Raya dah nak dekat, dah siap ke balang-balang kosong dengan biskut raya yang sedap-sedap? Jika belum, boleh mencuba resepi biskut raya di bawah ini. Resepi yang saya maksudkan ialah Biskut Arab Susu.

Biskut Arab Susu memang sedap dan antara biskut raya popular yang mudah serta senang untuk dibuat. Jika anda ada bahan-bahan dinyatakan, boleh terus ke dapur dan mencuba biskut ini sebagai juadah waktu Hari Raya nanti.

Resepi Membuat Biskut Arab Susu - Biskut Raya Simple dan Sedap

Resepi Membuat Biskut Arab Susu

Baik, jom lihat bahan-bahan serta cara nak menghasilkan biskut atau kuih raya - Biskut Arab Susu ini.

Saya percaya, bila anda tengok senarai bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuat biskut raya ini, anda mesti rasa ingin mencuba. Yelah, daripada duduk sahaja tak buat apa-apa, atau sementara menunggu berbuka puasa, bolehlah menghasilkan biskut ini.

Jom .. jom .. kita buat biskut raya.

Bahan-Bahan Membuat Biskut Arab Susu

Bahan-Bahan Membuat Biskut Arab Susu

  • 1- 2 cawan susu tepung, boleh gunakan apa-apa jemana contohnya Nespray
  • 300 gram mentega (butter), pilih jenis yang unsalted butter.
  • 2 suku cawan tepung serbaguna (diayak)
  • Garam secukup rasa
  • Buah ceri merah secukupnya, dihiris kecil.
  • Gula aising - untuk mengaul biskut bila dah masak sahaja sebagai 'balutan'



Cara Penyediaan


  1. Pukul (whisk) mentega sehingga ia naik gebu. Lebih kurang 3-4 minit menggunakan pemukul eletrik.
  2. Letakkan susu tepung bersama mentega, dan pukul lagi sehingga ia jadi sebati dan gebu.
  3. Kemudian, masukkan pula tepung serbaguna sedikit demi sedikit. Boleh juga gunakan tepung gandum, anggaran dalam 5-7 cawan. Pukul sehingga semuanya sebati dan menjadi doh.
  4. Letakkan sedikit garam, dan gaul semuanya sehingga sebati.
  5. Bentukkan adunan doh menjadi bulat-bulat kecil.
  6. Anda boleh hias dengan buah ceri yang telah dihiris di atas doh. 
  7. Panaskan oven anda, anggaran suhu 100 Celcius selama beberapa minit.
  8. Setelah oven panas. masukkan adunan ke dalam oven dan bakar hingga masak dalam oven pada suhu 180 Celcius dalam 15-20 minit atau sehingga adunan sudah kelihatan kuning keemasan.
  9. Bila dah masak, sejukkan sebentar dan gaul dengan gula aising.
  10. Siap untuk dihidangkan.

Tak susah kan? Memang cukup mudah, nak hasilkan biskut raya - Biskut Arab Susu ni. Malah, anda boleh sertakan anak-anak sekali untuk sama-sama menguli menjadi doh yang kecil, mesti seronok ....

[ads id='ads2']

Bahan-bahan yang digunakan juga tidaklah mahal, jadi bolehlah dijadikan salah satu biskut raya untuk dijual. Ramai yang minat biskut seperti ini, apatah lagi ianya manis .. memang kesukaan kanak-kanak di pagi hari raya.

[Dah Baca?] Wanita Ini Peroleh Income RM60K Sebulan Jual Biskut Raya

Alternatif Bahan-Bahan

Mentega yang digunakan boleh juga digantikan dengan minyak sapi. Kalau guna minyak sapi, tak perlu cairkan ya. Kalau ikut sukatan di atas, hanya gunakan 2 cawan lebih sikit sahaja.

Biskut Arab Susu

Sebagai cadangan hiasan, selain anda letakkan hirisan buah ceri ... boleh juga letakkan biskut yang siap digaul ising ke dalam acuan kertas agar gulanya tidak berterabur di dalam balang.

Ada yang menggelarkan biskut ini sebagai Biskut Suji .. dek kerana penggunaan susu tepung dalam bahan-bahannya.

Biskut ini juga lebih kurang sama dengan biskut tradisional Melayu iaitu Biskut Makmur. Bezanya ia tidak berinti kacang macam Biskut Makmur. Manakala biskut Mamur ada gunakan beberapa jenis tepung lain, terutama jika nak jadikan ia putih gebu dan cair dimulut ..

Nak biskut simple di pagi raya, maka bolehlah mencuba membuat Biskut Arab Susu ini ...

Cubalah ya, jangan tak cuba ...

Video Cara Memasak Biskut Arab Susu

Oh ya, kalau tak berapa pasti macamana nak buat, boleh sahaja tonton video di bawah ini. Bahan-bahan yang digunakan pun sama sahaja.


Selamat mencuba ...

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Terbaru Lebih lama

Advertisement

Bisnes Shopee

Advertisement

BERMASALAH DENGAN HARTA PUSAKA?

Panduan Mengurus Harta Pusaka dan Hibbah. - Nak Tahu? Klik Sini Sekarang!!


Advertisement