Salam semua.
Berbohong dah nyata salah, tetapi ini kes berkata benar ..tetapi ... dikatakan berbohong. Mungkin, bila pembohongan itu lebih enak didengar dari satu kenyataan.

Meh baca kisah ini, dan anda akan faham apa maksud saya.

Seorang boss mempunyai hubungan sulit dengan setiausahanya. Suatu hari, selesai waktu pejabat, mereka terus ke rumah setiausaha tersebut. Mereka bergurau senda, bermesra, dan ber... um, ah'e'um'... (faham2 aje lah) sampai akhirnya mereka tertidur.

Boss tersebut tersedar jam 8 malam. kelam kabut menyarung kembali pakaiannya. Pasti isterinya akan bertanya ke mana dia pergi. Dia lantas menyuruh setiausahanya membawa kasutnya keluar, mengotorkan kasut itu dengan rumput dan lumpur.

Selepas menyarung kasutnya yang kotor itu, boss itu segera pulang ke rumah. Di rumah, isterinya sedang menunggu di muka pintu dengan muka yang marah.

"Ke mana abang pergi hah?..malam baru ingat nak balik?.
"Abang tak mahu berbohong... sebenarnya abang ada hubungan sulit dengan setiausaha abang. Abang ke rumahnya tadi. Kami tertidur sehingga malam" jelas boss itu, menceritakan hal yang sebenarnya.

Si isteri memandang dari atas ke bawah..terpandang kasut suaminya yang kotor.

"Bohong.gg... .ni mesti abang pergi main golf la kan?

3 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. haha.
    bler kita ckp bohong dier percaye, bile ckp benar dikatakan berbohong.
    adeyh.

    ReplyDelete
  2. adess!!! cenggitu plaksss!! kalo saya lar kan..hehee...de strategi tersendrii..kaso soklan yg belit2 akhirnya makan diri dia sendirik..camanerr?? heehee!! rahsia orw..nanti HH praktikkan utk mengelak soklan camtu...muahahaha


    Kalo free meh ler singgah my blog..--> mummylovers blog

    ReplyDelete
  3. maknanye lebih baik berterus terang dari bercakap bohong...

    ReplyDelete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement