Traveloka Banner

Resepi Mudah Biskut Susu Alien

Wahh nampaknya permintaan kepada resepi Biskut Susu Alien ni memang hangat. Ramai juga yang telah mencuba resepi biskut ini untuk dijadikan juadah di Hari Raya. Ia jadi viral dalam masa sekejap. Segalanya kerana ianya mudah nak dibuat dan hanya menggunakan 4 bahan yang sedia ada di dapur.

Oleh kerana bahan pun mudah, maka ramailah surirumah yang teringin mencuba untuk membuat Biskut Susu 'Alien' ini. Menurut perkongsian MariaKhalisya Khalis di Masak Apa Hari ni (MAHN), resepi ini biasa-biasa sahaja dan dibuat pun untuk hiburkan dan beraktiviti bersama anak-anak di rumah.

Resepi Mudah Biskut Susu Alien Yang Jadi Viral

Resepi Mudah Biskut Susu Alien Yang Jadi Viral

Pun begitu, menurut ramai emak-emak yang telah mencuba resepi biskut ini, Biskut Susu 'Alien' ini memang sedap, rangup dan ianya jenis biskut yang cair di mulut. Bentuknya yang unik seperti 'Alien' pun menjadi penyebab ianya telah dicuba ribuan orang yang gemar membuat biskut di rumah.

Jom cuba resepi mudah Biskut Susu 'Alien' ini nak?

Bahan-Bahan

  • 1/2 buku Buttercup
  • 1/2 tin susu pekat manis
  • 400g (sepeket) tepung jagung
  • 4 sudu makan susu tepung (disyorkan Nespray)
 

Cara Membuat


  1. Adun semua bahan sampai menjadi doh.
  2. Jika doh keras sangat, sila tambah 2 sudu mentega (butter) untuk melembutkannya.
  3. Bila dah jadi doh, cubitkan sedikit dan bentukkan bulat-bulat kemudian tarik sedikit atasnya bagi muncung sedikit.
  4. Tambahkan sedikit chocolate-chip untuk 'menggayakan' seperti mata 'Alien'.
  5. Panaskan ketuhar dan bakar biskut pada suhu 165 - 170 darjah celcius. Gunakan api bawah. Bakar selama 25 minit.

Resepi Mudah Biskut Susu Alien
Resepi Mudah Biskut Susu Alien
Mudah je kan? Serius saya pun teringin nak buat resepi Biskut Susu 'Alien' ini. Memang patutlah ia jadi viral, bentuknya pun sangat comel .. macam coklat Hersey yang banyak dijual murah kat Pulau Langkawi tu .. hehehe....

Kalau kreatif sikit, mungkin boleh tambah sedikit perisa coklat (letak serbuk coklat/milo) pada adunan doh untuk kelainan dan tambahan perisa.

Selamat mencuba ya.

Advertisement

Rahsia Shopee

Post a Comment

7 Comments

  1. Replies
    1. Ya, memang nampak mudah .. simple, semua ornag leh buat.

      Delete
  2. Boleh buat dengan anak2 ni.. ;)

    ReplyDelete
  3. nampak comel je biskut alien ni.. :)

    ReplyDelete
  4. Alahaiii...comelnya...sayang plak nak makan...

    ReplyDelete
  5. senang tapi entah dapat juma ke tak biskut alien ni

    ReplyDelete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.