As-Salam. Bagaimana nak mendapatkan pembaca setia bagi blog anda? Sebenarnya tak mudah buat mereka yang dah ramai followers ...  hmmm erkkk gitu lak ehhh ... ye, makin ramai followers makin susah sebenarnya .... susah nak jadikan diri pembaca setia, dan susah untuk mencari pembaca setia ... :)

Tips Untuk Mendapatkan Pembaca Setia Untuk Blog


Ok, cuba fikirkan .... saya berikan 2 situasi ini:

Situasi 1:
Anda ada blog dengan 10 orang followers - dan kesemuanya adalah dari rakan-rakan dan teman-teman anda. Mereka pula duk berjauhan dari anda, mungkin juga dari luar negara. Salah satu sumber untuk mengetahui mengenai diri anda dan membaca luahan anda adalah menerusi blog anda .. sah2 mereka ini akan hari2 singgah dan baca setiap keluhan, cerita mahupun apa sahaja yang dikongsi di blog anda. Mereka pasti akan datang ... kerana mereka nak tahu perkembangan diri anda.

Dari 10 ini, mereka sebenarnya adalah pembaca setia blog anda. Dan anda juga sangat mudah untuk menjadi pembaca setia blog mereka - jika mereka ada blog. Tentu sekali mereka akan masukkan blog anda dalam bloglist mereka. Pasti! 

Situasi 2:
Anda ada blog dengan ribuan followers, selalunya dan kebanyakkannya mungkin adalah pembaca kasual, yang sesekali akan jenguk blog anda seandainya ada entri menarik ...  yang tak menarik ...mereka tak singgah. Malah tak tahu pun ada entri baru - kalau tak berada dalam bloglist mereka.

Hanya dengan tajuk entri yang best je akan membuatkan mereka singgah dan baca. Mereka pembaca kasual ...bukan setia ...huhuhuhu .... 

Dan kadangkala, yang menjadi followers pula bukan sebab mereka suka pun dengan blog anda, tetapi kerana terpaksa sebb nak masuk contest atau giveaway .... erkkk tercekik jap .. hehehe

Jadi, ini bukti walaupun blog anda ada hanya 10 orang followers, tetapi jika mereka itu pembaca setia anda ...sah2 akan ada trafik hari2 .... dan jangan bimbang ..mereka tidak akan unfollow anda .... dan mereka ini terdiri dari rakan terdekat anda.

Maka, tak perlu susah hati kalau followers kurang ...ohh yeahhhh ....

8 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul-betul..follower yang ramai tka menjamin blog kita ada pembaca yang setia..teruskan berblogging tanpa gundah gulana

    ReplyDelete
  2. susahnya nak dapatkan reader.. nak ada kawan yang baca blog sangat susah. yang ejek sbb ada blog ada la

    ReplyDelete
  3. kb sush nk dpt kwn jd reader.. kbnyakan knl dalm blog.. bila ramai follower, jd sush gak untuk kita dekat dgn smua follower kita.. kalau kita ada 1000 follower, dlm sehari mungkin hnya 5% je yg dtg..pembaca setia biasanya dtg dri bloglist..

    ReplyDelete
  4. hehe :D betul! susah betul nak cari reader yang betul-betul setia. haih. nak kutip mana la ye? huehue

    ReplyDelete
  5. saya adalah pembaca setia blog anda..kalau rajin akan tinggalkan komen bergantung pada en3 & keadaan untuk komen..

    ReplyDelete
  6. betol jgk eh..so, lagi sikit follower lagi senang nk dapat pembaca setia ek..

    ReplyDelete
  7. followers tak pernah jadi isu pada saya..cuma saya selalu berfikir camane nak tarik org baca entri kita dan tinggalkan komen tanpa meletakkan ayat "pls follow me back"...hmmm..

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement