Dah sedia untuk Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Ujian Psikometrik? Ok, baru-baru ini pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menerusi siaran langsung di Facebook ada memberikan penjelasan mengenai PSEE terutama mengenai Ujian Psikometrik.

Menerusi siaran tersebut, ada diberikan beberapa tips penting untuk menghadapi peperiksaan online ini, terutama sekali Ujian Psikometrik yang kini menjadi medium utama untuk pemilihan calon ke jawatan dalam Perkhidmatan Awam Malaysia.

4 Tips Penting Hadapi Ujian Psikometrik SPA

Tips Jawab Ujian Psikometrik SPA

Jika anda tidak berkesempatan untuk mengikuti siaran tersebut, berikut adalah 4 tips penting yang telah diberikan oleh pegawai SPA mengenai cara untuk menghadapi Ujian Psikometrik.

Sebelum itu, harus anda ketahui bahawa ujian ini merupakan ujian kendiri. Ini bermakna semua jawapan yang anda berikan perlulah berkaitan diri anda, dan bukan dari segi logik atau pendapat umum.

Ujian ini tiada markah lulus tetapi penilaian adalah berdasarkan kepada markah merit yang berjaya dikumpulkan oleh calon yang menjawab pada sesi berkenaan. Seandainya calon mencapai atau berada di dalam julat jumlah merit yang telah ditentukan, calon akan menerima keputusan 'MELEPASI TAHAP PENILAIAN PSIKOMETRIK'.

4 Tips Penting Menghadapi PSEE Ujian Psikometrik

4 Tips Hadapi Ujian Psikometrik SPA

Baik, berikut adalah empat tips untuk menghapi ujian tersebut:

  1. Jawab kesemua soalan ujian yang disediakan dalam tempoh masa ditetapkan. Jangan tinggalkan satu pun soalan tidak berjawab kerana semua jawapan dan soalan ada pemberat merit diberikan.
  2. Jawab kesemua soalan secara jujur tanpa dipengaruhi atau dijawab oleh orang lain. Jawab bersandarkan kepada personaliti anda sebenar, bukan untuk 'memuaskan' hati orang lain.
  3. Memberikan jawapan secara konsisten - ada soalan yang seakan sama tetapi diberikan pilihan jawapan yang berbeza. Ada soalan ditanya berulang tetapi dengan pilihan jawapan yang berlainan.
  4. Pastikan tiada gangguan semasa menjawab - pilih persekitaran yang tenang, pastikan perkakasan (internet dan komputer) dalam keadaan baik, tidak bertanyakan jawapan menerusi orang lain.


Bagaimana Nak Lulus Ujian Psikometrik?

Saluran Telegram Rujukan Contoh Soalan Psikometrik Terkini

Perhatian - Tiada lagi lulus atau gagal di dalam ujian ini. Ia samada Melepasi atau Tidak Melepasi tahap penilaian sahaja.

Jadi, bagaimana nak melepasi tahap penilaian di dalam Ujian Psikometrik ini dengan baik?

Jika dilihat daripada 4 tips diberikan, tiada cara lain untuk memastikan seorang calon itu berjaya melepasi tapisan ini melainkan dengan menjadi diri sendiri selain banyak melakukan latih-tubi menjawab soalan-soalan berkaitan Psikometrik.

Walaupun ujian ini merupakan ujian kendiri dari perspektif untuk melihat kesesuaian calon dari segi minat dan kecenderungan, namun persediaan masih diperlukan bagi mengelakkan kesilapan ketika menjawab soalan, terutama bentuk soalan berulangan yang boleh memerangkap calon..

Seandainya ujian ini mudah, sudah tentu ramai calon yang berjaya melepasi tapisan. Namun, ia tidak berlaku. Ada calon yang gagal melepasi tahap penilaian pada peringkat ini.

Buat Latih-Tubi Menjawab Soalan

Latih-tubi menjawab soalan akan mempersiapkan calon dengan pelbagai bentuk soalan selain mengetahui cara memilih jawapan yang tepat sesuai dengan personaliti diri calon itu sendiri - bebas daripada pengaruh atau pendapat.

Latih-tubi sebelum ujian penilaian sebenar membolehkan calon KENAL-PASTI DAHULU trait-trait yang ada dalam diri sendiri dan pada masa sama melatih diri agar mampu menyesuaikan keadaan dengan personaliti perjawatan.

Ia juga membantu dari segi pengurusan masa! Bila anda telah nampak soalan yang selesa dengan diri anda, terus boleh memberikan jawapan yang paling jujur dan tepat.

Ingat! - Kunci utama untuk melepasi tapisan pada Ujian Psikometrik SPA adalah bersikap jujur ketika menjawab, sentiasa konsisten dengan jawapan dan paling penting jawab kesemua soalan disediakan.

Semoga artikel mengenai tips persediaan Ujian Psikometrik ini membantu. 

FB iKerjaya Graduan - Rujukan Panduan Psikometrik SPA

Calon boleh menggunakan rujukan disediakan Tim Infokerjaya. Jadikan ia sebagai persediaan sebelum penilaian, kerana ia menyediakan sehingga 200 contoh soalan untuk dijawab, menepati format SPA dan paling penting,  jawapan disediakan dengan huraian!

Selamat berjaya.


Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama
PENAFIAN (DISCLAIMER)

Konten ini adalah pendapat serta perkongsian peribadi penerbit berdasarkan pengetahuan, pengalaman, serta dari sumber dipercayai. Sebarang persamaan mahupun percanggahan adalah secara kebetulan.

Sila rujuk Disclaimer untuk penafian penuh.