Salam semua.
Menghargai dan dihargai. Sama tapi berbeza. Sama sebab perkataan dasarnya adalah dari harga. Bila disebut je harga .. terus terpacul di minda, ialah wang ... ringgit. Walaupun sebenarnya ada banyak takrifan tentang harga - ikut ayat yang menggunakan perkataan tersebut.

Dalam soal kerja, orang yang menjadi pekerja pasti terasa seronok bila dihargai. Apatah lagi yang menghargainya ialah bos mereka. Bos yang baik adalah bos yang sering menghargainya anak buah iaitu pekerjanya [klik sini].

Tetapi bukan semua orang pandai nak menghargai. Ada tu buat donno je, walhal merekalah yang telah menaikkan nama, menjadikan kita bos terbaik dan leh dapat anugerah cemerlang. Untuk menghargai, kena tolak tepis soal ego, soal sapa lebih tua, soal sapa lebih senior, soal sapa makan garam dulu.

Sapa yang layak .. dialah patut dihargai. Jangan disindir kerana mereka menghargai dengan cara mereka tersendiri. Bukan niat nak membodek, bukan niat nak memikat.. bukan .... bukan. Ini soal dia menghargai kita, dan kita rasa dihargai. Ini soal timbal balik. Ini soal kenang jasa. Ini soal tangan memberi lebih baik dari tangan menerima.

Jadi, ingat2lah sapa yang bawa kita kepada kejayaan sekarang. Kalau tak dapat diberi tanah seekar, atau lembu sekandang .. secawan kopi pun dah cukup bermakna bagi mereka ... kerana mereka tahu .. di sudut hati kita .. kita telah menyatakan penhargaan kita.

2 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. betul2, hargai la siapa yang telah membantu kita berjaya ^_^

    ReplyDelete
  2. a'ahh...hargailah mereka yg telah memberikan kita ruang kejayaan..kalo x mampu nak kasik air kupi secawan pun kasi ler coklat nisan seposen dua tuh..sekurang2nya de gak rasa dihargai...sambungan entry atas tu yerppp...lariiiiiiiiiiiiiiiii


    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement