Siapa suka makan roti dengan jem? Lebih spesifik Jem Nanas. Jem Nanas yang bagus mampu bertahan lama tanpa pengawet, dan sebenarnya Jem Nanas tak susah untuk dibuat. Boleh sahaja buat sendiri di rumah.

Anak saya, Zikri pun boleh buat Jem Nanas sendiri. Jika anda peminat jem, bolehlah cuba resepi dan cara menyediakan jem ini sendiri di rumah, in Sha Allah, ianya tahan lama dan mudah untuk dibuat.

Cara Buat Jem Nanas Homemade Yang Sedap Tahan Lama

Resepi Jem Nanas Sedap Homemade

Untuk menghasilkan jem buah-buahan yang sedap, kena cari buah yang sedang-sedang masak, bukan masak ranum dan tidak juga terlalu muda. Jika nak buat Jem Nenas, kena cari yang ada rasa masam-masam sikit, barulah nanti akan terasa kenanasannya .. eh .. hehe.

Ok. Nak tahu rahsia untuk jadikan Jem Nanas tahan lama tanpa barang pengawet?

Caranya mudah, ketika memotong buah Nanas, ambil sekali empulurnya untuk dikisar. Jangan dibuang. Ia juga menambah rasa serat pada jem.

Jom tengok bahan-bahan untuk membuat Jem Nanas sendiri ni ..

Resepi Jem Nanas Sedap Buat Sendiri di Rumah

Bahan-Bahan

  • Sebiji Nanas (separa masak)
  • Gula
  • Garam
  • Daun Pandan (optional)
  • Pewarna kuning (optional)

Cara Penyediaan

Jem Nanas Homemade Sedap Tahan Lama

Resepi Jem Nanas Homemade Sedap Tahan Lama

  1. Kupas buah Nanas dengan buang kulit dan juga 'mata'. 
  2. Potong kecil agar mudah untuk dikisar. Kisar sehingga separa lumat. Jangan sampai terlalu halus, nanti tak terasa serat Nanas tu. Boleh tambah sedikit air untuk mudahkan buah dikisar.
  3. Tapis buah yang telah dikisar untuk diasingkan jusnya. Tetapi jangan buang semua jus. Masukkan serat Nanas yang telah ditapis tadi ke dalam periuk dan panaskan.
  4. Tambahkan gula secukupnya (kena rasa sendiri ikut citarasa). Tambahkan sedikit garam (untuk naikkan rasa buah Nanas). Kacau bahan-bahan ini dengan api sederhana.
  5. Tambah sedikit pewarna kuning jika perlu - kalau warnanya pucat. Boleh tambah daun pandan untuk bau wangi, tetapi lebih baik biarkan sahaja bau Nanas.
  6. Kacau sehingga ia jadi likat dan pekat.
  7. Bila dah likat tu, tuangkan ia dalam bekas dan biarkan ia sejuk seketika, kemudian barulah simpan ke dalam peti sejuk.
Dah siap. Senang dan mudah je kan?

Pembuatan jem sendiri ini menjadi antara kerja kursus anak saya semasa belajar di rumah waktu Covid-19. Alhamdulillah, jem dihasilkan memang menjadi dan rasanya sedap.

Jem Nanas Homemade - Resepi dan Tips Tahan Lama

Anak saya siap botolkan lagi Jem Nanas yang telah dibuat sendiri...hehe .. presentation untuk kerja kursus, mestilah perlu menarik .. ye tak?

[Dah Baca] Senarai dan Resepi 13 Biskut Raya Popular

Tips
  • Untuk tahan lama, kisar atau parut Nanas dengan empulurnya.
  • Asingkan sedikit jus untuk ambil seratnya.
  • Elakkan masukkan jem yang masih panas terus ke dalam peti sejuk. Biarkan ia seketika sebelum simpan.

Jem ini boleh dijadikan bahan untuk membuat biskut Tart Nanas yang sememangnya popular waktu Raya.


Cubalah.

5 Comments

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

  1. mudah jer buat jem nenas nie... nak rajin jer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul. Nak kena rajin je. Resepi sama je dgn bahan lain.

      Delete
  2. Ramadhan kareem semoga ramadhan ini lebih bermanfaat dan lebih baik dari tahun2 sebelumnya

    ReplyDelete
  3. Wahhh pandainya Hanif buat Jam... Nampak sedap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap.. kejap je abis .. huhu .. sbb skit ..haha

      Delete

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement




Ketahui Cara Menjadi Jutawan PRODUK JENAMA SENDIRI. Diskaun 40% - Terhad!KLIK SINI

Muat Turun 176 Template Copywriting Story-Telling DI SINI. Hanya Copy-Paste Shj.

Advertisement