Gaya Seorang Drebar. |
Salam.
Adeh, ini memang satu cerita yang di balik seronok dok baca kih kih kih tetapi ada pengajaran yang terselindung. Saya mungkin tak bijak menafsir, tetapi cubalah anda baca dan fikirkan apa pengajaran yang boleh diceduk dari kisah ini...
2 Bos Dengan Drebar Masing-Masing
Dua org bos besar sedang lepak2 sambil minum kopi di Coffee Bean. Bos sorang ni berkata,"Hey, awak nak tahu, saya punya driver punya laa bodoh. Kalau tak percaya, sekejap saya panggil dia".
Dia memanggil driver dia dan berkata,"Ah Beng... awak amik ini RM10, pergi kat showroom dan belikan saya Porche 911 Turbo".
Ah Beng jawab,"Yes sir! Orait!!" dan terus bergegas ke showroom kereta.
Bos yg satu lagi pulak berkata,"Ohh.. tu ok lagi. Saya punya driver lagi bodoh. Leman!, meh sini kejap!!".
Leman berlari ke bosnya. "Apahal tuan?".
Bosnya berkata, "Awak pegi balik rumah, check sama ada saya ada di rumah atau tidak". Leman jawab, "Orait tuan!!", lalu bergegas balik ke rumah bosnya.
Bosnya berkata kpd bos satu lagi, "Tengok! Si Leman ni mmg bengap nak mampos. Dah tau saya kat sini, takkanlaa dia tak boleh fikir yg saya ni ada di rumah ke tidak. Hahaha... "
Petang itu, bertemula dua org driver tadi. Si Ah Beng berkata,"Lu tau ka, gua punya bos aa... maaaaanyak bodoh laa. Dia kasi sama gua sepuluh ringgit suruh beli Porche. Dia tatak tau ka ini hari, hari Ahad. Mana kedai bukak?".
Si Leman balas balik, "Hehe.. bos aku laaagi bodoh. Ada ke dia suruh aku check dia ada kat rumah ke tak. Dia ada henset, call je laa rumah kalau nak tau sangat. Bengap betul".
Dah dapat ke apa pengajaran cerita ini? Sila kongsikan kat ruangan komen yer.
bodo punyaer worang..kahkah
ReplyDeletesama-sama tak nak mengaku kebodohan diri sendiri...ada logiknya jugak kan...
ReplyDeletekih kih kih kih...memang lawak...pengajaranyer..:
ReplyDelete1) jangan KATA orang bodoh..nanti kita di perbodohkan plak..
2) jangan anggap DRIVER itu tak de otak...mata yang melihat boleh nampak boss juga lebih TAK DE OTAKnyer...hehhe
3) hormatlah sesama manusia...walau siapa pun dia...
4) satu jari menunding orang..4 jari menunjukkan diri sendiri...
nau'zubillah...
Itu saje pandangan saya...(tak berapa pandai tafsir sangat..)
:)
ish!ish! patutnya driver dia kata "acobaann.."
ReplyDeletebenar2 bodoh. hahaha
ReplyDeletePost a Comment
Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.