As-Salam.
Ada yang macam nak berhenti berblogging. Sebabnya, blog tak ramai pembaca - bukan tak ada, cuma tak ramai je. Hmm ..awal2 tu memang gitu, saya pun dulu berblog, hanya kurang 10 orang je baca blog saya dalam sebulan ... sekarang alhamdulillah, leh dapat 10-20 orang baca Bangku Kosong dalam masa sejam.
Jadi apa petua saya menjadikan yang 10 sebulan jadi 10 sejam? Tak ada petua khusus tetapi apa yang boleh saya beritahu ialah .. kita mesti rasa seronok berada di blog sendiri, atau dengan kata lain ... syok sendiri. Aha ... mungkin ada yang kata .. uhh apa pekdah nak syok sendiri kat blog sendiri. Entri syok sendiri? Itu kata orang ... mungkin mereka betul.
Kenapa kena rasa seronok? Kalau kita sendiri tak rasa seronok baca dan berada di blog sendiri, bagaimana kita nak expect orang lain suka? Macam kita buat bajulah .. kalau kita tak rasa baju tu cantik, bagaimana nak agak orang lain pun rasa cantik sama? Namun, petua ini kadangkala tak leh pakai juga, seperti saya kata tentang baju tadi, baju tu mungkin cantik buat kita tetapi tidak pada orang lain, bergantung pula dengan si pemakai. Kalau kita buat baju kurung perempuan dengan rona bunga besar, agak2 yang gadis2 suka tak? Mungkin yang suka makcik2 je .... jadi kena buat blog kita pelbagai warna, pelbagai entri... ini yang saya buat untuk Bangku Kosong.
Ada blogger yang hebat, dia boleh pikat macam2 .... mungkin boleh diibaratkan dengan seorang pereka cipta pakaian yang hebat, di mana dia boleh buat satu pakaian itu semua orang suka ..... macam baju kebaya .. tak kira apa corak, tak kira jenis kain, kalau betul potongannya, sumer pasti suka .. bukan takat si pemakai,malah orang yang tengok si pemakai pun akan suka. Dapat macam ini ... leh kira seperti satu bonuslah.
Jadi, untuk permulaan, buat diri kita suka dan syok sendiri dengan blog kita. Nanti lama-lama ia pasti akan menarik minat orang lain. Tak caya? Leh tanya Redmummy ... yang dulunya berblogging syok sendiri .. dok citer pasal anak-anak dalam blog, tapi lihat sekarang ni .. kedudukan RM dalam dunia blog .. :)
























