Kenapa Mereka Baca Blog Ini?

Kenapa mereka baca blog hasrulhassan.com? Apakah sebab mereka memberikan support kepada blog personal ini yang telah wujud sejak 2010 ini?

Terima kasih kepada mereka, terutama rakan blogger yang follow blog ini sejak sekian lama. Saya nak sebut nama-nama tu memang tak terdayalah, sebab memang ramai yang telah membantu blog ini untuk dikenali dalam dunia blog Malaysia. Kalau ikutkan, saya ni bukan sesiapa pun, tak ada apa yang istimewa pada diri saya. Mereka baca sebab apa yang telah saya tulis dan kongsi di dalam blog yang dah berusia hampir 7 tahun (est 2010).

Saya pernah bertanya kepada mereka, mengapa selalu singgah baca blog saya. Bukan baru setahun dua mereka dok ikut, tetapi sejak dari tahun 2010 lagi. Malah ramai di antara rakan blogger saya ni yang telah pun 'bersara' dari dunia blog Malaysia.

Kenapa Mereka Baca Blog Ini?

Kenapa Mereka Baca Blog Ini?
Awal saya menulis blog, memang misi dan visi saya adalah untuk orang baca perkongsian berkaitan ilmu blogging di blog saya ni. Alhamdulillah, saya boleh andaikan ianya telah tercapai. Walaupun saya sudah semakin kurang menulis berkaitan tips blogging dan panduan blogger, namun saya pasti ada antara post-post lama dalam blog ini yang kekal relevan untuk dijadikan rujukan blogger di Malaysia.

Digelar Sifu dan Pakar SEO

Apabila saya diangkat oleh rakan blogger sebagai seorang Sifu Blogspot dan Pakar SEO Malaysia, saya rasa sangat terharu dan tanpa sembunyi .. saya mengaku ada sedikit rasa bangga digelarkan begitu..haha. Walaupun hakikatnya ialah, saya bukannya pakar sebenar pun. Saya cuma amalkan sahaja ilmu-ilmu berkaitan blogging dan SEO yang saya belajar secara online. Itu sahaja.
[Dah Baca?] Hasrul Hassan Pakar SEO Malaysia
Apabila ilmu blogging yang saya dapat, saya amal, kemudian saya kongsikan menerusi penulisan di blog, ramailah yang suka dan anggap ilmu tersebut adalah sangat baik untuk mereka sebagai seorang penulis blog. Bukan ilmu saya pun, cuma saya dah praktik, guna-pakai, dan tunjukkan hasil pada rakan yang lain. Saya kongsi apa yang saya tahu. Saya bukan pakar.

Komen-komen di bawah bawa semangat untuk saya terus menulis blog .... serius ni.

Testimoni pembaca blog hasrulhassan.com
Samada sedar atau tidak, kerana komen-komen seperti di atas-lah yang telah memberikan pelbagai peluang untuk blog dan diri saya sebagai penulis blog berkembang.

Jadi Panel SBB2016 Kongsi Ilmu dan Pengalaman Jana Income Dengan Tulis Blog

Sebab ramai baca blog hasrulhassan.com
Saat mengujakan adalah apabila saya dipanggil ke Majlis Sepetang Bersama Blogger (SBB) edisi 2016 sebagai salah seorang daripada panel untuk berkongsi tips blogging cara menjana income menerusi blog. Gugup betul saya berada di atas pentas, apatah lagi berada di samping dua personaliti hebat dalam dunia pemasaran online iaitu saudara Aqif Azizan dan juga tuan Ali Hanafiah Daud.

Lawak betul, saya berada di atas pentas bersama sifu saya sendiri tu.

Kalau anda nak tahu, Aqif Azizan adalah salah seorang sifu yang ajar diri saya cara untuk buat duit dengan menulis. Kalau anda nak belajar benda-benda asas tentang bagaimana nak jana income menerusi penulisan, boleh dapatkan ebook Aqif Azizan di sini - Rahsia Penulis.
[Dah Tengok?] Lebih 40 Gambar Blogger di SBB2016 oleh KotakLensa
Ramai baca blog ini sebab mereka anggap saya sebagai seorang sifu. Sifu bukan perkataan bahasa Melayu. Sifu atau ejaan Shifu adalah dari perkataan cina bermaksud orang yang mempunyai skill kebolehan atau pakar. Ia sebenarnya sama makna dengan cikgu.

Daripada Wikipedia:

Shifu (simplified Chinese: 师傅 or 师父; traditional Chinese: 師傅 or 師父), or sifu in Cantonese, is a title for and role of a skillful person or a master. The character 師/师 means "skilled person" or "teacher", while the meaning of 傅 is "tutor" and the meaning of 父 is "father." 傅 and 父 are both pronounced "fu" with the same tones in Cantonese and Mandarin. A similar term often used in Chinese is 老師/老师 (Cantonese Chinese pronunciation: lou5 si1; Mandarin Chinese pronunciation: lǎoshī), meaning "teacher" or literally "old person of skill".

Sepertimana seorang cikgu yang mengajar anak-anak murid di sekolah, ilmu yang cikgu ajar bukanlah milik mereka, tetapi telah sampai ke pengetahuan mereka untuk disebar-luas kepada anak-anak murid. Samalah macam saya, seperti awal saya sebutkan .. saya bukan sesiapa pun, saya macam cikgu-cikgu di sekolah juga, yang ajar dan beritahu orang lain tentang ilmu yang saya tahu.
[post_ads]
Terima kasih kepada anda yang sudi baca dari awal sampai habis post ini. Terima kasih kerana anda ada rasa ingin tahu kenapa ada rakan-rakan anda baca blog ini. Terima kasih juga kerana kehadiran anda hari ini - dalam blog ini, dan baca post ini telah meningkatkan trafik blog ini dari kosong menjadi ribuan setiap hari, yang akhirnya berjaya melepasi angka 25 juta pageviews tahun ini. Alhamdulillah.

Banyak post berkaitan ilmu dan panduan blogging masih tertanam rapi dalam blog ini. Sudikanlah untuk baca dan kongsi (share) pada orang lain yang mahu belajar cara nak tulis blog. Ketahuilah masih ramai di luar sana yang nak belajar cara buat blog sendiri. Jika anda tak share ilmu yang telah saya tulis, mana mungkin mereka akan dapat dibantu. Bantu saya ye ....
[post_ads_2]
Terima kasih ye.

COMMENTS

BLOGGER: 2
Loading...
Sistem Saham
Name

#Bajet2014,4,#VMY2014,5,#WORDLESS WEDNESDAY,73,Abah Blogger,38,Advertorial,126,Advertorial 2013,15,advertorial 2014,39,advertorial 2015,7,ARTIKEL KEHIDUPAN,10,ARTIKEL KEKELUARGAAN,7,ARTIKEL KESIHATAN,6,Bajet 2013,9,Bajet 2016,8,BICARA MASYARAKAT,150,Bicara Minda,72,BILA BLOGGER MASUK MAJALAH,26,BLOG LENSA HASRUL,1,BLOG PILIHAN 2012,25,BLOG PILIHAN 2013,15,Blog Selebriti,76,Blog Stats,10,Blogger Guide,2,BR1M,10,Buat Duit Dengan Adsense,55,Buat Duit Online,366,Cerpen Kehidupan,1,ChurpChurp,4,CINTA DAN JIWANG,45,Contest 2014,37,Contest 2015,19,Contest 2016,15,Contest 2017,8,Custom Made Sticker Kereta,1,DARI AKHBAR,28,DARI RAKAN BLOGGER,7,Dari Rakan Facebook,8,Destinasi Cuti,14,DIARI HIDUP,2,diskaun saman PDRM,2,DUNIA BLOG DAN BLOGGER,28,DUNIA BLOGGER MALAYSIA,818,Dunia Haiwan,1,DUNIA HIBURAN SERANTAU,6,Dunia Oh Dunia,23,Dunia Penulis Blog,1,EDISI TERJAH BLOG BARU,33,english,1,Eqbalzack Giveaway,2,Fakta Hangat,335,FAKTA MENARIK,106,FAKTA MENARIK DAN PELIK,69,Familia,5,Featured,1,FOLLOWER HH,2,Fotografi,1,Gadget blogspot,1,GAMBAR,58,Gambar Menarik,16,GAMBAR PELIK DAN MENARIK,55,Gathering Bangku Kosong,12,Gaya Hidup,34,Giveaway,9,Hari Raya,57,Hartanah,59,Header Blog Pilihan,2,Holiday Destination,6,Holiday Getaway,62,Holiday Tips,2,Homestay,1,House Husband,609,Ihya Ramadhan,2,Info Blog,59,INFO BLOG BANGKU KOSONG,48,Info Blog HH,36,Info GST,14,Informasi,566,Informasi Dunia,1,INI SEBUAH CERITA,9,Inspirasi,8,Inspiration,5,Internet,2,iPhone 5 Gadjet Impian,1,ISLAM DAN MASYARAKAT,21,Isu Blogger,21,Isu Dan Berita,335,ISU DUNIA,3,ISU MALAYSIA,1,Isu Masyarakat,10,ISU MASYARAKAT 1,39,Isu Semasa,1,Jalan Jalan,1,JEJAK BLOGGER,19,Jom Jalan-jalan,3,Kamasutra temple,1,Kasut Pelik,1,Kehidupan Sebagai Blogger Sepenuh Masa,1,Keibubapaan,42,Kekeluargaan,126,Kempen,6,Kerja Dari Rumah,91,Khas buat Follower,39,Kisah Dunia,1,Kisah HH,58,KISAH KELUARGA,49,Klip Video,9,KOLEKSI LAWAK BANGKU KOSONG,46,KOLEKSI PETUA,22,KONGSI PETUA,2,KTM,17,Lawak Blogger,40,Lawak Sekejap,56,Lifestyle,358,Love,1,Majalah In Trend,6,Makanan,5,Malaysia Best Blog 2015,1,MENGENAI BLOG HH,1,Merdeka,12,MH370,6,Minda Berfikir,11,Miros,2,Narnia,1,NOSTALGIA,1,NUFFNANG,26,NULL,17,ONLINE SURVEY,1,Pakar SEO,1,Panduan,404,Panduan Adsense,19,Panduan Blogger,11,PANDUAN MENULIS BLOG,653,Panduan Pengiklanan di Blog,74,Parenting Tips,4,PDRM,1,Pelaburan,24,Pendapat,31,Penghargaan Dari Bloggers,8,PENGUMUMAN,2,Peraduan dan Kontest,15,Percuma,2,Percutian,77,Percutian Keluarga,14,PERISTIWA RAMADHAN,6,Permotoran,2,PERSPEKTIF,6,Petua,1,Petua dan Tips,18,petua kehidupan,5,Petua Memikat,3,Pilihanraya,1,Plastik Sampah Mesra Alam,1,que382ahexjz,1,Rakan Blogger,9,Ramadhan,66,RAMADHAN 2011,9,Ranking Alexa,2,Raya 2015,10,Resepi,54,Samsung,1,segmen 2015,2,segmen blogger 2016,7,SEJARAH DUNIA,43,Sembang Blogger,524,Semesti,2,SENI,3,Shopping,129,Shopping Online,4,Sihat Cantik,9,SIHAT SOKMO,18,SIRI KENALI TOKOH SEJARAH TEMPATAN,1,SIRI KISAH KERAJAAN AGUNG,5,SIRI SIFAT BLOGGER TERPUJI,6,Siri Tips Pikat Gadis Cantik,5,Tempat Menarik,194,Terbaik Google,6,The Bidadari 2014,9,Tips Bercuti,109,Tips Blogging,322,Tips Blogging 101,1,Tips Blogspot,84,Tips Dapur,54,Tips Kekeluargaan,4,Tips SEO Blogspot,132,VIDEO,125,Video Best,48,widget blog,35,WIDGET PILIHAN,62,wordless wednesday,114,Work From Home,13,
ltr
item
BLOG HASRULHASSAN.COM™: Kenapa Mereka Baca Blog Ini?
Kenapa Mereka Baca Blog Ini?
Kenapa mereka baca blog hasrulhassan.com? Apakah sebab mereka memberikan support kepada blog personal ini yang telah wujud sejak 2010 ini?
https://2.bp.blogspot.com/-RqhzgFQlHwE/Wi0pSeeeCSI/AAAAAAAAovA/Qw_aYWxuLQ0KHguoz2KPETDSIXt-_5Z5ACLcBGAs/s1600/pengiklanan-blog-hasrulhassan.jpg
https://2.bp.blogspot.com/-RqhzgFQlHwE/Wi0pSeeeCSI/AAAAAAAAovA/Qw_aYWxuLQ0KHguoz2KPETDSIXt-_5Z5ACLcBGAs/s72-c/pengiklanan-blog-hasrulhassan.jpg
BLOG HASRULHASSAN.COM™
https://www.hasrulhassan.com/2017/12/kenapa-mereka-baca-blog-ini.html
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/
https://www.hasrulhassan.com/2017/12/kenapa-mereka-baca-blog-ini.html
true
1039913750360806682
UTF-8
Muatkan Semua Post Tidak ditemui sebarang post PAPAR SEMUA Seterusnya Balas Batal balas Padam Oleh Utama LAMAN POST Papar Semua PILIHAN KHAS UNTUK ANDA TAG ARKIB SEARCH SEMUA POST Tidak ditemui sebarang post berkaitan Utama Ahad Isnin Selasa Rabu Khamis Jumaat Sabtu Ahd Isn Sel Rab Kha Jum Sab Januari Februari Mac April Mei Jun Julai Ogos September Oktober November Disember Jan Feb Mac Apr Mei Jun Jul Ogs Sep Okt Nov Dis sebentar tadi 1 minit lalu $$1$$ minutes ago 1 hour ago $$1$$ hours ago Semalam $$1$$ days ago $$1$$ weeks ago more than 5 weeks ago Pengikut Ikut THIS PREMIUM CONTENT IS LOCKED STEP 1: Share. STEP 2: Click the link you shared to unlock Copy All Code Select All Code All codes were copied to your clipboard Can not copy the codes / texts, please press [CTRL]+[C] (or CMD+C with Mac) to copy