hasrulhassan.com
Cabaran Duit Raya 2014

14 August 2011

Andai Dah Susahkan Pengunjung, Macam Mana Nak Baca Blog?

As-Salam.
Saya sejak akhir2 ni, rajin lak singgah-singgah blog-blog baru, blog kawan2 yang ada dalam bloglist tu pun saya jenguk2 gak, tapi biasalah, sifat ingin tahu bagaimana rupa dan wajah blog-blog baru meluap lak. Bukan apa, ada sesetengah tu cam lost je bila berblog.

Dan yang tak bestnya ialah, bila saya nak klik2 tak boleh. Oppss ... bukan klik iklan ehhh, tapi nak klik entri di blog tu. Anak panah udah bertukar .... jadi gambo cute yang menari-nari sana sini. Cantik tu memang cantik. Tapi kalau cantik camtu, sampai saya nak gunakan mouse pun susah, macam mana? Haaa .. kalau orang lain ... lagi2 yang baru2 nak jinak2 dalam dunia blog, yang nak lihat entri2 dalam blog tu ... tak ke konpius dibuatnya.

Bukan semua orang tahu macam mana nak navigasi dalam blog. Jika anda seorang blogger baru yang baru nak tatih ke blog orang lain, bila berhadapan situasi begini, tampak macam benda leceh lak.

Saya ok lagi, ada trick2 yang saya leh guna untuk tengok entri2 yang ada. Tapi kalau dah 10 minit dok main2 mouse dalam blog je tanpa dapat baca isi2 lain .. hmm apa guna ehh, melainkan memang itu tujuannya, nak bagi pengunjung berada lama melepak di blog anda. Klik2 tak jadi apa .. klik2 tak jadi apa ... adehhh ....

Jangan terasa hati ehh dengan tulisan saya ni. Bukan apa, ada yang minta saya singgah blog derang, mintak komen, minta nasihat .. tapi kalau pintu pun saya tak nampak, macam mana saya nak masuk??


Tahniah Buat Datuk Lee Chong Wei - Kejohanan Dunia Badminton 2011

Salam.
Hujan. Lebat lak tu, anak saya yang sulong, tidur sejak tghari, dekat buka puasa baru bangun. Memang penat la tu kot, penat berpuasa. Uhhh jarang anak saya ni tidur siang - pengsan nih. Adehhh...

Hmm baru lepas tgk badminton, Kejohanan Badminton Dunia di Stadium Arena Wembley. Perghh memang sengit perlawanan Datuk Lee Chong Wei dengan Lin Dan. Ada satu masa tu, saya memang debar-debar, apatah lagi di set terakhir penentuan Juara Dunia.
Tapi, nampaknya bukan rezeki Datuk Lee Chong Wei, kalah tapi tak bermakna mengalah mudah. Perjuangan pemain nombor satu negara ini patut dicontohi, dia berjuang sampai ke ahirnya yang menampakkan dia kalah dengan tipis.

Set pertama berjaya menang dengan 22-20, kemudian tak bernasib baik dengan kalah 14-21 dan akhirnya tewas dengan perghhh ... saya tak senang duduk bai .... tewas dengan mata 21-23. Tapi ini bukan tewas biasa, tewas dengan penuh bangga sebab bermain mantap.

Set penentuan memang sengit, mata jarak antaranya sikit-sikit je ..kejap Lin Dan, kejap Datuk Lee Chong Wei. Apapun, anak kelahiran Pulau Pinang ini memang terbaik. Tak sia-sia la dapat gelaran Datuk ... 

Terima kasih Datuk Lee Chong Wei.

Komen - Petunjuk Blog Ada Pembaca

As-Salam.
Ada yang bertanya, bagaimana nak tahu blog kita diterima pengunjung dan akhirnya punyai pembaca sendiri? Jawapan saya mudah je, lihat komen.

Komen pada entri membezakan jenis-jenis pengunjung, adakah mereka pembaca atau hanya sebagai pengujung sesekali. Ada yang membaca blog anda teliti sehinggakan setiap kesilapan (andai ada) akan ditegur. Ada tu, dia boleh kaitkan dengan entri lain yang dah dibuat. Yang ini memang pembaca tegar, mereka tahu perjalanan sesuatu blog.

Komen pada entri memang berbeza, mengikut tajuk dan isi entri tertentu. Mereka yang meninggalkan komen adalah mereka yang punyai tanggapan, punyai luahan, punyai pendapat yang ingin mereka kongsikan. Apapun, ia semua bergantung pada jenis entri. Kalau dah entri tu isinya satu penulisan berbentuk ucapan, maka dibalas pun adalah dengan ucapan ... ye tak?

Komen pada entri tertentu juga menunjukkan berlaku tindak balas antara pembaca dengan blog, erkk bukan dengan anda sebagai pemilik blog. Interaksi antara anda dengan pengomen di blog hanya berlaku bila anda berada dalam komentar ataupun anda buat kunjungan balas.

Oh ya, bukan orang yang suka pada blog sahaja boleh dilihat dalam ruangan komen, malah anda boleh juga tahu berapa banyak yang tak suka dengan blog anda ... :) ....tak percaya? cubalah jangan aktifkan tapisan .. ada berani? Saya .. erkk blum berani lagi .. hahaha....(tak beri anynomous komen).

Lupa satu lagi ... ada silent reader, tetapi lama-kelamaan silent reader pasti akan bersuara. Dan bagaimana nak tahu ada pembaca senyap nih? Hmm kena guna analitik la sikit ... nanti2 saya cerita ehh ... 

Okeh.

*p.s: Ada yang minta pendapat mengenai blog mereka, hmm saya mohon maaf awal2 kalau saya tak dapat berbuat demikian ...

13 August 2011

Bicara Buat Lelaki Bergelar Suami Episod Akhir - "Isteri, Tidak Ku Tagih Setia, Sesetia Hawa"

As-Salam.
Mungkin ada yang nak tahu apa rangkap akhir dalam siri Bicara Buat Lelaki Bergelar Suami ini. Dan nampaknya ramai yang suka dengan bait-bait puisi yang ditulis oleh Nor Aishah Hamid ini.

Mungkin sebab ada banyak kebenaran, dan mungkin juga sebab ia banyak terkait dengan kehidupan realiti nyata pasangan yang berumahtangga. Puisi yang penuh dengan sinis, tetapi membimbing. Puisi yang boleh kita jadikan sebagai panduan hidup berumahtangga buat mereka yang dah lama mahupun yang baru nak berombak badai.

Edisi siri ini:

Dan kali ini saya kongsikan kepada anda Episod Akhir Siri Ini ...

Bicara Buat Lelaki Bergelar Suami

Marilah sama-sama kita tabur secubit salji pada segenggam api.
Telah banyak kita dengar cerita keruntuhan, kisah perpisahan.
Marilah kita suburkan kembali pohon perkahwinan ini
walaupun telah berdekad-dekad usianya

Institusi ini adalah kubu terakhir kita.
Marilah kita pertahankan bersama si dia.
si diaku, si diamu 
cinta kita jangan mati dalam arus dunia siber,
biar setia kita semakin waja.
Biarlah skrin-skrin internet atau intranet memaparkan
yang indah-indah pantulan seri rumah tangga kita.

Bicara ini diakhiri dengan satu coretan
yang mungkin boleh diguriskan pada kad hari lahir isteri
atau kad ulangtahun perkahwinan
atau surat biru yang ingin kau utuskan padanya?

Atau kau pahatkan saja di halaman hatimu
pada malam nanti :

Aku hanya seorang suami yang menerima setulus hati seorang isteri.
Janji yang termeterai di akad bikah kita musim yang lalu.
Salam kuhulur buat menyapa hatimu nan luhur
Bersama kita harungi derita yang datang
Bersatulah kita tempuhi nikmat yang bertandang
Denai perkahwinan pasti dihujani air mata
Biar kita rasa : rupanya syurga itu sangat tinggi maharnya

Isteri - tidak kutagih setia, sesetia Hawa.
Atau kerinduan menggila Laila yang sangat dalam
Terimalah kehadiranku di sudut tersuci di dalam hatimu seorang isteri

Follower di Bangku Kosong: Jejak Blogger #11

Salam.
Kembali dengan entri penghargaan buat follower blog ini. Terima kasih kepada blog-blog ini, kerana memberikan support kepada perkembangan blog Bangku Kosong yang tak seberapa ini.

Mereka ini merupakan sebahagian daripada komuniti blogger, sebahagian dari kejayaan Bangku Kosong. Terima kasih buat anda yang membaca, mengikuti perkembangan blog ini. Berikan sedikit daripada apa yang anda ada. Hidupkan amalan memberi .... @denaihati

http://fatinashifaroslan.blogspot.com/

http://nabilafaryzza.blogspot.com/


http://zaimzakiah.blogspot.com/

Yatim Piatu - Berikan Mereka Sedikit Kasih Anda


Salam.
Syukur pada Tuhan, kerana saya dan anda ada ayah atau ibu, masih ada lagi tempat untuk bermanja dan berseloka. Masih ada tangan keramat yang boleh anda cium, dan mohon ampun dan maaf. Masih boleh mengungkap perkataan ayah, ibu, mak, abah, papa dan mama .... tetapi buat mereka yang tiada keduanya? Pilu dan sayu.

Lebih malang jika seawal usia 4-5 tahun, di saat belaian dan perhatian ibu bapa sangat diperlukan, tiada keduanya di sisi.

Kasihan anak-anak ini, kasihan mereka kerana mereka tak dapat kecapi kebanyakkan anak-anak sebaya mengecapi - kasih sayang dari ibu dan bapa. Masih bertuah lagi, andai ada salah satu darinya. Tetapi jika kedua-duanya dah tiada .. bagaimana? Siapa nak dipangkukan kesedihan, duka lara? Bagaimana rasa sepi ingin terisi? Bagaimana nak peluk cium dan merasai hangatnya pelukan seorang ibu dan dakapan seorang bapa?

Di kesempatan yang ada ini, mari kita insaf diri dan memberikan perhatian pada anak-anak yang telah kehilangan akan keduanya. Bukan mudah hidup sebagai seorang anak tanpa ibu bapa. Tak percaya? Tanyalah mereka yang telah kehilangan salah satu darinya ..... inikan pula keduanya.

Begitu tinggi Islam menyanyangi mereka, sehingga makanan hak mereka kita haram untuk makan ... begitu tinggi martabat diberikan pada anak-anak ini, sehinggakan apabila kita mengusap helaian rambut mereka, kita diberikan pahala .... jadi, andai kita seorang insan yang ada hati, ada perasaan, cubalah jengahkan diri kita di tempat mereka ini berada. Tak perlu nak tunggu keluar TV, tak perlu nak tunggu ada jemputan, kehadiran anda pasti akan buat mereka gembira ... percayalah ... 

ALEXA Ranking: Blog Mana-Mana Pun Boleh Jadi Top 10 !!

As-Salam.
Terlebih dahulu saya nak ucapkan syabas dan tahniah buat blog-blog hebat ini:
  1. Denaihati (Global 30185, Malaysia 99)
  2. Ben Ashaari (Global 38229, Malaysia 189)
  3. Kujie  (Global 50979, Malaysia 231)
  4. Puan Bee  (Global 55094, Malaysia 232)
  5. Cik Epal  (Global 47198, Malaysia 252)
  6. Wan Cikgu Muzik  (Global 77159, Malaysia 259)
  7. blog.ariff  (Global 60646, Malaysia 282)
  8. Faizal Fredley (Global 62683, Malaysia 332)
  9. Yanmie Online  (Global 85571, Malaysia 364)
  10. ! Erti Kehidupan  (Global 86433, Malaysia 374) 

Selamba saya copy paste dari blog mamat ni [klik sini] senarai di atas tu. Dan nampaknya kebanyakkan blogger di atas tu, dah singgah2 dah sebelum ini, dan saya pun dah baca dan tengok hasil penulisan mereka. Jadi tak disangkallah mereka boleh jadi Top 10 Malaysia bagi kategori blog berbahasa Melayu.

Dan jika amati betul2, kebanyakkan dari blog2 di atas semuanya dan kebanyakkan lebih suka memberi, anda singgah dan komen, pasti komen anda itu akan berbaloi. Jika tidak hari ini, esok lusa pasti akan menerima 'habuan' nya.

Jadi, masukkan blog top 10 ni dalam bloglist korang, dan sentiasalah berkunjung dan 'berbicara' di blog2 tersebut. Saya tahu, sebab saya suka buat. Dan alhamdulillah, kebanyakan dari mereka ini pasti akan singgah balik - erkk tak macam saya yang jarang2 singgah ni - almaklumlah nak kena mengasuh anak-anak di rumah .... huhuhuhu ....

Pastinya mereka berada dalam senarai bukan hanya duduk2 sahaja. Mereka promo merata, tak percaya? Lihat sahaja iklan Denaihati.com dalam Facebook .... aha ... sapa ada duit lebih ..leh la buat cara DenaiHati tu .. sure berbaloi ... :)

Google Blog Search

As-Salam. Saya tak pasti samada anda tahu atau tidak, tetapi ia bagus untuk semua blog-blog baru. Google Blog Search, satu tempat penyenaraian blog-blog yang terkandung dalam enjin carian. Seandainya blog anda tidak kelihatan dalam enjin carian terutama Google Search, maka anda perlu lakukan sesuatu, dan cara paling mudah adalah dengan menghantar url blog anda terus kepada Google Search.



Ini merupakan contoh skrin shot apabila blog anda dah didetect oleh enjin carian:

Enjin Carian Google

Sebelum sempat anda taip abis url atau kata kunci, terus dia akan keluarkan cadangan carian .. itu bermakna telah ada dalam database enjin carian nama atau url blog anda. :) Cara sama juga boleh dilakukan dengan enjin carian lain seperti Bing dan juga WebSearch.


Enjin Carian Yahoo
Selalunya apabila blog anda dah ada dalam senarai enjin carian begini, anda tidak perlu lagi untuk submit url blog anda, apa yang perlu anda lakukan adalah update blog dan pastikan anda ping blog anda untuk dikenalpasti sahaja.

Namun, ada juga pendapat mengatakan kita perlu submit paling minima sebulan sekali ke enjin carian agar Page Rank (PR) tidak tergugat.

Jadi, nak submit URL blog macam mana? Anda hanya perlu ke laman berikut:


Hanya taip url blog anda, dan tekan submit blog .. sangat mudah bukan? Tak perlu nak daftar apa pun. Jika anda belum lakukan . lakukan sekarang .. klik sini.

Selamat mencuba.

12 August 2011

"Apa Kena Dengan Nuffnang Ni? Asyik Error Je !!"

As-Salam.
Sejak dua menjak ni, dah sangat kerap la pula berlaku begini. Naik tension gak la bila nak masuk dan buat modifikasi dalam akaun. Mungkin dah tepu agaknya, sampai tak leh nak melayan karenah pemilik2 akaun kot.


Semalam, ada problem lain ... widget Nuffnang keluar error yang tak sepatutnya berlaku. Adeh tau la saya dah tak jadi ahli eksklusif Nuffnang ... tapi janganlah buat saya begini .. hehehe... pergh ayat sadis giler ni. Tapi yelah, bila selalu sahaja keluar error, pengguna yang terdiri daripada blogger pasti akan naik lemau ... 

Uhh ... mungkin Nuffnang dah tak kisah kot bila banyak blog kuar daripada platform pengiklanan mereka, yelah ... dah makin juta2 dah ... so dah tak heran la kot. Dulu, baru nak naik, uhhh macam2 Nuffnang bagi, sana-sini dok cerita cek yang best2 dari Nuffnang ... tapi sekarang ni? hmmm cek ada tapi tak lebat dah macam dulu.

Saya? Hmm belum lagi merasa cek dari Nuffnang. Buffered Earnings (BE) pun dapat time trafik baru 10-20 sehari .... 3 tahun dahulu .... sekarang ni ... berani ke nak bagi BE? HUhuhu ... kasik la kalau berani .. hahaha... adehhh (sila baca dengan nada tak puas hati ehh).


Blogger baru mudah nak dapat BE dari Nuffnang jika tahu caranya, sila dapatkan petua dan tips ini dari entri ini: 15 Tips Buffered Earnings (BE) Nuffnang

Petua yang dinyatakan di atas tak sesuai digunakan oleh blog2 yang dah ada trafik tinggi .... sebab dah tak relevan. Bagi Nuffnang, mereka lebih suka 'menghargai' blog-blog baru .. huhuhu... jika engkau udah ada juta trafik, silalah bertukar platform pengiklanan .. hehehehe (sure marah Nuffnang ni).

[Gambar] Serangga Yang Sedap Dimakan

As-Salam.
Ish ish ish .. dah tak ada benda lain ke nak makan ehh? Hehehe... hmm lain padang lain belakang, lain tempat lain ragam. Ragam bukat takat perangai tetapi melibatkan selera juga. Lain tempat melihat kita memakan durian - buah paling busuk di dunia adalah antara perkara paling abnormal bagi mereka. Begitu jugalah dengan kita.

Budaya dan amalan kebiasaan kita telah menolak awal-awal menu pemakanan begini, namun tidak dinafikan ada di sesetengah tempat, dek kerana obses dengan khasiat tertentu yang dipercayai .... telur harimau pun leh dibuat sajian !!

Serangga adalah makanan yang boleh dianggap sebagai salah satu menu snek harian buat sesetengah negara. Meh kita lihat serangga yang sedap dimakan di negara-negara tersebut. Erkk sedap di lidah mereka ..... bukan saya .. anda?

Cengkerik Goreng - Thailand
Cengkerik Goreng

Kumbang Busuk - Irian Jaya, Indonesia
Kumbang Busuk
Pelbagai Jenis Serangga - China

Sate Serangga
Pai Belalang - Mexico
Pai Belalang
Sup Beluncas - Botswana
Sup Beluncas
Tarantula Goreng - Kemboja
Tarantula Goreng
Sumber: Oddee

[Senda Gusi] Ini Lebih Kronik Dari Keluarga 69

Salam.
Jika anda salah seorang peminat filem-filem arahan Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, tentu biasa dengan filem keluarga yang penuh tunggang terbalik - Keluarga 69. Tapi, itu ok lagi, leh faham susur galur dan rantaian keluarga, siapa anak, siapa bapak - yang mana bapak kawin dengan anak kepada isteri anaknya....huhuhuuhu...

Tapi yang akan saya kongsikan ni, perghh lagi kronik ... saya nak jejak satu persatu pun pening dah. Anda bijaksana bukan? Tolong selesaikan boleh tak?

Baca kisah ini dan beritahu siapa Ramli ....

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli.

Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada Bapak Mertuanya. 

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli, Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Setakat ini, boleh keep track lagi kan?

11 August 2011

Kecewa Dengan Blog Sendiri, Ambik Keputusan Tutup Blog

As-Salam. Pernah juga beberapa kali saya cuba singgah di beberapa blog menerusi widget follower, tetapi apa yang saya dapat adalah blog not found. Aiseh, sedih gak la rasa di hati sebab tak dapat nak jenguk blog follower. Tak pasti kenapa berlaku sedemikian, mungkin frust kot dengan dunia blogging ni.

Namun, apa yang mungkin adalah dek kerana kita sendiri sebagai blogger agak kurang nak memberikan support terhadap blog-blog yang baru nak naik ni. Mereka sebenarnya ada minat nak berblogging tetapi minat mereka dimatikan oleh beberapa sebab.

Antaranya;
  1. Blog kurang follower, menyebabkan mereka menganggap bahawa dunia blogging bukan tempat mereka. Mereka kecewa sebab mereka merasakan mereka tak ada support dari kalangan blogger sendiri untuk meneruskan minat mereka.
  2. Blog tak ada pengunjung yang ramai - pageviews tak naik2. Oleh sebab itu mereka merasakan bahawa blog yang mereka buat tidak menarik minat orang untuk singgah dan baca apa yang mereka tulis.
  3. Blog kurang komentar. Bila mereka menulis entri, tiada sambutan dari kalangan pengunjung untuk melontarkan idea dan juga respon. 

Itu adalah 3 perkara yang saya nampak, dan banyak dikeluhkan oleh kebanyakkan blogger, tak kiralah lama atau baru. Ada juga menutup blog sebab mereka merasakan kehadiran mereka dalam dunia blog sudah sampai ke penghujungnya.
Di sebalik tumbuhnya blog bagai cendawan, ada juga blog yang dah mati. Bersawang tak apa lagi sebab masih boleh dibersihkan ... tetapi bila berlaku blog not found .... tak dapat la den nak nulongnya dah .....

Pastinya, perlukan minat yang sangat mendalam, dan ketekunan serta iltizam dalam dunia blog. Ianya tak mudah, perlukan masa. Cuma, letakkan minat yang tinggi untuk melakukan yang terbaik, insyaAllah pasti akan ada kejayaan manis yang menyusul. Banyak tu tidak, tapi pasti akan ada.

Buat blogger yang dah lama bertapak, cubalah bantu apa yang terdaya buat memperkenalkan  blog-blog baru ini. Tak jadi follower tak apalah ... tapi berikan pendedahan agar yang berminat leh mengetahui, leh follow, leh komen, leh baca apa yang blogger baru ini cuba kongsikan dalam dunia blog.

[Gambar] Ramadhan di Jerusalem

Salam.
Kemeriahan Ramadhan di mana-mana, walau perit dan dalam serba kekurangan, semangat dan barkah Ramadhan tidak pernah luntur. Roh Ramadhan hidup walaupun di dalam negara yang menghadapi pergolakkan. Roh Ramadhan tetap mekar.

Mari saksikan wajah-wajah Palestin di Jerusalem, menghadapi Ramadhan setiap tahun. Syukurlah kita semua, kerana berada dalam keadaan aman dan sejahtera, masih lagi dapat merasa juadah yang pelbagai, dapat bersama keluarga berbuka dan bersahur dalam serba keriangan.



[Gambar] Ramadhan di Jordan

Salam.
Ramadhan oh Ramadhan. Seluruh dunia yang mempunyai penduduk Islam pasti akan menyambutnya dengan cara yang tersendiri. Di balik tuntutan agama, ibadah ini turut tersulam dalam budaya masyarakat tempatan.


Uniknya Ramadhan di negara-negara Islam lainnya menunjukkan bahawa Islam tidak pernah melarang perlakuan budaya dalam menyambut suasana Ramadhan.

Mari kita lihat suasana Ramadhan di Jordan pula kali ini.


Kompleks Cambell - Pencakar Langit Kuala Lumpur Pertama Terbakar

Salam.
Anda mungkin tak tahu, dan saya pasti ramai antara pembaca blog ini tidak pernah mengetahui akan kejadian ini.

Kompleks Campbell mula dibuka pada bulan Mei 1973 dan ia terletak di Jalan Campbell (kini Jalan Dang Wangi). Bangunan yang dipunyai oleh mendiang Tan Sri Lim Thean Leong, pengerusi serta pengasas Bolton Berhad. Bangunan yang dianggap pencakar langit pertama di Kuala Lumpur ini mengandungi podium setinggi empat tingkat menempatkan gedung pakaian, kedai kamera, kedai jahit, restoran, bar, sebuah kelab malam serta bangunan pejabat setinggi 20 tingkat. 



Kebakaran besar Kompleks Campbell adalah kes kebakaran yang terburuk pernah berlaku di Kuala Lumpur, Malaysia. Ianya telah berlaku pada 8 April 1976 iaitu hanya tiga tahun setelah Kompleks Campbell mula dibina, kebakaran tersebut mengakibatkan kerugian sejumlah RM50 juta serta mengorbankan satu nyawa. Kebakaran ini mengambil masa lebih daripada 30 jam untuk dipadamkan oleh anggota bomba pada ketika itu.

Jom Heboh Blog Sambil Kibar Jalur Gemilang !!

Salam.
Telah selesai segmen saya untuk memperkenalkan blog baru yang kurang 500 followers, segmen tersebut berjaya mengumpulkan lebih dari 60 buah blog. Terima kasih saya ucapkan.

Dan buat anda sebagai antara pengunjung blog Bangku Kosong, mari kita jengok dan kasik heboh blog-blog baru ini ...psss .. ada blog2 tu buat saya seganlah, bukan sebab apa, sebabnya adalah kerana isi-isi entrinya yang padat ... dan ada tu tampak lebih profesional. 

Selain tu, segmen ini juga telah paling kurang membolehkan mereka yang sertai mengibarkan Jalur Gemilang di blog mereka, sempena sambutan hari kebangsaan .... terima kasih sekali lagi.

  1. deardiary5ruziskandar
  2. sayakongsicerita
  3. norafidahrosli
  4. laman-ayahsi
  5. orangpear
  6. puterieima
  7. posto2all
  8. marinafazli
  9. anahwan1008
  10. aisyahsapian
  11. dakmikezloveselemun
  12. newbie-stalks
  13. indahhiasan
  14. fifirainbrowse7en
  15. duniasaya2001
  16. greatzulfiqar
  17. ibusumaiyah
  18. dearked
  19. therainbowjourney
  20. darisudutpandanganpaksiz
  21. noorniey
  22. aqalili
  23. acapsuur
  24. pinkaholicx
  25. ikatakiyudin
  26. mylightsaber2803
  27. stereokomono
  28. ytazzispeaks
  29. purplepoci
  30. deelicious97
Anda juga boleh lihat senarai-senarai ini di sidebar blog ini. Di situ ada senarai lengkap ... sekali lagi terima kasih.

Bicara Buat Lelaki Bergelar Suami (Episod 4)

Salam.
Sekali lagi episod baru - Bicara Buat Lelaki Bergelar Suami, jika anda tidak mengikuti, anda boleh baca: Episod 1, Episod 2 dan Episod 3 ....

Ianya merupakan puisi hasil nukilan hebat Nor Aishah Hamid.

Bicara Buat Lelaki Bergelar Suami

Uhhh?
Kekadang isteri mengamuk, dengan ombak prasangka dan taufan cemburu
Apa bukti setiamu suami? Apakah tandanya aku dihatimu?
kekadang disergahnya kita, ketika keringat masih membasah
baru menjegah dipintu rumah

Ketika itu nilailah diri, mungkin kita berdosa dengan Tuhan
atau bersalah dengan insan, mungkin banyak kezaliman dan penganiayaan
yang telah kita lakukan

Lalu datang teguran, amaran dan peringatan, secara 'indirect' dari Tuhan
hadapkanlah diri ke cermin hati, kaji diri satu persatu
kalau liar, berhenti, kalau berdosa, bertaubatlah
sebaliknya jika ternyata isteri yang melulu, nasihatkanlah baik-baik
bukan senang nak senang, ingatlah mustika kata dalam kitab-kitab tua
suami yang bersabar dengan isteri yang jahat, akan mendapat pahala Nabi Ayub
atau ingatlah pesan Sayidina Umar al-Khattab
ketika didatangi seorang suami yang dileteri isteri :

"Bersabarlah, kerana sesungguhnya isteri telah banyak membantu kita. Dia yang menyelamatkan kita dari amukan nafsu. Dia yang membantu menjaga makan minum kita.
Dia yang mencuci kain baju kita, Dia yang membantu membersihkan rumah kita"

lalu apa salahnya kita bersabar dengan sedikit kerenahnya...

**bersambung - Episod Akhir

*p.s: Gambar yang digunakan untuk entri ini telah mendapat respon negatif, maka saya telah buang dari tatapan. Buat mereka yang merasa terkesan dengan gambar yang digunakan, saya mohon maaf.

10 August 2011

Wordless Wednesday #WW - Jalur Gemilang Yang Usang


Jimmy Chua - Penjenayah Yang Melakar Sejarah Penjara Pudu

Salam.
Saya fikir mungkin tak ramai yang tahu siapakah Jimmy Chua. Jimmy Chua, satu-satunya banduan yang hampir2 melarikan diri dari penjara Pudu satu ketika dahulu, iaitu lebih kurang 25 tahun lalu.

Jimmy Chua bersama 5 banduan lain telah menahan seorang doktor dan pembantunya di Penjara Pudu, Kuala Lumpur. Ia merupakan satu lakaran sejarah kerana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini, namuan kejadian pagi 17 Oktober 1986 itu telah menjadi satu titik hitam dalam sejarah Perkhidmatan Penjara Malaysia.

Berlaku penawanan dua orang awam, iaitu Dr. Radzi Jaafar dan Dr. Abdul Aziz Abdul Majid oleh enam orang banduan reman yang diketuai oleh Jimmy Chuah. Penawanan berakhir selepas enam hari setelah banduan menyerah diri

Peristiwa Jimmy Chua Ditahan
Jimmy Chua, penjenayah yang dikehendaki satu ketika dahulu, telah berjaya ditewaskan dan diberkas tanpa menggunakan sebarang peluru dari senjata api. Pegawai dan anggota polis yang terlibat dengan penahanan Jimmy Chua adalah anggota Unit Risikan (D4) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur diketuai Inspektor Bakri Ghazali dan empat anggota termasuk Detektif Konstabel Rosdi Shafie.

Tiga lagi ialah Koperal How Seng Beng, Detektif Konstabel Rahman, Detektif Konstabel Anuar dan Detektif Konstabel Azizan. Pasukan itu memberkas Jimmy Chua, beberapa hari selepas penjenayah paling dikehendaki terbabit menembak mati Konstabel Mohd Yasin Ismail pada 8 Februari 1984.

Sebelum kes pembunuhan itu, penjenayah itu kurang dikenali walaupun turut terbabit dalam kesalahan lain termasuk memiliki senjata api dan menjadi ketua kongsi gelap. Selepas pembunuhan Mohd Yassin, semua unit polis Kuala Lumpur diarahkan berjaga-jaga dan memburu Jimmy Chua.

Polis menerima maklumat penjenayah paling dikehendaki itu berada di sekitar Bukit Bintang, Kuala Lumpur dan menaiki kenderaan curi jenis Datsun Sunny merah dengan nombor plet palsu CU 125.

Wordless Wednesday #WW - Bentuk Badan Wanita


Kapal Selam Buatan Tangan

Salam.
Usaha tangga kejayaan. Tak belajar tinggi tapi mampu cipta sesuatu yang hebat dan luarbiasa. Tao Xiangli telah mencipta sebuah kapal selam seberat 1.6 tan, hanya menggunakan tong kosong dan bahan-bahan sendiri.


Menurut Tao, kos untuk membina kapal selam ini sekitar £2,200, menyamai gajinya selama setahun. Walaupun nampak macam dah siap, Tao masih lagi menguji kapal selam ini, dan dia berkata ia boleh menyelam sehingga 10 meter dalam.


Ini bukti bahawa siapa pun kita, jika ada iltizam, kesungguhan ... kita mampu mencipta satu sejarah sendiri. Mungkin agak sukar, tetapi apabila kejayaan itu dapat dicapai, pastinya akan memberikan kenangan paling indah dalam hidup. Dan pastinya nanti, akan dijadikan sumber inspirasi buat yang lain!

Blog-Blog Baru - Jom Kasik Heboh Di Blog Baru Ini (Updated)

Salam.
Tak perlu kata-kata, anda dah tahu apa yang perlu dilakukan, itupun jika anda mahu kenal kenal dengan blogger-blogger baru bersama blog2 mereka ini. Seperti kata seorang sahabat blogger saya, jika anda nak follower ramai, maka berikan apa yang perlu pada mereka, kerana follower itu bagi blogger baru adalah pencetus semangat.

Bayangkan anda dahulu ketika baru nak merangkak .... mereka juga seperti anda ... meh meh kita terjah, singgah senarai blog yang saya sediakan ini. Jika anda suka, anda boleh follow blog mereka, jika tak suka .... katakan dan berikan nasihat anda sebagai orang yang dah tahu ... kerana mereka blogger baru, perlukan sokongan dari blogger seperti anda dan saya.

  1. http://xamreenaxeer.blogspot.com/2011/08/segmen-jom-heboh-blog-baru.html
  2. http://umairamaisara.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html <- birthday 31 Ogos!
  3. http://umealong.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  4. http://storyalipapai.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  5. http://shuhaimersaad.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  6. http://qasehsaifudin.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  7. http://nukilanrasahatiku.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  8. http://nokakashichi.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  9. http://miner89.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  10. http://mehmetwie.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  11. http://lieynanilaz.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  12. http://ladyane79.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  13. http://kure2kucivil.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  14. http://kederatmuda.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  15. http://izzatialina.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  16. http://hanyzhamhadny.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  17. http://gettingintolove.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html <-- best ni ...
  18. http://fadhfar.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  19. http://diarihatibicara.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  20. http://citrananizam.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  21. http://cinonetstory.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  22. http://bla-bla-blub-blub.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  23. http://belogwanaeiskay.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-belog-baru.html
  24. http://bbychenta.blogspot.com/2011/08/segment-jom-heboh-blog-baru.html
  25. http://areda91.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  26. http://apeponbolehhh.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  27. http://anne-nurain.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  28. http://dayahiedaya.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  29. http://idah-alhabsyi.blogspot.com/2011/08/segmen-jom-heboh-blog-baru.html 
  30. http://blognyek.blogspot.com/2011/08/segmen-jom-heboh-blog-baru.html
  31. http://reefearpmm.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html
  32. http://zalifa97.blogspot.com/2011/08/jom-heboh-blog-baru.html

09 August 2011

Elia: Jejari Runcing - "Sudah Tersurat, Aku Redha"

As-Salam.
Terima kasih kepada ibu saudara kepada blogger Jejari Runcing kerana membawakan berita ini kepada saya iaitu pemilik blog Bicara Mak Dara

Dan ini adalah penjelasan, keterangan, luahan isi hati pemilik blog JejariRuncing:


Skrin Shot Blog Jejari Runcing - Harap Mohon Dihalalkan Paparan Ini Buat Memberikan Kebaikan Buat Semua.

Semua orang yang pernah bercinta, pernah terluka. Saya pun pernah, beberapa kali. Sedih tentulah. Dikata orang, biasalah. Menyesal - tidak. Pengalaman lalu mengajar banyak erti sabar, redha, insaf dan syukur.

Meh baca sepenuhnya luahan bekas tunangan penjaga gol kebangsaan ini - KLIK SINI.

Mana yang baik dijadikan pedoman, yang tidak baik dijadikan pengajaran. Tuhan menentukan di sebalik kita merancang. 

[Gambar] Ramadhan di Kaherah, Mesir

Salam.
Sekali lagi saya bawakan suasana Ramadhan di seluruh dunia untuk tatapan anda. Mari lihat bagaimana uniknya adat dan budaya mereka ini.

Ramadhan di Kaherah (Cairo), antara yang unik ialah persembahan lampu seperti tanglong yang akan menghiasi rumah-rumah di Kaherah. Ia lebih kurang seperti di Malaysia yang meletakkan panjut untuk hiasi sekeliling laman.



Makanan memang mewah, dan perhiasan untuk menerangi bulan Ramadhan ada macam-macam. Ibarat satu pesta mungkin.



[Gambar] Ramadhan di Bangladesh

Salam.
Bangladesh, antara negara Islam yang miskin. Rata-rata rakyat negara ini berada dalam hidup yang serba kekurangan. Apa sahaja yang boleh memberikan mereka satu rasa dalam kemeriahan Ramadhan, mereka akan cuba capai dan dapat.

Mari saksikan gambar-gambar suasana Ramadhan di Bangladesh .... kemiskinan dan kadar yatim piatu adalah antara tertinggi di dunia.

 


08 August 2011

Kisah Malaikat Jibril a.s, Kerbau, Kelawar dan Cacing

As-Salam.
Mungkin setengah dari anda pernah dengar cerita ini. Boleh dikatakan ia satu kisah yang agak popular jugakla kat kuliah2 agama. Buat mereka yang mungkin tak pernah dengar, meh la baca kisah ini.

Kerbau (Gambar Hiasan). Foto: Lensahasrul

Kisah Malaikat Jibril a.s, Kerbau, Kelawar dan Cacing

Suatu hari Allah SWT memerintahkan malaikat Jibri a.s untuk pergi menemui salah satu makhluk-Nya yaitu kerbau dan menanyakan pada si kerbau apakah dia senang telah diciptakan Allah SWT sebagai seekor kerbau. Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui si Kerbau.

Di siang yang panas itu si kerbau sedang berendam di sungai. Malaikat Jibril a.s mendatanginya kemudian mulai bertanya kepada si kerbau, 

"hai kerbau apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kerbau". 

Si kerbau menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kerbau, dari pada aku dijadikan-Nya sebagai seekor kelawar yang ia mandi dengan kencingnya sendiri". Mendengar jawaban itu Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui seekor kelelawar.

Malaikat Jibril a.s mendatanginya seekor kelawar yang siang itu sedang tidur bergantungan di dalam sebuah gua. Kemudian mulai bertanya kepada si kelawar,

"hai kelawar apakah kamu senang telah dijadikan oleh Allah SWT sebagai seekor kelawar". 

"Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor kelawar dari pada aku dijadikanNya seekor cacing. Tubuhnya kecil, tinggal di dalam tanah, berjalannya saja menggunakan perutnya", jawab si kelawar. 

Mendengar jawaban itu pun Malaikat Jibril a.s segera pergi menemui seekor cacing yang sedang merayap di atas tanah.

Malaikat Jibril a.s bertanya kepada si cacing, 

"Wahai cacing kecil apakah kamu senang telah dijadikan Allah SWT sebagai seekor cacing". 

Si cacing menjawab, "Masya Allah, alhamdulillah, aku bersyukur kepada Allah SWT yang telah menjadikan aku sebagai seekor cacing, dari pada dijadikaan-Nya aku sebagai seorang manusia. Apabila mereka tidak memiliki iman yang sempurna dan tidak beramal sholih ketika mereka mati mereka akan disiksa selama-lamanya".

Saya bermohon perlindungan dari Allah Taala dari menjadi seperti manusia yang dikatakan oleh cacing. Amin.

Ramadhan Di Tempat Mereka ...

Salam.
Bukan semua orang merasa kegembiraan Ramadhan yang sama, ada yang berlainan suasana. Yelah, suasana kat kampung takkan sama dengan yang bandar. Suasana di Kampung Permatang Pasir, Kedah takkan sama dengan suasana di Kampung Permatang Pasir, Pulau Pinang ... nama sama, tapi suasana, keadaan pasti berbeza.

Macam sorang ni, suasana kat tempat dia lain .... baca sini: Uniknya Ramadhan di Tempat Aku. Cam suram je ... mungkin semangat Ramadhan tu tak datang lagi.

Dan ... perghh memang kontra dengan suasana Ramadhan di tempat kawan saya ni. Katanya kat Mambau, alahai ... tempat dan kampung halaman Nabil, Raja Lawak tu ... meh baca sini: Awek Jururawat Beli Kuih Di Tempat Aku

Seperti di tempat lain, kebanyakkan suasana lebih kurang sama .. macam ni: KLIK SINI.

Apapun, dengan adanya keberkatan bulan penuh mulia ini, masing2 dapat merasa kelainan dari hari biasa ...mungkin kita tak berapa nak sedar, tetapi cuba lihat benda2 kecil yang berlaku, pasti ada yang unik ....

Wajah Hajjah Sitt Al-Wuzara Terbongkar !!

Salam.
Siapa tak kenal ... kalau pengguna Facebook yang beragama Islam pasti tahu siapa si nama di atas tu. Kenal di sini maksudnya mengetahui isu yang telah dibangkitkan oleh wanita ini. Saya tidaklah terlalu mengikuti, tetapi saya pernah juga menjenguk dan membaca entri mengenai wanita ini yang pada dasarnya menghina sensitiviti umat Islam di Malaysia khususnya.

Maklumat ini telah disampaikan dan didedahkan oleh GaySec - sebuah entiti yang berada di laman maya untuk mempertingkatkan keselamatan laman web di Malaysia.

Siapakah Hajjah Sitt Al-Wazura ini?

Wajah Wanita Dipercayai 'Hajjah Sitt Al-Wazura' (Dalam Bulatan). Gambar: AndyHowt

Ok, saya dah tunjukkan muka, nak tahu benda lain, anda boleh merujuk kepada Blog AdyHowt di sini: Akhirnya Terbongkar Rahsia Hajjah Sitt Al-Wazura.

Segalanya dibongkarkan menerusi #OpsRamadhan yang telah dijalankan oleh GaySec. Blog wanita ini juga dah tak boleh diakses - kerana mungkin ingin menutup jejaknya. Dan terima kasih kepada Kujie2.com kerana membawakan berita ini kepada saya.

Jadi sekarang dengan pendedahan ini, harap ada pihak dapat melakukan sesuatu, agar segala pencabulan dapat dibawa ke pengadilan.

#update: Ada perkembangan terkini di sini: Mungkin Itu Bukan Orang Yang Dicari
#update: Arlene Tan BUKAN Hajjah Sitt Al-Wazura - Permintaan Maaf Dari Gaysec

Antara Kuantiti Dan Kualiti Entri Blog

As-Salam. Apa yang paling penting? Kuantiti atau kualiti entri blog? Pernah gak la yang bertanya, mana yang paling bagus, buat entri sekali banyak satu hari, atau sikit je entri tapi entri gempak. Hmm ... dua-dua sebenarnya ada impak tersendiri, dan ada kekuatan dan kekurangannya.

Kuantiti
Untuk tampil dalam dunia blog dan blog dikenali, kuantiti entri adalah perlu. Apabila banyak entri dihasilkan, maka lebih banyak kalilah enjin carian akan menjumpai blog kita. Pendekatan hasilkan banyak entri sehari ini perlu bagi blogger yang baru nak menapak dan mencari tapak sendiri dalam dunia blog.

Itupun sebenarnya bergantung dengan apa yang ingin diperoleh dari dunia blog. Sekiranya anda mahukan pengunjung blog yang ramai, dan tingkatkan pageviews blog anda, lakukan cara ini, banyakkan entri di blog anda.

Anda boleh buat sehingga 4-5 entri sehari. Dan insyaAllah, entri yang banyak paling minima pun pasti akan berikan lebih kurang 50-200 pageviews sehari - khas buat blog baru. Dari kuantiti entri blog, anda sebenarnya akan meningkatkan kualiti blog anda dari satu peringkat ke satu peringkat yang lain.

Kualiti
Jika anda mahukan pembaca, maka entri anda perlulah berkualiti. Gaya penyampaian anda perlu menitik beratkan apa yang pembaca anda suka. Selalunya, kualiti ini akan terhasil apabila dah semakin banyak kali kita buat entri (kuantiti). Dari kuantiti entri di blog, kita menjana pembaca dari pengunjung.

Semakin baik tulisan kita dalam blog. Semakin baik kualiti entri di blog, maka akan lebih ramai akan masukkan blog kita dalam bloglist mereka tanpa kita minta, ianya berlaku secara automatis.

Selalunya, kita akan menitik beratkan kualiti entri apabila kita sudah ada pengunjung tetap. Pada masa ini, kuantiti dah berkurangan .... namun pada satu aspek lain, kualiti entri kita dah semakin mantap.

Semakin banyak kita buat entri (kuantiti), kita akan belajar cara bagaimana untuk memikat pembaca, kita akan dapat melihat mana posting paling disukai, yang ramai orang klik dan baca, maka dari situ, kita bina identiti penulisan kita daripada segala percubaan yang telah dilakukan - dengan membuat banyak entri pada satu2 masa.

Namun, harus ingat .. apabila anda menjadi seorang blogger yang memberatkan soal kualiti, reputasi anda sebagai seorang blogger juga dah ada dan dikenali, jangan sesekali buat silap, kerana mungkin kerana kesilapan yang satu, akan menyebabkan sejumlah kuantiti entri anda tidak lagi bermakna, apatah lagi jika ianya tidak berkualiti.

Maka, sama penting je antara kuantiti dan kualiti. Dari kuantiti memantapkan kualiti. Dari kualiti, mencerminkan kuantiti.

Lebih banyak tips dan panduan saya telah berikan - hanya klik PANDUAN BLOGGING.

07 August 2011

Sepinggan RM2, Kalau Beli Pasar Sekilo RM2 Gak !!

Bukan nak mengeluh apa, cuma saja la nak highlight. Memang bulan Ramadhan ini pintu rezeki terbuka luas. Sesapa yang berniaga pasti akan setuju dengan kata-kata saya. Juallah apa sahaja, dalam apa jua harga, pasti akan untung.

Saya pernah berniaga ala2 pasar malam, time saya dok belajar dulu kat satu kampus ni. Jual apa? Jual kerang rebus .... aha ..untung ... memang untung gila baban .. siyes.

Dan Ramadhan tahun ini seperti mana tahun2 sebelumnya, kerang rebus memang perniagaan yang menguntungkan kat Parit Buntar ni, meh tengok rega sepinggan kerang rebus yang saya dan famili makan kejap tadi:

Sepinggan RM2, Kalau Beli Pasar Sekilo RM2 Gak !!

Special adalah kuahnya yang sedap.

Erkk sorilah ambik gambar lepas dah habis makan .. hehehe.. tak mampu nak tunggu, memang dah terliur .. so santap dulu then baru ambik gambar, jangan marah aaa .. hehehee. Inilah dia kerang rebus Pak Mat yang memang femes tiap kali bulan puasa, biar berpindah banyak kali, dan dah banyak tempat, still ramai yang cari dan nak makan kerang rebus Pak Mat ni.

Kerang Rebus Pak Mat, Parit Buntar.
Malah, bukan orang tempatan je yang makan sini, ada tu datang dari Taiping, dan kawasan berhampiran. Macam2 orang datang, dari student IPT, hinggalah kepada bekas wakil rakyat. Ada cina, india ..... ada bangsa asing, malah pak arab pun ada.

Saya dulu beli kerang seguni RM50 gitu, lau nasib baik leh dapat RM20 seguni - tu banyak kilo tu, beli kat tempat derang dok ternak kerang, memang murah giler. Jadi bila jual sekilo RM2 pun dah kira untung, apalagi kalau jual kerang rebus yang kadangkala separa masak dengan RM2 sepinggan!

Orang tak kisah nak membayar jika sedap, dan kerana itulah orang tak kesah mana pun, walaupun ada masa mulut ni macam tak leh nak halang dari dok bercakap. Biasalah, makan tak puas, mulalah bebel tak tentu hala. 

Tapi itulah, orang tak kesah sebab kuah sedap, dan yang buat ianya jadi tarikan, sebab hanya pada bulan Ramadhan je dok jual, so tak ada hal la ...bukan jual tetiap hari, lau camtu ..perghh lemak berkrim la kaya raya Pak Mat ni ..hehehe....

Rezeki masing2, sendiri tahu kekuatan, walaupun hampir sebelas bulan orang tak lihat Pak Mat Kerang Rebus, orang pasti akan cari bila tiba masa. Walaupun rega kadangkala hangin badan, orang tetap akan cari sebab ia dah jadi cam eksklusif yang hadir setahun sekali. 

Itulah penangan si kerang rebus, walaupun sebenarnya leh je buat sendiri dengan beli sekilo RM2 .... :P

5 Sebab Seorang Blogger Punyai Banyak Blog

As-Salam.
Setiap persoalan ada jawapan, setiap benda yang dilakukan ada sebab, kalau tak ada sebab, maka kerja dan perbuatan tu jadi sia-sialah.

Ada beberapa sebab mengapa seorang blogger tu ada lebih dari satu blog:

5 Sebab Seorang Blogger Punya Banyak Blog

Minat Berbeza, Niche Berbeza
Ada blogger dia tidak suka campur adukkan hal bisnes dengan hal peribadi, jadi dia ada dua blog, satu untuk bisnes dan satu untuk hal peribadi. Ia juga dapat asingkan pembaca, dan dapat kumpulkan kumpulan tertentu terutama pembeli - ini merupakan salah satu contoh.

Ada blogger buat blog satu untuk berbahasa melayu, dan satu lagi untuk berbahasa inggeris. Banyak blogger dari kalangan rakan cina saya, buat dua blog macam ni. Ada juga dok cerita pasal makanan, dalam satu blog tu, dan satu blog lagi mengenai kisahnya sebagai seorang pelukis.

Identiti Alam Maya
Ada sesetengah blogger, dia mahu dirinya dikenali, ada pula tidak mahu dikenali. Begitu juga dalam blog, identiti ada cuma bukan identiti sebenar, lalu dia ada dua akaun untuk blog-blognya, menjadikan dia ada banyak blog dengan dua identiti berbeza. Satu blog dengan identiti sebenar, dan mungkin dalam satu blog yang agak pedas dan kasar penyampaian, dia menggunakan id yang lain.

Ingin Dikenali Lebih Meluas
Jika anda amati, ramai blogger profesional punyai lebih dari sebuah blog, samada ia menjadi penulis jemputan di blog seseorang atau memang memiliki dua blog yang berbeza platform. Jangan terkejut jika anda akan membaca dua buah blog yang isi hampir sama tetapi dalam platform berbeza - satu wordpress dan satu lagi blogspot. Mereka ini membina reputasi, reputasi sebagai seorang blogger.

Malah buat blogger yang punyai profession tertentu, contohnya sebagai seorang jurugambar, dia akan memiliki lebih dari satu blog, satu blog kumpulan photographer, dan satu adalah blog personal yang mengenengahkan hasil kerja individu. Dan dalam beberapa kes tertentu, ada photographer yang buat dua blog - satu gallery (hanya gambar dengan porftfolio) dan satu lagi lebih teknikal (gambar dan butiran mengenai cara shot dilakukan).

Menjana Pendapatan
Lagi banyak blog, lagi banyak iklan anda boleh muatkan, maka ia takkan semakkan blog anda secara individu, dok semua taruh iklan kat satu blog tu, nanti semak la pulak hanya penuh dengan iklan.

Terlalu Banyak Ingin Dikongsikan
Saya ada seorang sahabat ini, dia ada lebih dari 14 blog! Banyak bukan? Saya sendiri tak tahu mana satu blog dia yang betul2 blog dia, tapi semua blog dia punyai cerita berbeza, niche berbeza, follower berbeza, pageviews berbeza dan sumber pendapatan berbeza.

Dan dia pernah bekerja dalam banyak sektor industri. Dia pernah melancong banyak negara. Dan dia juga pernah punyai hubungan cinta dengan ramai orang ... semua ini diceritakan dalam blog-blog yang berlainan, dengan gaya bahasa berlainan, dan cara berlainan.

Harap andai ada yang tertanya-tanya, entri ini sedapat mungkin leraikan apa yang bermain di fikiran, mengapa dan kenapa seorang blogger ada banyak blog. Apa yang pasti, apabila anda menjadi blogger, anda adalah seorang penulis. Bila penulis ... satu buku tak cukup nak cerita .. mesti nak ada banyak buku ..melainkan anda menulis sebuah kamus!

Latar Belakang Artikel Hitam Atau Putih Paling Best ?? | Segmen

As-Salam. Mulanya persoalan ini telah pun saya beri pandangan di kotak komentar wancikgumuzik di Facebook. Tak sangka pula ia merupakan satu segmen anjuran blogger popular ni (popular di Alexa). Atas menghormati dirinya sebagai seorang blogger lantang dan seorang blogger yang punyai pendapat tegas tentang sesuatu perkara, saya langsungkan pendapat ini dalam entri ini.

Sejak saya bermula dengan dunia internet, buat laman web peribadi dan kemudiannya blog, apa yang saya boleh katakan ialah .... 

Putih
Sesuai untuk laman web atau blog yang memberikan banyak input dan info. Penyampaian lebih kepada berbentuk teks. Ia boleh dapat keadaan dalam paling ringkas ataupun penuh bermaklumat.

Latar belakang putih sesuai untuk menyerlahkan isi kandungan, sesuai untuk entri yang menyampaikan dengan cara memberikan fakta, ulasan, dan penyampaian teks yang jitu. Lagipun, putih lebih ekonomikal, ia lebih laju loading, ia tak menyakitkan mata dan sangat mesra dengan kebanyakkan pelayar internet. Namun, dalam kebaikan yang diberikan, ia menjana lebih banyak kuasa atau memakan tenaga dari segi pencahayaan yang diperlukan pada skrin komputer kita.

Hitam
Lihat contoh blog ini: Lensahasrul dan juga Blog Serius. Kedua-dua blog mengenengahkan gambar dalam paparan blog. Ia menjadi wacana utama blog tersebut. Gambar menceritakan segalanya.

Gambar akan lebih menyerlah jika berlatar hitam atau gelap. Ia menaikkan seri gambar tersebut, dan menjadikan ia paling menonjol. Lupakan benda lain, perkara paling penting ialah gambar. Jika blog banyak gambar, disyorkan menggunakan latar gelap atau hitam.

Ia menjimatkan tenaga, dan membuatkan loading untuk hanya diberatkan pada gambar dan bukan kepada layout warna blog atau laman web. 

Yeah ..itu saja dari saya. Ohh untuk blog banyak warna, ia sebenarnya hanya menarik pembaca kerana perawatakan dan bukan isi yang terkandung. Mungkin pemilik blog atau laman web berkenaan lebih suka suasana yang ada dari isi, maka pemilihan warna-warna menjadikan blog itu lebih sedap dikunjungi.

Terima kasih kepada blog WanCikguMuzik kerana buat segmen ini. Anda ada pendapat lain, sila nyatakan menerusi segmen ini: Klik Sini.

*p.s: Blog Bangku Kosong sentiasa berubah warna .... kejap hitam macam tuannya, kejap putih ... kejap merah ..kejap hijau ikut PAS...kejap biru ikut BN ... apapun, ianya warna disebabkan oleh mood .. hehehe.. tak lebih dari itu .. :P

Apa Berlaku Dalam 60 Saat Di Internet?

Salam.
Dunia maya, dunia internet, dunia skrin dan papan kekunci memang satu dunia yang menakjubkan. Ia satu dunia yang sangat pantas, hampir sama pantas dengan masa yang berlalu. Setiap saat ada banyak perkara yang berlaku.

Namun, bukan semua orang tahu apa yang sebenarnya berlaku dalam setiap minit anda menatap skrin komputer anda sambil menaip www ..... 

Di sini saya kongsikan fakta ini untuk anda, buat anda tahu dan lebih memahami apa yang sedang anda hadapi, apa yang sedang anda lakukan setiap masa apabila anda melayari internet dalam masa 60 saat!


Apakah yang berlaku dalam masa 60 saat di alam siber ini? Berikut adalah fakta yang perlu anda ketahui mengenainya:


[Senda Gusi] Semut Yang Rajin Dan Belalang Yang Malas

Salam.
Ini ada satu cerita, yang mungkin boleh membuatkan kita berfikir sejenak tentang perkara-perkara yang kita telah, sedang dan akan buat dalam hidup. Bukan apa, jangan berbuat sesuatu perkara dengan sia-sia sebab apa benda yang kita buat dalam hidup adalah perkara yang akan mencuri masa kita, penat lelah kita, dan segala macam bahagian dalam hidup yang penting.

Jadi, jangan sampai apa yang kita lakukan itu menjadi sia-sia dek hanya kerana bodoh sombong kita tentang apa yang perlu dan tidak perlu. Kita perlu peka, kita perlu sedar, walaupun kita mahu hidup tak kacau orang, tetapi ada masa kita perlu dengar cakap orang lain, yang mungkin lebih dahulu makan petai dari kita.

Ini adalah satu kisah yang berlaku di antara semut dan juga belalang. Moga dengan cerita ini, sama-sama kita tahu apa yang perlu dilakukan dalam menjalani kehidupan kita sebagai seorang manusia yang punyai akal, punyai kemampuan dan punyai kelebihan.

Pada suatu hari, bertemulah semut dan belalang di satu padang rumput yang menghijau. Sebelum tu, si belalang ni kerjanya lompat sana, lompat sini manakal si semut pula dok sibuk angkut makanan masuk ke sarangnya.

Si belalang yang seperti pelik melihat ketekunan si semut pun bertanyalah;

"Eh semut !!, aku tengok dari semalam, dari dua hari lepas, dari minggu lepas asyik dok angkut makanan dalam sarang kau. Meh la main dengan aku, kita nikmati hidup di atas padang rumput hijau ni"

Maka jawab si semut;

"Mana boleh belalang, aku kena kumpul semua makanan aku ni, aku tak boleh berhenti"
"Yek elehhhhhhhhh... rileklah...kenapa sibuk-sibuk nak simpan? Time kau lapar nanti, kau pergi cariklah .... bukan susah pun, banyak makanan ada la" kata si belalang.
"Eh aku mesti standby, nanti kalao musim salji tiba, aku tak la pening nak cari makanan. Tak adalah kalut nanti. Kau pun, kenalah bersedia, kena standby takut apa-apa berlaku nanti, susah kau nak cari makanan, apalagi time salji nanti ... susah ooo nak cari makanan" balas si semut.
"Ahhh ... buat apa aku buat kerja tak pekdah ni. Dari aku nak penat-penatkan diri pi simpan simpan makanan ni, lebih baik aku main main dulu. Kalau kau nak simpan kau simpanlah ye semut, aku nak main lompat-lompat ni. Babai" lalu lompatlah si sang belalang.

Si semut meneruskan kerjanya, dan belalang dah pun berlalu pergi dan bermain lompat sana sini.

Memang perlakuan semut ini perlu dicontohi, kerana bersedia untuk segala kemungkinan, seperti kata pepatah lama, Sediakan Payung Sebelum Hujan. Dan yang bagusnya, ia tak pernah merungut dengan kerjanya, dia lakukan dengan tekun dan rajin.

06 August 2011

Luaskan Pembaca Blog Dengan Aktif Dalam Komuniti Blogger

Salam.
Jaringan sesama blogger amat penting untuk memastikan apa yang anda kongsikan dapat dikongsikan oleh blogger lain, lantas meluaskan pembaca blog anda. Ada banyak cara untuk menjalinkan jaringan blogger ini, ada dua kaedah utama;

Sertai Jaringan Komuniti Yang Telah Sedia Ada
Ada banyak komuniti dan kumpulan blogger yang telah wujud, ianya samada diwujudkan menerusi laman-laman komuniti blogger tertentu atau menerusi laman Facebook. Antara laman komuniti blogger yang banyak mengumpulkan blogger adalah BlogMalaysia, BloggedMY dan beberapa lagi. Komuniti Facebook yang mengumpulkan blogger juga banyak. Anda boleh memilih mana yang sesuai, supaya nanti tidak terkeluar dari niche persembahan blog anda.

Bina Sendiri Komuniti Anda
Ini mungkin satu usaha yang agak letih sikit sebab anda terpaksa membina daripada kosong. Anda bermula dengan menjemput rakan-rakan blogger serta pembaca blog anda untuk menyertai komuniti anda, yang mempunyai pendapat yang sama, citarasa yang sama dan niche yang lebih kurang sama.

Komuniti dengan rasa dan pemikiran yang sama dapat mengeratkan kerjasama sesama blogger, misalnya anda menggunakan entri asal rakan blogger anda untuk menulis entri sendiri, ia satu perkongsian trafik dan pendapat yang boleh dipraktikkan untuk mencambahkan satu perkongsian yang bermanfaat.

Namun, komuniti dengan pelbagai genre dan pendapat juga boleh memperkembangkan cara anda menulis entri. Kerana ianya membuka ruang buat diri anda dan blogger lain supaya berfikiran terbuka dan lebih luas mengenai sesuatu isu, namun di akhirnya mereka sependapat atas satu pendapat dasar yang sama.

Tajuk Entri - Sebelum Atau Selepas Selesai Menulis Entri?

As-Salam. Sekali lagi, saya kedapatan idea untuk menulis satu lagi panduan blogging, atau mungkin tips untuk menulis entri. Antara yang sering menjadi masalah bila dah dapat idea untuk menulis entri di dalam blog adalah tajuknya.

Anda dah ada idea nak tulis apa, dah ada cerita dah, tetapi terbantut apabila tak tahu nak buat tajuk yang sesuai bagi entri anda.

Bagi mereka yang utamakan Search Engine Optimization (SEO) dalam blog mereka, pastilah tajuk yang ada ciri2 SEO menjadi pilihan. Jadi, ia mungkin agak berat kot dan kompleks nak mikirkannya.

Anda blogger berpendapat, tulis tajuk dulu, lepas tu barulah kembangkan idea berdasarkan tajuk. Dan seringkali ia dikaitkan tajuk entri merupakan intipati yang hendak disampaikan. Jika dah ada tajuk - jadikan ia sebagai target penyampaian entri anda tu. Ini bermakna, isi entri adalah bagaimana nak capai apa yang dikatakan pada tajuk entri.

Ada pula blogger lain berpendapat, tulis dulu entri, dan kemudian cari keyword yang paling kuat dalam entri tersebut. Selalunya ia akan merujuk kepada tajuk entri berupa pertanyaan atau persoalan, dan juga tajuk entri yang bersifat sebuah penceritaan.

Tapi bagi saya, saya lakukan kedua-duanya. :)

  • Buat tajuk dulu sebagai satu panduan am, so kita tahu apa yang kita nak cerita dan tak tersasar daripada apa yang nak diceritakan.
  • Bila dah siap entri anda, cuba baca balik penulisan anda agar apa yang nak disampaikan tu ada kena mengena dengan tajuk.
  • Jika tidak, ubah penulisan entri anda.
  • Jika rasa dah cukup kuat dah entri anda, maka ubahlah tajuk anda. Tajuk ibarat kesimpulan penuh entri anda dalam satu ayat yang simple tetapi padat dan bermakna.
  • Dan jangan lupa, sering lakukan semakan ... semak dan semak penulisan anda.

Dengan cara begini, anda boleh optimumkan tajuk entri yang memikat supaya pengunjung tertarik dan membaca entri anda - walaupun entri tu dah ditulis lapan tahun yang lepas .. hehehehe...

[Gambar] Ramadhan di Amerika Syarikat


Salam.
Sebelum ini kebanyakkan paparan dalam edisi gambar ... Ramadhan di ....... banyaknya dari negara-negara Islam. Kali ini saya persembahkan pula gambar-gambar Ramadhan di Amerika Syarikat (Ramadhan in United States).

Kebanyakkan muslimin di Amerika terdiri dari mereka yang berhijrah dari negara asalan mereka, dan kebanyakkannya dari negara Timur Tengah, dan Asia, seperti Pakistan dan India. Apapun, meh kita tengok gambar-gambar suasana Ramadhan di negara orang ... huhuhu nak merasa berada di negara orang ..idak le dapat, jadi saya kongsikan kepada anda hasil pencarian saya ...



Copyright 2010-2014 HASRULHASSAN.COM™. Originally by Templateism | Memberi Untuk Bermanfaat | Read Disclaimer