Senarai 13 Biskut Raya Popular + Resepi Membuatnya

Bisnes di Shopee
Raya dah nak dekat kan? Saya pasti ada di antara anda yang dah mula buat kuih dan biskut raya. Mana satu pilihan anda - biskut tradisional atau biskut moden?

Sekarang dah ada pelbagai jenis biskut raya dan nama. Kadang tu, nama je berlainan tetapi dari segi bahan-bahan nak buat dan rasa, ianya sama sahaja. Lagi-lagi dari jenis semperit .. hehe... ada semperit yang ditambah bahan supaya jadi unik dan diberikan nama extra.

13 Jenis Biskut dan Kuih Raya Popular di Malaysia

Resepi Biskut Raya Pilihan

 
Anda suka buat biskut? Suka makan biskut raya? Anda tahu ke nama-nama biskut raya popular di Malaysia ni? Jom semak pengetahuan sama-sama mengenai nama-nama biskut dan kuih raya popular setiap kali datang Hari Raya ini.

Pengetahuan ini penting tau, lagi-lagi kalau anda ambil keputusan untuk sekadar membeli dari membuat sendiri biskut dan kuih raya tahun ini.

Kuih Batang Buruk

Cara nak buat Batang Buruk


Ada yang membuat saiz lebih kecil menukarkan namanya menjadi Ranting Buruk. Rasanya sangat manis dan ada debu gula yang disukai kanak-kanak. Kalau makan biskut raya ni pasti akan membuatkan anda menjilat jari.

Mahukan resepi yang betul-betul tradisional menghasilkan kuih raya tradisi Batang Buruk ini, boleh rujuk di laman ini - Cara Buat Batang Buruk Original Resepi Tradisi

Biskut Almond London

Resepi Biskut Raya Pilihan Almond London
Biskut ini bukan berasal dari London. Ia biskut raya buatan Malaysia. Asal nama biskut ini ialah Almond Add On .. iaitu buah badam atau kacang almond diletakkan di dalam biskut yang disalut dengan coklat. Ia menjadi antara biskut raya paling popular sejak awal 90an.

Nak resepi membuat biskut Almond London? Boleh rujuk di sini - Resepi Almond London

Biskut Badam

Biskut Badam
Bahan utama mestilah kacang badam. Kalau anda nak buat sendiri biskut ini dan membuatkannya ia lebih rangup, letakkan almond flakes atau kepingan badam di atas salutan telur sebelum membakarnya ya .. in Sha Allah rangup dan bertambah sedap menikmatinya di pagi hari raya.

Untuk resepi biskut ini yang rangup, boleh ikutinya di sini - Cara Hasilkan Biskut Badam Sedap dan Rangup


Biskut Makmor

Kuih tradisional ini memang menjadi pemanis mulut di pagi raya yang sedap. Ia merupakan antara biskut tradisional yang berjaya mengharungi masa. Penyediaan dan bahan-bahannya yang mudah menjadikan ia biskut raya popular sehingga kini. Oh ya, di Indonesia, biskut ini dikenali sebagai Puteri Salju/Salji.

Resepi Biskut Raya Pilihan Biskut Makmor
Nak tahu resepi senang untuk buat Biskut Makmor? Boleh dapatkannya di blog ini - Resepi Biskut Makmor

Biskut Mazola

Resepi Biskut Raya Pilihan
Mendapat namanya kerana menggunakan minyak jagung Mazola. Biskut ini juga merupakan biskut yang boleh dianggap sebagai biskut tradisional sejak wujudnya minyak jagung jenama Mazola di pasaran Malaysia. Biskut Mazola memang sedap kerana bahan utamanya ialah kacang yang dikisar halus.

Rasa nak buat biskut ni untuk hari raya tahun ni? Boleh ikuti cara-caranya di sini - Resepi Tradisi Biskut Mazola

Biskut Cornflakes

Resepi Biskut Raya Pilihan - Biskut Cornflakes
Makcik-makcik dulu memang kreatif. Lihat sahaja ada bahan-bahan unik yang muncul dalam pasaran, mulalah mereka biskut raya yang baharu. Antaranya ialah biskut Cornflakes ini. Dengan menggunakan Cornflakes dan madu, dah dapat biskut raya moden ni yang memang sedap serta rangup.

Nak resepi? Boleh lihat di sini - Biskut Cornflakes Rangup

Biskut Sarang Semut

Resepi Biskut Raya Pilihan Sarang Semut
Biskut raya ini mendapat namanya kerana bentuknya seperti sarang semut. Biskut ini antara biskut yang mudah untuk diolah dan boleh ditambah bahan lain sebagai menambah kesedapannya. Ada yang meletakkan buah ceri, kepingan coklat dan juga kekacang di atasnya.

Nak mencuba buat sendiri di rumah? Boleh ikuti resepinya di sini - Resepi Biskut Sarang Semut

Biskut Susu

Resepi Biskut Raya Pilihan Sarang Semut
Biskut raya ni adalah antara biskut paling mudah nak dibuat. Anda boleh menghasilkan biskut susu yang sedap dengan dua bahan sahaja iaitu susu pekat dan tepung jagung. Ada yang menambah buah ceri atau kacang di atasnya bagi menambah seri biskut susu ini.

Boleh gunakan resepi mudah di sini - Cara Buat Biskut Susu Guna 2 Bahan

Kuih Bangkit

Resepi Biskut Raya Pilihan Kuih Bangkit
Kuih tradisional ini bukan sekadar boleh ditemui ketika hari raya, ia dah menjadi seperti kuih bahulu yang boleh dinikmati hari-hari. Jika dulu, kuih bangkit ini dihasilkan dengan membakarnya menggunakan sabut kelapa, tetapi di zaman moden ini, ianya dibakar di dalam oven.

Nak resepi tradisi? Boleh terus ke sini - Resepi Tradisi Kuih Bangkit

Biskut Kapit

Resepi Biskut Raya Pilihan Kuih Kapit
Kuih Kapit juga dikenali Kuih Sepit atau Kuih Belanda. Kalau ada yang tak tahu, asal biskut Kapit ini adalah merupakan biskut tradisional orang Cina di Malaysia atau lebih tepat lagi Baba-Nyonya. Ia dijadikan juadah hari raya oleh masyarakat Baba-Nyonya di negara-negara Selat setelah penjajah Inggeris memperkenalkannya. Ia sebenarnya biskut Love Letter ... tetapi cara penyediaan menggunakan pengepit bercorak menjadikan ia biskut tradisional yang popular sehingga sekarang.

Meh tengok resepi tradisional membuat biskut raya yang dah lama ada ni di sini - Resepi Tradisi Kuih Kapit

Biskut Semperit

Resepi Biskut Raya Pilihan - Biskut Semperit


Biskut raya ni nampak simple je, tetapi ia menggunakan banyak bahan-bahan terutama aneka tepung. Nak hasilkan biskut semperit yang sedap perlu menggunakan tepung biskut, tepung kastard dan tepung jagung, diuli bersama dengan mentega serta gula ising. Tepung biskut boleh juga diganti tepung beras.

Resepi boleh dapatkan di sini - Cara Nak Buat Semperit

atau tonton video di bawah ini...


Biskut Tart Nanas

Salah satu biskut raya yang cukup popular kerana intinya berperisa jem nanas. Memang sedap dan menjadi kegemaran ramai. Lagi banyak inti jem nanas, lagi sedaplah biskut tart nanas ini.

Resepi biskut Tart Nanas ni boleh baca di sini - Resepi Tart Nanas Gebu

Resepi Biskut Raya Pilihan

Tempeyek/Rempeyek

Tempeyek
Biskut tradisional asalnya dari masyarakat Jawa yang memang menjadi kegemaran ramai kerana adanya rasa masin bilis, rasa rangup kacang, dan rasa rempah dalam kepingannya. Nama Rempeyek adalah dari bahasa jawa bermaksud Rem dari perkataan 'Rempah' yang diadunkan dengan 'Kacang Tanah' (dalam bahasa jawa 'Pe') dan digoreng dengan minyak panas melibatkan dua kali gorengan (Yek).

Jika nak buat resepi Tempeyek yang sedap dan rangup, boleh dapatkan di sini - Resepi Tempeyek

Jadi macamana dengan senarai biskut dan kuih raya yang saya kongsikan ni? Menarik? Mana satu yang jadi pilihan dan kegemaran? Pernah buat sendiri tak resepi kuih raya di atas tu ...

Okeh. Selamat mencuba dan jangan makan waktu siang hari di bulan Ramadan .. hehe.

Post a Comment

3 Comments

  1. Aduhai...SA paling kalah tengok rempeyek tu..nampak senang jer resepinya..nak buat tu yang bercinta

    ReplyDelete
  2. tahun-tahun yg lepas nieyl mmg rajin buat kuih² yg di senarai tu tapi tahun ni agak slow sikit sbb kekangan masa. Rindu nak buat kuih lagi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hmm tahun ni pun isteri saya tak berapa nak buat kuih dan biskut raya. Lagi2 bila anak bongsu kena HFMD.

      Delete

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.