As-Salam. Seperti biasa ... saya tergerak menulis entri ini setelah saya menjenguk rakan blogger - Ben Ashaari. Ada satu entri tu yang menarik minat saya nak komen - Blogger Otai Tak Semestinya Otai. Aha .. pastu ... ada lak yang komen tanya pasal cam mana leh ujud otai ni. Dan siapa otai yang sebenarnya?

Ok, ini pendapat saya. Apa yang saya tahu .. OTAI datang dari perkataan Old Timer ... tu dalam bahasa inggeris .. tapi bila dimelayukan .. kita akan sebut Old Taimer .. jadikan O dari Old dan Tai dari Taimer. Tak ada kajian pun dibuat .. tapi ujudnya perkataan ni sama je naik dengan perkataan Bohjan dan Bohsia yang dulunya hangat diperkatakan. Erkk ... mungkin sebelum tu lagi.

Ianya adalah bahasa pasar yang digunakan remaja zaman 80an. Dan paling banyak digunakan dalam kumpulan atau geng2 sekolah ... macam saya dulu ...  ada geng2 tertentu tapi tak adalah sampai gaduh2 ... ia lebih kepada nak bezakan .. minat, cara pemakaian ... tu yang buat geng tu. So ujudlah geng seluar sendat - yankies .... pastu geng rock ... pastu geng GB, geng mat jiwang dan macam2 ... masing2 ada personaliti sendiri.

Nak senang kenal, mereka ni adalah cara pakaian dan cara cakap. Yang set2 geng jiwang ni .. ayat perghh leleh2 .. siap salin lagu Spring tu .... pastu letak atas meja bawah pelapik berbunga. Kalau geng GB, suar style smart ... rambut jambul2 gitu. Uhh rock kalu ... suar kalau tak ada talipinggang besar tak sah beb ...  pastu ada paku2 skit. Tang kasut ... mesti macam but .. perghhh ... tu zaman sayalah .. zaman remaja 80an.

Otai ujud bila ada satu senior yang lebih dulu makan garam ... yang lebih bersifat berkecuali, yang lebih tahu selok belok hal budak-budak zaman tu .. bila zakap Led Zeppelin .. nganga la budak2 metal, bila sebut je Dato M. Daud Kilau .... terkedulah budak2 GB ... nyata .. Otai tahulah .. tak leh nak kencing. Dia tak menyebelahi sesapa ... penampilan dia tak bersandarkan apa2 pun. 
Tapi ... itu Otai yang gitu, ada lak Otai bab kategori .. cam Otai Blogger, Otai Rock, Otai Mapiau .. dan macam2lah .... tapi selalunya walaupun mereka ini hebat dalam kategori masing2 .. mereka lebih bersifat normal .. tak lebihkan mana2 .. pendapat Otai lebih mudah nak diterima sebab derang berikan baik dan buruk kedua-duanya.

Ok... jelas? Ini cuma pemahaman dan pendapat saya ..  seperti saya kata tadi .. tiada kajian secara langsung.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**

  1. otai blog ni kebanyakan jadi otai dlm niche masing2. bro ben mungkin otai dlm konteks network antara blogger tp dia mungkin xberapa otai dlm bidang gizmo ni. huhu

    ReplyDelete
  2. hehehehe boleh jugak lah tu kan...saya punya pendapat otai tu lagenda..maknanya idola lah kan..lebih kurang jer....janji mcm mana pon kena hormat org lama sebab takde yg lama takde lah baru?? Betul tak

    ReplyDelete
  3. oooo maksudnya...makin tua makin berisi????

    ReplyDelete
  4. owhss!! gitu rupanyaa!!
    yerlah kan..
    kadang2 bila digelarkan OTAI tu..
    kita yg biasa2 ni jadi seram gak nak tegur ke hape..
    ada gak OTAI tu samsengkan..
    istilah ganu lar..
    kat lain xtao!!


    salam singgah dari mummy weiyda❤
    keep it up blogging ya dear❤
    ‎(◕‿◕✿)

    hi fwenz!! keep it up blogging ya!! Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komenlah dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

**Jika anda menggunakan Google Crome, tetapi tidak boleh meninggalkan komen, anda kena ENABLE THIRD PARTY COOKIES pada setting Privacy and Security Crome anda.**



Sebelumnya Seterusnya
Rahsia Penginapan Harga Murah di Hotel

Lubuk Bundle