As-Salam. Ye, ini memang tips sempoi sebab ia mudah dibuat dan dilakukan. Apa benda yang sempoi yang boleh semua orang buat? Tips blogging tentang apa? Hmm .. saya nak beritahu .... tips blogging paling sempoi adalah menjadi pembaca setia kepada sebuah blog yang femes - aha ... mudah je kan ... fikirkan 5 blog yang anda rasa the best, dan ramai follower, jadi pembaca setia di blog tu.

Bila anda baca, setiap entri yang ada di blog tu, anda akan jadi arif akan blog tu, semua cerita anda tahu ... dan bila anda dah tahu, anda pasti ... di masa akan datang mengaitkan entri yang ada di blog femes emes ni menerusi entri di blog anda. Siyes ... 

Kalau fikir 5 blog tu cam susah je nak follow dan nak ikut, anda pilih 2 pun dah ok. Saya pernah buat maaa ... saya ada buat satu posting pasal beg tangan paling mahal dan juga kasut pelik ... dan anda tahu kat mana saya dapat trafik kerana posting tersebut? Saya dapat trafik dari blog terkenal - Redmummy (RM)... yang memang ramai pembaca tu.

Sebelum tu, saya bacalah entri2 kat situ, nampak kisah RM dok citer pasal handbag, lalu saya yang dah ada bahan untuk posting pasal beg tangan pun buatlah entri. Saya pun published, lepas tu saya pergi balik ke ruangan komen di entri RM tu, dan saya berikan sedikit komen dan nyatakan pendapat saya, dan memandangkan blog RM automatik papar entri terbaru saya - maka terus muncul entri saya pasal beg tangan paling mahal ...

Aha .. RM pun singgah beb, sebab nak tgk mahal mana beg tangan yang saya maksudkan tu. Begitu juga halnya dengan kaedah di atas saya buat untuk entri mengenai pelakon yang satu ni ... dalam satu blog hiburan terkenal, dok cerita pasal dia seksi meksi, saya lak buat entri pasal dia pakai tudung, lalu saya komen di entri di ruangan blog terkenal tu .... fuh ... sampai sekarang saya masih dapat trafik dari blog hiburan tu sebab dilinkkan ke entri pelakon tu bertudung - hmm bukan semua orang nak tgk pelakon seksi2 ni ....ada gak yang teringin nak tgk rupa pelakon ni bertudung ... :)

Amacam... sempoi tak? Sempoi sebab anda dapat trafik dari blog terkenal, sempoi sebab anda dapat buat entri baru kat blog anda, sempoi sebab anda baca blog orang lain dan anda tak perlu susah payah nak promote blog anda kat blog blogger terkenal. 

Saya juga dapat banyak trafik bila saya bercerita tentang fesyen kardigan, terus dapat perhatian dari blog Rina Salleh - Gadis Melayu. Banyak gak trafik dari sana saya dapat sampailah sekarang.

6 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. nice :)

    jom tolong undi saya XD

    BalasPadam
  2. so macam tu kira copy paste ke tidak?

    BalasPadam
  3. @azrijohan Hmm saya tak kisah sapa2 pun nak copy paste entri2 dalm ni. Untuk pertanyaan ... adakah saya melakukan copy paste... ye saya buat, copy paste, saya ambik gambar, saya buat entri ... entri2 yang dalam bhasa jepun, korea, thai, saya translate .. dan saya buat ayat sendiri... dan saya berikan backlink kepada laman/blog tersebut.

    Bila kita tinggalkan komen, tak ada timbul copy paste.

    BalasPadam
  4. nice tips..
    nak try aplikasikan benda ni..

    BalasPadam
  5. senang je nak buat autopublish tu..

    sebelum publish post
    tekan post option
    pastu tekan scheduled at
    masukkan tarikh dan masa nak post entri tu..
    nanti entri tu akan autopublish ikut tarikh dan masa yang kita pilih tu!

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement