Wahh .. comelnya kuih raya Semperit Susu ni. Kecomelannya sampai rasa tak tergamak nak disumbat ke dalam mulut, walaupun saya percaya rasanya pasti sedap. Err .. anda nak resepi untuk buat Semperit Susu ni tak?

Jika anda nak tahu, resepi Semperit Susu yang comel ini dimasak dan dibakar menggunakan air fryer atau penggoreng elektrik. Itu sebab nampak cantik je kejadian kuih semperit ini yang sememangnya popular ketika hari raya mahupun perayaan lain.

Resepi Mudah dan Sempoi Untuk Hari Raya - Kuih Semperit Susu yang Comel

Resepi Sempoi Kuih Raya Semperit Susu Comel

Ok, jika berminat nak buat kuih raya Semperit Susu yang comel ini menggunakan air fryer, bolehlah ikuti panduan resepi di bawah.

Bahan-Bahan


  • 125g mentega (butter)
  • 200g tepung jagung
  • 1 sudu setengah tepung kastard
  • 1/2 cawan susu pekat

Cara Penyediaan 

Cara Bakar Semperit Dalam Air Fryer

  1. Pukul mentega dengan susu. Jangan sampai terlalu kembang.
  2. Kemudian, masukkan pula tepung. Pukul sehingga sebatian ini menjadi doh.
  3. Biarkan sekejap dalam tempoh masa 15 minit, kemudian barulah dibentukkan ikut suka.
  4. Letakkan atas alas - aksesori untuk air fryer.
  5. Bakar dalam air fryer, pada suhu 110 darjah celcius selama 20 minit.



Hiasan Untuk Nampak Comel

Untuk menjadikan kuih atau biskut raya Semperit Susu ini comel seperti dalam gambar disediakan, anda kena buat bentuk bulat-bulat. Lepas tu, tekan sikit bahagian tengah untuk hasilkan bentuk misai dengan lidi.

Untuk bentuk mata, letakkan bijan hitam kecil. Untuk membuat hidung, letakkan sedikit pewarna kuning pada doh atau adunan yang dibentuk. Guna jari je dicelup pewarna kuning sentuh pada bahagian tengah adunan tu.

Untuk ribbon tu, gunakan pewarna merah.

Selesai.

Saya ucapkan terima kasih kepada Puan Natasya Alia dalam Group Resepi Air Fryer untuk perkongsian resepi comel ini .. :)

Post a Comment

Komen adalah tanggungjawab anda. Tertakluk pada Akta 588 SKMM. Untuk pengiklanan, boleh email ke editor@hasrulhassan.com.

Previous Post Next Post

Advertisement


Bisnes Shopee

Advertisement


Ketahui Rahsia Menjadi PEMILIK PRODUK JENAMA SENDIRI. Panduan Lengkap. Guna Kod "40DISKAUN" utk potongan 40%!KLIK SINI

Rahsia FB Post Viral 20 Ribu Share Dalam 5 hari! Ketahui Caranya Dengan Klik DI SINI

Advertisement