Salam.
Bahaya. Itulah kesannya kalau kita mudah mempercayai sesuatu info atau fakta - apatah lagi jika ia bersifat yang boleh dikatakan agak kontroversi. Kalau silap, dan kita pula menyebarkannya, dah dikira macam menyebarkan fitnah nanti. Aha .. free je dapat dosa ...

Saya sering tak terlepas dari terkena bahana ni. Yelah, saya mudah sangat percaya, baik pada orang, baik pada maklumat ... saya leh kata ... bila baca sikit je .. dah terus buat konklusi sendiri dan anggap apa yang saya baca dan dengar itu betul. Sayang sekali, saya punyai sifat ini yang saya anggap saya kelemahan diri yang perlu saya tanggani secara serius.

Ia boleh menyebabkan perkara yang tidak baik berlaku. Contohnya, dua orang kawan baik akan berbalah hanya kerana satu maklumat yang tidak tepat yang saya berikan kepada salah seorang dari mereka ni. Dah bergaduh .. lalu terputus silaturahim ..  kan dah ... ishh minta dijauhkan dari terbuat perkara begini. Berdosa weihh memutuskan silaturrahim antara dua yang bersahabat.

Manusia memang tak cekap bila berhadapan soal begini .. maksud saya .. suka ambik mudah .. yelah zaman sekarang semua nak cepat .. nak terus percaya supaya tak nak ambil masa. Tapi gitulah .... akhirnya nanti semua orang akan rugi dek kerana berita, fakta dan info yang tak benar .... 

Mari kita sama-sama berdoa akan terlindung dari dijangkiti fitnah sebegini ... dari membuat fitnah sebegini dan moga kita semua dilindungi dari menjadi bahan fitnah.

2 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!






Advertisement