As-Salam.
Mungkin ada yang nak tahu apa yang diminta oleh pihak Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) kepada kerajaan, khasnya kepada Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato’ Sri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak baru-baru ini.
Tuntutan itu dibuat berikutan Pembentangan Bajet 2012 yang akan dilakukan oleh YAB Perdana Menteri pada Jumaat ini.
Berikut adalah tuntutan-tuntutan yang dikemukakan oleh Cuepacs:
- Semakan semula Sistem Saraan Malaysia (SSM)
- Menaikkan umur persaraan daripada 58 tahun kepada 60 tahun
- Pemberian bonus dua bulan kepada penjawat awam
- Pelaksanaan Program Bersepadu Pembangunan Kompetensi (PROSPEK) bagi menggantikan Penilaian Tahap Kecekapan (PTK)
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Cuepacs, anda boleh singgah di blog Cuepacs di sini: http://cuepacs.blogspot.com/
Hmmm ... dari 4 perkara yang diminta oleh Cuepacs, mana satu menjadi perhatian anda?



















































