangkan memang dah ramai di sini? Hmmm ... mungkin kerana saya telah melihat kesengsaraan keluarganya, keikhlasannya .... tapi seperti kata dia, dia tak mahu tinggal di sini sebab ..... dia ada tanggungjawab untuk memulihkan negaranya ... kerana dia kini seorang Profesor!

    Lagipun ... dia kata .... "You must do not want any more Bangla here, Hasrul ... here they already so many ..." .... saya gelak je dengar alasan yang diberikan ...

    Susah Tau Jadi Pemimpin

    Salam.
    Saya nih bukanlah ahli mana-mana persatuan hebat kat Malaysia ni. Ada orang kata saya ni penyokong parti hijau, ada yang kata saya ni penyokong parti biru, walhal dalam keadaan sebenar hanya saya dan Tuhan je yang tahu.

    Kat sekolah dulu, saya pernah la jadi pemimpin ...ewahhh ewahh ..hehehe... saya jadi ketua kelas sejak dari tingkatan 4, sebelum tu pernah jadi penolong je. :P Sekolah rendah, masa darjah enam, saya merasa la jugak jadi pengawas. Dan time sekolah rendah, saya diberi gelaran abang besar .. hahaha... walaupun saya tak lah sebesar mana pun.

    Sekolah menengah juga berikan peluang saya untuk menjadi pengerusi Persatuan Kadet Bomba, time tu form 5, gahlah jugak sebab tetiba jadi top ...erkk bukan saya tetapi persatuan yang saya terajui ni. Cuba bayangkan hampir 90 peratus pelajar lelaki tingkatan lima masuk persatuan Kadet Bomba .. hahaha... adeh sedangkan ada je yang lain, macam Kadet Bersatu (Kadet Tentera), Pengakap, Seni Silat, Pancaragam dan beberapa yang lain.

    Kami antara persatuan paling sempoi ... siyes ... dan oleh kerana banyak keahlian ini, saya jadi pening kepala.

    Kenapa? Bayangkan anda seorang ketua dalam perbarisan yang rata-ratanya sebaya anda, dan ada di antara mereka ni bolehlah dikatakan samseng kampung pisang ... bila anda dok depan bagi arahan ..derang leh buat derk je. Saya minta beratur .... derang pi makan kat kantin. Bila saya minta derang berbaris ikut A ... derang akan ikut B. Susah ooo .. nak ditegur lelebih, fikir2 derang ni kawan dan sahabat sekatil. Adehhh ..memang dillemma.

    Gunakan Google Friend Connect Jika Widget Follower 'Hilang'

    As-Salam. Hmm sejak dari semalam, saya dok la berblogwalking atas dasar satu segmen ni, sebab nak klik-klik untuk jadi follower, tapi malangnya, widget follower blog-blog yang saya singgah tu tak kelihatan - blank .... kosong gitu je.

    Ini bukan pertama kali berlaku, sebelum ni pun dah pernah berlaku. Saya pasti pihak blogger.com sedang melakukan apa yang patut untuk memperbaiki keadaan.

    Jika anda pengguna blogger.com atau blogspot, anda boleh cuba Google Friend Connect untuk letakkan widget anda. Ia mudah ... tak susah mana pun. Malah Google Friend Connect ini boleh digunakan dalam apa juga platform blog (jika tak salah sayalah).

    Untuk akses Google Friend Connect ni, anda perlu ke sini:


    Klik je 'Get Started' ... jika anda ada akaun Google, anda akan masuk sebagai id dalam Google/Gmail anda.

    Nanti dia akan minta masukkan maklumat blog atau website anda. Macam berikut:


    Bila dah siap isi butiran tu, dan dah klik 'Continue' .... maka terus dia minta anda masukkan widget tu dalam blog anda ... simple.


    So dah ada macam di atas, klik je add gadget tu ... pastu akan dibawa ke satu page untuk anda customkan paparan gadget follower anda tu ..macam ni:


    Tukar mana2 yang perlu, nak kaler lain ke apa ker .. suka hati anda. Pastikan semua dah ok, barulah generate code tu. Mudah je nih ... main2 pun tak apa .... lepas tu copu code tu dan masukkan ke dalam add widget html anda dalam blog.

    Bolehkan buat?

    11 July 2011

    "Bestnya Blog Ni" Masih Menunggu Blog-Blog Best Anda ...

    Salam.
    Saya masih lagi menanti .. menanti dan menanti lebih ramai blogger yang sudi. Lebih-lebih lagi blog-blog yang baru. Jika tidak sekarang nak menonjolkan diri, bila lagi ehh? Takkan harap kat segmen si mamat ketul je buat, yang blog lain buat dok buat derk je .. hehehe....

    Tapi pada yang dah sudi, saya ucapkan terima kasih. Ada lagi masa tu .. ada lagi lebih kurang sejam ...mana mana? Mana lagi ... nak join ? Klik Sini !!

    Blog ini dah kata blog mereka best ... anda?


    Dan mereka ini pula baru sahaja kata blog mereka best ..best sangat ke? Meh baca:

    Sebab best kerana satu perkara je .. erkk pakai domain sendiri???

    Tuanpunya dah terlebih best ni .. hehehe

    Akhirnya ... Saya Perlu Didiamkan

    As-Salam.
    Nasib baiklah saya tak berdepan, kalau tak mau ada yang terbunuh. Ohh bunuh? Itu bukan saya. Saya walau beza pendapat sekalipun, saya sebolehnya cuba untuk menjaga tutur kata saya, itu mak saya ajar, ustazah saya ajar .... saya tak mahu dikata kurang ajar, nanti kesian mereka yang dah ajar saya.

    Berbalah ni dari satu segi baik juga, sebab boleh buka minda dan pemikiran tentang sesuatu perkara. Namun, perbalahan yang beramarah pasti akan berakhir dengan hasil yang tidak baik, dan erkk boleh dikatakan tiada hasilnya pun.

    Saya baru sahaja selesai berdebat dengan seorang sahabat saya, wahhh lantang sungguh dia, nak buat macam mana, dia lebih berilmu dari saya. Saya tak belajar setinggi mana, hanya berbicara dengan apa yang saya tahu dan ilmu yang sekelumit cuma.

    Tapi ada kata-katanya yang menghiris hati saya, apabila kata-katanya menyentuh peribadi saya. Saya tak salahkan dia, mungkin amarah yang meluap telah membuatkan dia tercicir kata-kata. Saya juga akhirnya yang perlu didiamkan, kerana takut nanti benda yang sepatutnya berbincang dengan baik, berakhir dengan "kau bukan lagi kawanku" ... 

    Saya hormati dia atas kapasiti dia seorang genius. Dan maafkan saya kawan jika ada kata saya yang tersalah sangka. Tak mahu panjangkan bicara, harap nanti hari raya bertemu muka, bukan hendak bertumbuk atau bertampar muka, tetapi nak hulurkan salam tanda kita masih lagi bersaudara.

    p.s: Ya kawan, saya kadangkala terlupa untuk bersyukur .... terlupa akan nikmat yang diberikan, tetapi nikmat itu bukan datang dari manusia, tetapi pemberian Tuhan!

    Apa Yang Bestnya Kat Blog-Blog Ini?

    Salam.
    Cer anda tengok dan baca, kenapa mereka katakan blog mereka ni best? Best ke? Anda dah baca baru anda tahu ... kalau tak baca, anda takkan tahu .... ini dah siap bagi sinopsis dah ...


    http://nyuting88.blogspot.com/2011/07/segmen-bestnya-blog-ni.html
    kena syok sendiri baru orang lain naik syok gak

    http://ikatakiyudin.blogspot.com/2011/07/bestnya-blog-ni.html
    ada doodle huduh utk korang tengok ..hehehe... dan erkk citer pasal makan .. perghh slurppp ....

    http://semangat10naga.blogspot.com/2011/07/bestnya-blog-ni.html
    first time jumpa perkataan godeh .. erkk apa tu?

    Sapa lagi nak kata blog dia memang best? Apa tunggu lagi .. inilah masa nak kata apa yang best tentang blog sendiri .. dok segan buat apa? kalau segan balik bagan la ..  

    Kita kena bangga dengan blog kita sendiri, walaupun tak banyak followers, walaupun pembaca ciput tetapi yang penting tuan punya blog tu ...mesti hargai blognya sendiri ... so di sini saya berikan kesempatan itu ... 

    Nak luahkan macam mereka di atas tu ..KLIK SINI: Bestnya Blog Ni ...


    Akhirnya Blog Ini Di Ranking Pertama ...

    Salam.
    Gulp. Pertama? Ya .. blog Bangku Kosong di ranking pertama ... tapi bukan di ranking Alexa, bukan top blogger, bukan juga ada PR tinggi ... tetapi menjadi ranking pertama di hati saya. Aha .. dah cukup dah .. memang berbaloi .. tak gitu?

    Taksub
    Kadangkala kerana kita terlalu taksub dengan sesuatu, kita buat bermacam cara. Bukan sahaja, saya bercakap mengenai dunia blogger tanahair yang semenjak dua menjak ni makin mekar, tetapi dalam dunia realiti semasa kita.

    Ada orang, jadi ahli sesuatu pertubuhan kerana taksubnya ia terhadap pemimpin itu. Ada juga kerana taksub untuk menjadi pujaan ramai, ada yang sanggup berhabis jutaan ringgit. Ini bukan sesuatu yang baru, malah di zaman khalifah yang empat pun berlaku juga.

    Fahaman Syiah yang wujud sekarang - itupun berpunca kerana taksubnya pengikut terhadap Syaidina Ali R.A., apa yang berlaku kini .... fahaman ini telah dikategorikan sebagai satu fahaman yang menyalahi dari segi banyak hal, akidah tentunya.

    Amerika, nak jadi polis dunia nombor satu - juga berbuat apa sahaja untuk kekal begitu, jadi jaguh dunia kononnya ... kerana nak jadi kuasa dunia nombor satu!

    Peranan Emosi Dan Nafsu
    Inilah keadaan bila emosi dan nafsu menguasai tindakan kita. Kita letakkan akal kita di penghujung ... dan bukannya di awal tindakan. Kita mahukan sesuatu - dek kerana nafsu, lalu baru kita fikirkan cara - dengan menggunakan akal. Sedangkan yang terbaik adalah menggunakan akal dengan ilmu yang ada, barulah tercapai hasrat yang sememangnya diinginkan.

    Bahaya Bila Ilmu Tak Cukup Di Dada

    Salam.
    Sayang sekali. Memang sayang sekali. Tapi apa boleh buat, benda dah berlaku dan terjadi. Saya sendiri pun terkedu dan dalam dilemma sebenarnya. Masakan tidak, sebabnya saya ada buat tukaran RSS dengan blog yang dikatakan menipu tu. Erkk tak tahu? Saya pun baru tahu ni, actually, empunya blog yang dikatakan menipu tu pernahlah bertanyakan pada saya, tapi saya cuma berkata apa yang saya tahu je.

    Segalanya bermula kerana ranking. Dek kerana ranking, ada yang merasa dipermainkan, ada yang rasa geram, apatah lagi bila tahu perkara sebenar yang berlaku.

    Ranking Top Kerana iFrame
    Ranking dan iFrame - dua perkara yang berbeza sebenarnya tetapi inilah yang jadi punca perbalahan antara blog ini (bukan blog saya erkk!!) dan juga bloggers lain terutama dari Sahabat Blogger.

    Anastasyea, salah seorang rakan blogger saya yang bijaksana ada jelaskan tentang iFrame ni; yang tak tahu apa itu iFrame bolehlah faham skit-skit, anda boleh baca di sini: Tipu Muslihat Trafik Guna iFrame

    Saya sebenarnya tahu pasal isu iFrame ni sejak dari tahun lepas, cuma tak ambik port sangat, memandangkan tak terkena batang idung sendiri - cis selfish ahh !!; tapi apabila isu ini menjadi perdebatan dan menjadi satu isu yang boleh mencetuskan kebencian yang tak perlu, maka saya terfikir, alangkah baiknya jika dapat didamaikan mereka yang bersengketa. 

    Saya anggap isu ini jadi kronik bila saya baca di sini dan di sini. Terang-terang dinyatakan blog yang dianggap menipu trafik dan juga ranking ni.

    Saya Bukan Big Brother
    Bukan nak jadi jaguh, bukan nak jadi big brother (ehemm .... abang besar??), tapi sekadar nak ingatkan aje, sure lepas ni dah ada blogger yang rasa takut2 nak berblog kerana takut nanti jadi gini. Yelah, tujuan berblog sebab nak seronok bercerita, pastu tetiba seronok la pulak tengok ranking2 tu, lalu carilah widget dan segala macam cara nak up trafik dan naikkan ranking blog, sedangkan pada masa yang sama, blogger tu tak tahu yang caranya itu salah di kalangan blogger.

    Gara-Gara Tips Dan Petua Dari Blogger
    Blogger yang tahu taktik ni, buat post dan katakan ia sebagai sala satu cara mudah untuk tarik trafik, lalu dijadikan tips yang semua blogger yang dahagakan trafik dan ranking akan cari. Ramai blogger guna, dan amalkan sedangkan mereka tak tahu bahawa ia telah dicap sebagai salah satu cara kotor dan tidak beretika. Yang hampehnya, si penulis tips asal suruh guna cara ini tak pula nyatakan bahawa ianya salah, tak ada amaran langsung!

    Akhirnya yang jadi mangsa adalah blogger yang gunakan cara ini. Kasihan.

    10 July 2011

    Makin Besar Nama, Makin Ramai Yang Benci

    As-Salam.
    Sejarah dunia dah membuktikan, apabila nama kita semakin besar, semakin dikenali, maka akan timbul rasa benci. Dulu, mungkin ada, tetapi tak berapa nak nampak sangat, tapi ia macam berkadaranla jugak... makin nama besar, makin ramai yang nampaknya membenci. Sebelum ni, suara-suara kecil ini tak berapa kedengaran, tetapi bila dah yang dibenci tu juga dah makin dikenali, maka mereka pun turut sama 'tumpang' dikenali.

    Macam jadi pemimpin, dulu namanya tak berapa ramai yang kenal, tapi time tu memang dah ada yang tak suka, cuma tak menonjol. Tetapi bila pemimpin tu masuk je nama dalam calon jadi Perdana Menteri, waahhhh ...semua benda dikorek, semua benda mula muncul termasuklah haters yang selama ini kecil bilangannya. Benci sampaikan nak berbunuhan gitu.

    Artis pun nampaknya cam tu juga. Makin popular, makin jadi perhatian, mulalah nampak benda-benda tak elok, ini semua kerana kerja-kerja yang dilakukan oleh pembenci la. Dan disebabkan cerita yang membuka aib ini, mulalah yang suka tukar jadi tak suka.

    Dunia blogger pun gitu juga. Gamaknya memang ini trend menjadi manusia yang besar nama. Ada je yang rasa sakit hati, susah betul.

    Jadi tak hairanlah ada manusia yang suka low profile di sebalik kejayaan, di sebalik sejarah yang mereka lakarkan. Ada tu, hanya lepas mereka mati, barulah ada yang nak angkat itu ini, kasik gelaran datok dan datin. Dulu, tak berapa nak berani ..kerana apa? Takut nanti terkena badi mereka yang dok benci. Uishh jangan main-main dengan manusia yang bila hati dah hitam, kalau boleh semuanya nak dijadikan hitam macam dirinya.

    Maka, berhati-hatilah dengan kejayaan yang dilakarkan. Berhati-hati bila nama anda dah besar, pasti ada yang nak cucuk jarum yang bersulam nista dan aib.

    Cer Cuba Buat Surat Untuk Pikat Awek Macam Ni ...

    Salam.
    Pernah tak tulis surat untuk awek, menyatakan rasa hati anda? Pernah? Lelaki dedulu mungkin la kot, lelaki skang ni mana pakai dah surat2 camni. Pakai SMS, tak pun email, tak pun ..errrr mesej kat FB. Tapi tak tahulah pulak jika balak2 skang ni masih ada lagi yang layan surat untuk pikat chikaro ... weeee ... meh tengok contoh surat ini, erkk bukan nama sebenar yer.


    Mohd Nazri,
    Dorm 8 , Kolej Sri Iman,
    24100 Kijal,
    Terengganu.
    ----------------------------------------------------
    Noor Liyana,
    Dorm 2 , Kolej Sri Iman,
    24100 Kijal,
    Terengganu. 10 Jun 2000

    Cik,

    Per: MEMOHON UNTUK MENJADI PAKWE CIK AWEK CUN

    Saya sebagaimana nama di atas ingin meminta izin daripada pihak cik awek cun untuk menjadi pakwe cik awek cun.

    2. Puas saya cuba untuk melupakan diri cik awek cun. Tetapi, semakin saya cuba melupakan, semakin kuat saya rindukan cik awek cun. Malah kejadian semalam telah menyebabkan saya bermimpikan cik awek cun dan itulah mimpi yang paling bermakna bagi pihak otak saya.

    3. Saya juga inginkan jawapan daripada cik awek cun 5 minit dari sekarang. Sekiranya lewat daripada tempoh itu, saya menganggap cik awek cun menerima saya sebagai pakwe cik awek cun.

    4. Kerjasama daripada pihak cik awek cun amat saya hargai.

    Sekian, terima kasih.

    Yang benar-benar ikhlas,
    Nazri

    Lebih Baik Berkawan Dengan Sahabat Yang Marah

    Berkawan Tak Kira Agama Dan Bangsa. Foto: Lensahasrul
    As-Salam.
    Saya banyak kawan tetapi teman rapat, sahabat karib - saya fikir-fikir tak ada seorang pun. Kebanyakkan kawan biasa yang kadangkala ada, kadangkala tiada.... macam biskut gitu. Tapi walaupun munculnya sekali sekala, saya tetap anggap mereka kawan. Sesekali, jika ada masa, jika ada sesuatu yang nak dikongsikan, saya pasti akan menghubungi mereka.

    Dulu, saya memang rajin update pasal kawan-kawan ni, lebih-lebih lagi kawan-kawan satu sekolah dedulu. Saya selalu bertanya hal mereka, cari dan jumpa. Dari situ, saya pun kutip maklumat dan maklumkan kepada rakan-rakan yang lain.

    Pernah dulu jadi admin ECircle, saya rasa ramai kot yang tak tahu, dia macam Yahoogroup gaks, leh kongsi2 gambar, macam FB tapi lebih kepada yang punyai persamaan ketara, contohnya bersekolah menengah di sekolah yang sama. Kat situ, dan juga yahoogroup saya kongsikan tentang berita kawan-kawan saya. Malah sampai satu tahap, saya digelar CNN sahabat-sahabat.... sampai ada yang sms memalam nak tahu no telefon kawan ni ..kawan tu.

    Saya tahu ramai antara anda ada teman baik....cuma saya je ni yang tak ada .. hehehe... tapi tak mengapalah, namun ingin saya berpesan buat diri saya dan anda juga, mencari teman yang benar-benar tulen ni, benar-benar sejati sebenarnya tak semudah disangka.

    Luqman Al-Hakim berpesan, apabila engkau ingin mencari teman sejati, ujilah dengan perkara yang menaikkan kemarahannya. Bila mana dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk menasihatimu, maka bolehlah engkau ambilnya sebagai teman dan sekiranya bukan demikian, berhati-hatilah kamu terhadapnya.

    Itu antara kata-kata Luqman Al-Hakim mengenai erti persabahatan, mari ungkap kata-kata ini pula ...
    • Perbaikilah juga tutur katamu, halusilah budi bahasamu dan maniskan wajahmu kerana engkau akan disukai orang lebih daripada barang berharga yang pernah diberikan kepadanya.
    • Dalam bersahabat juga, jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya. Jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak berhajat kepada puji-pujian atau menagih sanjungan daripada orang lain, kerana jika itu yang kamu hajati, dirimu akan beroleh kecelakaan.
    • Usahakanlah juga supaya mulutmu tidak mengeluarkan kata-kata kotor dan kasar kerana engkau akan lebih selamat apabila berdiam diri dan jika berbicara janganlah berkata-kata melainkan ia memberi manfaat kepada orang lain.
    • Untuk disayangi, jadilah insan yang penyayang. Siapa yang suka berdiam diri sudah tentu selamat daripada berkata-kata yang mengandungi racun dan barang siapa tidak mampu menahan lidahnya daripada berkata kotor, tentu dia akan menyesal.
    • Bersahabatlah dengan orang alim dan berilmu. Perhatikanlah nasihatnya kerana akan sejuk hatimu mendengarnya. Hidupkanlah hatimu dengan cahaya hikmah yang diperoleh daripada mutiara kata alim ulama kerana nasihat mereka bagaikan tanah subur yang disirami hujan.
    • Janganlah engkau bertemankan orang bodoh serta mereka yang talam dua muka kerana ia akan membahayakan mu. 

    Harapnya sedikit sebanyak kata-kata penuh hikmah tu akan jadi panduan buat kita semua memilih sabahat, rakan dan teman yang terbaik.

    09 July 2011

    10 Efek Buruk Kurang Tidur

    Foto: Lensahasrul

    Salam.
    Secara ikhlasnya, saya menyatakan bahawa saya memang kurang tidur. Bagi seorang lelaki dewasa, jam waktu tidur adalah dalam 6-8 jam sehari. Walaupun begitu, ia bergantung juga dengan tahap metabolisme badan, keadaan kesihatan dan beberapa faktor lain. 

    Paul Erdos, antara manusia yang diiktiraf sebagai manusia paling bijak dan prolifik hanya tidur sekitar 3 jam sehari. Beliau walaupun dalam kurang tidur, telah menghasilkan lebih dari 1,500 kertas kerja dan bekerjasama dengan lebih 500 pakar matematik. Dia meninggal dunia pada usia 83 tahun pada 1996, dan mengamalkan diet kopi keras dan amphetamins untuk terus berjaga menghasilkan karya.

    Itu antara contoh bahawa waktu jam tidur itu adalah berbeza mengikut keperluan individu, namun kajian juga mendapati kekurangan tidur boleh memberikan kesan yang buruk, berikut adalah 10 efek buruk akibat kurang tidur.

    10 Efek Buruk Kurang Tidur

    Lumayan Nih .... Grapevine Mengganas !!

    As-Salam.
    Sejak dari malam tadi, saya tengok kebanyakkan blog ada keluar iklan dari Grapevine, iaitu salah satu cabang dari medium pengiklanan Nuffnang. Jadi, apa kata ambil peluang ini untuk meraih pendapatan dari Grapevine ini. Ia cukup mudah. Anda dan sesiapa saja yang melawat blog yang punyai iklan Grapevine ini, selamba2 je leh dapat peluang jana pendapatan secara mudah.

    Anda hanya perlu klik dan kongsikan di twitter dan facebook anda. Jangan lupa masukkan alamat email seperti diminta supaya anda dapat collect duit Grapevine anda nanti. Apabila anda klik, anda akan dapat link ke iklan personal Grapevine tu yang unik untuk anda sahaja. Link tersebutlah yang perlu anda promot kepada semua, supaya dengan setiap klik anda boleh mendapat sehingga 0.20 sen. Best kan?

    Jadi, jika anda dok rewang-rewang, blogwalking ke blog-blog lain dan jumpa iklan tu, jangan lupa klik .. pasti akan berbaloi nanti - cumanya kena kreatif sikit dan usaha kena lebih. Lebih usaha, lebihlah dapatnya .. :)

    Selamat mencuba.

    Gambar | Perhimpunan Bersih 2.0 Dan Patriot

    As-Salam.
    Saya dah nyatakan apa pendirian saya. Jadi, tak perlu diluahkan lagi. Semua pihak tak kira yang merah mahupun kuning, sepatutnya patuh akan undang-undang. Masing-masing nak tunjukkan jaguh dan hero. Apapun, yang nampak, banyak kekecohan, jem sana-sini, pekedai dan peniaga semua dok takut ... yang jadinya ada yang dok nyumpah2 .. aha .. dosa kering je. Adehhh ... sapa yang rugi? sapa yang susah? 

    Adakah ada yang terberanak? Adakah ada yang mati katak? Hmmm tunggu jelah laporan. Pasti akan ada punya.

    Meh layan gambar-gambar sekitar perhimpunan ini.















    Sumber Gambar: Berita Harian

    Pengalaman Berada Di Perhimpunan Haram?

    Salam.
    Ada yang punyai pengalaman sedemikian? Saya .... belum. Tak pernah merasa dan tak pernah terbabit. Pernah diajak, tetapi hati saya tak pernah berganjak untuk mengatakan ya, saya tetap dengan pendirian bahawa perhimpunan dan perarakan sedemikian banyak mendatangkan kemudaratan dari kebaikan. 

    Ianya bukan apa, walaupun di sebalik niat perhimpunan itu yang baik, tetapi awas, kita tak dapat mengetahui apa yang tersirat di sebalik yang tersurat. Walaupun dikepalai oleh mereka yang berwibawa, tetapi yang sering buat peranan dan bermain onar bukanlah mereka tetapi insan-insan yang lain, yang kadangkala keliru dan kurang faham.

    Perkara begini banyaknya nanti hanyalah permainan emosi. Jika di sana menanti dengan amarah yang dah meledak, dan di sini pun dah dibasahi oleh peluh2 kebencian, masakan yang baik itu dapat disampaikan? Apa yang berlaku adalah di luar jangkaan.

    Manusia. Bahayanya bila emosi menguasai tindakan, dan akal dibiarkan tersadai di bahu jalan. Yang jadi mangsa adalah mereka yang nanti tidak tahu apa2, kalau tahu pun, hanyalah 20 peratus pengetahuan.... hal lain? Mereka hanya yang mengikut tanpa arah tujuan yang jitu, yang jelas, hanya jadi pak turut sesetengah pihak.

    Haram disebabkan undang-undang. Dari segi agama, memang ia tidak salah, tetapi jika boleh mendatangkan mudarat, baiklah dijauhkan. Mengapa nak dijirus api dengan bahan pembakar? 

    Alangkah malang jika semuanya nanti berakhir dengan tragedi. Sapa yang rugi? Kita juga ... tak ke nanti??

    [Gambar] 4 Hotel Paling Pelik Di Dunia

    Salam.
    Kalau anda ingin mencari kelainan bila berada di negara asing, boleh cuba untuk menginap di hotel-hotel ini. Memang unik ... memang agak luar biasa, dan memang takkan terdapat di negara ini.

    Untuk entri ini, saya senaraikan empat hotel yang boleh dikira pelik dan unik .... manalah tahu, agak2 nak mencubanya nanti.


    Elkep Evi Cave Hotel
    Hotel ala-ala gua gitu .. leh la jadi macam orang batu zaman dedulu .. erkkk ... tak yah pakai baju pun tak apa .. hehehee. Hotel ini terdapat di Turki.


    Elkep Evi Cave Hotel – Turkey


    Capsule Hotel
    Terletak di negara Belanda, tengok kaler pun dah tahu .... dibuat daripada bot2 keselamatan atau penyelamat pelantar minyak.


    Capsule Hotel, The Hague, Netherlands

    [Gambar] Foto 3D Yang Berusia 150 Tahun !!

    Salam.
    Jika anda beranggapan bahawa teknologi 3D merupakan satu teknologi yang baru, cuba fikir kembali dengan melihat foto-foto ini. Ianya bukan dihasilkan menggunakan teknologi terkini tetapi teknologi yang ada pada ketika itu - 150 tahun dahulu!

    Inilah yang dikatakan Stereo Photography - satu teknik yang lebih kurang macam 3D yang seakan-akan menghasilkan satu foto yang macam ada efek 3D. Teknik ini sangat popular pada tahun 1861. Jika ada cermin mata 3D, bolehlah layan foto-foto yang disertakan ini. Saya tak ada, so bila tengok macam yang saya tengok skrang - dan juga anda - nampak macam blur je  ....

    Ok, sapa ada cermin mata merah biru tu, try pakai skang dan lihat foto-foto ini:


    Kasut Ketat Bahaya La ...

    Salam.
    Aha, kalau anda seorang pesakit kencing manis, eloklah anda pakai sandal santai je. Tak perlu sebab nak bergaya, pakai kasut yang boleh mendatangkan mudarat.

    Pesakit kencing manis akan merisikokan diri mereka dengan bahaya pemakaian kasut yang ketat. Tidak perlu terkena besi atau paku karat yang boleh menyebabkan kaki dipotong, pakai kasut ketat juga boleh menyebabkan perkara yang sama.

    Kajian telah dilakukan oleh penyelidik dari Universiti Dundee, Scotland ke atas 100 pesakit kencing manis antara 24-89 tahun mendapati; 63 peratus pesakit diabetes mengenakan kasut yang salah saiz.

    Jadi, sebagai ingatan, andai ada ahli keluarga yang ada penyakit ini, pastikan mereka memakai kasut yang sesuai dan tidak ketat. Untuk memastikan saiz kasut itu betul, perlu dicuba mengenakan kasut tersebut tatkala duduk dan juga berdiri. Ini adalah kerana, sewaktu berdiri tapak kaki akan menjadi lebih rata dan kaki lebih panjang dan lebar.

    Sumber: Majalah Harmoni

    [Senda Gusi] Kisah Jari Gergasi


    Salam.
    Seperti biasa, saya pasti akan memberikan artikel 'udang sebalik batu' untuk entri. Lepas dah layan entri2 lain yang kadang-kala 'boring' nak baca bagi sesetengah orang, saya publishkan pulak entri yang santai dan relax. Jadi, meh layan kisah jari jemari ini. Ada tauladan yang patut kita singkap.

     Kisah Jari Gergasi
    Pada suatu hari yg damai, seorang gergasi bangun dari pembaringannya. Dengan hati yg kurang riang, almaklum sejak dari semalam semua jari tangannya kebas-kebas. Mungkin dari akibat terlalu lama mengapak pokok. Si gergasi ini bangun dan mencari makanan, sambil termenung memikirkan surutnya pendapatan akibat taufan yg masih lagi memberi kesan kemusnahan keatas tapak semaiannya, dia mengharapkan agar sesuatu yg baik bakal menyusul selepas kerja-kerja pemulihan dilakukan. Dlm mengelamun itu, dia terlena. Tika ini lah kelima-lima jemari mula berbual sesama sendiri.

    Si ibu jari: tahukah kalian bahawa akulah yg paling penting kepada tuan kita ini?
    Tanya yg lain: kenapa pula kau berkata demikian?
    Si ibu jari: tanpa aku, segala urusan rasmi yg melibatkan pengenalan diri tuan kita, tidak sah, kan ke aku yg diambil copnya untuk pengesahan, kau semua mana layak! jawab ibu jari.


    Follower di Bangku Kosong: Jejak Blogger #6

    Salam.
    Manusia tak pernah senang nak melihat orang lain senang. Manusia juga tak pernah gembira melihat orang lain gembira. Ishhh ... apa punya manusia la ini manusia. Tapi itulah, mungkin ujudnya manusia yang sebegini untuk memperlihatkan bahawa manusia, yakni kita boleh menjadi sejahat-jahatnya, dan boleh juga sebaliknya. Kita ada otak dan akal yang boleh membantu kita untuk memilih mana yang betul, mana yang salah. Harapnya, jangan kita tersalah pilih.

    Untuk kali ini, dan buat kesekian kalinya (baru masuk #6 je pun), saya tampilkan blog-blog ini yang telah sedikit sebanyak menjadi nadi dan tulang belakang untuk saya titipkan yang terbaik bagi dikongsi bersama. Klik untuk ke blog-blog ini:

    http://memyselfandnotirene.blogspot.com/
    http://koding-kn.blogspot.com/
    http://soidahsofi.blogspot.com/

    08 July 2011

    Abaikan Perkara Sunat ...

    Salam.
    Tadi, pergi sholat Jumaat, kali ini Amri ikut. Dok dalam jalan kaki ke masjid, saya terperasan sesuatu, lalu saya bertanya pada Amri;

    "Ehh Amri kenapa tak pakai songkok?", tanya saya.
    "A'ah .... lupa, che Amri lupa, tak perasan", kata anak saya.
    "Abah pun tak pakai ...", kata Amri lagi.
    "Songkok abah dah tak muat ... "
    "Tak apa ke tak pakai?", Amri tanya saya.
    "Songkok ... tutup kepala ketika solat ni perkara sunat kita buat, sama juga dengan pakai wangi2 ..." kata saya memberikan penjelasan.
    "Hmm sunat tu apa?" tanya Amri lagi.
    "Sunat, kalau kita buat kita akan dapat pahala, kalau tak buat, tak dapat apa-apa" jelas saya pada Amri.


    Hmm ... gitulah apa yang saya dan anak sulong saya dok chit chat semasa on the way ke masjid. Sekarang cuba bayangkan yang ini, anggap yang wajib tu nasi lemak dan sunat tu adalah sambal nasi lemak.

    Sedapkan nasi lemak? Kalau kita nak kenyang, leh je makan nasi lemak tu saja, tanpa ada sambal bilis ke, sambal sotong ke mahupun telur mata kerbau. Kita boleh kenyang, tapi tentu lebih sedap dan menyelerakan jika ditambah sambal sotong ke, sambal udang ke, telur rebus ke ...mahupun timun atau kacang goreng. Kita lebih berselera dan makan pun kenyang dengan puas.

    Jadi gitulah halnya dengan amalan-amalan sunat, yang saya ibaratkan dek sambal tadi. Tak tambah pun tak apa, kita pasti akan kenyang, tetapi lazatnya kurang, dan mungkin kita tak berapa puas menikmati nasi lemak tadi. Nak serikan lagi nasi lemak, kita tambah aksesori ni, macam amalan sunatlah juga.

    Makin banyak amalan sunat yang kita lakukan di samping ibadah wajib, maka makin cantiklah ibadah wajib kita itu.

    :)

    07 July 2011

    Teka Teki Warna Tarikh Kelahiran Anda

    Salam.
    Jom kita berteka teki nak? Aha .. okeh .. ini merupakan satu pemerhatian psikologi berdasarkan warna. Sebelum kita pergi apakah yang dimaksudkan dengan warna-warna yang diberikan ini, cuba kuarkan kad pengenalan anda, dan lihat tarikh lahir - itupun kalau tak ingat ler .. kalau ingat .. tak yah la ehh ..hehehehe ...

    Ok, ambik buku nota ... dan tengok anda kaler apa berdasarkan tarikh lahir anda ...

    Entri seterusnya dalam jam 10 nanti akan saya keluarkan apa maksudnya atau cirian yang diberikan berdasarkan warna-warna tersebut. Oh ya ... sediakan kamus juga yer .. sebab saya siyes tak nak ubah apa2 ...

    December 23rd - January 1st Red
    January 2nd - January 11th Orange
    January 12th - January 24th Yellow
    January 25th - February 3 Pink
    February 4th - February 8th Blue
    February 9th - February 18th Green
    February 19th - February 28th Brown
    March1st - Match 10th Aqua
    March 11 - March 20th Lime
    March 21 satu Black
    March 22 nd - March 31st Purple
    April 1st - April 10th Navy
    April 11th - April 20th Silver
    April 21st - April 30th White
    May 2nd - May 14th Blue
    May 15th - May 24th Gold
    May 25th - June 3rd Cream
    June 4th - June13th Gray
    June 14 - June 23rd Maroon
    June 24th Gray
    June 25 - July 4th Red
    July 5th - July 14th Orange
    July 15th - July 25 tahu Yellow
    July 26th - August 4 tahu Pink
    August 5th - August 13th Blue
    August 14th - August 23rd Green
    August 24 - September 2nd Brown
    September 3rd - September12th Aqua
    September 13th - September 22nd Lime
    September 23rd Olive
    September 24th - October 3rd Purple
    October 4th - October 13th Nave
    October 14th - October 23rd Silver
    October 24 - November 11th White
    November 12th - November 21st Gold
    November 22nd - December1st Cream
    December 2nd - December11th Gray
    December 12th - December 21st Maroon
    December 22nd Teal

    Jadi tunggu entri seterusnya jam 10 malam ... kejap je lagi .. okeh!!

    #update: Jawapan di sini: KLIK SINI

    Meraikan Follower Ke 2200

    Salam.
    Alhamdullilah, pejam celik pejam celik, blog ini dah ada 2200 + followers. Terima kasih kepada yang sudi follow blog ini. Walaupun ada kes saya buat onar dengan wajibkan mereka jadi follower blog ini tetapi seikhlas saya kata, mereka boleh unfollow blog ini jika mahu. :)

    Apapun, ini merupakan satu penghormatan buat blog ini mempunyai follower sebegini ramai, dan ramai pembaca setia, seperti Maria Liza, Khunsuriyatit, Leyza Jamil, Izzat Nazmi, Moon Izzan, Mas Saari, Luna Lanun, ZarulFarhana, Blade Edge, Freaky,Nizam Ijam, PuanBee2, Cleverspider55, Qaseh Mansya, Ben Ashaari, Belogkiter, Pembawa Wacana dan beberapa nama blogger lain yang tak dapat saya nyatakan semuanya ... termasuk mereka yang dok nyorok2 membaca blog ini.

    Terima kasih kepada blog @ blogger ini yang menjadi follower ke 2200 ...

    http://pwincesskatak.blogspot.com/

    Tak Sedar Rupanya ....

    Salam.
    Saya bukanlah penggemar laman sosial burung biru tu, tapi ntah macam mana, saya dah dekat atau telah melebihi 3,000 tweets .. erkkk ... tak sangka sampai gitu.


    Nak kata followers ramai, dan following pun ramai idak la jugak ...kadangkala je saya masuk situ sebab nak jumpa Lisa Surihani ...hehehe.... kadangkala seronok gak bila twitter dibalas selebriti cantik - walaupun belum berlaku lagi ... yang selalu dok balas - di kalangan selebriti adalah Qi - blogger boy tu / jalan-jalan cari makan 2011 ... dan juga kieranhotfm .... 

    Kadangkala dok bertweet dengan Redmummy dengan Nara. Ala ...biasa2 je ... selalu gak dibalas, tapi itulah ... saya bukan selalu, sekali sekala ada la masuk laman tu tengok apa yang menarik. Entri saya juga ada sesetengahnya bersumberkan dari twitter tu.

    Nak masuk dalam laman twitter saya? http://www.twitter.com/#hasrulhassan
    Okeh.

    Terowong Chu Chi - Kubu Terhebat Tentera Vietnam Menentang Amerika

    Salam.
    Jika anda pernah sampai ke Vietnam, anda pasti akan dibawa melawat tempat ini. Terowong Chu Chi - antara terowong yang paling hebat di abad ke 20. Masakan tidak, tentera Amerika banyak yang mati angkara terowong ini. Ia merupakan kubu terkuat dan menjadi antara kubu terakhir dalam penentangan pencerobohan tentera Amerika ke atas Vietnam.

    Rangkaian terowong ini sangat kompleks kerana ia sangat panjang dan banyak penjuru, lihat sahaja gambarajah ini:


    Dianggarkan panjang terowong ini mencapai 150 batu, dan saiz setiap ruang adalah berbeza-beza. Begitu juga dengan lorong-lorong atau lohong yang menghubungkan sesetengah ruang di dalam terowong ini.
    Ia ibarat sebuah penempatan di bawah tanah, lengkap dengan klinik, dapur dan tempat mendapatkan bekalan air. Ia juga sebagai tempat untuk menyerang musuh dan juga penyimpanan senjata. Nyata, kerana ingin mandiri dan semangat kuat menentang tentera Amerika dan mempertahankan tanahair mereka, mereka telah menghasilkan sesuatu yang menakjubkan.

    Namun, disebabkan masalah untuk keluar - tandas, dan juga pengudaraan yang tidak begitu baik, banyak askar Vietnam yang menggunakan terowong ini mati akibat penyakit Malaria, selain dari akibat pertempuran.




    Copyright 2010-2014 HASRULHASSAN.COM™. Originally by Templateism | Memberi Untuk Bermanfaat | Read Disclaimer