As-Salam.
Anda penggemar budu? Saya suka .. :) tapi tak adalah terlalu suka. Budu, sesuai dimakan time2 poket kering - heh tu dulu, masa saya dengan member2 sewa umah lepas belajar kat USM. Syok makan ramai2 nih, budu dengan ikan kembung .. dah, nasi seperiuk sure abis punya. Gitulah. Itu namanya berkah ... makan kongsi ramai-ramai, walau tak mewah tapi sedap, seronok dan kenyang. Lagi2 ia mengeratkan persahabatan kami sampai skang ni.

Budu - kira pencolek atau pencicah yang memang best. Memang makanan penuh selera di pantai timur. Kalau tanya orang dari sana, kalau tak makan budu ... uhh leh buang negeri gitu .. hahahaha... sedap bila ada asam limau, perah skit ... melazatkan, kira nanti ada rasa masam2 masin ... nak lagi best .. tambah cili api .. perghh terbaekkk!!

Budu adalah sos ikan bilis atau udang bari yang dijeruk sehingga hancur dan dimakan bersama ulam ataupun nasi. Saya selalu makan cicah ngan ikan, terutama ikan kembung segar atau ikan panggang.. memang menyelerakan, kira pengganti kicap la sebab dia masin.

Tahukah korang bahawa budu ni penuh khasiat? Aha .. saya bagi 5 sebab mengapa korang patut cuba makan budu. Trylah sekali, cuba cari cap gajus atau ketereh. Lain2 tempat di Kelantan atau Terengganu, rasa budu pun agak lain, sebab jenis ikan bilis yang digunakan pun lain, disamping ramuan tambahan yang menjadikan sesuatu budu keluaran tertentu tu berbeza dan unik.

5 Sebab Kenapa Anda Harus Cuba Makan Budu

 
Pertama: Awet muda
Pengkaji Universiti Carolina Utara, Amerika Syarikat mengatakan unsure ganestin dan phytoestrogen dalam budu mampu melawan radikal bebas dan dipercayai boleh melambatkan proses penuaan dan mencegah barah payu dara. Malah, turut berkesan sebagai agen mencerahkan kulit.

Kedua: Elak kanser
Kajian pakar pemakanan berkhasiat Jepun, Amerika Syarikat, New Zealand dan Jerman mendapati budu memiliki gluthaione iaitu bahan antioksidan yang mampu mengeluarkan sisa toksik dan meningkatkan daya tahan tubuh (immune) yang dapat memerangi pelbagai penyakit merbahaya termasuk menghalang kanser. Kenyataan ini bagaikan satu kejutan bagi golongan yang selama ini memperlekehkan kewujudan budu yang dianggap makanan "kuno".

Ketiga: Turunkan kadar kolestrol
Satu ujian rambang mendapati pengambilan budu sebanyak 150gram sehari selama dua minggu dapat menurunkan kadar kolestrol ke tahap luar jangkaan.

Keempat: Cegah cirit birit
Budu berpotensi mencegah cirit birit. Juga mampu menghalang penyakit degeneratif seperti aterosklerosis, koroner jantung, penyakit kencing manis, kanser dan lain-lain pada peringkat lebih awal. Kajian mendalam juga mendapati budu turut mengandungi zat antibakteria penyebab "diarrhoea" cirit (diarrhoea), penurunan kolestrol darah, pencegah penyakit jantung dan hipertensi.

Budu memiliki zat yang lebih mudah dicerna, diserap dan dimanfaatkan oleh tubuh berbanding jenis protein yang lain. Khasiat budu yang diproses dari ikan bilis yang diperam terbukti mampu mengatasi masalah kanak-kanak yang menderita penyakit diarrhoea kronik akibat kurang zat pada tubuh. Dengan pengambilan budu sebagai makanan sampingan, ia mampu menggalakkan pertumbuhan berat badan bagi golongan yang menderita penyakit diarrhoea kronik ini serta menyembuhkannya dalam waktu yang singkat.

Kelima: Meningkatkan kecerdasan otak
Didakwa budu boleh menjadikan seseorang lebih pintar dan mempertingkatkan IQ kerana ia meransang sel otak dan akan memperkukuhkan ikatan di antara neuron-neuron serta menguatkan neuron-neuron yang lemah. Juga membantutkan pertumbuhan bakteria raffinosa dan stokiosa yang menyebabkan masalah kembung perut bagi kanak-kanak dan orang dewasa.

Gambar dan Sumber info: Kosmo

7 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. hehe..untung ore klatey mint budu..

    ReplyDelete
  2. tul2..untung jadi ore kelate..patut la ore kelate comel2 blako..
    ^____________^

    ReplyDelete
  3. whoaaa buduuuuuu. my fav. kecur lior tgk budu dlm pic tuh...adoiii adoiii. hehe

    ReplyDelete
  4. tapi budu kalau masuk tempoyak lagi best,

    tambah2 kalau ada singgang ikan tongkol ngan petai, pergh!! memang terangkat la...rndunye nk mkn budu, kat melaka tak ada..

    ni yang jadi rindu terengganu ni! :))

    ReplyDelete
  5. orait, baru tau budu banyak khasiat, main makan je dulu hehe jom makan~

    ReplyDelete
  6. budu ! anna mmg suka budu . tapi kat melaka ni susah nak dapat budu . kena balik kampung br dapat mkn budu . rindu nk blk kmpg lak ! nak mkn budu .
    **terliur .....................

    ReplyDelete
  7. kat sini Jalan Kuching KL selalu sy beli budu rm1.90sen j sbotol di kedai acheh . tak sangka bnyk ulam2 timun batang , kacang panjng , daun saderi
    ,pucuk paku... waaaaaaa tmbh2 lagi ada budu beselero lerrr . dapat la bajet skit bulan2 .1.malas nk masak wat je rebus ikan 2.ambik ulam .haaa makn ...hehehe cm ni la nk bajet

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

Sebelum Selepas

Bisnes Shopee

Rahsia Bisnes Online di Shopee
Klik Sini

Buat Duit USD dengan Dropship