17 Alat Bantu (Tools) Pemasaran di Instagram Patut Anda Cuba

Kongsi:

Ketahui 17 alat bantu pemasaran di Instagram yang boleh anda cuba. Aplikasi ini ada yang percuma dan berbayar. Mahu lariskan jualan, naikkan follower, dapatkan testimoni, kumpul leads, maka boleh gunakan tools atau aplikasi-aplikasi ini.

Saya ada akaun Instagram baru. Dah follow ke? Instagram cepat betul mendapat perhatian, dan dah ramai yang mempunyai aplikasi ini. Sejak ianya diperkenalkan kepada pemilik-pemilik iPhone, ia terus menjadi popular. Malah, popularitinya menjadikan ia bukan sahaja sebagai aplikasi telefon pintar popular tetapi juga sebuah laman media sosial yang memuatkan gambar-gambar.

Instagram dicipta oleh Kevin Systrom dan Mike Krieger. Ia dilancarkan pada Oktober 2010 sebagai aplikasi telefon pintar percuma, eksklusif untuk pengguna iOS. Versi Android pula diwujudkan dua tahun kemudian, sekitar April 2012. Kemudian, versi laman web (media sosial) pula diwujudkan tidak berapa lama selepas itu, iaitu pada November 2012.

17 Alat Bantu atau Tools Pemasaran Untuk Instagram

17 Alat Bantu Pemasaran Instagram
Instagram adalah sebuah aplikasi yang cukup berkuasa sekarang. Jika awalnya ia lebih bersifat personal, berkongsi gambar-gambar yang diambil menerusi kamera smartphone kepada rakan-rakan; namun kini penggunaannya lebih meluas.

Ia bukan sekadar tempat untuk kongsi gambar. Ramai dah gunakan untuk mencipta pengaruh. Buka je Instagram, akan nampaklah komen-komen yang minta anda follow Instagram mereka, atau paling tidakpun minta anda tengok apa yang ada dalam Instagram milik mereka.

Ya, fungsinya dah berkembang, dan ada peluang besar untuk mereka yang nak cari pendapatan tambahan, kerja dari rumah dan berniaga dari rumah terutamanya tu .. huhu.
17 Alat Bantu Pemasaran Instagram
Zaman sekarang, hampir semua orang dah mula menggunakan Instagram sebagai platform untuk berniaga kerana dilihat ianya lebih mudah untuk engage dengan pengikut (followers). Namun penggunaan Instagram semata-mata sangat membosankan & memenatkan.

Err apak maksudnya ni?

Okey. Jika anda berniaga, akaun Instagram anda perlu kerap dipantau dan dikemaskini. Anda mesti pastikan kempen pemasaran melalui Instagram dilakukan setiap masa. Paling tidak, anda perlukan satu team untuk urus apa jua situasi yang berlaku di dalam akaun Instagram anda itu. Masalahnya bukan semua orang boleh wujudkan team yang saya katakan tu.

Cara paling mudah ialah anda perlukan software untuk membantu memudahkan kerja harian di Instagram. Anda tidak perlu nak menggaji orang untuk uruskan akaun perniagaan anda di Instagram, malah urusan atau engagement di Instagram boleh dilakukan secara automatik tanpa perlu anda buka dan pantau akaun Instagram anda setiap masa.
[post_ads]
Hari ini, saya akan tunjukkan kepada anda 20 alat bantu pemasaran Instagram atau software terbaik yang boleh anda combine dengan Instagram untuk memaksimumkan kempen pemasaran anda. Kalau anda nak tahu, ada software yang free ada yang berbayar.

Nak tahu tak? Hmmm ... tapi sayugia saya nak ingatkan ehhh ... Saya hanya akan tunjukkan software ni, selebihnya atas tindakan anda sendiri samada mahu gunakannya atau tidak.

1. Instagrr

Instagrr - Alat Bantu Pemasaran di Instagram
Instagrr ialah software dari Malaysia yang dilancarkan pada bulan Oktober 2017. Saya ada beritahu dan cerita sedikit sebanyak mengenai software ini dalam Facebook saya. Secara amnya, sofware yang dapat bantu pemasaran Instagram ini bertujuan untuk jadualkan (schedule) post dan kandungan secara automatik dari komputer anda. Jika anda sering menggunakan komputer dan Instagram untuk kempen promosi dan pemasaran bisnes anda, maka Instagrr boleh bantu anda mengautomasikan kempen pemasaran anda dengan senang. Aha ... ini termasuklah upload gambar ke Instagram!!

Pengguna Instagrr juga boleh menikmati 6 modul lain secara percuma tanpa bayaran tambahan seperti auto like, auto comment, auto follow, auto unfollow, auto repost & auto DM follower baru. Sesuatu yang menarik dan bakal membantu banyak dalam cara anda membuat promosi dan kempen pemasaran di Instagram.

Software ini berbayar, tetapi jangan risau harganya adalah sangat berbaloi untuk anda yang merupakan pemasar dan peniaga di Instagram. Apatah lagi anda memang 100% menggunakan laman web sosial media dan aplikasi Instagram ini untuk berniaga. Fikir mudah - anda hanya bayar satu harga untuk 8 fungsi! Uhh berbaloi tak?

Berminat nak tahu lebih lanjut tak? Boleh terus lihat penerangan lebih lanjut mengenainya di sini - Info Lanjut Software

2. Wishpond

Wishpond - Alat Bantu Pemasaran di Instagram
Wishpond memudahkan urusan anda untuk buat landing page dan boleh digunakan untuk kumpul leads. Leads maksudnya bakal pelanggan anda untuk masa akan datang atau dengan kata lain, software ini akan bantu anda membina satu pengkalan data bakal pelanggan anda. Ia sesuatu yang boleh anda gunakan untuk kempen pemasaran anda kelak. Anda hanya perlu membuat rangka kempen yang paling sesuai dan jadikannya funnel pemasaran anda.

Software yang boleh digunakan untuk membantu pemasaran Instagram anda ini menyediakan 7 fungsi untuk digunakan termasuklah landing page, membuat contest, lead database dan sebagainya. Ia sesuatu alat bantu pemasaran Instagram yang lengkap untuk anda.

Nak tahu lagi? Boleh jenguk di sini - Wishpond

3. Later

Software Later - Alat Bantu Pemasaran di Instagram
Later ialah aplikasi untuk jadualakn (schedule) post di Instagram. Anda boleh set beberapa dahula atau turutan post ke Instagram termasuklah caption untuk kempen pemasaran Instagram anda. Software Later memberikan anda akses percuma kepada newbie untuk mencuba. Sama juga dengan Wishpond yang menyediakan tempoh percubaan untuk menilai kebolehan alat bantu pemasaran Instagram yang disediakan.

Anda boleh tengok apa yang Later sediakan untuk anda dengan lebih lanjut di sini - Later

4. Buffer

Buffer - Alat Bantu Kempen Pemasaran di Instagram
Satu software untuk sosial media yang ramai dah tahu. Ramai dah kenal Buffer sebagai applikasi atau alat bantu pemasaran di Instagram dengan menjadualkan apa-apa post di Instagram. Kelebihannya ialah anda boleh buat kempen pemasaran yang sama untuk dipamerkan di Twitter dan Facebook secara automatik. Menarik kan? Itulah sebab ramai yang buat bisnes secara online menggunakan Buffer ini.

Menariknya ialah alat bantu pemasaran Instagram ini juga memberikan analitik lengkap bagi setiap kempen untuk anda lihat reach untuk dibuat analisis pada kempen seterusnya. Software ini ada menyediakan tempoh percubaan dan juga berbayar sama seperti software terdahulu saya cerita tu .. huhu

Mahu tahu dan mencuba software ini tak? Boleh terus ke sini - Buffer

5. Enlight

Enlight ialah aplikasi berbayar untuk edit gambar dengan memasukkan gradient, typography dan adjustment lain. Enlight lebih sesuai untuk pengguna Instagram yang mementingkan artistik dalam gambar. Selalunya gambar yang ada ciri artistik ni akan menambat mata orang, yang secara tidak langsung boleh dapat lebih banyak likers dan juga Followers. Untuk seorang usahawan online yang berniaga di Instagram, sudah tentu jumlah like dan jumlah Followers ini sangat penting .. :)
Err anda dah follow ke Instagram saya? Jika sudi .. boleh terus cari hasrulhassancom di Instagram atau klik sahaja pautan ini - https://www.instagram.com/hasrulhassancom
Oh ya, jika anda nak tengok bagaimana Enlight ini berfungsi, boleh cari di Apple App Store... huhu .. ya benar tu, ianya buat masa ini adalah untuk pengguna iOS.

6. Afterlight

Afterlight ialah aplikasi Android dan iOS yang bertujuan untuk edit gambar. Ianya tidak secanggih aplikasi lain tetapi ia adalah yang paling mudah digunakan dengan lebih banyak ciri-ciri untuk menambah baik gambar yang bakal anda muat-naik di Instagram bagi tujuan kempen pemasaran Instagram anda. Ia ada filter, frame dan texture yang boleh anda gunakan untuk cantikkan gambar serta menjadikan gambar anda unik dan lebih menarik di Instagram.

7. Snapseed

Snapspeed - Alat Bantu Kempen Pemasaran di Instagram
Gambar yang cantik pastinya akan menjadikan kempen pemasaran anda lebih berjaya. Jadi, satu lagi aplikasi yang akan bantu untuk mencantikkan gambar sebelum dimuat-naik ke Instagram ialah Snapseed. Snapseed ialah aplikasi percuma daripada Google yang dicipat untuk edit gambar yang anda ambil menerusi telefon pintar anda.

Snapseed ialah antara aplikasi percuma di Google Play yang memang menjadi pilihan utama pengguna Instagram untuk membuat editing pada gambar. Ciri paling best mengenai software bantu pemasaran Instagram ini ialah ia boleh digunakan untuk edit bahagian tertentu sahaja dalam gambar dan inilah yang menjadi tarikan utama dan paling disukai oleh pengguna Instagram.

Anda boleh muat-turun dan cari aplikasi ini di Google Play.
[post_ads_2]

8. Facetune

Jika anda seorang usahawan yang suka swafoto dengan produk-produk yang anda mahu promosikan, maka alat bantu pemasaran ini memang sesuai digunakan. Aplikasi Facetune ialah alat bantu Instagram bertujuan untuk edit gambar swafoto (selfie) supaya kelihatan lebih cantik.

Facetune ada fungsi seperti whitening, smoothing, patching dan painting style. Anda boleh jadikan gambar selfie yang kurang menarik menjadi lebih menarik dengan software ini. Ehemm .. tapi satu ingatan daripada saya, jangan pula anda gunakan software ini untuk palsukan testimonial produk anda pulak ehh terutama produk berkaitan kecantikan wajah .. huhu.

Oh ya, ianya sebuah aplikasi atau software berbayar. Harganya cuma beberapa USD dan dikenali juga sebagai aplikasi make-up.

9. Over

17 Alat Bantu Pemasaran Instagram
Salah satu cara untuk memastikan kempen pemasaran di Instagram anda berjaya ialah dengan memasukkan teks pada gambar. Jika anda mencari aplikasi yang boleh melakukan fungsi memasukkan teks ke dalam gambar untuk kempen pemasaran di Instagram, maka anda patut mencuba aplikasi Over.

Over ialah aplikasi untuk masukkan teks, logo dan juga quote ke dalam gambar paling mudah. Ianya menyediakan pelbagai preset untuk anda pilih. Hanya perlu pilih preset dan lakukan sedikit editing sebelum anda post gambar ke Instagram.

10. Font Candy

Aplikasi Font Candy, satu lagi alat bantu pemasaran Instagram yang membolehkan anda memasukkan teks ke dalam gambar. Aplikasi atau software ini memberikan anda kelebihan untuk melakukan editing segera atau spot editing. Ia mempunyai pelbagai jenis alat editing dan memudahkan anda untuk memasukkan teks di mana yang anda mahukan.
Anda mahu tambah pengikut di Instagram dan menaikkan jualan produk anda? Baca Panduan Ini.

11. Iconosquare

Ini ialah alat untuk analitik Instagram. Menerusi aplikasi Iconosquare, anda boleh melihat perkembangan followers, dari mana mereka datang, dan influence mereka. Jadi anda boleh merancang kempen pemasaran Instagram untuk produk anda dengan lebih mudah menggunakan semua analitik tersebut.

Paling menarik, Iconosquare akan memberikan anda data yang paling diperlukan oleh semua usahawan dan peniaga di Instagram iaitu masa yang paling tinggi reach, maka anda boleh pantau engagement rate dan benchmark kempen promosi dan pemasaran untuk bersaing dengan pesaing lain. Kiranya .. ianya adalah aplikasi yang bantu anda 'mencantas' pesaing-pesaing produk yang lebih kurang sama .. huhu.

12. Like2Buy

Like2buy ialah platform monetization untuk Instagram atau dengan kata lain, ia adalah platform hasilkan kedai online anda di Instagram. Secara asas, Like2Buy akan buatkan satu page khas di Instagram untuk anda dengan masukkan semua produk anda. Follower Instagram anda kemudiannya boleh membuat pembelian di sana.

13. Have2HaveIt

Have2HaveIt juga berfungsi sebagai Like2Buy. Alat bantu pemasaran Instagram ini akan membina satu replika post Instagram anda yang orang boleh klik untuk membuat pembelian. Like2HaveIt lebih advance kerana ada fungsi untuk pelbagai link untuk satu-satu gambar dan anda boleh kumpul leads melaluinya.

14. Layout

Satu aplikasi yang sangat menarik untuk anda gunakan. Apatah lagi kalau ada banyak gambar berkaitan produk anda, atau anda mahu rangkumkan beberapa gambar berkaitan produk ke dalam satu gambar sahaja. Layout ialah alat bantu pemasaran yang integrate dengan Instagram. Anda boleh hasilkan kolaj gambar yang cantik serta menarik menggunakan aplikasi ini. Cubalah ye ...

15. Repost

Repost - Antara 17 Alat Bantu Pemasaran Instagram
Ramai usahawan online di Instagram yang gunakan aplikasi ini. Selalunya digunakan untuk upload kembali atau post kembali gambar-gambar oleh orang lain, khususnya pengguna produk mereka sebagai cara tunjukkan testimoni.

Repost ialah aplikasi atau software bantu pemasaran Instagram yang menjadi pilihan ramai sejak Instagram tidak lagi membenarkan penggunanya membuat repost dari dalam Instagram. Jika anda mahu gunakan user-generated-content dalam pemasaran Instagram anda, maka aplikasi Repost adalah aplikasi yang paling diperlukan oleh anda.

16. Yotpo

17 Alat Bantu Pemasaran Instagram
Yotpo ialah alat bantu pemasaran semua-dalam-satu untuk Instagram. Anda boleh menjual melalui Yotpo seperti aplikasi Like2BuyIt dan menggunakan aplikasi ini untuk kumpul testimoni pelanggan-pelanggan anda. Yotpo juga membolehkan anda membina feed yang menjual sepertimana aplikasi Have2HaveIt.
[Baca Juga] Cara Berkesan Untuk Lariskan Jualan di Instagram

17. Hopper

Hopper ialah satu lagi alat bantu pemasaran Instagram untuk anda jadualkan post-post anda secara automatik. Ianya akan beri notifikasi, dan akan post kandungan terus ke Instagram anda.

Okeh. Orait ... dah habis baca dari awal sampai habis kan? Dah nampak tak betapa banyaknya alat bantu atau software yang boleh anda gunakan untuk tujuan kempen pemasaran dan promosi di Instagram? Ada yang percuma, ada yang berbayar. Ada pula platform yang membolehkan anda untuk cuba dahulu secara free dalam tempoh tertentu.

Jika anda seorang peniaga atau usahawan online samada baharu atau dah lama, bolehlah cuba mana-mana satu daripada 17 alat bantu pemasaran Instagram disenaraikan di atas, tak pun cuba je semua untuk lihat mana yang paling sesuai dan berikan kesan positif untuk perniagaan anda.

Tak ada kedai online, nak buat kedai online anda sendiri? Saya boleh syor untuk anda gunakan EasyStore - boleh cuba secara percuma dahulu. Terus ke sini jika berminat - EasyStore

COMMENTS

BLOGGER: 13
Loading...
Panduan Iklan Adwords
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,131,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,7,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,148,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,56,Buat Duit Online,370,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,44,Contest 2014,16,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,817,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,356,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,26,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,60,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,House Husband,599,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,553,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,16,Inspiration,4,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,46,Kekeluargaan,149,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,100,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,38,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,392,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,433,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,29,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,92,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,57,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,533,Semesti,2,SENI,3,Shopping,133,Shopping Online,4,Sihat Cantik,8,SIHAT SOKMO,17,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,209,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,116,Tips Blogging,325,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,83,Tips Dapur,53,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,53,widget blog,34,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,117,Work From Home,11,
ltr
item
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog: 17 Alat Bantu (Tools) Pemasaran di Instagram Patut Anda Cuba
17 Alat Bantu (Tools) Pemasaran di Instagram Patut Anda Cuba
Ketahui 17 alat bantu pemasaran di Instagram yang boleh anda cuba. Aplikasi ini ada yang percuma dan berbayar. Mahu lariskan jualan, naikkan follower, dapatkan testimoni, kumpul leads, maka boleh gunakan tools atau aplikasi-aplikasi ini.
https://3.bp.blogspot.com/-vurZdoJ2-kc/WjnehknxKiI/AAAAAAAApFQ/jMMnxfr6FuQRrm9sQwwIEeqCZynf0HqrgCLcBGAs/s1600/alat-bantu-pemasaran-di-instagram.jpg
https://3.bp.blogspot.com/-vurZdoJ2-kc/WjnehknxKiI/AAAAAAAApFQ/jMMnxfr6FuQRrm9sQwwIEeqCZynf0HqrgCLcBGAs/s72-c/alat-bantu-pemasaran-di-instagram.jpg
HASRULHASSAN.COM™ - Family Oriented Lifestyle Blog
https://www.hasrulhassan.com/2017/12/17-alat-bantu-pemasaran-instagram.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2017/12/17-alat-bantu-pemasaran-instagram.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy