Hmm .. ada sebab saya padam akaun lama saya, dan buat akaun Instagram yang baru. Tapi tak boleh beritahu sebab ianya alasan peribadi .. huhuhu. Jadi, nak tak nak, dengan wujudnya akaun Instagram baru ni, maka saya perlu bermula dari bawah untuk tambahkan follower. Kenapa nak sangat tambah follower ni? Aha .. in Sha Allah, saya akan cerita dalam post ini, termasuklah taktik-taktik yang boleh diguna-pakai untuk menambah follower Instagram - cara betul dan bukan cara membeli follower yang tak genuine.
5 Taktik Untuk Tambah Jumlah Followers di Instagram
Sebagai seorang blogger sepenuh masa dan juga seorang online marketer, saya menggunakan Instagram untuk mempromosikan sesuatu - ia boleh samada produk, servis, tempat menarik, makanan atau apa sahaja.
Kalau anda nak tahu, ada di antara post-post saya di Instagram dibayar oleh pihak tertentu untuk diterbitkan. Nak buat duit guna Instagram tanpa perlu jual apa-apa? Aha .. leh join percuma menerusi Narratrs dan juga SushiVid. Saya pernah cerita tentang dua platform buat duit online ini dalam post terdahulu. Dah baca? Uhh terima kasih ... :P
Syok weih buat duit dengan Instagram ni, apatah lagi bila anda dibayar dalam USD!!
Syok weih buat duit dengan Instagram ni, apatah lagi bila anda dibayar dalam USD!!
Okey, mari lihat apakah lima taktik yang diperkatakan tu untuk tambah followers di Instagram.
Gambar Mesti Betul-Betul Menarik
Saya boleh katakan semua orang boleh mengambil gambar, samada menerusi kamera DSLR, kamera kompak mahupun smartphone yang ada kamera. Jika anda seorang photographer atau pernah ambil kursus mengambil gambar cara pro, tentu tahu bagaimana nak hasilkan gambar yang menarik.
Semua orang tahu bagaimana untuk mengambil gambar yang menarik tetapi untuk mengambil gambar yang 'betul-betul menarik' tidak ramai yang tahu, hatta mereka yang dah masuk kelas belajar cara pro .. huhu.
Baiklah, bagaimana nak hasilkan gambar yang dikatakan betul-betul menarik ni? Adakah cukup dengan hanya menggunakan kamera DSLR atau smartphone seperti Oppo atau Huawei Nova 2i yang tengah hangat diperkatakan sekarang?

Cuba anda perhatikan beberapa akaun di Instagram yang boleh dijadikan contoh yang baik untuk anda ikuti yang ada kaitan dengan bidang anda sendiri. Contohnya, bagi anda yang berada dalam industri pelancongan, anda perlu jadikan konsep gambar-gambar yang terdapat di laman web Airbnb dan GoPro sebagai penanda aras untuk gambar anda sendiri.
[post_ads]
Kaedah yang telah mereka gunakan amat mudah, perlu ada seorang dua di dalam gambar tersebut dan perlu dipastikan agar gambar individu tadi tidak terlalu besar di dalamnya. Dengan kata lain gambar yang diambil tadi perlu juga mempunyai suasana di sekelilingnya.

Ini yang dinamakan sesuatu gambar yang betul-betul menarik boleh mendatangkan sebuah cerita. Ya. Gambar yang anda post di Instagram perlu nampak sebuah cerita!
Setiap gambar yang diambil sebaik-baiknya mestu mempunyai elemen orang di dalamnya. Walaupun anda cuma ingin mengambil gambar pemandangan sekalipun, anda perlu mempunyai elemen orang di dalamnya. Ini kerana sesiapa yang melihat gambar tadi boleh kaitkan dirinya dengan orang tersebut. Ada motif human interaction di situ .. sama seperti anda membaca buku cerita ..
Dengan taktik ini, ianya menjadikan gambar yang anda post di Instagram mempunyai impak yang tinggi untuk dihayati. Perhatikan AirAsia. Air Asia tidak hanya menayangkan gambar kapal terbang mereka di dalam bahan pemasaran mereka di Instagram kerana ia membosankan.
Air Asia meletakkan gambar pramugari, pramugara, pelancong, juruterbang ataupun kombinasi di antara itu bersama-sama kapal terbang tadi. Baru impaknya akan menjadi lebih kuat. Setuju tak dengan taktik ni?

[Dah Baca?] 3 Contoh Bisnes Kecil Yang Berjaya Menerusi Instagram
Gambar Bersahaja atau Candid
Gambar yang tidak kaku, yang diambil secara rawak dan bersahaja sering mendapat perhatian dan mudah untuk disukai (like) oleh pengguna Instagram yang lain. Taktik ini bukan sekadar menambah jumlah likes pada setiap gambar tetapi jika konsisten anda menggunakan taktik ini, in Sha Allah .. lama-kelamaan ramai yang suka apa yang anda post dan akan follow secara jujur dan ringan tangan.Taktik ini biasanya adalah gambar-gambar yang diambil dengan efek semulajadi 'terkejut'. Gambar seperti ini sebenarnya boleh mendorong sesiapa sahaja yang melihat untuk meninggalkan komen atau sekurang-kurangnya menekan butang Like.
Kadang-kadang ia juga mampu mengundang rasa ingin ketawa, menangis, hiba dan sebagainya walaupun tanpa sebarang keterangan gambar (caption). Sekali lagi ... gambar yang bercerita mampu untuk menarik perhatian!
Ikut Apa Pesaing Anda Lakukan
Jika anda seorang peniaga online atau usahawan yang menggunakan platform Instagram untuk kempen pemasaran anda, maka gunakan taktik ini. Bukan meniru tetapi ikut cara mereka. Daripada konsep gambar, gaya penulisan status, taktik hashtag dan penggunaan lokasi.Ramai yang suka tengok gambar yang banyak likes daripada akaun yang ada ribuan dan jutaan followers tetapi, tak ramai yang nak gunakan taktik digunakan - kenapa gambar tersebut dapat like.
Perhatikan. Kebanyakkan gambar disertai dengan status atau keterangan gambar dan ianya adalah gambar yang diambil dalam keadaan bersahaja dan boleh mengusik emosi.
Anda pernah tengok gambar baby kecil yang baru nak belajar berjalan tak? Gambar seperti ini adalah contoh gambar bersahaja, dan boleh menyentuh emosi anda. Anda tentu akan like gambar tersebut kan? Pastinya kalau banyak gambar seperti itu dipaparkan, anda akan jadi follower tanpa perlu diminta pun .. kan kan?
Tips penting dalam taktik ini - jangan mengikut gaya penulisan buku teks. Aha .. gaya penulisan yang santai tetapi difahami kerap mendapat komen balasan. Apatah lagi ianya dalam bentuk seolah sebuah dialog atau percakapan - ala macam dalam cerita buku atau novel tu. Status anda tidak boleh formal melainkan anda perlu mengikut protokol tertentu.
Sekiranya tiada protokol yang perlu diikuti, tolong pastikan tulisan anda separuh formal atau santai dengan memasukkan elemen sedih, gembira, girang, kelakar dan sebagainya. Masukkan elemen ini untuk mengusik emosi sesiapa yang melihatnya.
Tetapi, kena ingat juga ya. Dalam masa yang sama, sila pastikan anda tidak menggunakan bahasa-bahasa yang tidak senonoh, ayat yang sensitif kepada keadaan berbilang kaum dan perkataan yang hanya sesuai untuk SMS atau WeChat sahaja. Bahaya kerana gaya penulisan anda secara santai ini boleh mencerminkan keperibadian anda. Jadi, berhati-hati.
Letakkan Lokasi
Hanya dengan meletakkan lokasi pada gambar tadi di Instagram, gambar tersebut akan dimasukkan dalam senarai gambar-gambar yang diambil di lokasi tersebut. Ini adalah antara cara paling gemar saya lakukan untuk mendapatkan follower dari kawasan kejiranan saya. Malah, saya gunakan taktik ini untuk memperoleh follower daripada lokasi-lokasi percutian dan penginapan tempat menarik yang ada di Malaysia.
Ia antara satu taktik paling berjaya setakat ini yang saya gunakan secara kerap di akaun Instagram baharu saya tu dalam proses meningkatkan jumlah follower.
Taktiknya mudah. Sesiapa yang ingin mencari gambar-gambar yang diambil di lokasi tersebut pasti akan berjumpa dengan gambar anda. Jika menarik, mereka mungkin terdorong untuk mengikuti anda di Instagram.
[post_ads_2]

Gunakan Hashtag
Selain taktik meletakkan lokasi pada gambar dimuat naik ke Instagram, penggunaan hashtag juga perlu sekiranya anda ingin gambar itu berada di dalam senarai gambar-gambar yang dicari di Instagram.
Cuma nak beritahu sedikit tentang penggunaan hashtag ini. Anda tidak boleh letakkan hashtag secara semborono atau main letak je ... Anda perlu melakukan sedikit kerja rumah kerana tidak semua hashtag sesuai untuk digunakan, walaupun di mata anda ianya kelihatan biasa dan boleh digunakan. Kata orang, jangan terlalu syok sendiri dengan hashtag yang anda hasilkan .. huhu.
Sesuatu untuk diketahui adalah terdapat hashtag yang boleh mengoptimumkan pencarian agar gambar dan status yang dimuat naik senang dicari. Anda cuma perlu menaipkan hashtag yang ingin anda gunakan dan Instagram akan senaraikan hashtag yang menjadi kegemaran dengan jumlah status yang menggunakan hashtag yang sama.
Gunakan hashtag yang paling ramai digunakan kerana ini bakal membantu menaikkan peluang anda untuk dijumpai. Tetapi biarlah yang ada kaitan dan kena mengena dengan gambar anda tersebut. Jangan pula anda muat-naik gambar kucing anda letakkan hashtag #dog atau #kaulikeakulikebalik.. ekekeke.

Orait? Harapnya perkongsian saya ini dapat menambah pengetahuan anda tentang cara-cara untuk tambah follower di Instagram. Saya pun sedang mencuba taktik-taktik yang disenaraikan tu .. al maklumlah, saya bukannya selebriti terkenal yang mudah-mudah boleh promote kat TV atau radio minta orang follow Instagram .. huhu.
Tips Tambahan Untuk Tambahkan Follower Instagram
Oh ya, satu lagi tips yang nak saya tambah ialah tentang hasilkan gambar yang cantik menarik, dan bagaimana taktik termudah untuk jadikan gambar sedia ada itu benar-benar menarik.
Gunakan aplikasi tertentu, yang ada saya ceritakan dalam post berikut - Alat Bantu (Tools) Untuk Pemasaran Instagram
Penggunaan aplikasi untuk menaik taraf gambar yang diambil seperti Adobe Lightroom, Adobe Photoshop dan banyak lagi termasuk yang percuma juga membantu menjadikan gambar itu jauh lebih terserlah, tajam dan berkualiti.
Malah di dalam Instagram itu sendiri juga mempunyai ciri pelarasan yang lengkap untuk tujuan ini. Cuma kekangan ialah ia untuk Instagram sahaja dan tidak boleh dimuat turun untuk kegunaan lain.

Artikel diolah dari asal - azleen.com
Post a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.