Tengah mencari resepi biskut raya ke tu? Aha .. apakata anda lihat senarai resepi yang saya kongsikan di bawah. Mungkin ada yang menarik hati untuk anda mulakan hari ini. Jika ada bahan-bahannya, bolehlah terus ke dapur untuk mencuba .. huhu.

Sebenarnya memang ada banyak resepi mudah dan sedap untuk membuat biskut dan kuih raya. Ada yang menggunakan bahan yang banyak, tetapi tidak perlu dibakar atau menggunakan oven. Ada pula cuma menggunakan 3-4 bahan sahaja, tetapi perlu mengoreng dan membakar. Banyak variasi dan pilihan sedap, terpulang nak cuba yang mana satu bagi memeriahkan Hari Raya anda ..

6 Resepi Pilihan Biskut Raya Yang Pasti Sedap

6 Resepi Pilihan Biskut Raya Sedap

Senarai resepi biskut Hari Raya yang akan saya kongsikan ini datangnya dari pelbagai sumber. Saya pilih mana yang saya fikirkan mudah untuk dibuat, terutama untuk suami yang duduk di rumah macam saya ni .. hehe.

[ads id='ads1']

Err .. mungkin ada resepi yang nampak susah, tetapi boleh je nak mencuba sebab memang rugi tak cuba sebab rasanya sedap. Jika susah nak membelinya di kedai, bolehlah gunakan panduan resepi di bawah ini ...

Ok, tanpa lengah, jom tengok resepi-resepi kuih atau biskut raya yang ada.

1. Resepi Biskut Nestum Rangup

Resepi Biskut Nestum Rangup

Antara biskut yang saya suka ialah Biskut Nestum. Apatah lagi kalau Biskut Nestum tu rangup. Dari pengalaman sayalah, selalunya biskut ini akan habis seawal hari raya pertama.

Malah, kalau ada anak kecil, lepas dah buat biskut ni, kena simpan tempat tersorok sikit, kalau tak .. nanti tak sempat dihidang untuk Hari Raya.

Jom cuba resepi mudah daripada ‎Farizal Radzali‎ yang telah dikongsikan ramai di Facebook.

Bahan-Bahan

  • 250 gram butter
  • 1 cawan Tepung Gandum yang telah disangai
  • 2 cawan Tepung Jagung
  • 2 cawan Nestum
  • 1 cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 1 sudu teh esen vanilla

Cara-Cara

  1. Pukul butter atau mentega dengan gula halus hingga kembang.
  2. Masukkan telur dan esen vanila. Kacau sebati. 
  3. Masukkan semua tepung dan Nestum. Uli hingga ia menjadi doh. Kalau masih melekat, masukkan sedikit demi sedikit tepung jagung sehingga doh tidak lagi melekat di jari. 
  4. Bentukkan biskut ikut kesukaan anda dan kemudian salutkan dengan nestum. 
  5. Bakar dalam oven selama 15 minit api atas bawah suhu 160°c (ikut saiz acuan doh dan oven masing-masing)

[Dah Baca?] Cara Nak Bezakan Tepung Gandum dengan Tepung Beras

2. Resepi Biskut Semperit Tradisional

Biskut Semperit

Antara biskut raya yang popular ialah Biskut atau Kuih Semperit. Zaman sekarang, biskut ini antara biskut yang mudah didapati dijual di pasaraya walaupun bukan dalam musim perayaan seperti Hari Raya.

Biskut ini menjadi antara biskut raya pilihan kerana teksturnya yang lembut dan cair di mulut.

Ok, jom cuba buat resepi biskut semperit tradisi ini, disediakan dan dikongsikan oleh Leen Lynda‎ di laman Facebook.

Bahan-Bahan

  • 2 cawan majerin Planta
  • 1 ¼ cawan gula icing
  • 1 biji kuning telur
  • 2 cawan tepung kastard
  • 2 cawan tepung jagung
  • 1 cawan tepung gandum yang telah disangai dan digoreng tanpa minyak
  • ¼ cawan susu tepung
  • 1 sudu teh vanilla

Cara-Cara

  1. Mixer planta, gula dan kuning telur hingga kembang.
  2. Masukkan vanila, susu tepung, tepung jagung, kastard dan tepung gandum.
  3. Uli lembut supaya senang tekan dalam acuan. 
  4. Gunakan apa-apa acuan yang sesuai, biasanya acuan berbentuk bunga atau 'batang memanjang' yang memang sinonim dengan Biskut Semperit.
  5. Bakar pada suhu 160°c selama 15-20 min.

[Baca Juga] Resepi Sempoi Kuih Semperit Susu

3. Resepi Almond Crunchy (Biskut Florentine)

Almond Crunchy (Biskut Florentine)

Biskut Almond Crunchy turut dikenali sebagai Biskut Florentine. Ini adalah kerana ia menggunakan tepung Florentine yang mudah didapati di kedai kek. Malahan sekarang, tepung untuk membuat biskut ini sudah boleh diperolehi di pasaraya.

Jika susah, cari sahaja di Shopee atau Lazada, in Sha Allah, pasti jumpa dengan tepung ini.

Biskut ini memang sedap dijadikan kudapan di Hari Raya. Sesuai namanya, ia amat rangup dimakan dan sudah pastilah ianya sedap. Saudari Umi Hartini Muhammad telah berkongsikan resepi Almond Crunchy ini yang mudah dan sedap sebagai juadah di Hari Raya.

Bahan-Bahan

  • 500 gram kacang tanah yang dah dibuang kulit
  • 500 gram tepung Florentine - boleh didapati di kedai kek dan juga pasaraya
  • 500 gram almond flakes
  • 200 gram biji labu
  • 200 gram biji bunga matahari
  • 20 gram bijan hitam
  • Cawan kertas size sederhana (medium)

Cara-Cara

  1. Bakar kacang sebentar dalam 5 minit. Sejukkan sebentar.
  2. Masukkan semua kekacang - almond, biji labu, biji bunga matahari, bijan hitam dan gaul semuanya sehingga nampak sebati.
  3. Masukkan tepung florentine dan gaul semuanya sehingga sebati.
  4. Masukkan ke dalam cawan kertas, jangan masuk terlalu banyak, nipis sahaja cukup sekadar menutupi dasar cawan.
  5. Kemudian, bakar pada suhu 160°c selama 10-15 minit di dalam oven.
  6. Keluarkan biskut dan biarkan ianya sejuk sebentar.

4. Resepi Biskut Cornflakes Rangup


Biskut yang ranggup memang menjadi pilihan ramai di Hari Raya. Dan salah satu biskut yang sedap dan rangup ialah Biskut Cornflakes. Ada pelbagai variasi menyediakan biskut ini.

Jika anda nak mencuba, bolehlah gunakan resepi biskut ini yang dikongsikan oleh  Husreezal Rushdee Husin‎ di laman Facebook yang telah menjadi viral.

Bahan-Bahan

  • 1 ¾ cawan tepung gandum
  • ¼ cawan tepung jagung
  • ½ sudu teh serbuk penaik
  • 2 cawan cornflakes yang telah diramas kasar
  • 200 g mentega/buttercup (suhu bilik)
  • ¾ cawan gula kastor
  • 1 biji kuning telur

Cara-Cara

  1. Gaul gula dan mentega lebih kurang 5 minit, masukkan kuning telur dan kacau rata.
  2. Masukkan campuran tepung dan serbuk penaik serta cornflakes, gaul sehingga sebati.
  3. Panaskan oven selama 10 minit dengan suhu 170°c.
  4. Dengan menggunakan sudu makan, bentukkan adunan dan susun di atas dulang pembakar.
  5. Bakar selama 15-20 minit dengan kepanasan atas bawah.
  6. Sejukkan sebelum disimpan di dalam balang.

5. Resepi Cornflakes Coklat

Resepi Cornflakes Coklat

Antara biskut raya yang mudah nak dibuat, tanpa menggunakan bahan-bahan yang banyak. Hanya dengan 3 bahan yang mudah, anda boleh menghasilkan biskut yang sedap dan menarik.

Biskut Cornflakes Coklat biasanya disajikan sebagai kudapan, namun tak ada salahnya dijadikan juadah semasa Hari Raya, dihidangkan bersama biskut raya yang lain.

Jom cuba buat resepi mudah ini yang telah dikongsikan oleh Min Hani di Facebook.

Bahan-Bahan

  • 250 gram coklat masakan
  • Sekotak Cornflakes - apa-apa jenama pun boleh
  • 2 sudu mentega (butter)
  • Cawan kertas

Cara-Cara

  1. Mula-mula cairkan coklat dan butter.
  2. Kemudian tuang coklat ke dalam cornflakes yang diletakkan di dalam bekas. Gaul semuanya sehingga rata.
  3. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam cawan kertas.
  4. Akhir sekali, hias ikut citarasa masing-masing.
  5. Tunggu sehingga coklat menjadi keras barulah anda simpan ke dalam bekas.

Tips: Masukkan ke dalam peti sejuk agar coklat cepat mengeras, sebelum pindahkan ke dalam bekas kuih raya.

[Baca Juga] Resepi Mudah Cara Buat Biskut Susu ALIEN

6. Resepi Biskut Makmur

Biskut Makmur

Biskut Makmur ialah sejenis kuih kering berbentuk bebola agak bulat diperbuat daripada ramuan tepung gandum, telur, minyak sapi atau butter dan berintikan kacang tanah goreng, badam dan sebagainya yang kemudian disalutkan gula aising.

Resepi membuatnya agak sama dengan membuat Biskut Arab Susu. Bezanya cuma pada inti sahaja.

Puan Fatimah Az Zahra‎ telah berkongsikan resepi kuih makmur sedap dan mudah di laman Facebook. Jom cuba untuk dijadikan biskut Hari Raya tahun ini ...

Bahan Doh

  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram minyak sapi, biasa digunakan jenama Ghee
  • 2 sudu besar gula aising

Semua bahan-bahan ini digaul sehingga sebati dan dibentuk sehingga menjadi doh.

Bahan Inti

  • 250 gram kacang tanah yang telah hancur
  • 100 gram gula kastor
  • 1 sudu besar butter atau mentega

Gaul semuanya sehingga sebati.

Cara-Cara

  1. Masukkan doh tadi ke dalam acuan. Tenyeh-tenyeh untuk buat ruang bagi mengisi inti. Tutup adunan doh yang dah diisi inti tersebut.
  2. Bakar di dalam oven pada suhu  180/200°c selama 20 minit.
  3. Selepas dibakar barulah dikeluarkan. Ketuk-ketuk sedikit belakangnya sampai terkeluar.

Bahan Salutan

  1. 100 gram susu tepung
  2. 100 gram gula aising.

Gaul susu tepung dengan gula sehingga sebati. Kemudian ambil biskut yang telah dibakar tadi, salut dengan bahana salutan ini semuanya sehingga sekata.

Tips: Untuk rasa yang sedap gunakan susu tepung penuh krim (full-cream/whole milk). Biasa di kedai bakeri ada menjual 2 jenis susu ini iaitu susu skim dan juga susu penuh krim. Susu skim  warnanya lebih pucat daripada susu penuh krim.

[Dah Baca?] Cara Untuk Elakkan Biskut Raya Menjadi Mudah Lemau Disimpan Dalam Bekas/Balang

Ok. Siap dah perkongsian untuk enam resepi biskut raya pilihan. Mana satu berkenan tu bolehlah cuba. Terima kasih kepada mereka yang sudi berkongsi resepi-resepi biskut raya yang sedap ini di media sosial.

Dah cuba? Apa komen anda?

5 Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. kalau rajin dan banyak masa boleh buat sendiri biskut begini...

    lebih puas hati dan sebagainya

    BalasPadam
  2. Saya belum pernah buat biskut cornflakes coklat dan kuih makmur. Nanti nak cubalah.

    BalasPadam
  3. nampak macam mudah... nak buat pun senang juga kot. Boleh cuba buat

    BalasPadam
  4. wow menarik... terima kasih... boleh juga cuba resepi kek batik juga

    BalasPadam

Catat Ulasan

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement