As-Salam.
Usaha tidak boleh jemu ..... kena terus berusaha dalam apa jua keadaan. Musuh utama meneruskan usaha adalah kemalasan. Seandainya sifat malas itu beraja dalam diri, pasti usaha yang dilakukan itu sekerat jalan.

Saya sering begitu. Tak dinafikan. Usaha punya usaha .... bila menunggu hasilnya, tengok-tengok tak seberapa, lalu malas mengambil tempat. Malas menjadikan kita dah jemu untuk berusaha lantaran apa yang kita inginkan itu tidak membuahkan hasil.

Bercakap memang mudah. Nak melakukannya .... perghh perit. Dan tarikan sifat malas ni memang dah sebati, bukan hari ini ... tapi sejak dari dulu lagi. Malah, ada kata-kata yang mengaitkan bangsa paling malas adalah bangsa melayu .. erkk terkedu dibuatnya. Mungkin benar kalau merujuk pada diri sendiri.


Namun, banyak bukti jelas bahawa usaha berterusan, tawakkal dalam menjalankan sesuatu akan akhirnya mendatangkan apa yang dihajati. Malah, lebih dari sepatutnya. Yang menjadi persoalan ialah sanggupkah menunggu sebegitu lama? Sanggupkah menunggu lagi 10 atau 20 tahun lagi?

Hanya yang benar-benar sabar akan peroleh kejayaan. Dan perlu ingat, tiada jalan singkat untuk mengecap kejayaan dan kegemilangan.

7 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kunci kejayaan: usaha, doa, tawakal!

    BalasPadam
  2. weeeeeeeee
    betooolllllll!
    kesabaran tdak pernah mengecewakan
    usaha
    sabar
    tawakal
    =
    kejayaaan berlipat ganda =]

    BalasPadam
  3. semangat melawan yang tidak kenal erti putus asa

    BalasPadam
  4. Setiap kejayaan pasti ada pengorbannya..usaha, doa, tawakal itulah kuncinya..

    BalasPadam
  5. setuju3 dgn entry..usaha kn brterusan.. coz tu kn ingt
    DUIT~doa+usaha+istiqamah+tawakal= Insya-Allah hasilnya kjyaan =)

    BalasPadam
  6. betul3... bukan senang nak senang....

    BalasPadam
  7. Setuju dgn entry ni..
    sifat malas tetap ada dalm diri sape2 pun, x t'kecuali sy..
    mmang tak boleh dibuang, tapi boleh dikurangkan... :-)

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!






Advertisement