Malaysia Telah Wujud Sejak 1826

Malaysia Telah Wujud Sejak 1826. Mungkin ramai yang tak tahu akan fakta ini, namun, ia bukanlah satu perkara yang disorokkan atau disembunyikan dari pengetahuan ramai. Malah, ia tercatat dalam Wikipedia (walaupun ada yang kata tak boleh dipercayai sangat).

Malaysia Telah Wujud Sejak 1826

Perkataan Malaysia telah wujud sejak dari 1826, dicipta oleh seorang jurupandu berbangsa Peranchis Jules Dumont d'Urville, semasa satu ekspedisi di Oceania. Ia sebenarnya merupakan gabungan dua perkataan - Micronesia dan Melanesia, yang membezakannya dengan budaya lain yang telah ujud di lautan Pasifik - iaitu Polynesia.

Pada tahun 1831, lelaki Peranchis ini telah mengemukakan cadangan penamaan ini kepada The Société de Géographie. Dumont d'Urville menzahirkan Malaysia sebagai satu kawasana yang lebih dikenali sebagai India Timur. Dan pada tahun 1850, seorang etnologis berbangsa Inggeris - George Samuel Windsor Earl, menulis dalam sebuah jurnal - Journal of the Indian Archipelago and Eastern Asia, telah memberikan cadangan bahawa nama-nama kepulauan di Asia Tenggara diberikan nama Melayunesia atau Indunesia.

Menurut wikipedia lagi, nama Malaysia ini pernah dituntut oleh sebuah negara lain di Asia Tenggara iaitu sekarang dikenali sebagai Filipina, namun nama ini telah secara rasminya digunakan untuk menggabungkan negeri-negeri di semenangjung tanah besar yang juga melibatkan Singapura menjadi Malaysia pada tahun 1963.

Berikut adalah satu keratan akhbar mengenai Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1922. Ini membuktikan bahawa nama Malaysia telah wujud sebelum Tanah Melayu ini merdeka lagi!

Malaysia Telah Wujud Sejak 1826

Malah nama Malaysia disebut beberapa kali dalam sebuah buku Ripley's Believe it Or Not terbitan tahun 1943.
Malaysia Telah Wujud Sejak 1826
Foto ehsan: Yahoogroup Mahligai
Menurut pengirim gambar ini; 'roslan mohd' yang membeli buku di atas menerusi ebay, nama Malaysia daripada buku tersebut, dia mendapati terdapat di:

m/s 59:.....this includes Mongolia, Manchuria, MALAYSIA, Tibet, China...
m/s 119: ....is a native of MALAYSIA...
m/s 121: ......the man eating clams of MALAYSIA...

Semoga paparan ini memberikan perspektif baru mengenai sejarah negara kita. Anda juga boleh membaca catatan lama saya mengenai Penubuhan Malaysia di sini: Realiti Penubuhan Malaysia - Satu Kajian

Sumber: Wikipedia