Buat Duit USD di Instagram Menerusi Narratrs

Income tanpa modal. Saya pasti ramai suka dan nak tahu bagaimana nak jana pendapatan atau income tanpa gunakan sebarang modal. Sebenarnya memang banyak lubuk buat duit sebegini. Selain dari menjual produk affiliate dan produk dropship, ada beberapa lagi cabang lain seperti menjadi agen pengiklanan untuk sesuatu produk atau sesuatu syarikat, contohnya Involve Asia, Lazada, Zalora, Agoda, BusTicketOnline, Carama, Trivago dan banyak lagi.

Kali ini, saya nak kongsikan satu lagi cara atau peluang untuk anda jana income tanpa modal. Tetapi dengan syarat anda mestilah seorang pengguna yang aktif di Instagram dan juga Facebook. Dan wajib, anda perlu mempunyai ramai followers di media sosial tersebut, paling tidak pun dalam 1000 followers di Instagram, dan 1000 di FB. Cadangan saya ialah, anda gunakan platform Instagram untuk jana income ini, sebab FB sekarang dah susah nak bagi lepas benda-benda macam ni kalau tak dibayar ... huhu..

Buat Duit USD di Instagram Dengan Narratrs

Buat Duit USD di Instagram Dengan Narratrs
Jadi, peluang yang ingin saya tunjukkan kepada anda ini ialah bagaimana anda boleh buat duit tanpa gunakan sebarang modal di laman Instagram anda, menggunakan platform Narratrs.

Buat Duit Dengan Berkongsi Perkara Yang Anda Suka

Yang bestnya ialah, anda boleh pilih kempen ikut kesesuaian anda. Katakan anda seorang yang gemar kongsikan gambar pergi melancong, jadi kempen iklan yang akan diberikan kepada anda adalah yang ada kaitan dengan pelancongan dan percutian. Katakan pula anda seorang surirumah atau househusband macam saya, maka kempen iklan atau promosi produk adalah yang ada kaitan dengan perkakas, peralatan elektrik, peralatan memasak dan sebagainya.

Anda boleh terima dan tolak jika kempen diberikan kepada anda tidak sesuai.

Dari Mana Income Itu Datang?

Kempen yang anda buat atau kongsikan di Instagram adalah kempen secara terus dari syarikat tersebut. Jadi, income yang anda dapat sebenarnya adalah pembayaran terus dari syarikat, cumanya ia melalui Narratrs sebagai 'orang tengah'. Jadi, tidak timbul soal income anda diperoleh dari syarikat yang jual todi, arak atau dari syarikat yang ada latar belakang judi dan sebagainya. Pihak Narratrs berhati-hati dalam soal ini.

Income USD

Income yang akan anda dapat adalah dalam USD. Bergantung dengan jenis promosi serta jumlah promosi, jumlah pendapatan yang akan anda terima adalah berbeza-beza. Anda boleh terima income dari serendah USD2 hingga ke USD300 hanya untuk satu kempen.

Cuba lihat contoh income yang telah saya dapat dengan Narratrs di bawah ini:
Buat Duit USD di Instagram Dengan Narratrs
Tak banyak, tapi berkadarlah dengan tugas dan kerja yang perlu saya buat ... iaitu hanya kongsikan gambar dengan caption tertentu di Instagram dan FB. Post je ... dah boleh dapat income dalam USD. Dan setiap post yang berjaya menerima income akan dipaparkan di dashboard Narratrs, so kita tahulah dari mana ia datang.

Contoh Kempen Menerusi Narratrs

Di bawah ini adalah salah satu kempen terbaru (Ogos 2016) yang saya terima dari Narrats, malah ramai rakan-rakan saya di Instagram, dan juga di Facebook yang share kempen ini ... dan mereka dibayar dalam USD!
Buat Duit USD di Instagram Dengan Narratrs
Tengok berapa income yang boleh dapat dengan kempen di atas, disediakan dalam Narratrs ... bermula dari USD2 hingga USD236 ... huhuhu .. darab untuk dijadikan dalam RM .. berbaloi tak?

Kena Aktif dan Pantas

Cuma satu je ... anda perlu menjadi aktif dan cepat-cepat rebut peluang kempen yang disediakan, sebabnya ialah, sesuatu kempen itu ada bajet yang terhad. Jadi, siapa cepat dia dapat. Siapa post dahulu, dia akan dapat income lebih.

Namun, seperti awal saya sebut .. kempen ini akan diberikan ikut kategori yang telah anda tetapkan sendiri, ia tidak dibuka kepada semua. Ia juga adalah cara untuk elakkan kempen yang salah diberikan kepada anda... hoho .. takkanlah anda nak mempromosikan minuman berasaskan alkohol atau tempat percutian yang boleh bertelanjang-bogel kan? Huhuhu .. jadi kena pilih dan jangan tamak.

Lihat contoh email yang saya terima untuk kempen terbaru oleh Narratrs ini:
Buat Duit USD di Instagram Dengan Narratrs
Bukan semua orang yang daftar di Narratrs akan terima undangan kempen ini, ia adalah berdasarkan kepada apa yang telah awal-awal saya sebut .. iaitu jumlah followers, demografi follower anda, kategori yang telah anda tetapkan, geografi dan minat. Contohnya macam saya, dok post banyak pasal menu makanan .. ada gambar ABC la, ada gambar Milo Ais Kepal la, ada gambar Ais Kepal Jagung la ... so dari situ pihak Narratrs akan pilih mana yang sesuai.

Daftar Percuma

Jika anda fikir nak sertai Narratrs, cukup syarat saya katakan di awal post; tak ada rasa ragu-ragu akan sumber income yang anda bakal dapat .. maka bolehlah daftar secara percuma dengan klik pautan di bawah ini:

[+] Daftar Percuma Narratrs - Jana Income USD Menerusi Laman Sosial

Anda boleh login dengan mudah menggunakan akaun Instagram dan Facebook anda.

Jangan lupa untuk follow saya di FB atau Fanpage serta langgan blog ini untuk dapatkan banyak lagi panduan, tips yang berkaitan dengan buat duit online, selain panduan blogger dan kisah merapu saya sebagai househusband.

Semoga bermanfaat.

4 comments.. read them below or add one

Muhammad Khairuddin Lim Muhammad Khairuddin Lim August 05, 2016
USD banyak untung...nice sharing
anajingga anajingga August 05, 2016
bertambah lagi lah income HH,in shaa Allah :)
Oyong Ilham Oyong Ilham October 02, 2016
wah ...selamat ya ..tambah lagi ni incomenya.....
Hasrul Hassan Hasrul Hassan October 03, 2016
Ya gitulah. Sudah daftar?

Terima kasih kerana sudi tinggalkan komen. Komen anda adalah tanggungjawab anda. Jika anda dapati ada mana-mana link tidak berfungsi di dalam blog ini, sila beritahu saya ye.

Untuk peluang pengiklanan, sila email saya menerusi ruangan 'Contact'. Terima kasih.