13 November 2017

Permohonan Online MyDeposit - Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama Bawah KPKT


Adakah anda menghadapi kekangan kewangan untuk membayar duit deposit pembelian rumah pertama anda? Jika ya, anda bolehlah memohon secara online Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama atau MyDeposit yang dikelolakan oleh Jabatan Perumahan Negara dan Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Menerusi skim MyDeposit, anda boleh mendapatkan bantuan wang deposit pembayaran rumah pertama anda sehingga RM30,000 atau 10% daripada harga jualan rumah. Skim ini adalah merupakan insentif yang diberikan berbentuk sumbangan dan ia tidak perlu dibayar balik.

Permohonan Online MyDeposit - Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Permohonan Online MyDeposit - Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama
Pendaftaran untuk skim ini dibuka sejak diperkenalkan pada April 2016, dan ia diteruskan sebagai langkah membantu rakyat Malaysia yang menghadapi masalah untuk membeli rumah pertama. Skim ini ialah inisiatif kerajaan bagi membantu golongan pertengahan untuk memiliki kediaman pertama mereka.
Permohonan Online MyDeposit - Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama

Syarat Am Permohonan MyDeposit

Syarat-syarat am untuk membuat permohonan skim MyDeposit ini ialah mestilah warganegara Malaysia berusia 21 tahun ke atas dengan pendapatan isi rumah antara RM3,000 hingga RM10,000 sebulan. Walaubagaimanapun, skim ini terhad untuk mereka yang ingin membeli rumah pertama sahaja dan berdasarkan jumlah dana yang telah ditetapkan oleh kerajaan. Jadinya, bukan semua permohonan layak menerima, dan bukan semua pemohon boleh mendapatkan insentif skim ini.

Pemohon yang layak pula akan diberikan kelulusan bersyarat dengan tempoh 30 hari untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli rumah yang hendak dibeli. Seterusnya, mereka yang telah berjaya tidak boleh menjual hartanah dibeli dalam tempoh 10 tahun selepas dokumen ditandatangani. Permohonan dan kelulusan boleh terbatal jika dua syarat ini tidak dipenuhi.

Cara Membuat Permohonan


Permohonan online untuk Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama (MyDeposit) ini boleh dibuat menerusi laman sesawang berikut - http://ehome.kpkt.gov.my atau https://sprn.kpkt.gov.my/sprn

Oh ya, sebelum anda membuat permohonan, harus diberikan ingatan bahawa skim bayaran insentif MyDeposit tidak terpakai bagi program perumahan yang sudah menerima bantuan subsidi seperti Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Projek Perumahan Rakyat 1Malaysia (PRIMA), Projek Perumahan Rakyat (PPR), Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP) dan Rumah Mesra Rakyat.

Jadinya, sebelum anda membuat permohonan online untuk skim MyDeposit ini, lihat dulu kriteria di bawah, untuk pembelian projek perumahan yang dibenarkan dibawah skim ini:
  • Projek perumahan baharu yang berlesen atau perumahan pasaran sekunder (subsale)
  • Harga pembelian adalah RM500,000 dan ke bawah; dan
  • Kelulusan pembelian bagi projek-projek perumahan swasta yang tidak mendapat subsidi insentif dana Kerajaan
Apabila anda ingin memohon skim ini, pastikan anda ambil maklum juga berkenaan dokumen-dokumen yang perlu disediakan, seperti disenaraikan di bawah ini:
  • Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
  • Salinan surat nikah/sijil nikah (Jika berkenaan)
  • Salinan kad OKU/surat pengesahan OKU (Jika berkenaan)
  • Salinan surat akuan sumpah bekerja sendiri
  • Salinan surat pengesahan majikan
  • Salinan penyata gaji terbaru
  • Salinan penyata KWSP atau penyata cukai pendapatan
  • Salinan surat pencen( Jika berkenaan)
  • Salinan kad pengenalan/MyKid/sijil kelahiran
  • Salinan surat tawaran /pengesahan daripada pemaju/penjual
  • Salinan Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat(CCRIS) pemohon dan pasangan

Info lengkap boleh diperoleh menerusi laman web SPRN.

Makluman tambahan, skim ini untuk permohonan baru berdasarkan Bajet 2018 akan hanya dibuka pada awal tahun 2018.
[Peluang] Panduan Beli Rumah Lelong
Maka, sekiranya anda mahu memohon skim MyDeposit untuk tahun 2018, bolehlah mula mencari mana-mana projek perumahan yang layak untuk skim ini. Usaha mula dari sekarang untuk rumah pertama anda.

Penulis blog freelance sejak 2010. Berkeluarga dan bekerja di rumah sebagai house husband.  Lulusan Ijazah. Menetap di Penang. Mesra dipanggil HH. Untuk berhubungan atau pertanyaan - klik looket.me/hasrulhassan

2 Komen

Ooo tahun 2018 baru mula. Tq for info ye

Komen adalah tanggungjawab anda. Sebarang komen yang ditingalkan tertakluk pada Akta 588 SKMM. Komen dengan nada ilmiah, dan lakukan dengan niat yang murni. Untuk pengiklanan, boleh gunakan borang 'hubungi saya' atau looket.me/hasrulhassan.
EmoticonEmoticon