Gunakan Tynt Insight Untuk Benarkan Entri Copy Paste Secara Berhemah

As-Salam. Sebelum ini saya pernah tulis satu entri berkaitan membenarkan copy paste entri blog anda, dan saya ada ajak anda mencuba untuk copy paste entri dalam Bangku Kosong ini, dan lihat hasilnya ... Baca Sini. Dalam entri yang lepas, saya mengizinkan sebarang bentuk copy paste samada sebahagian atau penuh entri dalam blog ini dengan syarat apabila anda paste, anda tak ubah apa2 ... kecuali setting alignment atau font.

Mengapa? Sebabnya ialah blog ini dilengkapi fungsi yang disediakan oleh Tynt Insight.


Saya dah menggunakan lama dah benda ni sejak saya buat web lagi ... bukan blog. Sebab masa saya buat dulu, saya banyak alih bahasa artikel2 bahasa Inggeris yang saya dapat dari laman-laman artikel perkongsian. Lalu dengan menggunakan Tynt Insight ini membolehkan sesiapa saja copy paste entri saya untuk dimasukkan dalam laman web mereka tanpa perlu susah payah memikirkan untuk back link sebab ia secara automatik akan menyediakannya ketika entri ini dipaste kan ...

Apabila entri yang telah dicopy itu dimasukkan, akan ada link ke blog asal artikel itu diambil.

Anda cubalah, tak salah pun untuk berkongsi sesuatu yang baik, dalam diam anda akan diberikan segala kebaikan tanpa anda sedari - itupun jika entri anda itu mengarah kepada kebaikan.

Selamat mencuba.

Post a Comment

1 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.