06 Julai 2017

3 Contoh Bisnes Kecil Yang Berjaya Menerusi Instagram

3 Bisnes Kecil Ini Berjaya Hanya Menerusi Instagram. Hari ini, saya nak bercerita dan kongsikan sedikit fakta hangat mengenai bisnes yang dijalankan di laman sosial Instagram. Saya pasti ramai pembaca blog saya mempunyai satu akaun Instagram, malah ada yang mempunyai dua akaun dalam satu smartphone.

Bisnes di Instagram amat mudah. Anda hanya perlu ada sebuah smartphone yang ada kamera yang boleh mengambil gambar yang cantik, satu akaun Instagram, dan juga akses internet. Ambil gambar produk yang nak dijual, muat-naik ke Instagram dan tunggu pelanggan anda untuk hubungi bagi pembelian.

3 Bisnes Kecil Ini Berjaya Berkembang Dengan Hanya Menggunakan Platform Instagram

Bisnes Kecil Berjaya Instagram
3 Contoh Bisnes Kecil Yang Berjaya Menerusi Instagram
Oppss... tadi saya kata mudah kan? Ehh ... ya, memang mudah nak mula. Sebab anda tak perlu ada kos tinggi pun untuk memulakan bisnes di Instagram. Hampir semua modal yang diperlukan telah sedia ada. Cuma perlu gunakan dengan betul sahaja.

Yang susahnya ialah, untuk mendapatkan pelanggan di Instagram. Anda perlu ada kemahiran teknik pemasaran dan promosi berkesan supaya apa yang anda nak jual di Instagram boleh terjual. Perkara paling asas yang sangat penting untuk sebuah bisnes berjaya di laman sosial ini ialah follower atau pengikut.

Menurut kajian, bilangan pengguna yang menggunakan Instagram adalah 10 kali ganda lebih tinggi daripada Facebook dan dianggarkan mempunyai 600 juta pengguna aktif di situ. Kelebihan ini memberi kesan kepada para peniaga yang ingin melihat bisnes mereka berkembang dengan cepat.
[Dah Baca?] Cara Berkesan Lariskan Jualan di Instagram
Sebagai memberikan inspirasi dan juga mungkin idea bagaimana nak berjaya berniaga di Instagram, saya kongsikan kepada anda fakta mengenai 3 conoth bisnes kecil yang telah berjaya berkembang dengan menggunakan platform ini.

Gelang Tangan Pura Vida

Gelang
  • Bisnes ini diasaskan di San Diego 5 tahun (2012) lepas oleh dua orang graduan. Pura Vida bermaksud ‘Kehidupan sejati’.
  • Pura Vida bukan sekadar menjurus kepada gaya hidup, tetapi lebih mengutamakan prinsip menghidupkan kehidupan anda dengan sepenuhnya dengan menghargai setiap satu yang ada.
  • Mereka mempromosikan gambar-gambar produk mereka di tempat-tempat yang menarik dan indah sebagai simbolik kepada menghidupkan kehidupan.
Bisnes Kecil Pura Vida di Instagram
  • Setiap gambar ada personaliti mereka sendiri dan membuatkan followers merasa lebih dekat dengan produk yang dipromosikan.
  • Budaya bisnes yang ditonjolkan memberi impak positif terhadap bisnes ini dan mewujudkan rasa senang dikalangan followers.

Jam Tangan Cluse

Bisnes Kecil di Instagram - Jam Cluse
  • Bisnes ini beroperasi di Amsterdam. Sebuah perusahaan kecil yang terdiri daripada pembuat jam tangan yang mahir.
  • Cluse Watches berjaya mendapatkan tempahan dari serata dunia hanya melalui instagram.
  • Strategi yang digunakan adalah menggunakan social proof. Mereka akan meminta pelanggan mereka mengambil gambar jam tangan yang dibeli dan memuat naik gambar tersebut di instagram dengan meletakkan kredit kepada instagram bisnes mereka.
  • Bukan sahaja pertambahan bilangan followers berlaku, strategi ini juga menunjukkan yang bisnes ini diterima baik oleh pengguna.
  • Penting adanya social proof ini untuk mengukuhkan jenama.

Letterfolk

Bisnes kraftangan - bisnes kecil berjaya di Instagram
  • Bisnes ini diusahakan oleh pasangan suami isteri dengan menghasilkan papan tanda kraftangan.
  • Setiap papan tanda didatangkan dengan satu set perkataan yang membolehkan pelanggan mengubah mengikut kesesuaian personaliti dan kemahuan mereka.
  • Bisnes ini berjaya mengumpul 181 ribu followers hasil daripada kreativiti mereka.
  • Strategi yang mereka gunakan agak melucukan dan berjaya membuatkan followers terikut-ikut untuk membuatnya. Followers mereka juga secara tidak langsung menyukainya dan selalu kongsikan post mereka di Instagram mereka sendiri.
Adakah anda sudah dapat idea pemasaran yang dilakukan dalam ketiga-tiga bisnes kecil ini? Key paling penting yang ditekankan, sepertimana apa yang telah saya sebut awal-awal tadi ialah ... followers.

Berniaga di Instagram anda memerlukan followers yang ramai.

Masalahnya ialah, bagaimana nak percepatkan proses meningkatkan jumlah followers di Instagram ini?

Mungkin saya boleh tawarkan kepada anda satu perisian atau software online yang power untuk bantu bisnes anda di Instagram ini. Cuba anda lihat di sini - Gramkosh

Software online ini mempunyai segala tools yang hebat yang akan bantu mengautomasikan bisnes kecil anda di Instagram. Cubalah.

Blogger berusia 40an dari Penang. Sudah berumahtangga dan mempunyai 4 cahayamata. Menulis sejak tahun 2007.

1 Komen Kesian


EmoticonEmoticon