As-Salam. Benarkah cinta itu indah? Bolehkah sepasang kekasih menghadapi rintangan sepanjang bergelar kekasih tanpa sebarang permasalahan. Cinta itu memang indah bagi orang yang benar-benar menghayati apa itu cinta dan betapa pentingnya cinta itu dalam hidup mereka. 

Benarkah Cinta Itu Indah?

Namun bagi anda yang sering menghadapi masalah dalam percintaannya tak akan merasa betapa indahnya cinta dan tanpa pengetahuan, anda sedang merosakkan sesuatu perhubungan yang terjalin antara dua insan itu. Setiap insan berpeluang untuk menyintai atau dicintai oleh seseorang tetapi tidak semua yang benar-benar tahu bagaimana untuk menghargai pasangan mereka. Jika kita benar-benar sayangkan seseorang dan tak ingin untuk berpisah dengan orang yang kita sayang, hargai dan sayangilah si dia sebaiknya dan sentiasa bertolak ansur dengan si dia. 

Sesetengah orang menyatakan keinginan mereka tidak ingin berpisah dengan si dia tetapi menunjukkan sikap yang membuatkan si dia berasa tersisih atau si dia merasa tidak di hargai lagi, ini akan menyebabkan perhubungan menjadi renggang dan akhirnya berpisah.

Pada masa itu, kedua-dua pasangan akan merasai betapa peritnya perpisahan yang  sedang lalui. Ketika itu, barulah anda akan rasa menyesal kerana tidak menghargai si dia. Bak kata pepatah, menyesal dahulu pendapatan, menyesal kemudian tidak berguna. Jika si dia ingin kembali semula kepada anda, itu satu perkembangan yang baik dan sekurang-kurangnya si dia memberi anda peluang untuk menebus kembali kesilapan yang telah dilakukan terhadapnya dahulu. 

Bagaimana pula jika si dia tidak mahu mengikat kembali hubungan yang putus itu? Si dia serik dengan apa yang telah anda lakukan terhadapnya dan mungkin akan mencari peluang ini untuk mencari orang yang benar-benar memahami dirinya dan yang pastinya akan lebih menghargai si dia dari anda.

Hidup Umpama Sampan

Bagaimana pula dengan anda? Hidup anda bagaikan sampan yang terumbang-ambing tanpa pendayung di tengah lautan. Kesedaran betapa pentingnya cinta dalam hidup seseorang itu perlu hadir dalam diri seseorang sebelum seseorang itu ingin menyintai atau di cintai oleh seseorang. Oleh itu, sebelum kita ingin menjalinkan perhubungan secara serius dengan seseorang itu, kita perlu bersedia dengan pelbagai persoalan.

Persoalan Tentang Cinta

  1. Adakah kita sudah bersedia untuk menjalinkan perhubungan yang serius dengan si dia?
  2. Adakah anda bersedia untuk setiap permasalahan yang akan terbit apabila menyintai si dia?
  3. Adakah anda sanggup berkongsi masalah dengan si dia?
  4. Adakah anda menyintai dirinya atau ada perkara lain yang mempengaruhi kamu untuk menyintai si dia? Mungkin kerana harta!
  5. Adakah anda menyintai si dia kerana kecantikan hatinya atau kecantikan dirinya?
  6. Adakah anda sanggup menerima si dia andainya si dia tidak sempurna dari segi zahir? Mungkin si dia cacat/tidak seperti apa yang kamu mahukan!
  7. Adakah anda bersungguh-sungguh menyintai si dia dan ingin memiliki si dia tanpa sebarang perasaan ragu-ragu? 



    2 Ulasan

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    Catat Ulasan

    Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

    Terbaru Lebih lama

    Advertisement

    Bisnes Shopee

    Advertisement

    BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

    Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


    Advertisement